Sebuah kisah untuk para suami sebagai renungan (Mesti Baca)

Share

Semalam, saya ada menerima sebuah tulisan yang cukup menarik yang dihantar oleh Cik Nila (alinn01@gmail.com) kepada saya untuk dikongsikan di blog ini. Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan artikel yang bagus ini.

Tulisan ini ditujukan khusus untuk para suami sebagai renungan. Para isteri pula, jangan la ambil kesempatan pula yer.

BUAT PARA SUAMI – HARGAILAH PARA ISTERI

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,“Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “

kerja rumah

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,“Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

“Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!”

“Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda yer. :)

Anda suka cerita ini? Forward lah kepada kawan-kawan yang lain yer ;) (3168)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

29 thoughts on “Sebuah kisah untuk para suami sebagai renungan (Mesti Baca)

  1. haha best la cerita kat sini… byk mengubah saye luaran dan dalaman… alhamdulillah
    .-= wira´s last blog ..At middle school part 1 =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aman Reply:

    terima kasih dgn kisah yg dipaparkan…skurng2nya dpt mengubah pndngn sya kpda isteri dn terfikir nk ambk cuti gak….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jack Reply:

    @wira,
    trime kaseh kerana berkongsi cerita ini. sy lom kawen tp dengan adanye post ini, pandangan pemikiran persepsi dan fahaman saye lebih terbuka dan bertambah. keep up the gud post!
    .-= jack´s last blog ..Gigi Putih: Tidak Cukup Hanya Dengan Ubat Gigi =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. hehe..byk teladan yg boleh di ambil drpd cerita ni. setiap insan x kira lelaki atau perempuan telah dijadikan Allah mempunyai tanggjwb tersendiri. Difikirkan org lelaki tgsnya berat, seharian diluar, menahan panas terik matahari, walhal para wanita juga walaupun ringan namun, terlalu banyak sehingga x terbuat. So, adil lah. Allah sentiasa adil terhadap hamba-hambanya. oleh sbb itu, laksanakan la tgs masing-masing dgn sempurna k..=)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. :-) Allah dah jadikan suami & isteri dgn tanggungjwb masing2. Kalau laa suami & isteri tahu tanggungjwb sendiri…aman damai semua rumahtangga..xderlaa yg bercerai berai.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. syukur alhamdullilah aku n suami sentiasa buat yg terbaik kalau d rumah..bukan nak puji sgt suami aku tu.. tapi memang dia sentiasa mengarah, membantu dan tunjukcara..aku kekadang termalu…1 LOVE U SO MUCH ABANG…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. ;-)) Isteri& suami Mesti saling memahami…Mesti bertolak angsur…Sesama ringan-ringankan beban…,ni baru pepatah Mengatakan>>>susah sama-sama susah, Senang sama-sama Senang laaa…….IngsyaALLAH…….,,,;-))

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. artikel yang baik..bagus di pedoman buat kaum lelaki..=)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    jayalani Reply:

    @fyzul MP, Moral cerita yang patut disebarluaskan, kerana ramai suami diluar sana yang masih tak sedar btapa hebatnya peranan isteri lebih lagi yang digelar ibu pada anak2nya. jangan suami cabar kerja isteri. bolih gila beb. aku tak sanggup

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Tahniah ada teladan baik.Diakhir cerita mujur belum sempat nak rasa betapa
    sakit nak beranak..huh ada yang jadi gila kunun nak ambil alih peranan isteri
    yang jadi IBU..maka hargailah ibu pada anak2 kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. itulah.. lelaki selalu ingat isteri yang dok rumah ni relax memanjang.. sesekali dia merasa, baru dia tahu bahawa kerja2 kat rumah ni tak kan habis dan selesai selagi semua isi rumah tak masuk tido.. selagi ada yang tak tido, selagi tu lah opis tak boleh tutup hehe… suami sewajarnya bersyukur jika isteri telah laksanakan peranannya dirumah dengan sempurna kerana semua itu bukan tuntutan wajib keatas isteri.. namun isteri telah membantu meringankan bebanan suami.. jika isteri melakukannya dengan ikhlas dia akan diberi pahala ganjaran oleh ALLAH dengan syarat si isteri tadi tidak menyebut atau mengungkit apa yang diperbuatnya.. jika ungkit, abis la tak dapat apa2.. dapat penat je..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. bagaimana pula kalau saya katakan,

    kje isteri kat umah pun dah cukup banyak..
    ada juga isteeri xnak dok umah..bosan katanya.. sibuk pulak nak kerje kat luar.. tu kira dia rasa mcm xde kje kat umah kot..atau xnk buat kje umah.. i kan ada sijil master kje rumah nie org len ler buat..

    p/s: sbg isteri, nk dapat pahala,xyh kua rumah..dok umah tulung dengan kerja2 diatas pun dah belambak pahala dapat. org laki, nak dapat pahala kena keluar rumah, cari rezeki utk diberi nafkah kepada anak n isteri.
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Original Perfumes Currently On Stock =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. baru dia tahu mcm mana susahnya jadi isteri.

    mcm sy yg bekerja..pagi2 dah dok sibuk kat dapur masak lauk utk anak sek men yg balik tengahari. suami masih syok2 tidur.

    balik kerja..pun kena masak lagi..dah kita masak kita gak kemas dapur..yg suami dah kenyang syok2 gadap tv.

    tapi abis lagi..basuh kain terus sidai mlm tu juga takut esok pagi x sempat.
    .-= zue´s last blog ..Bola punya citer… =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. cerita yg menarik tapi benar….apa tah lagi isteri bekerja dan suri rumahtangga….lagi penat tapi semuanya akan mudah jika kita ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. semuga cerita selayang pandang ini,sedikit sebanyak bolih memberi kesedaran pada sesetengah suami yang agak terlupa betapa kerja2 isteri di rumah lebih mencabar dari kerja2 di pejabat.apatah lagi sekiranya isteri yang bekerja….bertambah tanggungjawapnya.mohon kerjasama dari pihak suami meluangkan masa bersama2 isteri menguruskan soal2 rumahtangga.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Tggjwb isteri yg x bekerja memastikan rumahtangga dan anak2 terurus…manakala suami pulak mencari nafkah utk keluarga..Kalau ada sikap saling bantu membantu beban kerja rumah dpt dikurangkan dan isteri merasa dirinya dihargai

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. bukan semua isteri yang begitu… ada juga yang tak mahu buat kerja2 rumah, uruskan anak2, memasak dan melayan suami. Yang dia tahu bangun tidur semua hendaklah siap tersedia… baju siap diseterika, sarapan tersedia, bekal anak2 kesekolah disiapkan dan anak2 dan bersedia ke sekolah. Bila balik kerja, rumah dah teratur, budak2 dan mandi dan makan malam dah ready…. suami dan bibik lah yang jadi “orang suruhan”

    Jadi di zaman sekarang ni rasanya tak ada yang berat sebelah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. Saya baru hbis pantang, operate melahirkan anak sulung..

    Satu hari tu, ntah mcm mana, bhgn ari2 saya sakit, mengadulah kt suami, dia ckp apa tau, “hai..dh lepas pantang pun masih sakit lagi ker..?”

    Saya nama aje dlm pantang, tp segala urusan2 rumahtangga ttp saya uruskan, memasak, mbasuh,semuanya sy buat, smpaikan urut kaki suami pun saya buat..(ntah siapa dlm pantang agaknyer..)

    Kalaulah suami saya tau betapa azabnyer saya nak melahirkan zuriat dia..

    Sedih sgt,,,baru ckp sikit dh kene herdik mcm tu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    tie Reply:

    @serena,
    Tak dinafikan ada suami yg sebegitu..mentang2 kita sebagai isteri dianggap seperti hamba, di arah, di suruh, di marah & ditengking tanpa sebab yg munasabah…

    Kita sebagai isteri hanya dapat bersabar, & mengalah..hanya Allah tempat mengadu…

    Sya simpati dengan serena..sya pun dalam hampir situasi yg sama. mohon Allah terus berikan kekuatan & kesabaran dlm menghadapi situasi seperi ini. aamin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sanie Reply:

    sy juga turut simpati dengan serena…….spatutnya si suami kena berterima kasih dengan si isteri yang mengandung dan melahirkan zuriatnya……bukan mudah nak baik luka operation tu walaupun bertahun lamanya…inikan pula baru lepas pantang….(sy juga dah 2 kali operation bersalin)….
    sy harap serena dapat bersabar dan berdoa mudah mudahan tuhan akan bukakan pintu hati suami anda agar menghargai isteri…
    sesungguhnya tuhan maha adil……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. Oleh itu jdila suami mithali…berusahala menjaga keharmonian rumahtangga…sama2la bekerjasama dalam segala hal…ringan sama djinjing, berat sama djunjung.berbincangla selalu utk kebahagiaan n keharmonian keluarga…syangila isteri kita kerana Allah meciptakan dia utuk kita…TAKBIR

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. wen saya terbaca artikel ni kan sok saya terus ambil cuti 1 hari saya suruh isteri saya berihat jgn wat keje dr pg til ptg saya suruh isteri saya jgn wat ape keje pun pehhh…YA ALLAH betapa penatnya jadik isteri ni upenya betul pe yg saudara ckpkan ni mulai skrg ni saya selalu bantu isteri saya buat keje umah lah terima kasih kerana menyedarkan saya…disini saya nk ingatkan diri saya dan para2 suami kat luar tu ok beringat lah bantulah isteri2 anda sebelum isteri2 anda dibantu oleh org lain he he he….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. kisah-kisah yang cukup hebat untuk baiki diri sesungguhnya tiada yang sempurna di bumi ALLAH ini.kritik lah diri kita kerana itu lebih membina daripada mengkritik orang lain.umpat lah diri kita dari mengumpat orang lain kerana megumpat pada diri sendiri tidak berdosa dan mengumpat saudara sesama islam itu umpama membunuh saudara sendiri.fikirkanlah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam