Kelebihan Dan Keistimewaan Bunga (Hasil Kajian Sains)

Share

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.

Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.

Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.

red_rose_flower3

Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.

Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.

imgp0032

Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-

  • Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
  • Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
  • Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
  • Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.

Hurm, cara Suri pula dengan meletakkan pokok kecil dikiri dan kanan meja komputer pejabat untuk mengurangkan tekanan dan menambahkan kesegaran. Cara anda bagaimana pula..? marilah kita berkongsi disini :) (1717)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

21 thoughts on “Kelebihan Dan Keistimewaan Bunga (Hasil Kajian Sains)

  1. salamualaikum
    Bunga, cantik dipandang,harum mewangi baunya,menyegarkan.mempesonakan dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang tahu menghargainya.saya suka makan bunga segar terutama bunga rose itulah hobi saya selain melihat pelbagai jenis bunga setiap hari di kawasan kediaman saya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @salmi,
    salam salmi..
    segalanya tentang bunga semunya cantik jika nama pun diberi nama bungan itu pun sudah kira menarik bunyinya..

    owh,salmi makan bunga yang segar ke?hurm tentu nak sentisa nampak awek muda kan..kan..hehhe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. A’kum. Saya hiasakan kawasan rumah dengan tanaman yang pelbagai. Untuk mencantikkan kawasan itu, menambahkan oxygen, menenangkan minda dan saya juga suka makan makanan yang ditanam sendiri. Saya tanam pokok cili padi sendiri. Saya pernah cuba tanam pokok bawang, daun pandan dll. Saya minat padi hobi menanam pokok. Arwah ibu dan bapa saya pun suka berkebun dan sejak dari kecil, saya hargai flora dan fauna yang dianugerahkan pada manusia oleh Illahi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @MrsRanggy,
    salam jumaat..MrsRanggy
    Alhamdulillah MrsRanggy juga seorang yang pecinta alam semulajadi. Suri harap anda teruskanlah mengindahkan kawasan perumahan anda kerna ia akan tampak segar dalam suasana yang mententeramkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam Pakar. Wah sejak dua menjak ni pakai aromaterapi untuk kesihatan badan. Memang ada kebenarannya. Aromaterapi dapat membuatkan minda lebih relax dan tenang dalam berfikir.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    salam Motivasi Kerja,
    owh..suri rasakan sesekali kita bertukar angin apa salahnya tak gitu..hik..
    bisalah surikan perempuan so tak salah la jika entri kali ni banyak bunga dari lebihkan imu semata-mata ;) hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. mm..bunga ni ader kuasa tuk mengharmoni kan suasana..
    sbb tu lelaki suka bg bunga kat pompuan…
    nak2 y ngah merajuk..ehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Asma’,
    cak asma’
    huhu..sekali merajuk dapt bunga, dua kali rajuk belanja makan lagi..tiga kali merjuk adakah akan di beri bunga lagi??itupun kalu ada budget lebih..kalu untuk kemaafan atau permintaan dalam sesuatu maksud yang bermkna mungkin kita akan dapat bunga lagi kot..hehe..tapi jagan masuk wad sakit sudahlah,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @surihati_ku,
    hah?
    ehehe…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. subhanallah..

    segala kejadian ciptaan Tuhan..indah2 belaka..

    tiap kali p kerja mesti lalu kat kawasan yg ditumbuhi bunga2 tapi tak tau plak bunga apa hihihih..tapi at least kalau tengok bunga hati jadi damai plak..

    Itu lah salah satu kebesaran Allah s.w.t..setiap kejadian Tuhan pasti ada hikmat..manusia je yg kadang2 tak tau menilainya..

    p/s: belum pernah mandi bunga mahupun makan bunga hihihi (^_^)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    ohw..ya ke..bunga tu memang ada aura yang tersendiri..apa lagi jika kita cuba menghidunya.pasti akan membuatkan hati gembira..tenang seketika..emm.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. saya ni pminat bunga la sgt2…
    klu sehari x tgk bunga rs gelap dunia
    sbb tu rmh pnuh dgn bunga
    wangi dan cntik plk tu…

    (kcuali bunga taik ayam la)
    indah d pndang tp jgn d hidu………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam Suri,

    Saya sangat tertarik membaca ruangan yang disiarkan tentang bunga dan kuasa bunga itu sendiri. Di rumah saya ada menanam pelbagai tumbuh-tumbuhan hijau dan yang berbunga..termasuklah palma, heliconia, sepit udang, bunga raya, bougainvilla, zennia, ros, marigold dll. Yg sgt menarik ialah bunga-bunga ini menjadi kunjungan kepada lebah,rama-rama, pepatung,beburung kecil dan pelbagai spesies unggas. Kehadiran hidupan ini memeriahkan suasana taman kecil saya dengan bunyi-bunyian yang menghiburkan. Suasana inilah yg dpt meneutralkan emosi yang sedang berkecamuk@stress.

    Saya sangat menghargai anugerah Allah ini dan hubungan manusia secara horizontal terhadap tumbuhan dan hidupan ini mempamerkan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Terimakasih juga kepada Suri kerana memberi info berkenaan bunga. InsyaAllah dengan keizinanNya saya akan membuka perniagaan berteraskan gubahan dan hiasan bunga.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Salam,

    Saya peminat bunga mawar dan telah menanam lebih 70 jenis bunga mawar di laman rumah saya. Saya amat tertarik dengan artikle ni. Memang haruman bunga ada rahsia dan kebaikannya. Salah satu daripadanya ialah haruman bunga boleh menguatkan daya ingatan seseorang.

    Jika ada sesiapa yg berminat tanam bunga mawar dan ingin berkongsi tips; silalah berkunjung ke blog saya http://rosesrosasifu.blogspot.com yg memuatkan info & tips penanaman bunga ini di Malaysia.
    .-= Rough Rosa´s last blog ..Common mistake; having your roses too wet too long! =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. ya…stuju sgt.Khdiran bunga r tumbuhn segar mmpu mnaikkn smgt bkeje + mnimbulkn rse tenang + damai d hati.sye sndiri mnhiasi kabinet peribadi d pejabat dgn kaktus pelbagai jenis,d smping tumbuhn keladi mini dlm pasu d sisi pc sye..it heals our tension…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam