Sifat mazmumah, penyakit hati yang dimurkai

Adakah kita punyai sifat mazmumah???

Ayuh mari muhasabah diri masing-masing!

Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin.

penyakit hati

Penyakit hati ada 2 iaitu :

  1. Penyakit hati terhadap Allah
  2. Penyakit hati terhadap manusia

Contoh penyakit hati terhadap Allah, di antaranya ialah :

  • Tidak khusyuk beribadah
  • Lalai dari mengingati Allah
  • Tidak yakin dengan Allah
  • Tidak ikhlas dengan Allah
  • Tidak takut pada ancaman Allah
  • Tidak harap pada rahmat Allah
  • Tidak redha akan takdir Allah
  • Tidak puas dengan pemberian Allah
  • Tidak sabar atas ujian
  • Tidak syukur atas nikmat
  • Tidak terasa diawasi Allah
  • Tidak terasa kehebatan Allah
  • Tidak rindu dan cinta pada Allah
  • Tidak tawakal kepada Allah
  • Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
  • Putus asa dengan rahmat Allah
  • Cinta dunia, membuang waktu dengan perkara yang sia-sia
  • Penakut (takut pada selain Allah)
  • Ujub
  • Riya’
  • Gila pujian dan kemasyhuran

Manakala contoh penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia, di antaranya ialah :

  • Benci membenci, saling bermusuh
  • Sangka buruk orang lain
  • Rasa gembira dengan kecelakaan orang lain dan rasa sedih diatas kejayaan orang lain
  • Mendoakan kejatuhan orang
  • Tidak mahu meminta maaf dan tidak memaafkan kesalahan orang
  • Hasad dengki
  • Dan banyak lagi….

Saya ingin menyeru kepada anda semua.

Ayuh mari kita berusaha baiki diri. Berusaha sungguh-sungguh untuk jauhi sifat-sifat mazmumah ini.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan dirahmati Allah senantiasa. Aamiiin.

Credit to : Saudara Zaidi Idi

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(704)

1,409 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(14)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam