Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

“Suami seksa batin dan jiwa saya!”, apa yang boleh saya buat?

March 03, 2011 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Saya minta maaf kepada anda semua kerana dah 2~3 hari saya tak update blog. Saya sibuk sangat kebelakangan ni.

Apa-apapun, untuk hari ini, saya ‘copy & paste’ kan 1 lagi masalah rumahtangga yang dihantar kepada saya. Harap anda semua dapat berikan pendapat @ pandangan @ komen.

Saya berharap kita semua dapat ambil pengajaran @ iktibar daripada apa yang telah dikongsikan. Segala pandangan @ komen anda adalah sangat dihargai. Semoga kita sama-sama dapat manfaat bersama, insyaAllah.

“Suami seksa batin dan jiwa saya! Apa yang boleh saya buat?”

salam,

terima kasih sudi memberi peluang kepada saya untuk bercerita masalah saya.
saya sangat berharap pihak tuan dapat membantu dalam usaha menyelesaikan masalah saya ini.
boleh share di blog… tapi harap tuan tak reveal identiti saya…

kisah saya bermula begini…

saya telah berkahwin selama 11 bulan bersama lelaki pilihan…. 7 bulan pertama kami merasa sangat bahagia walaupun kami berjauhan. hanya berjumpa 2-3 minggu sekali… rezeki menyebelahi suami bila masuk bulan ke-8 dia dapat kerja yang tak perlu outstation… untuk pengetahuan, kami tinggal bersama parents suami…

episod duka bermula bila pada tahun lepas, saya mendapat tanda-tanda seperti mengandung… muntah… demam… period lambat… saya sangat teruja…tapi, baru saya tahu, suami belum bersedia untuk ada anak. dia minta saya gugurkan jika betul saya mengandung… alasan dia, dia belum stabil dan banyak benda nak kejar… kerjaya, kereta, rumah.. dia minta tempoh 1-2 tahun lagi utk bersedia jadi ayah… saya sangat sedih… hati saya sangat kecewa bila dengar macam tu…. nak jadikan cerita, saya telah sapu minyak panas di perut, dan beberapa hari kemudian, saya seolah macam period… tapi saya dapati darah yang pekat tak macam period biasa …

start dari kes itu, suami sangat dingin pada saya… sebulan pertama langsung tak sentuh saya… bila saya ajak berbincang, dia cuma cakap takda mood sebab penat kerja… selebihnya dia membisu… dan membuatkan saya bertambah tertekan..saya rasa alasan dia tak logik… masalah ni berlarutan hingga sekarang iaitu sudah 3bulan… setiap kali ajak berbincang, kesudahannya kami bergaduh besar… saya tak tahan.. menangis setiap hari fikirkan hal ni… sehingga mengganggu rutin harian saya walaupun di ofis..

suami memang ada menyentuh saya.. tapi setelah saya merayu-rayu, menangis-nangis pada dia… tu pun banyak alasan dia untuk tak sentuh saya…seminggu sekali pun sangat susah.. kalau dari inisiatif dia sendiri, memang takkan sentuh saya… seolah-olah dia takda nafsu pun pada saya… sedangkan kami belum 1 tahun pun berkahwin…

hingga satu hari, suami sms saya, ‘adakah saya selalu meminta dari dia tu, bertujuan supaya saya dapat mengandung? dia mengaku tanak sentuh saya sebab dia takut kalau saya termengandung’… saya dah jelaskan pada dia, elakkan bersama tika saya subur.. dengan cara itu dapat elakkan saya mengandung… tapi nafkah batin adalah wajib bagi suami pada isterinya… apa yang dia buat pada saya selama ini adalah sangat salah…

bagaimanapun, hingga hari ini, masalah tetap terjadi… dia tetap tanak sentuh saya… saya rasa diri saya cukup hina hingga suami sendiri takda selera pada saya… saya malu setiap kali saya yang meminta… dan belum tentu saya dapat… sebab dia pasti akan menolak…

saya sangat kecewa… suami seksa batin saya dengan tak beri nafkah batin….. seksa jiwa saya dengan tak benarkan saya mengandung dalam tempoh 1-2 tahun… sedangkan usia saya menginjak 30tahun… hati saya hancur luluh bila setiap kali ajak berbincang menemui jalan buntu… takda penyelesaian… dia tetap macam tu sampai hari ini…

bantulah saya… saya mati akal fikirkan hal ini… suami susah nak beri kerjasama… saya tertekan…maha besar dugaan pada saya… saya takut, bila sampai masanya suami sedia menjadi ayah, kami susah nak dapat… saya selalu mendengar pepatah ‘ jangan plan-plan tanak baby lagi, nanti bila kita nak, kita tak dapat’… sedangkan saya sangat nak anak… suami yang tanak lagi… saya tak bahagia… saya sunyi…kadang-kadang saya terfikir meminta cerai… even dah 2kali saya utarakan kepada dia supaya berpisah… saya rasa kami mempunyai matlamat berbeza dalam hidup… kami tak sehaluan walaupun kami dah bercinta selama bertahun-tahun….

adakah masalah kami ini boleh diselesaikan? adakah cara supaya suami saya berubah agar menjalankan taggungjawabnya dengan baik? cukup tabah kah saya hadapi dugaan-Nya dalam rumahtangga saya? saya sayangkan suami tapi saya benci dengan konflik yang terjadi ini…. saya memohon kekuatan dari-Nya untuk terus tabah dalam hadapi masalah saya ini… tapi saya selalu tewas….

tolong lah saya. apa yang boleh saya lakukan untuk memujuk suami? apa yang boleh saya buat untuk mengatasi masalah ini?

Pasangan Ku Curang?

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

45 Comments to ““Suami seksa batin dan jiwa saya!”, apa yang boleh saya buat?”


  1. Agak sayu bila saya membayangkan jika situasi itu berlaku pada saya ,namun apa yang boleh buat jika takdir hidup beginiberdoala sehingga allah membuka pintu jalan bagi anda berdua

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. agak susah situasi puan ini krn suami x mahu berbincang..
    pada ketika ini sy teringat pesan orang tua, tempoh 1 hingga 3 tahun perkahwinan adalah proses saling mengenali.. pada waktu tersebut, banyak kesabaran dan pengorbanan yg perlu dilakukan.. w/pun telah bertahun2 saling mengenali waktu bercinta, tapi bila dah berkahwin rupa2nya masih saling x memahami.. bermakna alam percintaan x kan pernah sama dengan alam perkahwinan..

    agak sedih dengan situasi puan, moga puan banyakkan berdoa minta tolong padaNya permudahkan jalan ini..

    kerana untuk tidak mendengar kata suami, sangat besar dosanya.. syurga isteri didalam keredhaan suami..

    sebutlah nama dia setiap kali puan berdoa, mudah2an Allah membukakan hatinya untuk merindui zuriatnya sendiri..

    InsyaAllah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. tora datang lagi says:

    hemmmmmm…. harap Puan bersabar… Banyak2kan berdoa moga dibukakan hati. masalah suami tidak mahu bbincang, seeloknya puan cuba bbincang dengan ibu suami puan. orang lelaki biasanya akan lebih mendengar kata2 ibunya.

    ini hanya suggestion:-
    1) Puan jangan bangkitkan hal ini buat sementara waktu. bdiam dri lebih baik. mungkin suami puan akan sedar dengan sendrinya…

    2) jangan sesekali minx cerai. selamtkan rumah tangga selagi boleh.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yang bermasalah Reply:

    @tora datang lagi, terima kasih atas cdgn yg diberikan… bagaimanapun sy akan cuba sedaya upaya untuk tidak melibatkan orang tua samada pihak saya atau suami…penah terjadi saya mengadu masalah kepada ibu mertua tentang suami… tapi, apa yang saya dapat, ibu mertua 100% menangkan anak lelakinya… jadi saya beranggapan… cerita kepada ibu bapa bukan jalan terbaik….

    saya juga tidak mahu bercerai… tapi saya sangat tertekan… saya rasa saya tak disayangi… saya rasa diri saya tak berguna pada dia… sebab tu setiap kali kami bergaduh… saya tidak terlepas untuk sebut benda tu….

    saya juga tak jumpa saat bahagia dalam perkahwinan kami… saya tak nampak perkahwinan kami akan berkekalan… walaupun hakikatnya saya takut untuk bercerai….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tora datang lagi Reply:

    trima kaseh kerana sudi mbaca komen sy. hemmm. andai penglibatan orang tengah pun masih xboleh menyelesaikan masalah, nampaknya hanya puan dan suami puan sahaja dpt selesaikan. tiada siapa yg mahukan perkahwinan berakhir dgn penceraian. mungkin puan boleh meminta pandangan ustaz.. mintak ayat2dari alquranyg boleh melembutkan ati suami. hanya itu cara. mb 1 lagi. puan kena layan suami dengan sebaik mungkin agar suami puan tharu.. dgn ini, lagi senang dye lembut hati. yakin pada dri. suami puan saynagkan puan. ada sbb dye buat macam 2. mb dye bfikiran, dye nak lihat puan n bakal ank puan dalam keadaan senang tanpa mbebankan puan… bagi suami puan masa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    GLaM Reply:

    @yang bermasalah, saya cadangkan buat masa ni puan jgn kusut kn lagi fikiran suami puan..dan jgn tegang kn lagi keadaan.sebaliknya..sebaiknya puan kaji masalah suami puan. mungkin kh dia x suka kanak2,fobia atau sebagainya..? atau ada masalah lain yg biasa org kait kn dgn hukum karma..(balasan) cuba fahami dia, jika benar dia x bersedia menerima cahaya mata kerana keadaan kewangan yg belum kukuh..yakin kn pada nya setiap ank2 yg lahir di dunia ni tlh ditentukan rezekinya jd x perlulah risau. klu dia x de masalah dgn kanak2..lembut kn lh hati dia dgn sesekali bawa ketempat permainan kanak2,bermain dgn bayi, melihat,merasa,menyentuh, pakaian,permainan, kelengkapan,gambar, dan segala2 yg berkaitan dgn kanak2/bayi mungkin akan membuat kn dia teruja dgn kanak2/bayi. dan dr situ berdoalah pada ALLAH moga cepat dpt cahaya mata dgn membuka keinginan suami kearah itu. Berusaha,bersabar dan berdoa lh pasti berjaya..insyallah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. assalamualaikum…simpati dgn masalah puan.
    Puan minta petunjuk dan banyakkan munajat kpd ALLAH, (solat taubat, hajat, istikharah) agar dilembutkan dan dibukakan pintu hati suami. Buat masa ni banyakn bersabar dan kuatkan semangat.

    Banyak doa dan bacaan bole diamalkn utk lembutkan hati suami (search kat google).Tempoh pkahwinan puan yg masih baru adalh satu tempoh masa utk saling mengenali sprt yg dinyatakan hani di atas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. sedih baca cerita ni, appe pun banyakkan doa, insyallah semuanya bejalan lancar

    Terkini : Slower Is Better

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. sebenarnya tempoh percintaan yang lama bukanlah penguat dalam ikatan perkahwinan..bila da kahwin tinggal sekali, tidur sekatil baru lah kita tahu sebenarnya perangai pasangan masing2 amat berbeza ketika masa bercinta kan… memang sukar nak menghadapi bila sang suami susah untuk berbincang @ menerima pendapat kan..
    banyakkan bersabar & berdoa..semua yang berlaku adalah ujian dalam meniti kehidupan berumah tangga..carilah jalan yang terbaik..elakkan memendam rasa..kerana penyakit memendam rasa ni lah yang membuat kan hidup menderita..carilah kawan setia untuk bercerita..sekurang-kurangnya lega rasa hati & jiwa…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yang bermasalah Reply:

    @Maziela_84, saya kurang pasti, adakah dengan bercerita kisah rumah tangga kepada rakan2 atau orang lain di kira satu dosa? saya tak pernah cite masalah rumah tangga saya pada sesiapa… saya malu… orang lihat saya tak bahagia… saya rasa berdosa sebab saya kira ia mengaibkan suami pada rakan2 dan kelaurga…. sebab tu saya luahkan di sini… sekurang-kurangnya orang tak kenal saya…

    saya dah tak tau untuk cari jalan mana terbaik… saya buntu… kusut… apa yang ada dalam fikiran saya… adakah perkahwinan saya boleh diselamatkan lagi? saya tak nampak penyelesaian pun … suami saya tetap macam tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Maziela_84 Reply:

    @yang bermasalah, adakah puan mmpunyai kakak@adik perempuan yg memahami? cuba lah ceritakan..saya juga mempunyai masalah…tapi semakin pendam akhirnya akan memakan diri..pernah beberapa kali saya cuba membunuh diri akibat tekanan melampau..saya tak tahu nak mengadu pada siapa..pernah mengadu pada ibu mertua..tetapi ibu mertua masih menyebelahi suami.pernah juga mengadu pada ibu saudara suami..akhirnya disuruh ke pejabat jawi…apa nak buat..akhirnya saya ceritakan segala nya pada kakak saya…alhamdullilah..saya lega..4thn lebih saya bertahan demi anak2…hm…peritnya hidup tuhan yang tahu..
    betol memang berdosa menceritakan tentang keburukan suami…tapi sampai bila hendak dipendam seorang diri…sakit hati adalah penyakit yang tiada ubatnya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yang bermasalah Reply:

    @Maziela_84, iyer… saya ade ramai adik beradik perempuan… tapi tak sanggup nak cite pd derg… saya sgt malu… baru kawen tapi dah mcm2 mslh… saya jeles dgn rumah tangga kakak2 saya… saya suke kehidupan mereka yg saya nmpk sentiasa bahagia… kenapa keadaan saya jauh berbeza dr kakak2 saya? saya juga sgt malu utk bercerita pada mak saya… saya tak nak derg taw saya ade mslh… die suami pilihan saya… saya kira, biar apa jua berlkau… saya taknak memalukan diri dan suami kepada keluarga…. kdg2 saya nak pegi pejabat agama… tapi, kalau suami tanak pegi pun… takde jln penyudahnye….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Isteri Solehah Reply:

    @yang bermasalah,
    saya rasa jln terbaik ialah tidak menceritakan apa jua masalah rumahtangga puan dgn org lain.sebab orang lain ntidak memahami sepenuhnya apa yang kita rasa dan lalui. silap langkah, rumahtangga kita pula yg akan jadi lebih teruk. seboleh2nya, puan berbincanglah dgn suami puan dahulu. kalau cara berbincang face to face tidak berkesan, puan cubalah tulis surat @ emel pd suami puan. suami ada ego.kadang2 bila berdepan dgn isteri, dia tak blh terima pndgan isteri, w/pun hakikatnya dia mengakui kebenaran kata2 isteri.suami mgkin perlukan masa utk ‘menurunkan’ ego sendiri.

    Selain itu, puan jalankanlah tanggungjawab sbg isteri dgn baik. sediakan makan dan pakai dgn baik.bercakap sopan dan lmah lembut dgn suami.selalu ucapkan cinta dan sayang pd suami. hntr sms yg memberi motivasi pd suami,contoh ttg kerjayanya.tapi, mungkin puan rasa sukar utk lakukan semua ni kalau puan fikirkan respon dr suami puan. jadi, ingat dan sematkan dlm hati bahawa setiap yg puan lakukan hanyalah kerana Allah,hanya kerana ibadah pd Allah..insyaallah puan tidak akan tertekan lakukan semua itu.

    Puan juga jgn lupa dekatkan diri dgn Allah.Baiki hubungan kita dgn Allah, insyaallah Allah akan perbaiki hubungan kita dgn suami.mengadulah pd Allah, lepaskanlah sgl masalah puan pd Allah.mohonlah bantuan dr Allah. Allah itu Maha Mendengar. Allah pasti akan dgr segala pengaduan dan rintihan puan.

    Semoga puan tabah..
    Isteri Solehah´s last blog post ..Masa Depan Anak-Anak

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Isteri Solehah,
    setuju sangat2 dengan saranan yang diberikan tu.
    pendek kata,
    isteri kena faham betul2 tugas dan peranannya dalam rumahtangga,
    laksanakanlah sebaik dan sesempurna mungkin.
    insyaAllah, apabila hak-hak suami telah kita penuhi,
    pasti nanti Allah akan berikan dorongan pada suami
    supaya penuhi hak-hak anda sebagai isteri pula.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    6
  7. suami istri harus musawarah apa yang harus dikerjakan agar kesalahan sebesar apapun dapat kita nikmati bersama-sama.
    anda jangan mengulagi membuang calon anak, karena tuhan akan akan memberikan kehidupan yang layak untuk anak tersebut,
    coba berikan obat viagra pada suami anda secara diam diam untuk membangkitkan napsu seknya.
    ajak dia untuk mandi bersama-sama,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yang bermasalah Reply:

    @fauzi, terima kasih atas kesudian encik memberi komen… saya tak pasti kesan sampingan dari viagra tu untuk jangka masa pnjg… saya tak berani mencuba mcm2… tak berdosakah saya membuat sesuatu tanpa kebenaran suami? saya sendiri sangat teringin anak… mana mungkin saya nak buang zuriat saya sendiri… cuma saya sgt sedih dengan konflik antara saya dan suami yang tak sehaluan…. tahla… saya tak pasti sejauh mana rumah tangga kami ni… saya sangat sedih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. As salam,
    Mungkin kita jangan terlalu mengejar cinta dunia kerana ianya hanyalah sementara. Terlebih dahulu kita kena mencintai Allah SWT kerana ianya adalah kekal dan nikmatnya terasa sehingga ke hari Akhirat. Suami juga adalah manusia yg memang tidak akan lepas dari berubah… Suami puan masih sayangkan puan dan jgn lagi sebut pasal peceraian. Mungkin puan kena “ajar” suami puan dengan 1. puan lebihkan masa puan dengan belajar ilmu agama, rumahtangga dan perbaiki diri. 2. Berhias di rumah, kerana salah isteri berhias semasa bekerja di pejabat sahaja ( suami akan jadikan sbg alasan kalau terdesak ). 3. Jalankan tanggungjawab isteri seperti biasa. 4. Jangan merayu utk ‘bersama’, tp menggoda suami dgn wangian or hiasan romantik di bilik. 5. Mungkin kena melakon seolah-olah apa yg suami buat tu takda kesan kepada puan, biar dia fikir balik perbuatan dia. Jadilah isteri yang bijak dalam menghadapi masalah rumahtangga, sekarang baru berdua… kalau dah ada anak masalah lain akan timbul… kaji kenapa Rasullullah sayang Siti Khadijah, Aishah dan puterinya Fatimah… Hakikat sebenarnya wanita diciptakan kuat kerana hanya wanita yg mampu melahirkan. Allah menduga org yg Dia sayang kerana menjanjikan yg lebih baik dari sebelumnya.. Percayalah ada hikmah di sebalik cubaan ini…. InsyaAllah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yang bermasalah Reply:

    @eta, terima kasih atas nasihat dan cadangan yg saya kira sgt berguna…
    1. iyer… saya takda tempat lain utk mengadu… hanya pada Nya… sy sentiasa berdoa agar Allah lembutkan hati suami… bertggjwb dgn sebaiknya pd saya…mungkin doa dan ibadat saya masih belum ckup utk membantu jiwa sy tenang menghadapi dugaan Nya dan dimakbulkan Allah…. cuma kdg2 saya tewas dgn mslh ni…

    2. saya kira sy dah cukup berhias utk suami… saya juga pakai apa yg suami sy suka (die pernah ckp sblm ni apa yg dia suka sy pakai di rumah)… saya dah taktaw berhias mcm mana lagi… saya dah cukup sexy di hdpn suami… saya akn pastikan sy sentiasa wangi dan kemas… yg saya kira dia akan tergiur pd sy… tapi hampa… dia pndg biasa j mcm takde perasaan….

    3. alhamdulillah… saya sentiasa cuba utk memberi yg terbaik dlm urusan ruamh tangga… tp mungkin sy tak perasan cacat cela saya selam ni… saya cuba utk perbaiki diri saya utk menjadi lebih baik dr semasa ke semasa…

    4. eta, saya dah buat cadanagn awk tu… saya hias bilik saya… bilik saya sentiasa wangi… sentiasa kemas… saya sdri sentiasa sexy di hadapan die.. apa lg godaan yg saya ter tggl n perlu utk saya buat? saya dah takde idea…. sbb tu sy merayu pd dia…. wlp kdg2 saya rs saya bodow n tergila2kan sex… tapi itu nafkah yg wajib utk dia beri… yg tak sepatutnya sy merayu…

    5. saya belum cukup kuat utk berlakon mcm ni… saya dah cuba bertahan selama sebulan dgn berdiam diri… berlakon mcm takde pape… berpura2 saya bahagia dgn dia… tapi hati saya sakit… sgt sakit… suami seolah tak nmpk saya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    eta Reply:

    As salam,
    Kalau dah pelbagai ikhtiar di lakukan mungkin puan kena berserah kepadaNya shj, doa org yg teraniaya ALLAH dengar, cuma mungkin belum sampai masa untuk dimakbulkan, sebenarnya dugaan nie xlah seberat mana pun kalau dibandingkan pada zaman nabi dulu, cuma mungkin puan terlalu memikirkannya. Saya sendiri telah diduga dengan sehebat2nya fitnah.. hampir berpisah dgn suami namun dikuatkan kerana sentiasa percaya Allah ada bersama walau masalah yg timbul hasil fitnah tu x pernah selesai. Malah sy jg tahu suami kurang kepercayaan dgn saya. Tapi saya ambil pendekatan mengubati hati sendiri dulu kerana kalau hati kita kotor, perkara yg baik x kan dirasai dan dinikmati, sentiasa x puas dan buruk sangka. Saya banyak membaca apa sj ilmu kekeluargaan termasuk menjadi pengunjung setia blog nie dan blog seribu warna pelangi. hati sy tenang bila dapat info yg betul2 berguna. Puan kena beri perhatian puan kepada keluarga puan terutama ibubapa puan supaya tumpuan puan tidak hanya tertumpu kepada konflik puan, sebenarnya “syaitan” sengaja besar2kan konflik dalam pemikiran dan hati puan kerana niatnya hanya 1, pisahkan puan dr suami puan dan bimbing puan ke jalan yg terkutuk. Jgn lemah, bahagia puan sendiri boleh cipta, kita wanita, kita istimewa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    cg n Reply:

    @yang bermasalah,
    Assalam
    Saya ada lah seorang suami. pendapat saya ada lah faktor utama ‘situasi’ ni ada lah sebab ‘kewangan’ iaitu suami puan merasai kewangan nya belum mantap lagi dan lagi satu, di tahun pertama adalah tahun yang sukar seperti tiada simpanan yang mencukupi, kenderaan yang belum cukup ‘bagus’ dan rumah yang belum ada.
    Thanks

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    Mr. F Reply:

    @yang bermasalah,

    saya amat simpati dengan puan. sememangnya alam rumah tangga berbeza dengan alam percintaan. pada pandangan saya:

    1) Mengadu padaNya sememangnya tempat yg terbaik. mengadu pada Allah dan yakin Allah dengar rintihan puan. saya tahu puan cuma manusia biasa dan sememangnya tidak dapat lari dari mendapat ujian. tapi yakin satu hari nanti puan akan mendapat kemenangan.

    2) Buat aktviti-aktiviti yg menyihatkan badan. Aktiviti bersukan sebagai contoh. Cuba lupakan akan ujian yg puan dapat. InsyaAllah puan akan lupa sementara akan ujian tersebut. Aktiviti seperti bermain boling, badminton, naik gunung atau bukit.

    3) Seksi di hadapan suami. Ya. Saya tahu puan dah lakukan yang terbaik. Cuba ubah. Cuba untuk tidak lagi seksi tapi sopan. Banyakkan membaca al-quran, berzikir dan mendengar ceramah-ceramah agama. Mungkin dapat melembutkan hati puan yg tengah gah menghadapi ujian ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. pandangan saya elok puan mainkan radio ayat-ayat alquran…
    cubalah buat setiap hari….

    insyaAllah ia akan melembutkan hati kedua-dua belah pihak..
    bila hati lembut.. barulah senang berunding….

    Ayat alquran ini penawar segala penyakit kerana ia menenangkan hati..
    bila hati tenang… barulah organ di dalam badan berfungsi dengan baik…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    adik mentah Reply:

    kenapa mainkan radio jer??
    seelok-elok nya baca lar…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    Hairul Hissam Reply:

    @adik mentah,

    kalo hati kita keras.. jgn kata nak baca alquran…
    nak ge solat pown susah….
    boleh ke.. suruh suami ge baca alquran…hu.hu.hu..

    saya sendiri merasa kesan dari mendengar ayat alquran dari pc saya..
    kalo dulu suka melewatkan solat.. skrg tak lagi…
    terasa ringan je…

    kalo hati dah lembut barulah senang nak baca al quran..
    begitu juga sebaliknya…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. - Salam 1 aqidah… terpanggil untuk berkongsi pendapat dan pandangan bersama para netter sekalian… beginilah kisah masyarakat yang sering kita dengar…. kita sering diberitakan dengan kisah2 begini. Buat puan yang terlibat dan atau sesiapa saja diluar sana yang mungkin terlibat sama banyakkan bertaubat…beristifar…mungkin ini adalah ‘kifarah’ dosa2 kita sebelum bernikah.. (mungkin ada ‘dating’2, pegang2, ringan2, or perkara2 yang melanggar ‘syariat’ Allah, bak kata orang zaman sekarang ‘sendiri mau ingat’) atau mungkin Allah nak mendidik /puankita semua dengan cara yang begini… memang ‘perit’ bagi sesiapa yg menerima ‘ujian’ ini…cuba belajar ‘terhibur’ (redha) dengan ujian Allah ini… setiap daripada kita tak lepas dari ujian Allah… itu semua orang tahu.. cuma bagaimana kita ‘face’ ujian ini adakah kita makin jauh dari Allah atau sebaliknya.
    – Kan di antara hikmahnya kalau mungkin dilihat dari ‘ujian’ ini mungkin puan makin sering mengadu2 dengan Allah, yg mungkin sebelum ini jarang dilakukan… itukan lebih baik daripada mengharap/mengadu2 kepada manusia yang penuh kelemahan…percayalah puan ini kasih sayang Allah, Allah sayang pada puan sebab itu diuji, ‘mahfumnya ‘wahai manusia, janganlah kamu sangka kamu telah beriman, sebelum kamu diuji’ – kalau salah tolong betul.
    – Puan memang perkahwinan zaman sekarang kebanyakannya macam tu… ikut pemerhatian saya, macam cerita2 drama atau kisah2 dalam novel..or yang sewaktu dengannya…mula2 sebelum nikah ‘syahdu’ abis, sebab mungkin ‘perhubungan’ tersebut dicorakkan dengan keindahan dan kesyahduan oleh syaitan. Tapi bila dah nikah beginilah jadinya, syaitan akan buat yang sebaliknya.. tu kena ingat buat kita semua.
    – Usia Perkahwinan puan kiranya tak la lama sangat, ambil la ‘peluang’ ini untuk terus dan terus mendalami ilmu’sepak terajang’ or menyesuaikan diri dalam ‘bahtera rumahtangga’ yang penuh bergelora di lautan yang luas.. banyak benda yang tak dijangka… sebab bila ingat ‘kawin’ aje gembira2,bahagia2, itu ‘standard’ pemikiran kita semua…walhal perkahwinan itu satu ‘amanah’ yang maha berat buat suami dan isteri terhadap pasangan masing2…
    – saya rasa komen2/pendapat2 yang diberikan sebelum ini mana yang baik cuba amalkan… banyakkan ‘bersedekah’ untuk penyelesaian masalah disamping banyakkan merintih kepada Pencipta…
    – Tabah dan terus tabah dalam menghadapi unian ini…insyallah ujian ini makin mematangkan puan dalam kehidupan… sekiranya terjadi jua apa2 perkara yang puan tak mahu terjadi cthnya perceraian (mohon dijauhkan) mungkin itu yg terbaik buat puan sebelum puan berpanjangan bersangka2 buruk terhadap ‘suami’ yang mendatangkan mudarat di akhirat kelak.
    – Buat nette2r sekali bersama2 kita mendoakan agar puan yang terlibat ini diberi kekuatan,kesihatan mental dan spiritual seterusnya diberi jalan keluar oelh Allah SWT kepada permasalahah beliau ini. Amin..amin.. amin…sekian. daripada orang yang banyak dosanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. mohdradi says:

    salam.
    pada pendapat sy, suami puan takut kalu puan termengandung kannn..sbab tu la dia kurang minat bersama puan.mungkin dia trauma.mungkin jugak dia da ada family planning dia sendiri.
    puan bleh la yakin kn suami puan dgn mengambil pil perancang kehamilan.xpown pakai kondom ketika bersama.mungkin dgn cara ni, suami puan lebih yakin untuk bersama kerana peratusan untuk mengandung sedikit…
    Sy doakan puan bahagia dgn dia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. joyzieta says:

    salam…
    1.bwk suami jmpa pkr agr mslh ini x bpnjgn
    2.x bhnti bdoa pd ALLH
    3.layan suami lebih dr biasa..insya ALLH..dia akn trse keikhlsn anda…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nabihah Reply:

    sabar.. orang yang bsabar ni banyak hikmahnya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. nabihah says:

    sabar.. ingat pada allah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. masalah boleh diselesaikan kalau kedua-dua belah pihak saling faham memahami..
    kalu sorang panas.. sorang lagi kena sejuk…
    jgnla dua2 panas.. lagi merebak la kepanasan tu…
    percayala cakap saya.. walaupun dia bersikap begitu biarkan sahaja.. lelaki ada egonyer.. hanya isteri dia je yang tahu.. tp kalu si isteri buat tak tau susah la… kan kita dah berjanji nak sehidup semati dengan dia.. saya harap puan lebihkan lagi perhatian kepada suami puan.. kalu dah dia tak mau mcm tu.. ikut sahaja ye.. saya kekadang ada gak selisih faham ngan suami saya.. tp saya senang jer…siang kerja, bila malam mesti laparkan.. saya masak utk dia.. n hidang depan dia.. walaupun dia masam ngan saya tapi dia tetap makan apa yang saya masak.. bila makan rasa sedap mesti nak tambahkan.. so saya cedukkan nasi sambil pandang muka dia sambil tersenyum.. tengok.. dia pon tersenyum malu lah kot apalagi.. kami tergelak sama2… n tak gaduh2 dah… pastu jgn ungkit balik apa yg berlaku..buat tak tau jer… lama- lama ok la tu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. ct maliha says:

    inilah perasaan seorang isteri… masalah adik sebenarnya kecik je.. kalau diikut apa yang suami nak, selesai lah.. hidup suami isteri ni perlu ada pengorbanan.. kena korbankan apa yang kita nak, yang kita sayang, masa kita dan macam2 lagi pengorbanan.. cuba ikut cadangan mohd radi tu.. mana tau berkesan.. lelaki ni ego.. kita kena beri apa yang dia nak dulu, barulah dia akan beri apa yang kita nak plak malah lebih baik lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. Salam puan sedih membaca masalah puan.saya simpati dgn puan.ini adalah satu pandangan saya, cuba puan baca surah Toha ayat 1 – 5 puan amalkan ayat ini kalu boleh tiupkan kat tengkoknya atau lebih baik kat ubun-ubun dia dan minta dengan Allah.Puan buat solat tahajud dan solat hajat mengadulah pada Allah dan yakin padaNya insyahallah akan dimakbulkan oleh yang maha esa.saya ada lg satu ayat tapi saya lupa surah apa nnt saya cuba carikan dan akan beritahu kemudian.kalau boleh puan baca ayat ini selepas solat cuba amalkan.Insyaallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. observer says:

    salam sejahtera puan…saya bersimpati pada masalah puan….dari penilaian saya…maaf ye mungkin ada sebab-sebab lain yang mungkin puan tidak sedari…saya rasa puan belum cukup kenal luar dan dalam suami puan yang sebenarnya…ada beberapa kemungkinan ini terjadi…sebab yang pertama kemungkinan suami puan ada kekasih lain….mungkin di depan puan dia hanya berlakon…bila ada orang ketiga pastinya keinginannya kepada puan pasti tidak teruja…perkara ini nampak tak logik tetapi sejarah telah banyak membuktikan…perkara kedua mungkin jika suami puan sihat dalam ertikata tak mati pucuk…tidak mungkin dia tidak berminat kepada puan melainkan dia berminat pada kaum sejenis (HOMOSEKS) atau hetereseksual…iaitu berminat kepada kaum lelaki dan perempuan…..ini kerana naluri manusia memang kita tak nampak…hanya mereka sahaja yang memahaminya…seperkara lagi mungkin suami puan ada tak puas hati kepada puan tetapi dipendamkan sahaja sehingga akhirnya melahirkan perasaan benci kepada puan …percayalah cakap saya kalau jika itu terjadi…puan berhias macam mana pun,pakai minyak wangi hebat mana pun suami puan tetap tidak memandang kepada puan…oleh itu puan hendaklah bermuhasabah diri…dan membetulkan kesilapan jika ada…tapi kalau suami puan suka pada kaum sejenis…itu memanmg tuan punya diri kena mengubahnya…memang lah saya cakap ni macam kelakar…tapi itulah banyak yang orang perempuan tak tahu dan faham…saya nak ingatkan kepada puan orang lelaki ini ada berbagai wajah…apa yang puan pandang dirumah…tidak sama dipejabat,apa yang dilihat dipejabat tak sama minum dikedai kopi…jadi sentiasalah ada perasaan curiga…sebab orang lelaki ni memang pandai berlakon…oleh itu berhati-hati lah…percayalah puan sebenarnya puan belum mengenali sebenar-benarnya suami puan…oleh itu selidiklah apa sebenarnya aktiviti suami puan yang banyak puan tak tahu…ok …kalau pandangan saya ni tak betul saya akan bagi cadangan lain yang lebih mantap …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. Salam seperti yang telah saya janjikan untuk mengekalkan hubungan kasih sayang dan untuk menenangkan hati puan cuba amalkan ayat ini iaitu surah Ali Imran ayat ke 200 amalkan selepas solat semoga puan beroleh kemenangan. Erti ayat itu ialah Wahai orang orang yang beriman,sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatan mu dan patutlah kepada Allah semoga kamu beroleh kemenangan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. Saya setuju dengan ros, puan boleh menggunakan ayat2 alquran untuk melembutkan hati suami puan. Ayat pelembut hati surah al-imran ayat 200, puan boleh dapatkan panduannya disini : http://melur-hasanah.blogspot.com/2011/02/petua-melembutkan-hati.html

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Salam buat puan. Semoga puan dirahmati Allah & dikurniakan kesihatan yg baik selalu. Pada pendapat saya, masalah puan ni masih dalam kategori biasa2 yang buleh dirawat. Saya juga seorang isteri yg sudah 3 tahun melayari bahtera rumahtangga. suami sya, lebih kurang sama dgn suami puan. kurang minat pada hubungan intim. sebulan sekali tue perkara biasa, sejak dari tahun pertama perkahwinan. Pada sya matlamat perkahwinan ini adalah untuk mencari kebahagian. Kebahagiaan itu dtg dlm pelbagai bentuk. Tidak semata-mata kerana zuriat (sya pun blum ada lagi) ataupun hubungan intim. Kalau sudah sampai masanya (utk punya zuriat), walau hebat mana pun cara kita menolak pasti akan dikurniakan juga. Sebab rezeki itukan ketentuan Allah. Pada saya masalah ini bukan puan seorg sahaja mengalaminya, ramai isteri2 diluar sana yg mengalami masalah yg sama. Sya pernah terbaca seorg isteri mengadu suami tidak mahu bersama lebih 6 bulan, malah lebih gemar mengadap PC dari membuat hubungan intim dgn isteri. Hidup ni tak lama, mungkin masa kita cuma tinggal 2-3 tahun, mungkin juga 2-3 bulan atau pun 2-3 hari je lagi. So, byk2 kan berdoa & bersabar. Pada sya bersabar tu adalah kunci kepada kejayaan. Org yg byk bersabar mmg byk kelebihan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. Salam buat puan. Semoga dirahmati Allah & dikurniakan kesihatan yg baik selalu. Pada pendapat sya, masalah puan dlm kategori2 biasa2 & bukannya luar biasa. Masih boleh dirawati. Sya juga seorang isteri yg memiliki suami yg kurang minat dgn hubungan intim. Sebulan sekali itu perkara biasa. Dari tahun pertama perkahwinan (dah masuk 3 tahun dah). Matlamat perkahwinan ialah utk mencari kebahagian. Kebahagian itukan bersifat subjektif. Bukan terletak pada zuriat (sya pun masih blum ada lg) atau hubungan intim semata2. Kalau masih sygkan suami & perkahwinan, bykkan bersabar & berdoa. Pada sya Islam itu adil. Isteri juga punya hak dlm perkahwinan. Bukan suami shj. Jika suami gagal melaksanakan amanah yg Allah berikan padanya, hemm… faham2 jelah yer. Kenapa Allah beri byk kelebihan pada lelaki & suami? kenapa isteri wajib mentaati suami? Kerana beratnya amanah & tanggungjawab yg Allah letakkan pada bahu mereka. Tanggungjawab mrk adalah dari segi zahir & batin. kegagalan mrk melaksanakan amanah yg Allah berikan, pasti akan mendapat balasan jika tidak bertaubat. Banyakkan berdoa supaya suami berubah. Tak perlu nak nasihat suami kalau rasa perbuatan itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Bukan tanggungjawab isteri utk mendidik suami tapi tanggungjawab suami utk mendidik isteri. Kalau setelah bersabar, berdoa dan setelah segala usaha yg dilakukan tidak berhasil. Isteri punya hak untuk menuntut fasakh (cerai adalah jln terakhir yg amat dibenci Allah, tapi halal dilaksanakan) – Ingat matlamat perkahwinan adalah utk mencari kebahagiaan… bukan penganiayaan & penindasan. Last sekali…kondom kan byk dijual.. rasa takut bocor pakai 2 lapis..huhu 3 pun buleh. Pandai2 lah korang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. @yang bermasalah
    as salam,sy sndir ada masalah dgn suami seawal usia perkahwinan sy 3 bln.sejak kawin x penah lg kami keluar berdua..ditampar n diherdik seseolah perkara biasa yg sy alami.sy tahu suami sayangkan sy tp seseolah dia x nmpk sy,seseolah sy x wujud.dia lebih bnyak menghabiskan masa dgn mak sy berbanding sy.sampaikn dia penah bgtau sy yg dia akan ceraikan sy klau sy mbndingkan layanan dia pd mak sy.tp sy x nk menyerah sbb sy sayangkan suami sy.amalan yg sy lakukan bnyak membantu sy kuat dlm mhadapi masalah ni
    -berdoa n solat hajat.
    masa kita bhgia n senang mgkn kita akn mlengah2kn solat tp bila kita ada masalah ibadat kita akn lebih khusyuk.mgkn ni sbb nape kita diuji?supaya kita kbh khusyuk n sentiasa mdekatkan diri pd allah swt.
    -mgkn disebabkn dosa2 kita yg lepas.mgkn masa ni allah akan memberi balasan pd kita supaya kita bertaubat sbb allah akn memberi hukuman berzina di ats dunia lg.
    -cubalh belajar menenangkan hati puan,sy tau ada masanya kita memerlukan belaian suami tp cuba menarik minat suami puan dgn cara halus.jgn abaikan kehendak n keperluan suami puan wlpn hati puan sedih.x pyh paksa dia mendengar ketidakpuasan hati puan,ckp dgn hntr sms.jgn penah abaikan dia,hntr sms wlpn dia sdg berkerja,wlaupn dia x reply..sekurang2 dia baca sms puan.
    -klau dia x nk bersama disebabkn x nk puan mgandung,beli kondom n pakaikn sndri pd dia.cuba goda dgn cara halus wlpn puan yg jd nahkodanya.
    -cuba amalkn ayat2 alquran untuk melembutkan hati suami puan..insyaallah allah akn tlong kita
    -cubalah selidik kegiatan suami puan shggalah perangainya sebelum berkahwin.
    puan tabahkn hati,jgn perbesarkn masalah dgn menambahkn masalah yg sedia ada,cubalah bertahan dgn makan hati dgn perbuatan suami puan.insyallah puan akn bahagia jika puan fikirkn nikmat allah pd puan.jgn fikirkn masalh ni,cubalh sentiasa ada disisi suami puan wlpn suami puan x hargai.keredhaan isteri ada pd suaminya,jd lh isteri yg taat,berdosa besar puan memohon cerai pd suami,klau semuanya x mjadi..berjumpalah ustaz.mgkn ia blh mbntu myelesaikn mslh puan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5

    [Balas Di Sini]

    23
  24. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

    24
  25. bunga angerik says:

    @ yang bermasalah,

    Saya juga hadapi masalah sama. Saya ingin nasihat puan supaya jangan banyak memikirkan permasalah ini dan fokuskan kepada benda lain kerana satu hari nanti puan tak akan menyangka yang puan telah dapat melaluinya. Buat masa ni kita follow je apa dia nak. Sekiranya selepas permintaannya telah ditunaikan tapi dia masih berperangai sama…maka tibalah masa untuk bertindak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. dato madey says:

    kak pernah tak “kondom”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. dato madey says:

    pakai kondom

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    27
  28. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4

    [Balas Di Sini]

    28
  29. Assalamualaikum Puan,

    Dekatkanlah diri puan dengan Allah s. w. t.

    Insyallah, Allah akan menolong puan kiranya puan bersabar dengan setiap dugaan yang datang.

    Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    29

1 Trackbacks/Pingbacks

  1. “Suami seksa batin dan jiwa saya!”, apa yang boleh saya buat ... 03 03 11

Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11