Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung (Part I)

October 19, 2009 By: surihati_ku Category: Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera untuk semua. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan tabah selalu dalam meniti hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Moga hari yang dilalui hari ini adalah lebih baik dari semalam..

Post kali ini Suri ingin kongsikan bersama anda tentang kehamilan. Suri dapat ini pun separuhnya dari pengalam suri sendiri, sabahagiannya pula dari sumber pembacaan, dan tidak terlepas juga dari doktor yang pakar dalam kehamilan…

Selalunya masalah atau simpton yang berlaku agak kritikal sehingga membuatkan mereka yang hamil berasa sangat risau dan bimbang dengan keadaan diri mereka. Khususnya bagi mereka yang baru kali pertama mengandung.

Untuk meredakan kegusaran bagi bakal-bakal ibu diluar sana tu suri kongsikan maklumat yang tak seberapa ini kepada anda. Semoga dengan sedikit maklumat dan pendedahan ini akan memberikan anda keyakinan dan kekuatan dalam mengharungi detik-detik mains, suka-duka dalam kehamilan anda bersama pasangan anda.

JOM BACA !! Check it out! ;)

  • PANDANGAN MENJADI KABUR

Sesekali pandangan mungkin sedikit kabur takala anda berjalan ataupun bersenam. Tahukan anda bahawa ini menandakan tubuh anda telah mengalami dehidrasi. Jadi apakah yang harus anda lakukan adalah dengan cara meminum lebih banyak air bagi menstabilkan kembali jumlah cecair dalam tubuh anda.

Pada kebiasaannya ini mungkin petanda preeklampsia. Iaitu simpton pandangan kabur yang diikuti dengan rasa sakit kepala, pening-pening, sakit ulu hati, loya dan muntah merupakan simptom tekanan darah anda yang semakin tinggi.

Keadaan ini akan lebih buruk sekiranya pre-eklampsia tadi menyebabkan bekalan darah gagal disalurkan ke plasenta. Antara genjalan lain termasuklah bengkak di tangan, muka dan kai serta adanya protein di dalam air kencing.

  • SAKIT KEPALA

Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu anda ketahui juga bahawa hal yang sama juga berlaku jika paras gula terlalu rendah dalam darah sehingga menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini adalah anda dinasihatkan agar makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana ia dapat membantu anda sedikit dalam menangani masalah ini.

Simptom ini juga memungkinkan ia sebagai petanda tekanan darah tinggi terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama turut mengalami bengkak di tangan dan kaki.

  • MUNTAH-MUNTAH

Ini adalah sesuatu perkara yang normal dari awal peringkat kehamilan. Ia lazimnya tiada apa-apa yang berlaku yang perlu dirisaukan walaupun ia boleh menyebabkan keletihan ibu yang hamil kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Ketahuilah bahawa jika anda mengalami muntah secara berlebihan sehingga mengalami dehidrasi (dimana bibir dan lidah kelihatan kering) ia mungkin hyperemesis gravidarum (muntah dan loya) yang memerlukan anda mendapatkan rawatan khas dari hospital.

  • PENDARAHAN

Ia merupakan tompokan darah di awak kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks.

Anda juga perlu mengetahui bahawa jika pendarahan anda banyak berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan adalah petanda keguguran manakala jika ia berlaku selepas tempoh itu, ia mungkin ada kaitan dengan kedudukan plasenta di bahagian bawah rahim.

  • LELEHAN PADA FARAJ

Jika lelehan di faraj anda sedikit dan berwarna keputihan, menandakan ia adalah normal.

Sekiranya ia tebal dan menyakitkan/ gatal-gatal, ia mungkin jangkitan kandida. Mungkin juga sejenis bakteria yang dipanggil GBS. Dimana ia boleh dipindahkan ke bayi anda sewaktu proses bersalin.

Seandainya pula lelehan tersebut berbau serta kurang menyenangkan, mungkin ia berpunca daripada jangkitan bakteria vaginosis yang boleh meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran bayi pra matang. Biasanya Doktor akan mengatasi masalah ini dengan menggunakan ubat antibiotik.

Ketahuilah bahawa jika lelehan berupa cecair tanpa warna yang banyak pula selepas minggu ke-12 ia mungkin menandakan bahawa ketuban telah bocor atau risiko kelahiran pra matang (sebelum minggu ke-37).

  • KERAP BERASA LAPAR

Selalunya wanita yang hamil terlalu kerap lapar, apa yang perlu anda tahu ialah anda hanya peru tambahkan 200 kalori untuk sahari sahaja. Masalah ini berlaku kerana kesan perubahan hormon pada paras gula dalam darah.

Ketahuilah bahawa jika anda dahaga, letih dan kerap membuang air keci serta sentiasa lapar anda mungkin mengalami gestational diabetes. (Pastikan sewaktu anda berjumpa dengan doktor anda telahpun melakukan pemeriksaan darah MOGTT bagi menentukan status anda)

  • BUKU LALI BENGKAK

Tahukah anda bahawa air yang bertakung akan menyebabkan kaki dan buku lali bengkak.
Adalah anda dinasihatkan agar ketika anda berbaring atau tidur, sentiasalah meletakkan kaki anda di paras yang lebih tinggi.

Jika masalah ini berlaku secara tiba-tiba, teruk dan pada masa yang sama bengkak turut berlaku di tangan, lutut dan muka, ia adalah petanda pre-eklampsia. Anda juga dinasihatkan agar segera bertemu dengan doktor anda untuk pemerikasaan lanjut.

  • GUSI BERDARAH

Ini menandakan hormon kehamilan meningkatkan bekalan darah ke sesetengah tisu termasuk gusi. Oleh kerana itulah ia mudah berdarah takala anda menggosok gigi.

Ketahuilah bahawa jika gusi anda masih sakit, anda mungkin mengalami penyakit gusi (gingivitis). Jadi, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor gigi segera.

  • KERAP SELSAMA DAN BATUK

Ketika hamil, sistem imunisasi akan menjadi lemah. Jadi, jika anda mungkin kerap mengalami jangkitan. Seharusnya apa yang anda wajar lakukan adalah dengan mengamalkan pemakan diet yang seimbang dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu anda.

Ketahuilah jika batuk, selsama anda tidak berkurangan, doktor akan memberikan antibiotik bersesuaian.

  • DAHAGA

Adalah mudah untuk ibu-ibu yang hamil selalu mengalami dehidrasi ketika hamil. Jadi, minumlah lebih banyak air.

Tahukah anda bahawa jika anda lapar sepanjang masa, buang air kecik dan letih, anda mungkin mengalami gestational diabetes. Keadaan ini akan menyebabkan bayi bersaiz besar dan berisiko untuk melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

Meh abang tolong yer Sayang!

Meh abang tolong yer Sayang!

JADI BAGI PARA SUAMI SEKALIAN, BERILAH PERHATIAN YANG SEBAIKNYA KEPADA PASAGAN ANDA KERANA ANDA ADALAH KEKUATAN DIA UNTUK LALUI HARI INI DENGAN PENUH KETENANGAN dan KEGEMBIRAAN. INSYAALLAH, DENGAN ADANYA SOKONGAN DARIPADA ANDA, SEGALA KESUKARAN YANG DIALAMI OLEH ISTERI ANDA AKAN DIHADAPINYA DENGAN PENUH KESABARAN & KETAQWAAN.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

13 Comments to “Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung (Part I)”


  1. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    As-Salam. Mungkin ada yg tertinggal. Normalnya ibu hamil diserang penyakit gigi. Oleh kerana ubat-ubatan bg mengurangkan kesakitan tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan kepada kesihatan ibu & bayi yg di kandung, maka dicadangkan (berdasarkan pengalaman & tunjukajar rakan2), puan2 bolehlah mengambil kaedah meminum air susu tepung penuh krim pada waktu pagi & petang (ANMUM & yg lain2).
    Jgn membiasakan diri tidur diwaktu naik matahari. Kebiasaannya org2 tua begitu marah kerana kesannya boleh menyebabkan badan menjadi letih lesu, tekanan darah lebih mudah naik. Lakukan sedikit kerja yg boleh membantu menggerakkan anggota badan (kerja2 ringan). Kemalasan sewaktu hamil mempengaruhi perkembangan minda anak dlm kandungan. Wallahu a’lam bissawab.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Man Ibn Rayu Alhaj, as-salam..terima kasih man ibn rayu alhaj diatas perkongsian ilmu anda disni..kami disini amat meghargai setiap pandagan anda..

    gusi berdarah tu memang selalu terjadi pada ibu2 hamil ini
    kerana terdapat kajian yang mengaitkan keradangan gusi dengan kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan.

    erm, bukan itu sahaja penjagaan mulut yang baik adalah penting semasa kehamilan. Ia bukan sahaja mengatasi masalah pergigian ibu mengandung malah ia membantu perkembangan kesihatan bayi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Hmmm..saya skrg mngadung anak pertama. kandungan baru 2 bulan. So far takde alahan pd bau-bauan, tp Badan kerap letih2, malas, semua ada. Nak pegi keje pun selalu tak larat. Satu lagi, bdn saya akan jadi lembik selembik nyer kalau muntah.
    Baru skrg sy tau bkn senang nak mengandung ni yer…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mawar Reply:

    @serena, Assalam…hmmm mcm tula ibu kita ngandungkan kita…semua tu menginsafkan kita….smg tabah n sabar melalui pengalaman tersebut…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    2
  3. salam…masih segar dalam ingatan i hamil anak yang sulung …tapi Allah lebih menyayangi dia genap usia 12 tahun Haziq kembali pada Allah Tuhan Yang Maha Agung…Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk kafankan dia…semogo Allah cucuri rahmat ke atas roh mu…anakku umi sayang umi sayang….buat saudara semua terutama ibu bapa doakan anak anak yang dimiliki dipanjangkan usia…amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    hai emma, bsbarlah dan kuatkan semangatmu kerana setiap yang bernyawa itu pasti akan dijemput olehnya..

    kami amat bersimpati dengan anda..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. salam… saya sekarang tengah hamil 2 bulan anak pertama kami… saya mengalami tekanan yang agak sukar iaitu malam saya akan menangis kerana layanan suami terhadap saya…

    Apa yang patut saya buat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @nurul,
    CERIA!
    Hai Nurul..
    tahniah dari suri diatas kehamilan anda.sungguh ia mengujakan!
    mengapa?

    “anda mengalami tekanan yang agak sukar iaitu malam saya akan menangis kerana layanan suami terhadap saya…”

    mungkin sebab dia ltih selepas pulang dri tmpat kje.ada masalh disana.dan badan anda pula selalu leti..lesun dlm menjalani hari2 yang mendatang..

    selalunya bila si isteri dalam dalam fasa bgni keadaan tubuh sedang menstabilkan hormon dlm badan anda..tika ini anda tanpa sedar anda telah byk menghabiskan masa berehat sendri. tahukah anda bahawa dgn cara begini sesetengah suami tidak menghiraukan isteri.sebaliknya mereka akan menjauhkan diri dari anda..walhal sebelum ini ia dapt layanan yang baik sekli utk si isteri..

    cuba anda imbaskan kali terakhir anda bsma dgnya. kebanyakan isteri mash dingin untuk melakukan hubungan intim bersama suami. disebabkan keadaan perut smasa hami (makin besar..tidak selesa),simptom2 kehamilan masih lagi mempengarugi kehidupan anda ini membuatkan sesetegah emosi si isteri agak tertekan. Manakala si suami pula mengharapkan lebih dari si isteri..

    sabarlah wahai isteri..tiap yang berlaku ada sb dan tujuannya tersendiri..Tuhan Maha mengetahui akan setaip yang berlaku itu..

    cara mengatasinya:-
    mandi bersama pasangan anda dapat meredakan kekusutan dihati..semasa anda dalam situasi berkenaan suri saranakan agar komunikasi anda dan pasagan dapatlah di berbncang dari hati ke hati atas apa yang berlaku..LUAHKAN apa yg terbuku dihati anda..

    hujung miggu beriadahlah bersama..seperti ambil angin dipetang sambil menghirup udara yang nyaman..jalanlah sambil berpegangan tangan pasti ia tampak romatik..

    tawan hatinya semula..layanlah pasagan anda sekadar mana yang anda mampu.namun jaganlah sesekali anda memaksa diri anda kelak bayi juga akan menerima kesannya juga..

    hanya itulah sebahagia cadangan suri yang tidak seberapa buat nurul. Harap nurul boleh terima idea suri ni.

    JAGA DIRI & BIJAKLAH DALAM MGAWAL EMOSI ANDA.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam,
    saya ingin bertanya adakah ia perkara normal bg ibu yg sedang hamil 4 bln utk mengalami simptom kaki bengkak. Tidak lah sampai memudaratkan tapi memandangkan ini kandungan pertama jadi ia sedikit merisaukan.terima kasih.wasalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. salam….sekarang saya mengandung ank yg pertama…masalah muntah2&mual2 suami saya yg alami,sebaliknya saya pula mgalami geli pda makanan2 yg berempah&tidak boleh tercium bau badan suami.Setiap pagi saya akn pastikan utk makan nasi sahaja,sekiranya saya tidak mengambil nasi utk sarapan pagi tubuh badan saya bergegar & merasa lemah…suami pulak kurang selera utk mkn sbb slalu mrasa mual.&kdg2 muntah.Kami tinggal berjauhan,dia d KL manakala saya d sabah,dia risaukn keadaan saya d cni sbb jauh daripada keluarga,yg ada cuma jiran2.masalah saya,saya selesa sekiranya suami saya jauh,kerana saya tidak boleh tercium bau bdn suami bila sebulan sekali dia balik sabah & kami bersama,saya rasa x selesa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. salam..bersyukur kepada semua bakal ibu..saya sendiri masih belum hamil..lagi tertekan kalau ada sedara mara bertanya dan kadang-kadang perli saya..walhal belom setahun lagi saya berkahwin..nasib suami memahami.. :-(

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Rozie Reply:

    @dida,
    Dida,bersabarlah,mungkin belum rezeki awak..apa kata awak cuba ambil supplement CURORA JUICE and suami ambil SMILAX JUICE,kat kedai jamu ada jual..insyallah kita hanya berusaha.Saya pernah ambil selepas 2 bulan berkahwin dan pada bulan 3 saya di sahkan hamil..alhamdulillah sekarang saya dah 8 bulan hamil dan di jangka bersalin pada dec 2010.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. sy hamil 10 minggu…….tapi tiba-tiba sahaja sy mengalami pendarahan…………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11