Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai?

Share

Saya ada menerima banyak email aduan tentang masalah rumahtangga. Seolah-olah saya ni macam pakar kaunseling rumahtangga pula.

Aduhai saudara-saudari sekalian. Saya minta maaf lah. Apa yang dapat saya bantu, cuma lah berkongsi masalah anda di blog ini. Maka terpulanglah kepada pembaca semua untuk memberikan pendapat masing-masing.

Semoga dengan perkongsian yang dibuat dapat memberikan iktibar, pengajaran dan manfaat buat semua.

Untuk hari ini, sila baca masalah berikut.

Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai?

Salam. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan. Saya nak mintak nasihat dan pandangan.

Begini ceritanya. Saya dapat tahu suami saya mempunyai kekasih gelap. Hubungan mereka amat serius, sudah seperti suami isteri.

Saya dapat tahu kerana Allah punya kuasa. Pada 2 Nov tahun lepas. Itupun setelah hampir 8 bulan bersama.

Sebenarnya mereka terlah berkenalan 2 tahun yang lepas dan telah mengadakan hubungan sulit, namuan hubungan putus selepas suami saya habis berkursus. Walau bagaimapun mereka masih calling-calling antara satu sama lain. Hubungan terputus betul-betul setelah pompuan itu berkahwin.

Namun rupa-rupanya hubungan mereka bertaut kembali selepas perempuan tu bercerai dengan suami dia, masa tu dia tengah mengandung.

Suami saya berercinta kembali dan meneruskan hubungan seperti suami isteri dengan perempuan itu. Sedangkan masa tu saya tengah sarat mengandung.

Kejam sungguh suami saya. Dia boleh berlagak seperti biasa seolah-olah tidak buat salah, padahal salahnya boleh direjam sampai mati kerana berzina dengan perempuan yang juga tengah mengandung.

Saya tak boleh nak fikirkan apakah perasaan suami saya langsung tiada belas ehsan pada saya dengan menipu saya sedemikian. Saya tak dapat menerima hakikat kerana suami sebelum ini meruoakan seorang yang baik. Tapi itulah sebaliknya yang terjadi.

Semasa pecah rahsia, dia berjanji akan lupakan perempuan itu. Namun hakikatnya sehingga kini suami tak dapat melupakan perempuan tersebut.

Suami pernah bagitau betapa dia mencintai dan menyayangi perempuan tu dan mengaku dia tak boleh meninggalkannya. Namun saya cuba bersabar dengan karenahnya, kerana dia berkeras tak mahu lepaskan saya, kononnya sayangkan saya dan anak-anak.

Tapi pada saya, kalau betul sayang keluarga, perkara ini tak akan berlaku. Lelaki yang jujur dan ikhlas akan mempertahankan rumahtangganya.

Sehingga ke hari ini, saya tahu hatinya masih lagi kuat pada perempuan itu walaupun dia cuba menafikan. Dah banyak kali saya minta untuk dilepaskan tapi suami tak mahu. Walaupun suami bergaduh sakan dengan perempuan itu namun akan dipujuk semula mengatakan pada saya bukan salah perempuan itu seorang, tapi diapun bersalah jugak.

Suami berjanji macam2 dengan saya tak akan contact lagi perempuan tu namun cakap tak serupa bikin. Suami tetap masih call dan layanberFB jugak. Walaupun saya tak berapa pasti, tapi saya dapat rasakan dia memang contact perempuan tu.

Bila ditanya dan didesak, akhirnya dia mengaku. Memang naluri seorang isteri dapat merasakannya.

Dulupun sebelum saya dapat tahu rahsianya, saya dapat rasa something wrong happened tapi saya pujuk diri. Itulah silap saya. Tapi memang selalunya kata hati adalah betul.

Pada masa ini pun, saya masih merasa tiada kejujuran dalam hubungan kami dan tiada kemesraan kerana hatinya masih pada orang lain.

Sebenarnya saya tak tahu apa perlu saya lakukan. Kejadian hampir 3 bulan berlalu, namun suami bersikap bersahaja tanpa rasa apa-apa. Malah dia tidak akan memujuk saya ketika saya buat perangai.

Semasa saya membangkitkan semula isu kecurangannya, saya sebenarnya nak tengok dan uji dia sejauh mana sayangnya dia pada saya. Tapi hampa. Buat masa ini saya tak dapat rasakan getaran kasih sayangnya dan hubungan kamipun saya dapat rasakan hambar, namun suami cuba menafikannya.

Saya mintak pandangan apa perlu saya lakukan, nak tuntut fasakh dengan siapa saya perlu rujuk dan mintak nasihat?

Saya bimbang tentang masa depan saya. Tolong beri nasihat kepada saya.

(Identiti pengirim dirahsiakan atas permintaan beliau)


(2337)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

55 thoughts on “Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai?

  1. rasanya biar la cerai tu jalan penyelesaian terakhir sekali, banyak lagi step die kan

    Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
    .-= suffer8zine´s last blog ..Pakwe Durjana Bakar Makwe =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    rose Reply:

    saya faham perasaan anda. Sesiapa yg pernah merasai nya yang tahu betapa remuk nya hati dan perasaan anda.
    bersama nya demi anak2 walaupun hati terluka???dan sampai bila harus menanggung kepedihan kekecewaan, keremukkan hati?????
    perceraian???? sudah bersedia kah anda untuk menjadi ibu tunggal??
    nampak senang tapi bukan mudah untuk mengharungi nya…
    semuanya terpulang pada anda… kerana bahgia di hati anda cuma anda saja yang tentukan….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    lily Reply:

    jgn cerai.. bagi suami kahwin je… nnti dia akan hargai awak.. percaya le saya.. jika awak cerai, awak akan nyesal…
    ini dari pengalaman…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 5 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    as Reply:

    kepada lili, apa guna di hargai dan di sayangi setelah diperbandingkan.adakah u berbangga dgn cara begitu.kesetiaan dibalas kecurang. dgn tiada keikhlasan adakah u jamin bleh bahagia,jgn mengundang dan menambah dosa.bercerai memang x mudah untuk 1/2 thn pertama.kuatkan iman,dekatkan diri dgn Allah,berdoa byk2.insyaallah allah x zalim sedangkan Allah juga memberi kita pilihan jalan yg terbaik.islam itu indah tiada kezaliman dan penganiayaan.terpulang kepada manusia itu sendiri.Allah juga telah menetapkan rezeki manusia.jd tawakal, berdoa minta pertunjuk.seandainya u tabah dan sanggup menghadapi segala kemungkinan,pilihan ditangan sendiri.jgn mengharap sekumit pahala tp bertimpa dosa. renungkanlah

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. mula2 buat solat istiqharah dulu…mintak petunjuk…Allah maha Kuasa..selain dari deria ke6 para isteri…kita kena lihat petunjuk Allah dulu…lepas tu baru mengambil tindakan,samada mahu menuntut fasakh atau sebaliknye…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Pada saya ada 2 pilihan,

    1. Kalau masih mahu bersama dengan suami yang macam tu,
    Sila suruh suami kahwin dengan perempuan tu. Ini bagi mengelakkan
    mereka daripada membuat DOSA BESAR. Sedangkan kalau anda
    rela @ redha suami berkahwin lain, ganjaran pahala yang
    sangat besar menanti anda. Allah janjikan ‘payung emas’
    buat anda nanti insyaAllah. Suruh suami bertaubat nasuha atas
    semua perbuatannya.

    2. Kalau mahu bercerai,
    Pergi ke pejabat agama dan buat aduan tentang perbuatan suami.
    Dapatkan nasihat dari qadi @ ustaz/ustazah di pejabat agama.
    Mungkin kalau ada cukup bukti, boleh tuntut cerai fasakh.

    Apa pun, anda kena buat keputusan dengan tegas dan jelas.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mira Reply:

    @PakarHowTo,
    saya jua mengalami situasi yg cik puan di atas tu… saya masi jua sayangkan suami saya… jadi saya bersabar selama 3 tahun.. selama 3 tahun mereka bersama… dan saya makin teruk…. saya minta di lepaskan tpi dia x nak lepaskan jua.. saya minta dia kawin perempuan tu tpi dia jua x nak.. saya xda faham apa yg suami saya nak kan… dan saya cuba nak lapor ke jawi tapi saya takut kesan nya makin teruk.. dan buat pengetahuan.. perempuan tu filipino dan bekerja sebagai PRO… anak dan 2 orang kat kampung dia..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aida Reply:

    @mira, Saya senasib dengan Mira, buntu x tahu apa sebenarnya yang suami inginkan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mira Reply:

    @aida,
    memang kita sebagai isteri yg senasib begini… apa salah kita pun xda tau… bila minta suami buat apa yg betull… mereka pun xda mau.. kata masi sayang kat kita.. tpi bila kita kata lau sayang tolong la berhenti pun xda mau jua… huhuhu….
    hati ni nak bertahan sampai bila pun xda tau… hati sakit.. idup xda tenang… fikiran selalu kusut… suami senang lenang.. hati gembira ngan PRO tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aida Reply:

    @mira, betul mira.. dah hampir 3 thn sy telan semua ni demi anak2…. kdg2 terpk utk lr saja dr semua ni, tp kemana arah. kesian ank2.. Sabar, berdoa dan tawakkal itu saja yg mampu w/pn kdg2 memakan dr sdri..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mira Reply:

    @aida, sama la jua kita aida.. saya pun dah 3 tahun da ni.. dari gemuk bole slim balik ni makan hati… :) xda tau la ni.. mcm2 uda saya buat berubat2 segala.. sampai ke phil lagi saya berubat.. sampai sana rupanya.. pro ni dah start dari awal lagi ikat laki kita ni.. ngan cara2 dia.. bukan nak percaya tpi lau uda depan mata memang la kena percaya kan.. beratus2 uda uit saya utk ubat dia..akhir berakhir d phil saya cari ubat nya.. last saya berhenti.. baru ada nampak sikit2 kesan.. yg dia jarang uda kuar mlm.. lau dulu slalu kuar malam.. skg ni siang jak itu pun kdg2 uda.. cuma jumpa pro tu kdg2 n selalu sibuk bertelepon atau sms itu xda hairan la masi lagi tu… cuma ada la nampak kurang nya la… mungkin mau saya berhenti mengharap dan berubat baru kan berkesan kali.. sbb yg uncle yg tolong saya ni.. kata nya kita berhenti la brubat sbb pro tu lawan balik apa yg saya buat.. skg ni pandai jua laki saya cari alasan utk dia.. supaya xda dpt jumpa.. lagipun saya uda tau smua rahsia mereka.. xda jua saya kisah tu.. laki sendiri yg rasa lain bila saya xda kisah uda dia… bukan apa lau uda sakit betul hati ni .. malas la nak peduli tu uda…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    LANA Reply:

    @mira, ye saya juga mengalami situasi yg sama..saya benci akan perbuatan suami saya bersama perempuan itu..haruskah saya bersabar lagi…?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. elok rasanya klu kita mempertahankan rumahtangga kita,tambahan pulak kita dah ada anak,kesian kat anak- anak.Percayalah Allah selalu bersama dengan org yang sabar. Satu hari dia akan sedar gak tp mungkin memakan masa la,so mmg kena byk bersabardan berdoa.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    saya Reply:

    @Mama ADaM, setuju tue…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zery6098 Reply:

    @saya, setuju jugak..seeloknya perceraian ni jalan terakhir…
    .-= zery6098´s last blog ..Pilot Projek Diserang Penyakit =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. kalau suami tu berkemampuan beristeri 2, lbh baik suruh dia nikah je dgn perempuan tu dari dia terus hidup buat maksiat dan berzina…kalau dah tertulis dari azali hidup bermadu, redha aje le …sekiranya suami tu tak mampu beristeri 2, suruh aje le dia pilih utk bernikah dgn perempuan tu sahaja supaya dia org berdua tidak hidup berzina lagi. bercerai memang mudah tapi kesannya pada anak2. mampukah nak sara anak2 tanpa nafkah dari suami?jgn menaruh harapan sgt dapat nafkah utk anak2 dari bekas suami kerana ada yg sanggup berhenti kerja sebab tak mau bayar tuntutan nafkah kat anak2. mampukah nak mendidik anak2 sendirian tanpa suami? cukupkah kekuatan untuk hidup sendiri?takut kalau tak cukup kuat akan merosak diri sendiri pulak. apa pun istikharah minta petunjuk dari Allah jalan mana yg harus dipilih.pendapat saya kalau suami tu bertanggungjawab pada rumahtangga, terimalah dgn redha pilihan dia. tapi kalau suami tu hidup pun bergantung pada isteri, ucapkanlah “selamat jalan romeo’ atau “hii hii bye bye” kat suami tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    as Reply:

    tak fahamlah stament u azizah.namanya educated tp menunjukkkan kelemahan diri sendiri,itu sebablah suami u besar kepala.kenapa takut hidup tanpa suami? adakah cara suami u bleh dijadikan model kepada anak2.jgn nanti anak pulak yang rosak.ingat apa2 berlaku kembali, minta kekuatan kepada Allah.tiada siapa bleh menghalang untuk u terima kebahagiaan kecuali Allah.bleh sapa2 bg tahu sy.klu suami camtu umpama ketam mengajar anak berjalan dimanakah tanggungjawab, keikhlasan kebahagiaan.klu setakat makan, pakai, duit sendiri bleh cari. silap2 isteri yg bantu suami selama ini.klu cam tu pandangan u,suami sepak terajang pun tak apa.x bleh nak berdikari.please la…………klu hukum hudud diwujudkan,dah tentu laki u dh mati,x sempat pun poligami & u pun jadilah perempuan gila.doalah semoga diwujudkan hukum hudud,hanya cara ini saja pembasmi kemaksiatan

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Saya syorkan,puan pergi ke pej.agama utk kaunseling.Nnt pej.agama akan memggil suami.Selepas itu,insyaAllah,suami puan akan sedar ttg kesungguhan puan utk menyelamatkan r/tgga kalian.Sekaligus dia akan sedar kesilapan yg dilakukannya.Jika puan tidak memulakan langkah ini,selagi itulah suami puan xambil kisah kata-kata & tindakan puan.Mudah-mudahan Allah melepaskan puan dari permasalahan ini.Buatlah solat sunat dhuha dan solat2 sunat di waktu mlm secara istiqomah….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Sangat sedih dengan masalah ini…bak kata org lma2..di telan mati mak di luah mati bapak..tak telan alamak dapat cancer laa jawabnyer…pada saya pertama mesti tegas dalam buat keputusan dan mahu buat keputusan banyakkan buat solat sunat hajat dan solat istikharah..jumpa kaunseling.jangan biarkan masalah ini lama terbenlenggu di bahu anda…apa-apa pun keputusan di buat nanti,positifkan hidup anda..saya doakan anda perolehi kebahagian di kesudahan keputusan anda nanti.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  8. kau dah tau dia ada pompuan lain, yang kau tunggu dia lagi buat apa? pegi mahkamah buat tuntutan.. kau biarkan dia berterusan bermakna kau pun sama subahat dan kongsi dosa dia. kalau sayang sangat ngan dia izinkan dia kahwin. habis cerita.. nak mengeluh2 buat apa. perkara dah terang dan nyata…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    mzmz Reply:

    @aris,
    bukan senang nk buat semua tu..kadang dh nekad nk sgt putuskan tp
    ade je halangan, itu belom lg keluarga masuk campur…
    andai bercerai byk yg akan berubah sekiranya suami masih tggl serumah, klu masih bersama tp die ade org lain isteri tekanan perasaan rase diri disia2kan..
    jadi setiap jalan yg dipilih byk pengorbanan..cume KEKUATAN tu je ade atau tidak… itu la yg pengadu tu hadapi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    na Reply:

    @aris, salam… dlm rumahtangga, byk yg difikirkan oleh seorg is3. walau sebesar mana silap seorg suami, walau syg hya tinggal setitik… apa lg dgn kehadiran anak2…seblh mungkin ia cuba bertahan.
    kepada para is3, ingt lah: dosa suami kita tidak terlibat krn kita tak redha ia berlaku. pahala seorg is3 berganda untk setiap kebaikn yg ia lakukn banding tanpa tittle is3. Fikir2kn semua nasihat diatas. Klu masih blh bersabar, ingt lh hidup yg KEKAL bkn di sini. Setiap yg kita sabarkn, akn ada balasn dr Pencipta.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aida Reply:

    @na, betul tu Na… Saya setuju.. sebab saya pun mengalami masalah sebegini dan mslh ini dah berlarutan hampir 3 tahun. Sakit mmg sakit x siapa pun th.. Sabar selagi terdaya.. Insyaallah Allah bersama org2 yg sabar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Kesiannyer sye bce kisah anda nie.Sbar..ok..x de sape yg mtk derita,tp..dh diuji cmnie..anda perlulh tabah + sedia hdpi pe jua yg anda rse baik utk mse dpn anda + family.

    Pceraian bkn pyelesaian tbaik,tp..jk ia mmpu kurgkn derita anda,anda bhak bbuat demikina.Rujuk kes ni d pej agama tdkt..akn de sessi kaunseling utk slmtkn rumhtgga anda.

    All d best 4 u puan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. salam.

    berikut saya coretkan langkah2 yg saya rase puan wajar lakukan :

    Option pertama:

    pergi berjumpa dengan suami serta wanita tu secara SERENTAK,slow talk and bincang baik2 terhadap apa yg mereka sedang lakukan pd puan dan anak2.tanya elok2 apa plan mereka skrg dan akan datang.sekiranya jwpan mereka adalah ” Ingin terus bersama”,maka puan perlu memilih antara sudi dimadukan atau tuntut cerai.

    Dan sekiranya wanita itu serta suami puan mengatakan ” Berjanji akan berpisah”,maka puan perlu buat deal dgn pompuan tu dan suami puan seandainya mereka xmenepati janji maka puan perlu bertegas mengambil tindakan lebih drastik.Deal ygg saya maksudkan disini adalh dgn membuat perjanjian BERTULIS bersama lawyer.Itupun terpulang pada puan samada hendak buat deal bertulis ini atau tidak kerana saya xpasti puan seorg wanita berkerjaya dan mempunyai simpanan sendiri atau seorg surirumah sepenuh masa yg mengharapkan sepenuhnya duit drp suami puan.

    Option kedua:

    pergi ke pejabat agama supaya suami puan dipanggil bersama utk sesi kaunseling ( tp menurut pandanga sy,teknik ni biasanya xjln sebab lelaki kalo dh mabuk bercinta ceramah2 nih semua xlut dah…)

    Option ketiga:

    puan terpaksa mintak pertolongan ibu bapa sebelah puan dan suami puan.Yg nih mayb boleh dipakai sbb anak biasenye xberani nak derhaka ckp ibu,nnti dpt balasan CASH didunia lagi.

    Option keempat :

    Cuba main tarik2 tali dgn suami puan,minta izin utk membawa anak2 dan diri ke rumah keluarga utk tempoh yg lama.sekiranya dia lansung xmenjenguk puan lagi selepas itu atau cuba nak membawa puan pulang ke sisinya,dah CLEAR la dia mmg dh xsygkan puan lagi so ape nk tunggu lagi…chow la dari hidup dia kalo puan MAMPU nak idup sendiri dan MAMPU nak menyara anak2.

    Perkara yg puan perlu ingat sekiranya puan bercerai :

    (1) Tiada siapa lagi yg akan menyara hidup puan anak beranak.kalo suami puan bagi nafkah kat anak2 pun,mungkin sekali sekala sbb ramai lelaki yg liat dan sengaja xnak bagi anak2 duit mkn minum lepas dh ade isteri baru..

    (2) Tiada siapa lagi yg dpt protect puan dan anak2 selain keluarga puan kerana tanggugjwb memberi perlindungan pd puan dan anak2 septutnya adalah suami puan.

    (3) Anak2 puan dan puan sendiri bakal dicemuh masyarakat yg suka memandang rendah pada org yg telah bercerai-berai.Anak2 puan bakal menjadi seorg yg murung dan bermasalah sekiranya tidak diberi kasih syg secukupnya oleh puan dan suami puan walaupun setelah bercerai.Puan sendiri akan dibenci masyarakt dan bakal menjadi MUSUH Xrasmi kepada isteri2 org lain kerana bimbang puan pula akan menggoda suami mereka selepas bergelar janda..

    Bagaimanapun,sekiranya puan benar2 tidak sanggup utk dimadukan,mungkin penceraian adalah jln terbaik buat puan kerana puan mungkin akan bertemu lagi dgn lelaki lain yg mungkin jauh lebih baik drp suami puan sekrg..

    Walau apapun keputusan yg puan akan buat nanti,pastikan puan pikir masak2 dan tidak sekali2 menyesal atas keputusan puan sendiri.Selalu berfikiran positif bahawa puan adalah TERLALU BAIK utk ditinggalkan suami puan dan sekiranya bercerai jua adalah pilihan puan berdua,maka pastikan puan menjadi lebih kuat dan tabah utk lebih maju pada masa akan dtg.

    Berdoa pd Allah,mohon petunjuk dr-Nya dan ambil keputusan yg tegas.

    Sekian,good luck!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  11. Salam untuk semua pembaca ruangan ini..Suami ada kekasih gelap..memang hancur luluh hati wanita yang melalui episode sedeh sebegini, jika kita berada di zaman remaja pun boyfriend ada yang lain dah rasa dunia gelap gelita..tak lalu makan,tak nak mandi, tak minat nak baca buku..itu masa muda,tapi bila dah berumahtangga perasaan kita makin hebat memperjuangankan hak dimana ikatan kontrak yang suci murni itu dicemari dengan pengkhianatan.
    Saya tiada pengalaman suami ada kekasih gelap tapi dari pengalaman saudara mara terdekat memang telah cukup buat kita rasa getir bila mendengar teman sekatil ada buat hubungan sulit dengan perempuan lain..
    Dari hemat saya, jangan salahkan sebelah pihak,dan tidak juga salahkan diri kita yang tak berdosa ini, just check and balance..buat perhitungan yang wajar..semak kualiti diri kita, layanan,makan minum, susun atur di rumah, tempat tidur, penampilan kita,jika kita tak cantik itu tak penting dulu pun tak cantik kenapa suami nak juga kawin.Sekadar bertanya diri..cukupkah persiapan kita untuk suami yang sering terdedah dengan udara kotor di luar sana? Terdedah dengan bisikan manja, bau badan,bau nafas bak kasturi? Macamana dengan bau kita? Jangan pandang remeh..bau adalah salah satu punya pasangan menarik diri kedalam atau keluar rumah..
    Bagi yang telah beranak pinak jangan longlaikan langkah anda..memang tugas kita menjaga penampilan, jangan lupa makan jamu buatan sendiri atau dibeli di kedai-kedai yang diyakini ketulinannya. Bukan makan jamu untuk adengan ranjang semata tetapi untuk kekuatan mental dan fizikal kita,silap jika kita makan jamu hanya untuk tujuan itu.
    Pendek kata tiada jalan pintas untuk memuaskan hati suami, tak perlulah kita bertemu bomoh,menghabiskan duit.gunalah duit untuk kecantikan dalaman dan luaran kita serta perhiaskan rumahtangga kita..Bagi yang ada anak-anak yang masih kecil jangan biarkan anak menjadi penghalang no satu..Beri keperluan anak seperti makan minum, tempat bermain yang sesuai supaya ada masa anda bersama suami di rumah tanpa diganggu anak-anak.
    Sekiranya anda seorang islam tolong jangan lekakan diri anda dengan tidur yang tak jaga-jaga sampai pagi..bangun lah pada sepertiga malam untuk berhubung terus dengan yang Maha Esa, ucap kesyukuran,pohon kesejahteraan rumah tangga dunia dan akhirat, biar pandangan suami sentiasa terarah untuk kita,tertutup untuk wanita yang budiman diluar sana dari terus digoda.
    Andaikata apa yang dipraktikkan ini tiada sebarang hasil maka buatlah satu sidang tergempar,secara professional berbincang, jangan sesekali menangis memohon simpati..cinta yang dipaksa adalah sia-sia..ingatlah…jika pasangan anda curang itu beerti telah terkurang kasih sayang yang dipupuk selama ini,jika anda sanggup berkongsi maka tiada masalah menanti tetapi jika anda bersifat monopoli jangan tunggu lama-lama,berbincanglah..bertanyalah sebab musabab,jika tiada penyesuaian bagaimana lagi untuk hidup dalam sebuah istana..cari jalan selesai, tentu dan pastikan dahulu hak-hak anda dan anak-anak tidak terabai, biar ada kepastian yang terrtulis bukan janji kosong.. barulah diakhiri dengan perpisahan..itu adalah pilihan yang paling akhir..INGATLAH JODOH ,AJAL ,MAUT ADALAH KETENTUAN ALLAH S.W.T.

    Wasallam.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nur Reply:

    lebih baik tak payah kahwin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    suffer8zine Reply:

    @nur,
    nabi x ngaku umatnya kalau x kawin

    Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Pada pndpat sy, ada baiknya puan jangan terlalu memikirkan masalah tersebut nanti takut2 pulak puan yang ada masalah kesihatan nanti.Lagi pun itu masalahnya dengan Tuhan.Sekiranya puan masih sayangkan suami,puan mohon petunjuk drNYA..buat solat istikqarah,Perbanyakkan zikir dan membaca Alquran supaya hati puan rasa tenang dan kuat berhadapan dengan semua ni.Walaubagaimanapun sekiranya puan inginkan penceraian puan kena patut fikir masak2..kerana ini melibatkan anak2..puan kena bersikap tegas dgn diri puan..dgn tidak mnyesali segala perbuatan puan yg meminta cerai.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Sy sungguh bersimpati..dari apa yg diceritakan, dah sampai masanya utk puan buat tindakan jgn hanya menangis,berserah dan mengalah.lakukan sesuatu yang drastik..tindakan puan memberi ruang maaf dan peluang pada suami ternyata tidak dihargai dan tidak digunakan sebaik mungkin oleh suami untuk berubah dan menyelamatkn rumahtangga kalian. Perjuang mempertahankan rumahtangga hanya dr sebelah pihak memang memeritkan. Apa yang puan perlu lakuakan PERTAMA dah pun puan laku kan iaitu BERI PELUANG pada suami supaya dia sedar dan insaf atas perbuatannya. Serta puan perlu banyak kn berdoa untuk suami semoga ALLAH ampun kn dosanya dan kembalikan hidayah dlm rumahtangga kalian. KEDUA LAKUKAN TINDAKAN, perhatikan suami kalau ada perubahan yg baik walau sedikit (kalau dulu x solat dh mula solat 5 waktu,klu dulu tangguh2 solat skrg solat on time.. kalau dulu jarang ada kat rumah skrg dh duk umah.. kalau dulu balek awal pg skrg x kuar mlm dh.. kalau dulu selalu FB skrg dh jarang FB.. pendik kata dr yg buruk jadi baik..semua yg baik lh) Alhamdulillah beri dia masa tp dlm masa yg sama jgn terlepas pandang lagi biar lh puan menjadi “queen control” sekali pn (tiap-tiap hari periksa hp dia.. kalau bleh tukar kn no hp dia no lama tu kalau sayang nk buang atau alasan dia ramai kawan,family dh tau no tu.. so puan je yg pakai.. ambik tau isi kandungan FB dia.. ambik tau dengan sape dia keluar.. sape kawan2 dia.. kemana dia menghabis kn masa dia.. dan sebagainya.. kerana inilah hukuman buat suami yg curang. (tp jgn kertelaluan dan berpada-pada lh). Puan juga harus bertindak utk diri sendiri takut2 kesilapan dtg dr diri kekurangan diri sendiri (kalau dulu x berhias utk suami berubah lh..kalau dulu sibuk dgn benda2 lain skrg sibuk2 lh utk suami..cuba sedaya menambat hati suami dan sebagainya buatlh apa yg terbaik). Namun sekiranya suami masih tidak menunjuk kn perubahan yg baik.. setelah diberi masa sekali pn.. jika suami ttp menghampakan bersabarlah mungkin ini dugaan dan suratan dr NYA.. mintalah nasihat dr org yg dihormati,disegani dan rapat dgn suami spt mertua,bapa,mak atau sesiapa pn selayaknya atau juga tibalah masanya utk berjumpa dgn pegawai agama di pejabat agama utk membantu masalah puan. KETIGA BUAT KEPUTUSAN setelah memberi peluang dan melihat perubahan yg baik dr suami hanya puan yg tau isi hati puan sendiri buat lh keputusan berlandaskan iman dan fikiran yg waras jgn ikut kn hati dan perasaan semata-mata. Namun apa yg baik dan diharap kn jika ternyata suami telah berubah teruskan memberi suami peluang dan sama-samalah berusaha mengembalikan keharmonian rumahtangga disamping perbanyakkan doa dan amalan2 ibadat bersama keluarga. lupakan segala kisah hitam yg lalu seikhlas hati dan jgn sesekali mengungkit kisah lalu walau secara sengaja atau tidak. Sy doa kn semoga puan di lindungi ALLAH dan sentiasa aman disamping ank2 tercinta.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nur Reply:

    betul jge la cakap anda…..pa bleh bwat manusia tak pernah puas…ada jge wanita berjaya tanpa adanya lelaki.kawin,bagi saya tuk mdapatkan..seks halal….kalau suami curang pe gunanya kahwin….bwt dosa je lalalalalala ahahahahahahah…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  14. Berat mata memandang masalah yang menimpa dia,berat lagi dia yang memikul.kita hanya mampu menasihat,terserah kepada dia sendiri mencari jalan penyelesaian.sebelum bertindak adalah lebih baik dia dekatkan diri kpd ALLAH dan minta pertolonganNYA.kalau nasib masih menyebelahi dia, tiada sapa boleh memisahkan mereka walaupun halangan seperti gunung.semuanya terletak kpd qada’ dan qadar ALLAH juga.dia hendaklah minta nasihat para khadi atau penasihat bantuan guaman mengenai masalah yg dihadapi.jangan terburu buru kerna jika terburu buru, sudah nyata tidak semudah diselesaikan.jika usaha semua sudah dilakarkan demi masa depan,dia hendaklah mencari jalan sehat semoga proses hidup yang mendatang berjalan lancar.usah ikutkan perasaan kerana perasaan bukan jadi penawar masalah malah meracuni semua yg dirancangkan.dalam keadaan fikiran bercelaru memang tak boleh berfikir betul;ambilkan masa yang tenang dan lapang untuk membuat sesuatu tindakan.kes sebeitu biasanya melibat banyak orang dan sudah tentu proses penyelesaiannya tidak semudah yang dirasakan.selamat maju jaya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. slm…nasihat sy puan rujuklah pada jabatan agama islam…. kalau puan rela bermadu relakan suami puan berkahwin dgn perempuan itu…jika tidak puan bolehlah tuntut cerai fasakh dgn suami puan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hanim Reply:

    klu boleh mohon cerai cara baik.. seksyen 47 adalah lebih baik.
    mohon fasakh akan mengaambil masa yang lama. mcm kes saya mohon fasakh dah hampir 6 thun tapi mahkamah masih belum bleh bagi keputusan walau dah bg mcm2 bukti yang sertakan.
    emosi tertanggu klu kes terlalu lama ni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Simpati pada anda… Banyakkan bersabar.. Kalau boleh, pertahankan rumahtangga.. Suami berzina tu mmg tak patut. Ikut Islam patut direjam sampai mati.. Itu kena buat laporan ke jabatan agama.. tanya apa nak di buat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. kepada c istri bersabar la kalau da suami cam tu….saya n boy slalu gaduh pasal pkara nie…..kalau dah kahwin wak cam ni …cam tu…..sape tahu kmungkinan yg blaku kan…..saya dah bagi amaran kat boy saye…kalau da prmp lain saya potong anu dia…biar saya tanggung dosa dia..kadang2 saya trauma nak kahwin sebab ayah saya cam suami puan jge..smue kwn sekolah dulu dah kahwin…kwn da jge tanya bila kahwin…saya kata esok…kebetulan boy saya dengar…biasa la sama tempat kerja….sabar la puan….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  18. saya pun sedang mengalami masalah yg sama dengan puan…setelah puas berbincang dengan suami dan perempuan itu, tetapi masih lagi mereka tidak berubah…saya terpaksa tabahkan hati….hanya berdoa kepada allah supaya diberikan kesabaran atas apa yg berlaku..saya bernasib baik suami bukan kaki pukul..hanya allah sahaja yg dapat membalas perbuatannya…yg penting saya taat pada perintah allah…dan nanti saya yg akan mengadapNya… bukan bermakna saya mengalah saya kalah…allah lebih mengatahui akan sesuatu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ila Reply:

    sy juga pernah mengalami masalah ini….sy juga sama sprt puan yg sayangkn suami dan x mahu suami hanyut dgn semua ini.. cuma nasib saya baik sedikit dr puan yg mana suami sy hanya berkenalan dengan isteri org melalui FB…setelah terbongkar perbuatannya, sy telah berbincang dgn suami sy..sy telah mmberinya 1 lg peluang utk dia dan dia masih sygkan sy dan anak yg masih kecil..sy juga mencari dimana silapnya saya sbg seorang isteri..dan skg, saya masih x ada rasa percaya pada dia…tp sy bg juga peluang kpd dia…sy sabarkan ht dgn dugaan yg Allah bg sy..dn sy terima semula suami dgn hati yg redha…
    saya harap puan tabah dengan ujian ini… betul kata eez…mengalah bukan bererti kalah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. owg pompuan..jln ke syurga amt mudah..untuknye…dgn mengerjakan solat..puasa..jaga maruah diri..umhtgga…taat suami selagi tdak melanggar syarak..tapi bila berhadapan ngan sang suami yang mcm nie daa lari matlamat perkahwinan…tanpa iman….sabar.. hanya dosa kering yang bertambah..tpi ingat ler..syaitan mmg keja dia nak mruntuhkan umhtgga..perbnykan istifar…brsujudlah dimlmhri memohon pertunjuk dari ALLAH…luahkan..klu rasa nak nangis…nangislah…ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. salam, mmg kadang2 tersentuh rase nye bile bace kisah dr puan..mengapa perlu memandang sebelah pihak? kat sini sy bce artikel boleh katekan sume simpati pada pihak isteri. kdg2 isteri pun bnyk kekurangan ygg tidak nmpak,asyik menuding pada suami. mcm ne pula nk dikatakan si istri asyik menuduh suami pk yg bukan2 suami ade ppuan lain, perlu di ingat kan suami juge ade had kesabarannya,klu asyik dituduh je bukan2 mne x nye dibuat betul2. kiter perlu munasabah diri kite npe perlu prasgka pada suami sendiri..klu kite mahukan yg terbaik dr suami,istri juga lakukan yg lebih baik supaya xterjadi bende2 yg mcm ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  21. Pingback: Suami ada kekasih gelap, patut ker mohon cerai? | Blog PakarHowTo

  22. Salam…..banyak ilmu dan pendapat yang boleh dikongsi dini….sebenarnya saya pun menghadapi masalah yg sama dengan saudari….sebenarnya apa yg kita kena buat adalah kuat kan diri kita…disamping mintak petunjuk dengan ILAHI …banyak kanlah zikir… cuba cari seseorang yang kita boleh jadikan sebagai tempat untuk mengadu dan minta pandangan…dan seeloknya juga berbincang dengan suami, tgk apa tindakan yang akan diambil olehnya..Bagi saya sudah banyak peluang yang saya berikan…Jika peluang terakhir ini juga tidak digunakan seeloknya oleh suami….Hanya ALLAH saja yang tahu apa yg akan terjadi. Sama2lah kita berdoa agar rumahtangga kembali harmoni tanpa ada pihak2 yg gelap ni…Amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. Salam…
    Wahai puan-puan. Berkomunikasi dengan lelaki ialah sesuatu yg paling mudah didunia..
    Adakah soalan ini yg puan kemukan bila berkomunikasi-

    1. Kalau abang sayangkan saya dan anak kenapa ada perempuan lain?
    -Puan tak akan dapat jawapannya dari suami kerana suami akan menjaga hati isteri..Hakikatnya sisuami sebenarnya sayangkan kedua-duanya sekali dan tahu jawapannya tak akan memuaskan hati isteri..
    -Kalau jawapannya begini-saya berjanji tinggalkannya..hakikatnya suami anda memang tak guna,jangan salahkan orang ketiga tadi.
    Kalau jawapannya -Sabar,abang pun tak minta jadi begini..Hakikatnya suami anda jujur,tapi belum masanya untuk isteri mendapat jawapan dari segala persoalan..
    Wahai isteri,yakinlah diri anda cantik,lebeh baik dari wanita lain,cintailah allah maka makin kuat cinta pada suami..
    Suami yang lalai pada isterinya akan mendapat balasan jua..Jangan anda membalasnya pula…Kalau suamimu itu kejam,kaki pukul,maki hamun,makan duit isteri je..fikirlah sendiri,,,
    Ramai lelaki yang baik diluar sana,biar pun suami orang kalau tulah jodohmu..
    Isteri pertama tetap terbaik,percayalah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. Lelaki macam tu biasanya susah nak berubah. Tambah lagi bila dia buat dosa tapi tak merasa berdosa. Dia akan berubah bila ada sesuatu kejadian yang boleh menyebabkan dia jatuh terduduk.

    Kalau dia betul-betul sayangkan puan, dia tak akan buat sesuatu yang menyakitkan hati puan tambahan lagi waktu puan sedang mengandung. Nampaknya dia hanya seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri.

    Sekiranya puan mampu memaafkan dia, doakan supaya dia insaf dan berubah. Jika tidak, perceraian mungkin lebih baik bagi puan. Semoga puan terus tabah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Mmg pedih pabila menghadapi masalah macam ni sbb i juga mengalami masalah ini seperti puan.Org laki mmg macam tu selalu nya janji kosong.I sudah diseksanya selama 5 tahun mmg pedih rasanya!I faham perasaan puan skg,sbb situasi kita sama.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. Erm kdg2 suami ni x b,ht peruk, suami sy pulak mmg gatal, lau berfb pntang tgk pmpuan seksi cntik cun, trus nk meng0rat, sudahnya sy pulak mkn ht.. Dia jugk slalu pukul lau sy tgur! Ptpkah lelaki cmni nk buat suami…lau da mcmni xde guna nk h0rmat, sy bnci lelaki curang?.! Ckp mmg mudah sbr lah, apa lah, hbs 2 yg menangung hnya thn je yg tau! Hampeh t0l

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  27. sye ana..sye nak brkongsi pgalaman,sye brtunang slame sthn..n telah nikah pde thn 2010 pde thn 2 jgak lah sye brcerai tetapi sye redha ape yg telah trjd mgkn ad hkmah sume 2..ex husband sye 2 mmg ad pmpuan laen,hanye smggu dgelar isteri dan die telah ceraikan sye..fmly sy yg bnyk mbantu sy tuk hdp..bkan snang tuk jd sorg janda..tp allah telah temukan sy dgn sorg lelaki yg baik,dan pde hujung thn nie sy akan dijab kabul,alhamdulilah allah mndgr doa2ku..sy trme dgn ikhlas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. Masalah suami ade orang lain n tido dgn org lain mcm dah biasa. Agaknya x puas layanan isteri atas katil. Kalau isteri x pandai main n x puas kenapa x berterus terang. Ajar n praktis skill mana yang nak. Bukan alasan nak cari n curang. Lelaki pun main tahan berapa lama sgt. Ada 20-30 minit. Agak mustahil….
    Pkirkan anak. Cuba kuatkan hati n kuatkan ekonomi. Klu dah betul2 ready berambos dari lelaki mcm ni. X sesuai jadi ayah n suami elok jadi setan j. X pk ker klu dia buat jahat dia ada pompuan macamaner nnti anak die. Nauzubillah….
    Tapi setiap keputusan ada baik n buruk. Baiknyer mungkin bertemu dgn org lain yg baik @ semua lelaki sama j. Emosi anak2 akan kacau.Cemuhan sekeliling dsb.
    YAng penting dekatkan diri dengan Allah dan berdoa semua kita menjadi kuat. Amin….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. Inilah dunia, sebagai manusia memang kita tidak pernah lari dari ujian, itulah ujian Allah pada hambanya, semua yang baik dan buruk datangnya dari Allah juga sebab Iblis/Syaitan itu juga adalah ciptaan Nya dan Iblis/Syaitan telah diberikan kebenaran oleh Allah untuk menggoda umat manusia sehingga kiamat. Tiada siapa yang bersalah sebenarnya. Serahkan segalanya pada Allah sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Nya, kembalilah pada Nya untuk segala permasalahan yang timbul dan kita sebagai manusia tidak perlulah menghukum manusia lain kerana hanya Allah sahaja yang layak menghukum. Bukankah Allah sentiasa bersama hamba-hambanya bahkan dia yang paling dekat dengan hamba-hambaNya dan Allah Yang Maha Penyayang lebih menyayangi hambaNya dari sekelian makhluk lain di muka bumi ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. puan2,sya ada soalan kat sini..patut x kta bnci dngan suami n mta cerai dngan die bile kta thu bhawa die pnah tido dngan 2 org pmpuan sbelum kte kwin dngan die?bnda ne sye jga bru taw lpas bkahwin dgn dia.tupun,sbp sye paksa..sye sngat skit hati dgn prangai suami.skg ni sye dh ngandung 7bulan..sye sngat syg dgn suami.tp,sye sngat skit hati…apa yg patut sye buat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @lova,

    kalau benar awak masih sayangkan suami,
    tolong maafkan dia.

    kemudian, nasihatkan suami supaya dia bertaubat nasuha atas dosa besar yang dia telah lakukan.
    minta dia berjanji untuk tidak mengulangi dosa itu lagi.

    kalau suami dah bertaubat dan berjanji dengan anda,
    maka bersangka baik lah dengan dia.
    jangan fikir yang bukan2 lagi.
    dan jangan ungkit lagi kisah silamnya.
    bagi dia peluang untuk baiki diri.

    kemudian, angkat tangan berdoa pada Allah
    supaya Allah mengekalkan hidayahNya pada suami anda.

    tapi kalau suami anda enggan bertaubat
    dan tidak mahu berubah,
    maka eloklah berpisah saja dengan suami.
    apalagi yang hendak diharapkan pada suami yang curang pada anda?

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  31. salam…
    berlakunye persoalan ini bilemane iman xkuat…jd mcmmne nk kuatkan iman..igt sape diri kita..sape yg cipta kite..sape yg bg anak2 kt kite,sape yg bg tgn,kaki,mate,telinge dsb….sape yg bg kite perasaan utk sayang,kasih,marah,benci atau sakit hati…sape yg beri sume nikmat tuuuu???
    andai kite sedar yg kite adalah kepunyaan Allah..seadilnye,semestinye atau bahase paling keras SEWAJIBNYE kite mengadu pd ALLAH..sbb ALLAH la yg uji kite sume…nape nk mintak ngn suami?ngn kawan..ngn sape2la…buat ape..mintak dgn Allah la…bukan payah pun..Allah xckp kalo nk mintak ngn Dia kene bayar…free jer…jd mintakla..mintak byk2…
    jd yg penting sekali…ape jua masalah…pesan Nabi SAW…iaitu kembalilah kpd ALQURAN DAN HADIS….moga puan dan suami dan anak2 serta saudara/ri sume sentiase dilindungi Allah dan diampunkan Allah SWT…amin…
    hamba Allah´s last blog post ..Para suami, ‘wajib’ baca kisah benar ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  32. mmg pedih. ckp mmg sng suruh sbrla apala. tp kaalu dah restu bg kahwin tp menjurus kite kpd durhaka pd suami balik apa mknanya. lg tambah dosa pulak. mana taknya hari2 MUKA MASAM PD SUAMI,BENCI N mengutuk suami dan madu jer DLM HATI. baik cerai selamat dari dosa tu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam