Siapa PakarHowTo?

Siapa PakarHowTo?

Nama blog ini PakarHowTo. Tapi jangan salah sangka. Saya ni BUKAN pakar apa-apa pun.

Saya gunapakai nama PakarHowTo untuk beri sedikit impak. Supaya orang mudah ingat nama blog ni.

(Ehh mudah ingat ker nama blog ini yer? hehe)

 

Sedikit tentang diri saya

Nama saya Muhamad Syukri.  Atau saya lebih kerap guna nama GH Syukri.  (Saper nak kenal lebih dekat, boleh add-friend di facebook).

Asal : Jerantut, Pahang.  (koi oghaa Paha weiyhh 🙂 moh la borok!! )

Sekarang, saya bekerja di Kagoshima Jepun. Sejak tahun 2013.

Siapa nak belajar bahasa Jepun, boleh kontek saya 🙂

Yoroshiku onegai shimasu.

pakarhowto

Blog PakarHowTo ini saya buat sejak tahun 2007 lagi sebenarnya. Tapi disebabkan ada masalah hosting sebelum ni, saya terpaksa set-up semula blog ni. Kena la mula dari zero balik. Sedih tak terkata. Tapi apakan daya. Ini semua ketentuanNya.

Saya ucapkan terima tak terhingga kepada semua follower yang setia menyokong blog PHT selama ini.  InsyaAllah, lepas-lepas ni, saya berazam untuk lebih kerap menulis, dan cuba balas semua komen anda yer.

Terima kasih.

 

pakarhowto

Email page ini kepada kawan Email page ini kepada kawan

(642)

2,551 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(12)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam