Salad pembuka selera ala-mexico

Saya tak suka upload gambar makanan sebenarnya. Sebab ia menyalahi adab dan akhlak orang mukmin.

Tapi, entri ini cuma mahu berkongsi salah satu resipi favourite saya iaitu :

Salad Avocado Mexico

resepi salad avocado

Resipi ni saya dapat dari kawan baik saya (zaman student dulu) bernama Alfredo Solis, dari Mexico.

Dah lebih 11 tahun tak cuba, hari ni cuba buat… perghh superb! marvellous!

Bila makan jer terus teringat nostalgia masa zaman student dulu.

Ni dia resepi Salad Avocado Mexico

Bahan-bahan yang diperlukan ;

  • Avocado 1 biji
  • Tomato 1 biji
  • Bawang besar 1/2 biji
  • Lemon atau limau nipis 1/2 biji
  • Olive oil 1 sudu besar
  • Serbuk cili (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat ;

  1. Belah buah avocado… korek isinya dengan sudu… masuk dalam mangkuk.
  2. Tomato dan bawang dipotong dadu…masuk dalam mangkuk bersama avocado.
  3. Perah lemon atau limau nipis
  4. Masukkan olive oil
  5. Tabur serbuk cili dan sedikit garam
  6. Gaul hingga sebati

Siap. Enak dimakan begitu saja.

Cubalah. Siapa yang suka avocado, pasti akan suka sangat dengan resipi ini.

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(2038)

5,154 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

2 Komen on “Salad pembuka selera ala-mexico

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam