Suami Tidak Berikan Nafkah Batin – Apa patut dibuat?

Share

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan 1 masalah rumahtangga yang sangat penting untuk kita ambil pengajaran daripadanya. Saya banyak sekali menerima aduan tentang permasalahan begini melalui email. Saya kadang-kadang risau memikirkannya. Apa sudah jadi dengan kehidupan berumahtangga rakyat Malaysia sekarang?? Mengapa masalah-masalah sebegini begitu banyak terjadi? Apa yang tidak kena?? Adakah ini semua adalah ujian atau bala daripada Allah? Sama-samalah kita baca dan hayati masalah yang saya kongsikan di bawah ini.

Ustaz,
Sedang saya mencoret kemusykilan hati saya, air mata saya tidak berhenti berlinangan sambil membisik kata-kata Istighfar berulangkali didalam hati. Ustaz, saya berusia 2o an dan suami saya 30 an. Saya amat menyayangi dirinya kerana disebabkan dia saya telah banyak berubah dari seorang yang keras hati & pemarah kepada seorang yang penyabar. Beliau juga telah menyelamatkan saya dari terus hanyut dengan masalah sosial yang asalnya berpunca dari masalah keluarga. Kini saya semakin matang dan bisa menilai intan permata. Hubungan saya dan orang tua saya semakin baik dan alhamdulillah, saya berubah.

Usia perkahwinan kami baru menjejaki 3thn dan kami belum dikurniai zuriat. Persoalan yang membuat jiwa saya hiba ialah semenjak 2thn ini, saya merasakan seperti tidak diberi kecukupan nafkah batin. Walaupun telah kerap kali saya membincangkan masalah ini, setiapkali itu jugalah dia berjanji akan cuba mengubah dirinya namun beliau tetap sama dan tiada perubahan. Saya masih bersabar, Ustaz. Saya fikir pasti akan ada jalan penyelesaiannya suatu hari nanti. Namun, hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun demi tahun saya tidak nampak sekalipun bahawa dia cuba berusaha untuk memperbaiki masalah kami.

Ustaz, saya merasa terlalu malu untuk meluahkan masalah ini kepada insan-insan terdekat ibarat ‘Membuka Pekung’ diri sendiri. Suami saya seorang yang tidak gemar berkomunikasi atau memberi perhatian pada saya. Saya amat memahami dirinya jika dia terlalu letih dengan pekerjaannya. Tetapi didalam sebulan, takkan tidak ada suatu waktu pun untuk dia dapat membelai saya, mendakap saya atau mengucupi saya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengekalkan hubungan yang intim terhadap isteri-isterinya, apakan kami yang hanya manusia biasa ini? Saya amat memerlukan dirinya disisi saya.

Ustaz, biarpun seharian kami bertemu diwaktu malam setelah penat berkerja, bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya. Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya tetapi saya diusirnya dengan alasan rimas dan panas. Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Tiada pernah kata-kata manja atau cinta yang keluar dari bibirnya. Jiwa saya begitu sebak sekali hingga ke saat saya mencoret emel ini air mata saya terus bertitisan.

Kerana berkali-kali menanggung & memendam kekecewaan, saya selalu terfikir untuk mencari seorang teman lelaki lain buat pengganti dirinya yang terlalu tidak mempedulikan saya. Namun saya akan beristighfar dan berusaha sedaya upaya untuk mengingatkan diri ini bahawa dengan perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian malahan ia hanya mendatangkan dosa yang amat besar serta fitnah yang buruk sekali.

Ustaz, saya tidak tahu lagi dengan siapa harus saya mengadu. Saya sudah putus akal untuk bagaimana lagi memperbaiki hubungan kami. Pada beliau kini, saya telah menerimanya seadanya maka sedikit pun didalam hati beliau tidak pernah merasa bersalah akan sikapnya itu. Teguran-teguran yang pernah saya ajukan kepadanya dulu meskipun secara kasar atau lembut hanya ‘Menuang air didalam daun keladi’. Saya sudah pun berhenti menegurnya. Dia masih kekal begitu…

~Hamba yang dhaif~

=================================================

JAWAPAN

Saudari,

1. Saya dapat merasakan isu yang anda hadapi ini sungguh berat sehingga ianya begitu begitu menghiris perasaan. Pastinya ia merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk dikongsi kerana ia sungguh peribadi walaupun hanya melalui emel.

2. Namun tindakan yang dilakukan untuk mendapatkan bantuan ini merupakan satu usaha yang betul bagi mengatasi isu yang anda hadapi sekarang ini.

3. Berdasarkan emel saudari ini, saya membuat kesimpulan maksud ‘tiada kecukupan nafkah batin’ merupakan tiada hubungan seks yang aktif antara anda berdua dalam jangkamasa dua tahun. Jika adapun ia merupakan satu perkara yang sangat minimal. Betulkan saya jika saya silap dalam hal ini.

4. Isu utama di sini ialah suami bersikap dingin terhadap seorang isteri, bukan sahaja tidak mesra tetapi juga tidak memberikan nafkah batin. Bagi mengatasi hal ini, sebenarnya perkara pertama yang perlu diketahui ialah sebab utama di sebalik mengapa si suami tiba-tiba selepas setahun bernikah terus bersikap dingin? Selepas dikenalpasti barulah ianya dapat dibantu.

5. Berkemungkinan suami saudari mempunyai isu yang hanya dipendam sendiri sehingga membuatkan mood beliau melakukan hubungan terjejas dengan teruk. Ini memandangkan jika tiada sebab yang utama, amat jarang sekali seseorang suami akan bersikap demikian lebih-lebih lagi rumahtangga anda baru berusia 3 tahun.

6. Perlu diakui, jika perkara ini tidak dapat ditangani segera maka secara tidak langsung ia boleh menggugat keimanan seorang isteri jika kita kita tidak berhati-hati (anda sendiri sudah mengakuinya).

7. Ini memandangkan pernikahan merupakan satu jalan keluar untuk seseorang Muslim atau Muslimah melepaskan nafsu syahwat mereka secara halal seterusnya mengelakkan diri dari kancah maksiat. Jika perkara ini (seks) tidak dapat dilakukan maka ia pastinya merosakkan matlamat di sebalik pernikahan pasangan tersebut.

Suka saya cadangkan beberapa perkara berikut untuk dilakukan segera:

  • Pertama: Perlu bersikap berterus terang

Cuba sedaya upaya untuk memilih masa yang sesuai bagi membincangkan perkara ini. Sebaik-baiknya ketika suami sudah cukup rehat. Elakkan sama sekali membincangkannya ketika suami baru pulang dari bekerja. Anda perlu bersemuka dengan suami bagi menjelaskan tekanan perasaan yang dialami dan kesan di sebalik sikap dingin suami.

Melalui perbincangan ini diharapkan kedua-duanya dapat meluahkan segala ketidak puasan hati masing-masing, namun sebelum melangkah lebih jauh dalam perbincangan, anda berdua perlu mendapatkan persetujuan bersama bahawa keadaan rumahtangga yang dialami sekarang adalah tidak sihat dan perlukan jalan keluar bagi memperbaiki keadaan.

  • Kedua: Bercuti

Mungkin anda suami isteri boleh fikirkan pelan rancangan bercuti ke luar negara, Mungkin lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota dan tempat yang dapat membuatkan suami melupakan hal pekerjaan dapat difikirkan dengan serius.

Secara tidak langsung dengan mood dan suasana yang tenang, mungkin boleh merubah keadaan menjadi lebih baik.

melancong menhangatkan hubungan

melancong menhangatkan hubungan

  • Ketiga: Dapatkan bantuan Kaunselor

Jika suami bersetuju bahawa keadaan rumahtangga adalah kritikal dan dalam keadaan yang tidak sempurna, cuba sarankan kepada suami untuk rujukkan kepada kaunselor bagi bantuan untuk memperbaiki keadaan rumahtangga anda.

  • Keempat: Rujuk ke Mahkamah Shariah

Andai kata langkah-langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan suami tetap seperti dulu. Sebagai jalan terakhir, anda perlu merujukkan ke Mahkamah Shariah bagi mengadu perihal suami yang tidak menjalankan kewajipannya, melalui cara ini sekurang-sekurangnya mereka akan ‘summon’ anda berdua untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Saya amat berharap agar anda dapat bertahan dan cuba lakukan langkah2 di atas. Perkara keempat perlu ditimbangkan dengan serius memandangkan keadaan rumahtangga anda yang tidak memenuhi keperluan perkahwinan.

Kadang kala perceraian merupakan satu jalan keluar bagi kedua-dua pihak memulakan hidup yang baru. Lebih-lebih lagi jika perkahwinan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pernikahan seperti hubungan seks antara suami isteri, malah jika diteruskan perkahwinan ditakuti lebih membawa kemudaratan kepada pasangan suami isteri tersebut.

Seperkara lagi, jangan sekali-kali mengadukan isu rumahtangga anda ini kepada mana-mana lelaki (bukan mahram) sama ada yang sudah berumahtangga ataupun tidak kecuali kepada pakar seperti kaunselor. Ini berdasarkan pengalaman saya ianya boleh menyebabkan kepada perkara-perkara yang tidak diingini dan ditakuti diambil kesempatan oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab atas nama simpati.

Dekatkanlah diri pada Allah agar anda diberikan kekuatan dalam mengharungi saat-saat yang sukar begini. Perbanyakanlah solat dan doa agar diberikan pertolongan dan diperteguhkan keimananan anda.

Wassalam.

Diterima melalui email daripada Tok Faqeh (tokfakeh@gmail.com)

Saya minta maaf kepada semua pembaca kerana sekarang ini saya jarang sekali membalas komen2 yang anda semua berikan. Saya sedang menyiapkan beberapa projek sekarang ini. Banyak masa saya dihabiskan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru, saya tidak berkesempatan membalas segala komen-komen anda. Namun begitu, saya rasa, salah seorang krew blog pakar iaitu Cik Suri, selalu juga membalas komen. Harap anda semua dapat meninggalkan sepatah dua komen bagi memeriahkan blog ini. Terima kasih. (2060)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

60 thoughts on “Suami Tidak Berikan Nafkah Batin – Apa patut dibuat?

  1. askum….
    puan…..diharapkan sabar mghadapi ujian daripadaNya…setiap dugaan yang dtg utk mendewasakan kita sebagai hambaNya…mmgla kalu tak kena kat diri sdiri kita tak rasa apa yang puan rasa….stiap ujian yang mdatang ada hikmah disebaliknya….jgnla putus asa…bedoala kepadaNya….kita sbg istri kenala taat kepada suami…mengikut kata puan nak mcari teman lelaki…baik tak usah dicari penyakit kalu tak puan akan rasa sakitnya….
    puan akan bdosa ngan suami puan….mmg hati kita terluka ngan sikap suami begitu…tapi kita kena muhasabah diri knp kita diuji ngan ujian yang begitu…kdg2 kita tak leh jugak salahkan suami….ujian Allah yang datang utk kita berfikir….semua itu nak mematangkan n menguji setakat mana kesabaran n keimanan kita….sabarla puan….setiap ujian yang Allah turunkan puan leh hadapinya….Allah tak zalim puan….puan leh hadapinya cuma kenala cari jalan penyelesaian …..
    saya doakan puan dapat mencari jalan yang sebaiknya….berdoalah banyak2….perbaiki diri…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mawar,
    Hai Mawar!
    Selamat tengahari semua..
    saya bersetuju dengan pandagan awak tu mawar.

    Pokok pangkalnya kekuatan diri harus ada..

    Setiap badai yang melanda dalam rumahtangga kita sabagai isteri haruslah tahan dengan pelbagai asakan ujian terhadapnya..

    tidak kiralah setiap ujian yang diberikannya itu sama ada memeritkan atau sebaliknya yang penting kita haruslah menanganinya dengan penuh kesabaran..RASIONAL & BIJAKSANA..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tariq Reply:

    apabila batin menjerit maka selalunya kita katakan bahawa pasangan kita tidak memenuhinya…sedangkan apakah sudah cukup usaha kita memanggil pasangan kita untuk meneuhi kehendak batin kita. Kepada si suami atau isteri senantiasa kita mengambil jalan menunggu pasangan kita bertindak dahulu dalam hal kelamin, sedangkan sepatutnya kitalah yang memulakan apa jua langkah. Cthnya picit2kan badan…kemudian belailah bahagian tertentu. Kepada si isteri pastikan pakaian anda mesti habis seksi (jika perlu dedah apa yang patut dedah). Kepada si suami pula minta izin (kononnya bukan nak jimak) isteri untuk belai bahagian tertentu pada isteri. Pasti selepas mukadimah yang baik akan disusuli pengisian yang baik, kesudahannya pasti wow…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Macam mana pula masalah isteri tidak mahu tidur sekatil, tidak mahu berjimak….. batin tidak diberi oleh isteri, kalau ditegur muka kedut seribu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mawar Reply:

    @basri, mmmmm mungkin tuan kenala bincang ngan dia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mawar,
    sure dia ada masalah dengan en. basri kut..tak pun mungkin ada seseatu yang tak kena dalam rumahtangga anda..

    jadi fikir-fikirkanlah kembali sebelum keadaan berlanjutan lebih lama lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    poohn378 Reply:

    @basri,

    ada masalah lain kot…

    ke en basri over demand….

    sure ad sesuatu yg membuat kn isteri en menolak….

    kwang kwanggggg

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    drEzam Reply:

    @poohn378,
    En Basri kena lawak-lawak la ckit…
    Ckp la mcm mana kalau abg kawin lain nanti…
    Takpun ckp la tak kesian ke kat abg nie…
    Urut urut ckit…jgn main terjah je…
    Memang jd tak selesa…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Wahai saudari hamba yang daif,
    maaf kalau saya berkata bahawa ujian yang ALLAH berikan terhadap kamu terlalu kecil berbanding dengan hamba2NYA yang lain. Hapuskan air mata mu, bangun le bangkit dari kekecewaan.. BURULAH CINTA ALLAH … sedarlah bahawa ALLAH sedang menguji supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
    Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA… PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH tak akan menolak permintaan hamba-NYA yang menandah tangan meminta dgn penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. berdoa dan berdoa lah semoga saudari dapat menempuh ujian ini dan menjadi manusia yang hebat jiwanya…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    shasha Reply:

    @neesah,
    Allah akan di sisi hambaNya yang sentiasa bersabar dengan ujian-ujian yang melanda pada hamba-hambaNya. Panjat kan doa dan berzikir memuji kebesaran Tuhan. Sesungguhnya keajaiban Tuhan apabila di anugerahkan ganjaran kepada hambaNya yang bersabar dengan musibah-musibah yang melimpah ke atas diri nya, InsyaAllah, kelak hambaNya akan memperolehi kenikmatan dan kemenangan dari Maha Pencipta

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    shiela Reply:

    @neesah,
    Kepada saudari Neesah, janganlah sesekali kita memperkecilkan masalah orang. bagi saya hubungan suami isteri bukan satu masalah remeh yang boleh dipandang ringan kerana masalah sebeginilah yang boleh menyebabkan berlakunya PENCERAIAN. Mungkin Neesah tidak pernah mengalami situasi sebegini. Bagi saya, tidak salah jika seorang isteri kecewa dan menangis kerana CINTA SUAMI..KERANA SUAMI ADALAH TEMAN ABADI ISTERI HINGGA KE SYURGA, INSYAALLAH….
    Sebagai umat Islam, memang saya akui, CINTA PADA ALLAH SWT ADALAH CINTA TERAGUNG..TIADA BANDINGANNYA = )
    Kepada isteri yang dhaif, tabahkan hatimu dalam menghadapi ujian Allah ini, kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..Berdoalah pada Allah semoga dibuka kembali pintu kebahagiaan antara kamu dan suamimu…
    Sentiasalah beristighfar kepadaNYA agar dirimu dilindung dari sebarang kemungkaran..
    “CINTA YANG SEJATI HANYA CINTAKAN ILAHI…
    CINTA AYAH BONDA TULUS SUCI SELAMANYA..
    CINTAKAN SAUDARA MASA BERADA HANYA SEMENTARA..
    CINTA SESAMA INSAN KUKUHKAN DENGAN KETAKWAAN…”

    WASSALAM = )

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Shiela,
    maaf mungkin anda tersalah tafsir, bukan maksud saya nak memperkecilkan tapi ujian terlalu kecil kalau dibandingkan dengan ujian2 contoh seperti yang terjadi kepada 12 adik-beradik yang kehilangan ibu dan ayah masa untuk menyambut hari raya yang lepas.. saya menangis… tak dapat dibayangkan mcm mana kalau saya berada ditempat mereka. Mereka masih kecil kalau tak silap masih bersekolah lagi. Macam mana mereka menyambut raya.. mencari nafkah untuk menyekolahkan adik beradik yang 12 org tu, tempat tinggal dan makan minum mereka?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. adus,banyaknya ujian dlm perkahwinan…
    minta2 la klu aku kwin nnti ok2 aja…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    shahainny Reply:

    Mudah2an….kawin la cepat spy dpt zuriat yg ramai..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @kamen rider, biasalah tu alam berumahtangga..terkadang laut tenang, tika waktu laut bergelora..

    Jika NAKHODA bijak dalam menangani anak -anak kapalnya dengan baik Insyallah pasti segala kemungkinan yang berlaku akan dapat diatasi dengan mudah sekali.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Sy bersimpati dgn masalah yg anda hadapui dan itu adalah masalah besar yg patut di selesaikn dgn segera. Hidup berumah tangga adalah kehidupan yg dijanjikan dgn ‘mawaddah dan rahmah’ ini bermakna realiti kehidupan dlm rumah tangga adalah “kebahagiaan” ttp apa yg terjadi pd saudari sebaliknya… Byk kn berdoa , bgn utk solat hajat, dan istikharah lah utk membuat keputusan…kerana rasulullah tlh berjanji pada org2 yg melakukan istikharah, pasti Allah akan memberi petunjuknya… Mengikut hukum pn saudari blh mintak fasakh krn suami tidak memberikan nafkah batin krn nafkah batin ini bergerak seiring dgn nafkah zahir bahkan nafkah batin ini lebih penting lg bg menjaga kita dr melakukan maksiat kpd Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ida Reply:

    @shahainny, betul tu.. kekurangan nafkah batin boleh menyebabkan seseorang melakukan zina atau dosa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Apa makne sebuah perkahwinan jika perkara begini berlaku kan??… saya bersimpati dengan nasib yg menimpa ”hampa yg dhaif” itu..
    bersabar la.. ini semua adalah sebahagian dari ujian dariNya…
    bermohon la padaNya…selain tu ikut la tips yg telah diberikan oleh pakarhowto tu… itu juga sebahagian dri usaha kita selain berdoa pada Allah kan….. semoga kehidupan ”hamba yg dhaif” dan suami selepas ini diberkati Allah dan memperolehi kebahagian dunia n akhirat….. amin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @safra,
    Suri disini pun turut bersimpati safra..
    Insyallah setiap kesakitan, kesedihan itu akan dibalas dengan kurniaan pahala dariNYA..
    basabarlah wahai sahabat-sahabatku..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Saya bersetuju sgt dgn saudari Shahainy & Safra. Tiada erti sebuah perkahwinan jika tiada kebahagiaan tercipta antara suami isteri..Kepada saudari Neesah, sy rasa tidak perlulah kita membanding2kan masalah orang lain. Bersyukurlah kpd Allah SWT krn perkahwinan saudari neesah bahagia. Jgnlah d perkecilkan masalah “hamba yg dhaif” krn dia yg sedang melalui dugaan perkahwinan ini & hanya kaum isteri/ wanita tertentu yg mampu memahami situasinya. Jika saudari neesah tidak pernah mengalami sebarang masalah antara anda & suami, Alhamdulillah..syukurlah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    neesah Reply:

    @shiela,
    Saudari Shiela
    Kita kena fikir positif.. kalau saya ditimpa kesusahan dan ujian yang maha hebat anggaplah ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita, kalau kita miskin anggaplah ada lagi orang yang lebih miskin dari kita.. so saya sentiasa bershukur walau apa pun ujian yang datang walau pun dlm keadaan senang dan susah.

    Ya ALLAH! AMPUNKANLAH KAMI YA ALLAH. SELAMA INI KAMI LEKA. SELAMA INI KAMI LALAI DALAM MENGEJAR NIKMAT DUNIA HINGGA KAMI LUPA JANJI NIKMAT SYURGA MU. CUKUPKANLAH KAMI DENGAN APA YANG KAU BERI DAN JADIKANLAH KAMI INSAN YANG TAHU BERSYUKUR. AMIN… Untuk diri sendiri dan semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    shiela Reply:

    @neesah,
    Memanglah mudah bagi yg pandai berkata2..Jika di takdirkan suatu hari nanti masalah yg sama menimpa rmhtga saudari neesah? begitu mahalkah airmata saudari utk ditangisi krana suami? syurga di bawah telapak kaki suami kan…? setiap isteri dlm dunia ni ingin menjadi isteri yg terbaik di hati suami..bagi saya masalah2 yg saudari neesah perkecilkan inilah yg sebenarnya mendekatkan lagi diri kita dgn ALLAH SWT…
    Wahai hamba yg dhaif, percayalah..ALLAh SWT amat menyayangi dirimu & suamimu krn itulah DIA memberi ujian terhadapmu..pastikanlah dirimu sentiasa dekat dgn-NYA..InsyaALLAH, pasti akan muncul sinar kebahagiaan disebalik kedukaanmu..bersabarlah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. ASSALAMUALAIKUM…..anggaplah ini ujian dari Allah kepada hambanya.Sesungguhnya Allah xakn menimpakabn sesuatu yg diluar batas kemampuan umatnya.Mmg mudah bagi berkata2…Banyakkan deatkan diri dan pohonlah doa..insyallah segala kesulitan dan masalah akan dipermudahkan…salam dari saya kepada saudara sesama muslimah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Assalamualaikum…
    saya faham masalah anda kerana saya mengalami masalah yang sama…dia sudah mempunyai teman hatinya yang lain…mungkin semuanya salah saya juga…memang saya sedih dan kecewa…tapi saya teruskan juga perkahwinan kami demi anak dan saya amat sayangkannya…saya sentiasa berdoa semoga Allah akan membuka pintu hatinya untuk saya kembali…saya anggap ini adalah ujian Allah untuk saya dan mungkin pengajaran kepada saya atas kesalahan saya yang dulu…kita semua manusia biasa..tak terlepas daripada melakukan kesilapan…anggaplah ini ujian Allah kepada kita untuk menguji sejauh maha kesabaran kita…Insyaallah suatu hari nanti semuanya akan baik seperti sediakala..Sama-samalah kita berdoa…Insyaallah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mawar Reply:

    @hamba Allah, ermmmm….ye mawar setuju ngan pendapat puan…sama2la kita memperbaiki diri n berdoala byk2….kita manusia biasa byk melakukan dosa….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. Syabas! All well said!

    When life’s problems seem overwhelming, look around and see what other people are coping with. You may consider yourself fortunate! And….You cannot solve a problem until you acknowledge that you have one and accept responsibility for solving it! Good Luck

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. cubalah cari jln penyelesaian yang terbaik..
    Allah sudah merancang apa yg terbaik utk hambaNya, sudah tentukan kebahagiaan akan menjadi milik anda di atas kesabaran anda.
    Sujudlah diri kpd Allah swt mudah2an diberi petunjuk dan sinar bahagia.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Salamun ‘Alaikum,
    Alhamdulillah, walau pelbagai dugaan & ujian Allah SWT taqdirkan. Itu adalah Qadaq & Qadar-Nya. Muhasabahlah diri kerana Allah masih memberi peluang utk ke arah itu. Mungkin punca masalah adalah dari diri kita sendiri. Bermusyawarah seperti diajar Rasulullah SAW, bukan cara Yahudi & Nasara. Tidak rugi orang yg bermusyawarah & tidak menyesal orang yg istikharah. Kebanyakan manusia amat suka mencari salah orang lain yang akan menambahkan lagi masalah & amat sedikit yg suka menyelesaikan masalah. Mungkin ada suruhan Allah yg tidak kita tunaikan sepenuh hati @ mungkin ada larangan Allah kita lakukan sesuka hati. Wallahua”lam bissawab.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. jawapan dari pakar yang no 5 tu mungkin ada benarnya.. berdasarkan latar belakang puan semasa sebelum kawin, mungkin ada sesuatu isu yang timbul dalam hati suami selepas berkawin dengan puan.. so cubalah slow talk dengan suami apa sebenarnya masalah dirinya.. kalau perlu berubat, berubat la.. kalau perlu ke mahkamah syariah, pergi je le.. itu adalah nafkah seorang isteri. suami kena ingat, dia ada lafaz taklik selepas akad nikah yang merangkumi nafkah zahir dan batin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. akumm… slmt bertugas kembali…

    buat “hamba yg dhaif”..
    cuba duduk sejenak .. fikir kn punca ny.. sejak bila perubahan itu berlaku.. atau pernah kh anda bertanya tahap kesihatan suami.. atau masa kali terakhir anda bersama adakah perubahan2 atau apa2 masalah yg berlaku pd masa itu….

    kalau di ikut kn anda baru berkahwin thn.. masalah ini x sepatut ny timbulll…

    cuba tengok diri anda.. kebersihan rumah.. penampilan… tutur kata.. perbuatan anda rasa may b.. membuat kn suami anda menjauhkn diri…

    bincang dulu ngan suami.. dgn suasana yg tenang…

    atau benar suami anda telah betul2 berubah…
    perlu dptkn nasihat dari kaunselor bertauliah dipej.2 agama berhampiran kaw anda…

    cuba anda mulakan langkah…. utk keluar dari masalah ini…
    rapat kn diri dengan Yang Maha Esa…

    take care..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @poohn378, hai poohn378 suri setju jugak dengan pandangan anda tu :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    cahaya Reply:

    @surihati_ku,
    salam,bagaimana sy bole dpt kn no contact ‘hamba yg daif’ kerana sy juga menghadapi mslh yg ssama..tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Iyya kana’ bu du waiyya kanas ta’in. Minta haraplah kepada Allah kemudian berusaha sebagai asbab seperti disyorkan Rasulullah. Penyelesaian apa jua masalah ada di jelaskan Rasulullah. Cuba buka himpunan Hadis2 Sahih Bukhari dan Muslim, pastinya puan akan menemui jawapan dan jalan penyelesaian. Perbanyakkanlah membaca Ayat Seribu Dinar dgn penuh yakin hanya Allah yg menyediakan jalan keluar. Sediakan masa pada 1/3 malam yang akhir utk membuat pengaduan & laporan kepada yg paling layak menerimanya, iaitu Allah SWT. Was ta’inu bissobri wassolah. ” dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. pasti ada kejayaan di sebaliknya. Wallahu a’lam bissawab.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. Kepada ‘hamba yang dhaif’, saya amat memahami perasaan saudari. Sebenarnya keadaan saya pun kurang lebih seperti saudari cuma nasib saya baik sedikit sebab bakal dikurniakan cahaya mata dlm tempoh 3 bulan lagi. InsyAllah. Saya dan suami baru berkahwin dalam pertengahan tahun 2008 dan semenjak itu saya tidak pernah melalui malam pertama saya seperti kebanyak pengantin baru yang lain. Alasan suami kononnya tidak ‘kuat’. Selalu pun beri alasan sebegitu. Saya selalu terfikir yang mungkinkah saya ni tidak menarik perhatian pada dia? sampai suatu hari saya bertekad untuk terus terang dgn dia yg saya ingin kan cahaya mata walaupun seorang. Selepas percubaan lebih kurang 3 kali bersama (saya pastikan mase subur saya), alhamdulliah, rezeki berpihak kepada saya. Dalam tempoh hamil sekarang nih, kami langsung tidak bersama dengan alasan suami takut memudaratkan bayi dalam kandungan. Tetapi, saya tetap bersyukur, sebab saya telah pun mengandung anak sulung kami, dan andai kata nafkah batin tiada lagi, saya redha, sekurang2nya saya pernah melalui saat tersebut walaupun seketika. Rasa terkilan, sedih dan tertekan bila suami kurang beri perhatian pada kita tetapi apakan daya dugaan Tuhan buat hamba-Nya. Allah lebih mengetahui apa yang terjadi pada hamba-Nya. Mujur saya banyak menghabiskan masa bersama ibu dan adik2 yang sentiasa menceriakan hati saya. Tanpa mereka, mungkin saya dah MATI ketika ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    siti Reply:

    @rozy, moga dengan lahirnya anak dr benihnya sendiri, sumi puan akan berubah.syukur tuhan telah kurniakan rezeki anak pada puan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mimi Reply:

    @siti, ee

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ima Reply:

    @mimi, Bersabarlah dengan dugaan ini. Pujuklah dia, Insyaallah, suami anda akan mula menyayangi anda.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Marzuki Reply:

    @rozy, Sedih saya dengar cite anda, semoga Allah memberkati dan membahagiakan saudari sekeluarga. Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Marzuki Reply:

    Sedih saya dengar cite anda, semoga Allah memberkati dan membahagiakan saudari sekeluarga. Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. mula-mula pergi kaunseling kat jabatan agama islam…
    lepas tu klu tak berjaya saya rasa kena bawa ke mahkamah syariah…
    lepas cerai mungkin dia nak berubah dan boleh rujuk semula…
    Saya rasa klu nak meluahkan perasaanpun baik pada perempuan juga pasal klu pada lelaki takut jd lain…
    dah banyak pekara mcn nie berlaku…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. Salam. Sy masih baru berkahwin. Masalah sy,sy sdg bljr di luar ngara manakala isteri di msia. Kami telah berkahwin hampir 3 taun, kami masih belum berjima’ ats prsetujuan msg2 n kami bhagia. Tahun ni kami brcadang utk dapatkn zuriat, tp sy hanya cuti 2 bulan blk msia. Soalan sy, jika kami berjima’ nnt, dan slps 2 bln sy trpaksa berpisah dgn isteri, mampukah kami menahan rindu utk bersama?mampukah kami berjauhan dlm tempoh berbulan2 lamanya?dan jika dia mengandung, mampukah isteri sy hadapi ujian seorg diri tanpa sy di msia bersamanya? Terima kasih..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. Assalamualaikum ….. hamba yg daif …. saya terpanggil untuk memberi pandangan atas masaalah puan. Masalah saya hampir sama cuma saya tidak langsung diberi nafkah batin selama 2 tahun. Saya hidup bermadu dan saya adalah isteri pertama. Tapi saya masih lagi bersabar agar pihak suami saya memberi peluang kepada saya utk memperbaiki kelemahan saya. Walau pun saya tahu saya tak salah apa-apa. Suami selalu balik tapi tidur dgn anak-anak. Saya pernah meminta hak saya sebagai seorg isteri tapi tak dilayan. Saya pernah meminta cerai tapi dia tak mahu berikan. Kerana bimbang pasal anak-anak. Hidup nya dengan madu saya aman damai selalu pergi luar negeri makan angin dgn anak-anaknya dengan pengetahuan saya dan anak-anak. Tahu sajalah perasaan saya dan anak-anak bila dapat tahu.. hancur luluh. Saya telah hidup bermadu selama 10 tahun. Walaupun terlalu banyak pahit dan manis dan nafkah zahir pun selalu tak mencukupi tapi saya tetap redha. Saya tahu tuhan tak akan menduga seseorang hambanya tanpa kemampuan hambanya sendiri. Saya tidak tahu sampai bila masalah saya akan selesai. Cuma saya tawakal kepada allah. Segala saluran saya dah pergi untuk mohon bantuan dan kaunseling. Apa yang saya nampak jodoh saya dengan suami masih kuat. Cuma kadang-kadang hati wanita ini terlebih emosi. Apabila masalah-masalah ini berlaku, ramai yang cuba membantu dengan mengajar membaca ayat-ayat penenang, pelembut hati dr al-quran. Yang mungkin selama ini saya ambil ringan saja. Solat-solat sunat sudah mula saya lakukan dan bacaan-bacaan alquran telah mula dihidupkan kembali di rumah dengan bantuan anak-anak saya dan juga saya search dr internet (quranexplorer). Saya banyakkan menghadiri kursus-kursus motivasi yg murah-murah untuk mendapat ilmu dan memperbaiki diri saya. Alhamdulillah hati saya mendapat ketenangan dan kadang-kadang saya terlupa masaalah saya dengan suami. Bagi saya kalau suami tak balik rumah pun tak apa sebab saya boleh buat amal ibadat pada waktu malam. Dan saya rasa saya diuji sedemikian rupa kerana Allah masih sayangkan saya dan DIA tak mahu saya alpa dlm beribadat. Apa-apa pun kita kembali kepada ALLAH swt. Cuma saya hendak ingatkan jika kita terlalu memikirkan masalah, lagi banyak masalah akan datang. Lagi kita susah hati lagi banyak susah yang kita dapat. Berdoalah … hanya itu tugas kita … selebihnya DIA yang mengaturnya. Yakin dan percaya serta tawakal kepada tuhan. kita akan tenang di dunia dan akhirat. Bila kia tenang kita dapat berfikir dengan waras. Dan jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa. Banyakkan berfikiran positive ….. hidup akan ceria. Kalau kita fikir kita susah ramai org lain di luar sana yg susah. Banyakkan bersedekah walau sedikit tapi konsisten. Insyaallah akan ada jalan keluarnya… tkasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    pza Reply:

    saya setuju dgn pendapat Pn. lynna, kerana saya juga mengalami masalah rumahtangga.Sebelum ni saya selalu berendam airmata memikirkan perangai suami.Hidup saya seolah-olah kosong dan xde makna lagi.tp alhamdullilah Allah membuka pintu hati saya untuk lebih mendekatkan diri dengannya.jika seblm ni saya lebih byk menangis, sekarang saya rasa mendpt sedikit kekuatan setelah mendekatkan diri pd Allah.Dulu saya ambil ringan pasal solat, mengaji tp bila saya diuji begini, barulah saya sedar yg selama ini saya selalu lupa padanye,kerana dugaan ini saya byk menghabiskan masa ditikar sembahyang, memohon keampunan dan kemaafan diatas kealpaan saya selama ini. Barulah saya blh berfikir dgn positif dan tenang.Skrg saya hanya berserah pd Allah samada dipanjangkan jodoh atau sebaliknye.saya hanya berdoa semoga ditunjukkkan jln dlm membuat keputusan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. Isteri ku berkata aku tidak peka. Aku berusaha untuk menyenangkan isteri, tetapi tidak ada yang berhasil. Aku tida tahu di mana salahku, Satu permintaan ku adalah utk mengerti wanita, tahu bagaimanman sebenar perasaan merek ketika mereka membisu padaku? tahu mengapa mereka menagis ? tahu apa yang merek inginkan ketika mereka tidak memberitahu aku apa sebenarnya mere inginkan? aku ingin tahu apa yg membuat merek benar benar bahagia

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. salam smua…. entah la tiba2 je saya nak cuba share masalah saya ,…. sebenarnya saya pn tak tau nak mula kan macamana… saya seorang isteri yang simple n happy go lucky … da lama saya pendam perasan ni ,… cuma tak tau nak curahkan pada sapa..saya seorang peniaga … kecilan di rumah dan di kadang saya ada join uptown… kadang2 tu balik lewat… smuanya saya urus kan sendiri.. dari angkat kemas barang … sampai sakit2 pinggang,ada sekali tu sampai saya gugur pn ada…. tapi yang menjadi masalah saya kenapa selama saya berniaga tak pernah sekali pn suami saya datang membantu saya … kalau datang pn sekadar ambik anak lepas tu terus balik tak pena pn nak teman kan saya… alasan nya penat baru balik keja .apa yang patut saya buat ??? tolong saya utk atasi masalah ini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. Salam kepada semua..

    Kepada saudari Fiza dan Hamba dhaif..saya amat memahami keadaan saudari semua. Saya ingin berkongsi pendapat kerana saya juga pernah melalui sedalam-dalamnya masalah sebagai ibu dan isteri yang berdikari tetapi tak dihargai suami.
    Menjadi isteri yang soleh adalah impian semua wanita kerana syurga bawah tapak kaki suami. Akan tetapi jika masalah dipendam akan menjadi beban terutama apabila hubungan suami dan isteri telah hambar seperti contoh suami memperlekehkan tanggungjawab memberi nafkah batin.
    Saya melaluinya dengan tabah dan banyak-banyak tawakal dan istighfar kepada Allah.Setelah semua itu dibuat dan masih gagal menyelesaikan masalah, saya minta nasihat dan kaunseling dari peguam dan mahkamah syariah.
    Alhamdullilah sekarang saya rasa aman dan bersyukur masalah telah selesai..
    Kepada para ibu yang kuat berkerja, jangan putus asa, simpanan untuk diri sendiri amat penting buat masa depan dan bekalan akhirat jangan dilupakan.
    Kuatkan semangat dan cuba cari jalan penyelesaian..tepuk dada, tanya selera.
    Islam tidak menyuruh kita menyiksa diri sendiri tetapi fikirkan yang terbaik dan yang afdal di sisi Islam.

    -Nukilan rasa-

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Stone Reply:

    apa maksud anda telah selesai?? adakah ianya penceraian??? saya juga tersiksa….sekarang perasaan dlm diri hanya fed up …tiada perasaan dan ingin membawa haluan sndiri. Tapi masalah nya terikat dengan tjwb sbg “isteri”. Saya di ‘tittle’ kan sbg isteri tapi gersang. Saya benci kan rumahtangga yang pura2 ini. Saya benci kan diri saya kerana tidak pandai memahami diri sendiri. Tersepit dengan situasi yang bodoh ini. Buat saya rase hampir gila. Ini semua kerana satu-satu nya kelemahan saya iaitu xpandai membezakan. Dari dulu patutnya saya tahu dia x cintakan saya dan hanya ingin mengambil kesempatan. Dia gunakan saya dan pamerkan saya untuk kepantingan diri. Segala-galanya kerana saya terlalu bodoh. Terlalu berfikiran positif dan terlalu baik hati. Di buat macam sampah tapi masih bertahan. Hingga terlalu gelap, kelam dan suram pun hubungan masih bertahan. Kebaikan yang dicurahkan x seberapa. Ungkitan berpanjangan. Anak tidak mahu selagi tak kaya. (Saya x pernah terlintas istilah begini…mungkin x ada istilah begini) tapi suami saya cakap begini. Xperlu ada anak selagi x kaya. Diri sakit dibiarkan. Mak sndiri usahakan bawak berubat. Sampai sembuh. Itukah suami???? Nafkah zahir bagi batin lemah…x penting, penat memanjang. Lahiriah nampak sempurna, ada barang kemas..ada kereta ada rumah semi-D. Tapi dalaman..batin…macam neraka. Bila bincang…tuduh isteri x bersyukur. Beli lauk yang dah busuk2. Nk bagi makan bini atau anjing. Saya dah x tahan. Fed up…bosannnnnnn. Secara halus dia mendera mental dan psikologi saya. Jenuh sudah berjumpa ustaz yang pakar2 minum air penawar. Cakap ada jin lah dalam badan. Padahal bila lama-lama keadaan makin beransur diri sendiri boleh fikir, sebenarnya saya terseksa…merana. Kalau ikut kan hati mau berzina dengan llki lain. Tapi saya ada iman… tahu asal usul . Tahu allah ada. Sekarang x tahu nk buat apa. Masih bertahan. Ada paksa diri untuk senyum…tapi hambar. Doktor kata saya alami tekanan. X tahu berapa lama lagi dapat bertahan. Semuanya tentang dunia.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. Memang bengang jika jadi cam ni. nak minta cerai takut kan kemurkaan Allah. iyelah, perceraian adalah perkara halal yang amat dibenciNYA kan.

    Saya pun mengalami masalah yang sama. Bile kite mengadu dia tak ambik peduli. KEUTAMAAN suami mesti kepuasan sendiri je…
    atau bile begaduh dia malukan kite balik tentang perkara2 macam ni.konon nya kita yang problem…

    sampai naik gersang di buatnya.

    nikah sebab nak elak berzina. bila dah jadi macam ni tak pelik lah jika ramai perempuan yang keluar dari batasan dan main kayu tiga…nak bercerai masalah jika ada anak… ada anak pun rasa cam kebetulan rezeki ALLAH bagi..

    geram rasanya.
    antara cara nak settle kan nafsu sendiri penghujung nya kite pulak yang tengok lucah ..terbalik..iyelah nak elak kan diri dari bersungguh-sungguh keluar jumpa orang lain..
    kite perempuan bukan cam lelaki boleh bayar je

    memang hidup dilaknat sampai mati jika terus begini. Takkan ku ampunkan suami yang dayus ni dunia akhirat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25.  
    Mungkin inilah salah satu sebab berlakunya perkara 'isteri curang'.Bukanlah nak menghalalkan perkara yang ditegah oleh Allah tetapi setiap sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab – musababnya.Apabila pihak suami tidak dilayan ,isteri berdosa , isteri yang tidak baik , pelbagai tohmahan yang dilemparkan kpd pihak isteri kerana kesilapan itu tetapi bila seseorang suami itu dengan sengaja tidak melayani isterinya …sengaja mengabaikan tanggungjawab berikut dengan tujuan untuk mengenakan pihak isteri tue …..ape hukumnya….tak berdosa ke? tak pulak dibangkitkan , tak pulak didebatkan? dengan sengaja isteri itu dibiarkan sehingga tahap 3 – 4 tahun gersang………sehingga menyebabkan tekanan yang amat sangat di pihak isteri……ape pulak hukumnya? Pihak isteri mohon cerai mulalah isteri itu dikatakan isteri yang tak baik sebab minta cerai dari suami tapi dah berlaku perkara yang dikemukakan seperti di atas………..tapi pihak suami sengaja mengabaikan tanggungjawab  berikut selama bertahun-tahun lamanya………oklah pulak…..tak fahamlah……kadang-kadang bila orang kata'institusi kehakiman syariah' nie berat sebelah …….mungkin ada betulnya………..melambat-lambatkan proses perceraian……..betul-betul menyusahkan dan menyiksakan pihak wanita ………………mengalakkan wanita melakukan dosa yang berterusan……………….bila berlaku perkara itu ……senang je buat keputusan…….isteri salah…….dimanakah keadilannya ……………..institusi kehakiman syariah sekarang……….?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26.  
    Mungkin inilah salah satu sebab berlakunya perkara 'isteri curang'.Bukanlah nak menghalalkan perkara yang ditegah oleh Allah tetapi setiap sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab – musababnya.Apabila pihak suami tidak dilayan ,isteri berdosa , isteri yang tidak baik , pelbagai tohmahan yang dilemparkan kpd pihak isteri kerana kesilapan itu tetapi bila seseorang suami itu dengan sengaja tidak melayani isterinya …sengaja mengabaikan tanggungjawab berikut dengan tujuan untuk mengenakan pihak isteri tue …..ape hukumnya….tak berdosa ke? tak pulak dibangkitkan , tak pulak didebatkan? dengan sengaja isteri itu dibiarkan sehingga tahap 3 – 4 tahun gersang………sehingga menyebabkan tekanan yang amat sangat di pihak isteri……ape pulak hukumnya? Pihak isteri mohon cerai mulalah isteri itu dikatakan isteri yang tak baik sebab minta cerai dari suami tapi dah berlaku perkara yang dikemukakan seperti di atas………..tapi pihak suami sengaja mengabaikan tanggungjawab  berikut selama bertahun-tahun lamanya………oklah pulak…..tak fahamlah……kadang-kadang bila orang kata'institusi kehakiman syariah' nie berat sebelah …….mungkin ada betulnya………..melambat-lambatkan proses perceraian……..betul-betul menyusahkan dan menyiksakan pihak wanita ………………mengalakkan wanita melakukan dosa yang berterusan……………….bila berlaku perkara itu ……senang je buat keputusan…….isteri salah…….dimanakah keadilannya ……………..institusi kehakiman syariah sekarang……….?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. bila sudah berumahtangga sememangnya kita tidak lepas dr masalah….aku tension dgn mslh yg menimpa….suami tidak memahami perasaan…kpd siapa lg harusku mengadu…aku xtahu apa akan jd pd rumahtgga kami..aku xdpt trima dgn apa yg suami lakukan…dulu sblm kawin…dia jnji sm2 mahu membantuku utk membantu keluarga…tp skrg segalanya pun diungkit…aku dh naik bengong….dl aku xmahu kawin sbb aku tahu xde lelaki yg sggup trima mslh keluarga aku…tp suami aku meyakinkan aku bhwa dia boleh trima segalanya…namun slps berkahwin semuanya berubah….bg aku ibu n ayah adalah segala-galanya…aku sggp xkawin demi utk membahagiakan mereka…aku belajar bersgguh2 sbb aku xmahu mereka hidup susah…kini aku dlm dilema antara keluarga n suami…aku telah buat keputusan….andai suami masih tidak dapat menerima aku n keluargaku seadanya….aku harus buat pilihan…aku rela andai terpaksa tggl seorg diri….mungkin itu lebih baik..aku xsggp lg mendengar ungkitan terhadap keluargaku….walau seburuk mana pn mereka tetap keluarga aku…mereka keutamaan pd aku…itu janji ku sejak dr kecil lg…..aku redha apa sj yg berlaku…aku xdpt menafikan yg aku lebih sggp hidup menderita drpd melihat keluargaku yg menderita…..terpulanglah pd diaaa…aku xmampu lg utk berdiam diri…aku tahu beza antara kami mcm langit dgn bumi….aku org miskin n dia tidak pernah merasa keperitan hidup yg aku lalui…..aku redha dgn apa yg berlaku….mengikut ketentuan yg Maha Esa…Hanay Dia yg maha mengetahui….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. hidup yg xslalunye indah…aku mulai bosan dgn hidupp aku…dl janji lain tp skrg janji hanya tggl janji…biarlah org kata apa sj…aku naik muak dgn laki aku yg suka buat jnji tp xmahu tepati….aku dh mula mls nk lyn dia…aku hanya tggu petunjuk dr Allah…klu pjg jodoh ku, aku hrp dia brubah dan tepati janji2nya….andaikata sebaliknya aku redhaaaa…aku sememangnya xboleh tglkan keluargaku. sbb itu adalah tanggungjawab aku sejak dr kecil lg…aku telah berjanji pd diri utk membantu keluarga…aku rela diri dibebani…aku rela xberteman sejak dr mulaaa…tp dia yg meyakinkanku utk sm2 membantu…walhal semuanya tipu belaka…aku benci dgn ckp kosong lelaki hipokrit

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. As-Salam semua……setiap yg hidup pasti Allah SWT akan uji dgn dugaan dan cabaran……sekiranya kita bersabar dan bertawakkal dgn segala ujian yg diberi insyaallah pahala dan syurgalah yg akan Allah SWT beri….bayangkan ada lagi ujian yg lebih besar dan dasyat yg harus dilalui oleh hamba-hambanya yg lain…..insyaallah kita akn berasa ujian yg Allah SWT beri pada kita ini amat kecil dan sedikit sahaja…..bermunajat dan berserahlah pada yg Maha Esa….krn apa yg berlaku itu semua adalah kehendaknya…….berlapang dada dan bersyukurlah pada Allah SWT krn kita masih lagi dikurniakan kekuatan utk beribadah dan bersujud kpdnya…..serahkan segala-galanya pada Allah SWT krn dia Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana……dan jgn lpa utk berselawat dan salam keatas junjungan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat dan keluarga baginda……kerana tidak ada masalah yg tidak boleh diselesaikan dan tidak ada penyakit yg tiada ubatnya………ingatlah dugaan itu adalah kerana Allah SWT menyayangi dan mengasihi kita….mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah cinta yg kekal abadi…..jgn berduka…..titiskan air matamu krn Allah SWT ketika bersujud dan bermunajat kpd Allah SWT krn ia akn menghindar kita dr panasnya api neraka……mohon maaf dunia akhirat sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa…..andai tersalah harap diperbetulkan…..t kasih dan As-Salam dr saya…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. Sy punya masalah yg hampir serupa. Malah lbh bahu yg memikul ini.. sy telah mndirikn rumah tgga selama 12 thn dan mempunyai 2 cahaya mata. Masalah sy ialah suami sy mmpunyai masalah batin, yg mmbuatkn sy menderita selama ini. masalah ini sy sedari dr awal perkahwinan. tp di kala itu, kami terlalu muda utk menyedari yg itu adalah satu masalah. sehinggalh beberapa thn, sy akhirnya menjadi seolah2 hilang minat utk bersama. Suami sy jgk tidak berusaha utk berubat, sebaliknya memilih jln utk menghabiskn masa diluar ( berbincang psal prniagaan dgn kwn2) sehingga jam 3-4 pg. Tinggal lh sy dirumah dgn anak2 setiap mlm. Semakin hari kami semakin ‘jauh’. Begitu juga lh dr segi nafkah zahir. Perniagaannya sentiasa gagal yg akhirnya mmbwa kepada hutang. Nama beliau sudah lama disenarai hitam dan termasuklah notis kebangkarapan. Pilu hati sy. Nasib baiklh sy bekerjaya. Alhamdulillah pendaptan sy agak lumayan. Pinjaman rumah, kereta (2 biji), bil api, air, Astro, Telekom, bil hp dia, insurans anak2, insurans dia semua sy uruskn dan atas nama sy. Perbelanjaan beliau adalah utk yuran anak2 dan mkn minum keluarga. Dia tidak pernah memberi sy wang belanja bulanan kecuali sy mtk. itu pun dihulurkn dlm rm50 sebulan. Baju sy, anak2 smua sy belikn. Beliau hanya belikn hanya ketika menyambut hari raya. Baru-baru ini dia ada membeli saham mggunakn akaun sy yg akhirnya membawa kepada kerugian berbelas ribu dan akaun sy telah digantung. Hancur lg hati sy. Wpun kebencian sy trhadap beliau tidak dpt dikawal lg dan hilang hormat trhadap beliau, sy cuba utk redha. Masalah sy jgk ditambah dgn sikap keluarga beliau. Pernah suatu ketika dulu sy dimaki hamun oleh bapa sedara beliau atas ketidakpuasan hati mereka tehadap beliau. Pertama kali dimaki sy menangis, tetapi kali kedua sy maki hamun kembali bapa sedara suami sy. Sy yg asalnya wanita yg lemah lembut, kini sgt2 berbeza. Semua ini adalah atas pengalaman yg sy lalui. Sebenarnya sudah beberapa sy mtk cerai dr suami bila masalh2 besar timbul, tp akhirnya sy kesal. Cinta dan syg pada suami dh lama hilang. Hanya fikirkn tggungjwb anak2 yg semakin membesar. Suami sy seorg yg baik, tidak pernah brkasar dgn sy. Beliau jgk amat mghormati ibubapa sy. Cuma apa yg dpt sy simpulkn ialah beliau seorg yg gagal dlm mengurus diri sndiri, kewangan dan jgk rumahtangga. Apa yg terlintas skali lg dlm fikiran sy ialah utk brpisah pd usia sy kini 35 thn yg bg sy cukup2 matang..  

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam