Sejarah dan asal usul Azan

Share

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.

Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.

  • Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
  • Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
  • Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
  • Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
  • Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
  • Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;

1.  Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

  • (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)

2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.

  • (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)

3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.

  • (Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)

4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.

  • (Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)

5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).

  • (Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)

Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?

Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.

Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.

Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)

Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.

Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Sekian, semoga dapat sikit ilmu dari perkongsian ini. Sila sebarkan kepada kawan-kawan lain yer. TQ ;) (961)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

24 thoughts on “Sejarah dan asal usul Azan

  1. salamualaikum.
    Alhamdulillah.article yg sgt2…….berguna.
    Tuan PakarHowTo,
    minta izin copy…..yer.
    terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @salmi,
    dipersilakan, tiada sebarang halangan.
    sebarkanlah kepada seberapa ramai orang yang boleh yer.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. assalamualaikum.. tuan punya blog, saya nk mtak izin untuk copy artikel yg sgt informatif neh untuk saya sebarkan kpd teman2. Sbb saya rasa tak ramai yg tau ttg ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Hmmm..bile baca artikel dia atas..terasa seolah2 diri ini turut berada di zaman tersebut..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    setiap yang menghayatinya pasti akan teringatkan kesukaran yang telah dilalui oleh Nabi-nabi kita dan rasul-rasul yang terdahulu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. beginilah kesusahan umat islam ketika ingin memanggil orang islam yang lain untuk solat berjemaah.pada zaman sekarang ,microphone dah ade,speaker pembesar suara dah ada..oleh itu ringanx2kan la kaki bergerak ke masjid..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. akhirnya jumapa juga bukti azan dari allah…selama nie diceritakn hanya bilal yg menyampaikannya,tapi tak tau asal usul….mohon share dan copy di blog ya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Pingback: Azan : suatu laungan yang agung « Saya Berkongsi

  7. Alhamdulillah dan tahniah .laman informasi yang menarik. Boleh beri sikit panduan macam mana yang copy bahan2 yang terkandung dalam laman ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ckj,
    Terima kasih sudi berkunjung dan komen di blog ini.
    Ohhh tak dapat copy yer? Maaf, saya tak perasan.
    Mungkin sebab ada setting tak bagi copy kot.

    InsyaAllah saya akan setting kan blog ini agar dapat di copy macam biasa yer.

    Terima kasih atas sokongan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam