Semakan Result Exam PTD Gred 41

Share

Alhamdulillah, keputusan exam PTD yang ditunggu-tunggu telah keluar hari ini. Sekiranya anda adalah salah seorang calon yang menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada bulan April 2010 lepas, anda boleh buat semakan melalui laman web SPA sekarang :) Keputusan telah diumumkan hari ini, sedikit lewat daripada jadual asal.

Anda boleh semak keputusannya di sini.

Klik Sini untuk buat semakan ‘Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41‘ sekarang!

Saya dah check result saya. Dan keputusannya, Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah. Saya berjaya LULUS pada peringkat kali ini!

result

Beberapa kawan saya pula agak malang kerana mereka gagal. Ada yang bertanya kepada saya, apa rahsia saya berjaya lulus?

Saya katakan kepada mereka, saya tiada apa-apa rahsia pun. Cuma mungkin disebabkan saya banyak membuat persediaan seperti yang diterangkan dalam ebook Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD yang saya beli seminggu sebelum peperiksaan. Saya harus akui bahawa panduan yang diberikan dalam ebook tersebut sangat banyak membantu saya membuat persiapan untuk peperiksaan ini.

Anda dah check result anda? Jangan lupa kongsikan keputusan anda dengan rakan-rakan lain dengan meninggalkan komen di ruangan komen di bawah. Mana tahu kita boleh ‘berpakat’ untuk sesi PAC yang seterusnya nanti. ;)

cst050

Kepada yang tidak berjaya kali ini, jangan berputus asa. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Pastinya percubaan anda untuk kali yang seterusnya akan menjadilebih baik kerana anda sudah ada pengalaman dengan peperiksaan kali ini :)

Sekian.

(738)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

12 thoughts on “Semakan Result Exam PTD Gred 41

  1. Tahniah tuan, tapi kawan saya yang dah keje PTD tu dia cakap kena berlari dalam masa 16 minit 2.5 km. Jangan terlalu menonjol sangat atau jangan terlalu pendiam sangat…selamat berjaya untuk ujian seterusnya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    rozana Reply:

    @507,
    hmm.. ini kali pertama sy ambil exam nie.. dan alhamdulillah sy dah lulus..kepada anda yg dah pernah ambil ujian sebelum ini, sy mahu bertanya.. apa selepas ini..? ade ujian khas ke? ujian lg ker? atau interview.. ade berapa peringkat semuanye..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Alhamdulillah. Nasib kita agaknya sama. Syukur kepada ALLAH SWT. Lepas ni sama-samalah kita menempuh PAC pula. Tapi saya untuk satu jawatan sahaja PTD. Dengar cerita PTD akan menghadapi PAC dan untuk pegawai-pegawai2 gred 41 yang lain akan dipanggil untuk temuduga. Itupun saya dapat tahu melalui teman-teman dan mencari fakta di internet. Semoga kita berjaya, Syukri!
    .-= Dayang Lips Adanan´s last blog ..Exam PTD part 2 =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Tahniah kepada yg berjaya dalam exam PTD. Izinkan saya berkongsi sedikit pandangan berdasarkan pengalaman saya dalam PTD satu ketika dulu. Selepas berjaya dalam exam, perlu menjalani assessement yg dipanggil PAC selama 2 atau 3 hari. Terdapat pelbagai module dalam PAC yang mana akan menguji kita dari segi personaliti, pengetahuan, fizikal (berlari dalam tempoh yg tertentu) dan sebagainya. Tips utk PAC adalah menonjolkan segala kemahiran anda, usah malu2. Paling penting, selain menguasai bahasa Malaysia, anda perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kemahiran dalam kedua2 bahasa ini du nilai dalam module public speaking, debate ala parliment, problem solving dan sebagainya.
    Pada pandangan saya, PAC paling penting, jika markah kesuluruhan ada tinggi contohnya berada dalam ranking to 30 peluang untuk anda ke tahap terakhir iaitu temuduga adalah cerah. Di sini anda perlu berusaha bersungguh2 memandangkan jumlah calon yg hadir utk PAC adalah ramai. Hanya yg melepasi markar tertinggi akan berjaya ke peringat temuduga.
    Apa pun, selamat maju jaya diucapkan!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam