Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung Part (II)

Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Suri mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Bagaimana pula dengan ibu-ibu, mama-mama di tika ini? Suri mengharapkan agar anda sihat di samping insan yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan ini adalah sambungan akhir bagi simptom, kesan dan masalah semasa hamil. Semoga perkongsian ilmu yang Suri miliki ini dapatlah kita manfaatkannya bersama-sama sebagai sumber maklumat yang berguna.

  • PITAM

Sebilangan ibu-ibu yang hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama di mana darah anada akan mudah terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.

Jika anda pening, adalah dinasihatkan agar anda duduk secara perlahan-lahan, tundukkan kepala anda supaya darah boleh mengalir terus ke otak semula.

Sekiranya anda masih berasa agak keletihan juga, muka pula kelihatan pucat dan sukar bernafas, anda mungkin mengalami anemia. Perkara yang wajar anda lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anda. Pada amnya doktor akan membekalkan anda sejenis pil zat besi kepada anda jika perlu. Disamping itu juga anda adalah digalakkan memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, balkoni untuk mengurangkan masalah ini.

  • CIRIT- BIRIT

Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segerlah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.

Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara bara Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.

  • KERAP BUANG AIR KECIL

Ini adalah perkara biasa di awal dan akhir kehamilan.

Ketahuilah bahawa jika anda rasa panas ketika membuang air kecil, suhu badan meningkat, sakit abdomen atau air kencing berbau dan kelihatan keruh, ia mungkin petanda jangkitan air kencing (UTI). Jika tidak dirawat sebaik-baiknya, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang.

  • SAKIT KAKI

Bagi ibu-ibu yang hamil kekejangan kaki adalah perkara biasa. Biasanya ia akan berlaku pada waktu malam. Bagi saranan Suri, anda adalah dinasihatkan agar memakai sarung kaki yang tebal dan lakukanlah sedikit senaman regangan di kedua-dua belah kaki anda sebelum tidur.

Ketahuilah bahawa sekiranya sebelah kaki anda kelihatan merah dan bengkak atau sakit ketika berdiri, berjalan ia mungkin deep vein thrombosis (DVT) iaitu darah mula membeku di urat kaki anda. Ianya memerlukan rawatan dengan segera!

  • SAKIT BELAKANG

Sakit di bahagian bawah belakang juga adalag perkara biasa kerana postur terbeban dengan peningkatan berat badan yang makin meningkat.

Ketahuilah bahawa sakit ini seperti dicucuk dan ada kalanya juga anda akan merasa panas di bahagian bawah belakang hungga ke kaki adalah sciatica. Ini berkemungkinan anda adaslah wajar memerlukan bantuan pakar fisioterapi bagi mengatasi masalah seperti ini.

  • KONTRAKSI

Ia mungkin Braxton Hicks. Anda mungkin mengalaminya seawal minggu ke-28. Jika bayi kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan dirasai lebih awal daripada tempoh ini.

Ketahuilah bahawa jika kehamilan anda kurang daripada minggu ke-37 dan kontraksi adalah kerap atau anda mengalami show (lelehan mukus yang kadangkala disertai dengan darah), ketuban pecah dan sakit belakang, ia menjuruskan kepada kelahiran pra matang. Jika selepas minggu ke-37, itu petanda awal bersalin.

  • SAKIT KETIKA BERJALAN

Ini mungkin disebabkan kesakitan ligamen.

Ketahuilah jika ia semakin teruk ketika anda menaiki tangga, ia mungkin symphysis pubis disfunction (SPD) yang disebabkan oleh sendi publik yang melebar di hadapan pelvis.

  • SUKAR BERNAFAS

Keperluan oksigen bagi seseorang ibu yang hamil akan mula meningkat. Ini disebabkan hormon kehamilan telah menyebabkan ibu yang hamil sukar bernafas apabila mereka kurang menyedut udara yang segar.

Ketahiulah bahawa jika anda sukar berbafas ketika berehat, ia mungkin petanda anemia.

Sekiranya ia disertai dengan sakit dada, berdebar-debar, batuk atau pening, anda mungkin mengalami penyakit paru-paru, penyakit jantung atau darah beku di paru-paru.
Namun keadaan seperti ini jarang berlaku. Oleh itu anda jaganlah panik, dan dapatkanlah pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian.

  • PERUT GATAL

Perut gatal adalah perkara yang normal kerana kulit anda meregang.

Ketahuilah jika anda kerap gatal sehingga memberi kesan kepada tangan dan kaki, ia mungkin obstetric cholestasis (ibu selalunya kuning / jaundis). Pada peringkat ini doktor akan menjalankan pemeriksaan ujian darah keatas anda. Jika hasilnya positif, anda akan diindius supaya bayi dilahirkan.

  • NAFAS BERBAU

Penyebab biasa ialah jangkitan gusi yang dikaitkan dengan kelahiran pra matang.

Ketahuilah bahawa jika gusi anda sakit dan berpotensi untuk berdarah ketika menggosok gigi, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan yang lanjut.

  • SAKIT PERUT

Penyebab utama sakit perut adalah kesan daripada ligamen yang telah menyokong rahim anda. Kesakitan ligamen ini pada kebiasaannya berupa kekejangan yang kuat di bahagian kanan dan kiri perut.

Ketahuilah bahawa jika keadaan anda waktu itu teruk dan berterusan, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada ia UTI, kehamilan luar rahim, pendarahan di belakang plasenta (selepas minggu ke-24), ovarian cyst atau apendiks.

  • SAKIT TANGAN

Pada trimester ketiga, air yang bertakung akan mula memberikan kesan kepada otot saraf daripada bahagian lengan hadapan sehingga ke tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome. Di mana anda mungkin rasa seperti dicucuk, kebas atau lemah tangan. Ia tidak serius dan akan hilang selepas kelahiran kelak.

Ketahuilah jika simptonya teruk, doktor akan segera merujuk kes ini ke pakar fisioterapi.

  • RENDAH DIRI

Ia adalah normal. Mengapa? Kerana hormon kehamilan anda telah mengubah mood dan perasaan anda. Pada waktu itu, tentu sahaja banyak perkara tentang kehamilan difikirkan. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Erm..mungkin bagi suri perbincangan dengan ibu-ibu hamil yang lain mungkin dapat membantu anda.

Ketahuilah sekiranya anda tetap berterusan merasa rendah diri, bersalah atau cemas, keadaan seperti ini dikenali sebagai antenatal depression. Dan ia juga boleh berterusan setelah bayi dilahirkan kelak.

  • SAKIT ABDOMEN

Ini mungkin disebabkan angin atau ligamen yang meregang. Jika diawal kehamilan, dapatkanlah rawatan jika sakit timbul walaupun tidak teruk. Di peringkat ini, ia adalah sesuatu tidak normal serta boleh membawa kepada masalah keguguran.

Ketahuilah bahawa jika kesakitan teruk di awal minggu kehamilan ia menunjukkan kehamilan di luar rahim, manakala jika kesakiatan dirasai seperti senggugut ia pula menandakan bahawa keguguran sekiranya diiringi pendarahan. Jika kesakiran berlaku selepas minggu ke-37, mungkin petanda bayi bakal dilahirkan. Sakit yang teruk selepas minggu ke-37 kadangkala merupakan kecemasan. Seperti contoh kes abruptio (uri lekang)

  • BAYI TIDAK BERGERAK !

Anda akan hanya merasai pergerakan bayi bermula dari minggu ke-20 ke atas.

Ketahuilah jika anda perasan pengurangan pergerakan bayi secara tiba-tiba, segera dapatkan nasihat doktor. Doktor akan mula memeriksa degupan jantung bayi anda ataupun melakukan ujian imbasan jika perlu.

Jadi bagi ibu-ibu yang hamil diluar sana tu janganlah selalu dihimpit perasaan takut dan resah sepanjang kehamilan anda ini kerana tempoh kehamilan itu haruslah dihadapi dengan rasa kesyukuran..kegembiraan keatas KURNIAN ILAHI KEPADA ANDA..

INGATLAH BAHAWA DETIK-DETIK INDAH 40 MINGGU kelahirannya tidak sama dengan kelahiran anak-anak anda yang sebelumnya..

IKHLAS DARI SURI. :) (9231)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

20 thoughts on “Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung Part (II)

  1. bestnya klu prgnent lagi….suri sy nak tanya, ada kesan x klu kita ambil ubat untuk kesuburan…saya dah ada seorg anak dah 4 tahun…sejak setahun yg lepas cam2 petua sy ikut, tp sehingga hari ni tuhan masih belum tambah rezeki tu….belum tiba masanya kut….tapi kita kene usaha kan…apa pandangan suri tentang ubat kesuburan tu….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    IzzuMMy Reply:

    Syukur alhamdulillah awak ada seorang anak… kite nie seorg pun belum dah 3 tahun kahwin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @IzzuMMy, sabarlah duhai izzummy..rzki tu ada mungkin..lambat dgn cpat shja..

    kamu jaganlah sesekali mudah mengalah yer;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    IzzuMMy Reply:

    Surihati ku terima kasih atas nasihat…tak sesekali pun kite nak mengalah.. usaha dan doa tak putus2 dipanjatkan pada ilahi agar di kurniakan cahayamata… pengikat kasih rumah tangga. Mungkin sebab berjauhan dari suami merupakan faktor mie sukar nak dapat baby… insyallah tahun depan mie transfer ke tempat suami. Doa kan yee agar dianugerahkan cahaya mata.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @IzzuMMy,
    Alhamdulillah Izzummy..itu 1 berita yang bAIK skli.
    Pasti kamu akan teruja bla disamping insan yang di CINTAI kan..kan…;)

    kami sentiasa mendoakan izzummy dan yang lain2 semoga Tuhan akan mengurniakan rezeki buat kalian semua.AMIN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    azie Reply:

    @IzzuMMy,

    ada hikmah dapat anak lambat.Boleh memberbaiki diri masing2 dan betul2 bersedia utk menjadi ibu n bapa . Semasa berdua ni lah kita boleh tambah ilmu agama cth tambah ilmu mengaji, bahasa arab(nnt anak tanya homewrk….) ,dgr ceramah dsbnya sbb kalu anak dah berderet…..emm..paham2 jer la…sy pun 3 thn baru dpt, bila dpt seorang ….berderet2, skrg nk masuk 5 dah…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Najwa,
    Salam Manis untuk semua..

    NAJWA..
    alahai..camner nak ckp yer sb suri pun bukanlah arif sgt dlm bab ni..

    ERM..
    Jika najwa melakukan hubungan suami isteri yang konsisten iaitu tidak kurang dari 2 kali seminggu selama 1 tahun ia dilakukan dengan tanpa alat pencegah kehamilan dan najwa pula masih tidak mengandung maka mungkin terdapat kemungkinan yang najwa mengalami 2ndry infertility yang perlu dilihat faktor-faktor penyebabnya.

    Ketahuilah bahawa penggunaan ubat-ubatan untuk mengalakkan kehamilan adalah memerlukan nasihat dari doktor kerana setiap ubat yang diambil mempunyai kesan sampingan dan pemberian ubat hormon kehamilan perlu dipastikan setiap fungsi organ terutamanya buah pinggang adalah berfungsi dengan baik sebelum boleh diambil.

    Justeru itu adalah wajar kiranya najwa meminta nasihat doktor2 yang benar2 pakar isu ubat kesuburan ini.

    SEMOGA ANDA BERJAYA & JAGANLAH MUDAH BERPUTUS ASA ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam….

    nak minta pandangan kawan2…
    saya mengandung anak pertama dan skang ni kandungan saya dah menjangkau 7 bulan.saya mengalami bengkak kaki dan kadang kala waktu pagi saya akan muntah selepas bangun tidur.sebelum ni masalah seperti ni jarang berlaku.kadang kala saya mengalami kesukaran untuk bernafas…setiap bulan pergi check up semuanya ok…saya tak mengalami sebarang penyakit.tp saya pelik dgn simpton yang saya alami ni…harap ada yang sudi beri pandangan….

    terima kasih…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @azlen, letakkan kaki lebih tinggi dari perut anda..

    itu mmg salah satu perkara yg normal bgi ibu2 yang sdgn sarat hamil :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. saya ingin bertanye berkenan dengan keguguran janin.pada bulan 5 tahun ini saya mengalami keguguran.semasa itu kandungan saya baru 7minggu.saya mengalami kesakitan sehingga terdapat pendarahan dan terdapat ketulan darah keluar semasa saya membuang air besar.selepas itu,saya pergi bertemu doktor.doktor berkata saya sudah keguguran.tetapi tiada apa2 scan dilakukan.saya bimbing ada lagi baki janin yang belum habis keluar dalam perut saya.tetapi sekarang ni saya sudah pun mengandung dan kandungan saya berusia 2bulan.jadi sekarang ni saya ingin tahu,adakah bahaya untuk diri saya,jika ada lagi baki janin yang belum keluar??dan bagaimana kita boleh tahu samaada janin itu sudah habis keluar atau belum??adakah akan mengalami pendarahan yang berterusan??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    farah Reply:

    @ella,

    sepatutnya dr kena scan nak tgk janin dah keluar habis ke belum. takut ada yang tertinggal. cuba tanya dgn dr utk kandungan kedua ni, ok ke tak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Saya mengandung 33 minggu , last check up , apabila scan , anak saya didapati bengkakak buah pinggang . Doktor mengatakan jangan risau sebab ia akan surut setelah ber salin …. Ada sesiapa pernah mengalami nyer ?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. sya bru jer kawen..bru2 nie sya loya2 n nk mntah gtuu tp kdng2 jelh..
    sya g la frmsi bli upt tu n check tp negative..dh 2kli sya check tp negative jgk..n sya mmg dh fedup so xnk check da pahtu..so ape komen korang erk..adkh sya dlm ktgori mngndung??huhuhuhu…plssssss

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @eqien, untuk mendapatkan keputusan yang tepat baik sahabat jumpa dr. alang2 cek tu mesti dr akan buat scan ke ats perut puan :)

    jika hamil tahniah dari kami semua :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam kak suri,,sy nk tny nie….sy bru 1st time mgandung n skg da msuk 5 bln…sy nk tny la,knpe skrg nie kputihan kerap keluar?kdg2 bnyk sgt….sdgkn sy jrang bsma dgn suami..tp tidak bbau…adakah ianya mberi kesan thdap bayi sy?sy risau kan kesihatan bayi sy nie….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sya Reply:

    @dyea,
    ms sy mengandung yg 1st pun sy alami bnda yg sama. smpikan gynae sy korek bhg bwh sy tu utk buang keputihan yg terlalu byk tu. aduiii ngilunye…ikutkn sy xde keputihan, just ms pregnant je br ada. byk plak tu. tp doct kata itu normal, jangkitan x semestinya jika kita bersama suami. so kita kena sentiasa pastikan utk jaga kebersihan bhg tu. guna tisu lebih baik dr pantyliner sbb ia kurangkan pembiakan bakteria. selain dia bg ubt utk kawal keputihan tu doct jgk soh sy korek hari hari utk buang keputihan tu jika terlalu byk..erkkk ngilu lg.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam kak suri..
    sy 1st time pregnant…baru 4 bulan..jd mcm janggal plak..
    sy asyik nak mara2 jek…emosi sy jd xmenentu,,,kdg2 nak mara,,kdg2 nk nangis,,
    normal ke bg ibu pregnant?
    n mcm ne nak atasi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. salam suri,
    kandungan saya 23w tp baru2 ini saya ada rasa jantung sy kadang berdebar2. tak kira masa, tiba2 akan berdebar.. ini normal ke untuk wanita hamil.?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    maz Reply:

    @asyikin ikin,

    biasa ibu hamil akan mengepam darah lebih tinggi dari orang biasa, tekanan darah yang lebih tinggi boleh membuatkan jantung bekerja lebih kuat. cuba check dgn doktor.. ada juga kemungkinan masalah jantung. macam sy, ada heart murmur, dirujuk kepada pakar jantung.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalamu’alaikum Kak suri.. Saya sedang pregnant 4 bulan anak pertama. Dan saya masih belajar dan tinggal berjauhan dari suami. Saya selalu tiada selera untuk makan. Saya pernah terbaca, semasa trimester pertama ibu2 tidak perlu risau kerana bayi akan ambil sedikit je dari nutrisi kita. Sekarang saya sudah nak masuk 17 minggu, tapi saya selalu kejang kaki, muntah, loya dan pening. Saya makan sangat memilih dan dlm kuantiti yg sgt sedikit (even berbanding sebelum hamil). Adakah ini akan memberi kesan kepada baby saya, kak?T.T

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam