Sejarah Dan Keburukan Merokok

Share

Sambungan daripada artikel semalam. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda mengenai SEJARAH & KEBURUKAN MEROKOK. Moga-moga dengan mengetahui sejarah rokok ini, maka ianya akan mendorong anda untuk berhenti rokok (bagi sesiapa yang merokok la). Bagi yang tidak pernah @ tidak akan merokok, bagus juga baca sejarah rokok ni untuk tambah pengetahuan. Info ni boleh dijadikan point @ hujjah untuk ‘berdakwah’ kepada’  para perokok di luar sana.

Sekian, selamat membaca yer. ;)

Sejarah Rokok

Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu. Para saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau.

Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Sejarah Rokok Di Dunia Islam


Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia belum pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajah mereka.

Pada hari ini, merokok telah menjadi suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita. Sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan.

Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.

Malah tabiat merokok, suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini.


Keburukan-keburukan Rokok

  • Kita dapat perhatikan, perokok selalunya amat sukar untuk melakukan ibadah puasa. Ini adalah kerana ketagihan rokok yang sukar ditinggalkan. Mereka mampu untuk tidak minum dan makan tetapi gagal untuk tidak merokok. Kalau pun ia mampu berpuasa penuh dengan tidak merokok, kebanyakan mereka akan berbuka puasa dengan merokok dahulu daripada memilih sunah nabi menjamah buah tamar.
  • Jelas sekali tabiat merokok memberi kesan negatif kepada amalan keagamaan seseorang dengan memandu nafsu supaya meninggalkan yang sunat dan mengejar yang haram. Apa yang lebih ditakuti ialah merokok mungkin boleh menjadi titik tolak kepada ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya.
  • Merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya.
  • Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.
  • Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di `kamar gas maut’ bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.
  • Racun yang paling tidak baik yang ada dalam rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960-an kepada lebih 4 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah kematian yang dianggarkan ini hampir menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama.

Dengan ini, saya ingin menyeru kepada semua perokok agar HENTIKANLAH TABIAT MEROKOK tu. Sesungguhnya tiada 1 manfaat pun yang anda dapat dari merokok.

(664)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

2 thoughts on “Sejarah Dan Keburukan Merokok

  1. syabas atas artikel yang bernas.

    aku nk share kekeduan aku suatu hari tu dgn perokok2. derang ni dah lama kawan lah kire..lebih 15 tahun. jd kire boleh berbual tntang apa saja.

    dalam semeja tu kteorang 4 orang aku jerk tk merokok. so, aku citer lah aku baru2 tu cuti sbab jaga datuk kt sepital sakit angin ahmar n terus paralise sebelah badan. syukurlah, atuk hnya bedridden selama 3 bulan n boleh bergerak semula.

    aku citerlah semua dalam bilik tu bedridden. semua menakutkan. masing2 dgn sakit agak kronik. trmasuklah seorang pesakit paru2 akibat mrokok. aku pun citerlah..atuk tk dapat tido..ramai pesakit tk dapat tido akibat mendengar mesin pesakit paru2 tu..(mesin tu mesin sedut yg mengeluarkan kahak.. n bunyi kahak disedut amatlah meloyakan dan kuat)
    dan oh ya.. pesakit tu pula masih muda lagi dari kebanyakan pesakit yg sudah veteran kt sana. yg teruknya.. dia langsung tk boleh berjalan2, krna tk boleh meninggalkan mesin kahak paru2 yg berat tu..sedangkan pesakit2 lain, kecuali yg paralise, masih boleh bergerak2 kejap dgn bantuan keluarga atau guna kerusi roda..walopun trpksa menjijit beg air dan sebagainya…jadi kesihan sangatlah dia jadi begitu.

    sekali apa yg aku dapat? kena marah la pulok..oleh salah seorang kawan yg merokok tu.. kira2 inilah soalan2 yg dia ajukan kpda aku:

    1) ko kire orang sakit ni hanya sebab merokok jer ke??
    2) ada hari tu sorang kawan tegur aku supaya kurangkan merokok, sekali dia lak yang meninggal krana sakit gastrik pecah
    3) Tuhan ada tk? nk pilih2 perokok jerk yg sakit atau mati dulu

    jadi apakah penjelasan tuan bagi komen2 seperti ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam