Cara Untuk Membuat Topeng Muka (Untuk Seri Wajah)

Share

Salam semua..
Wah makin hari makin ramailah pula yang terjah diblog pakarhowto ni sampaikan tak menang tangan Suri nak membalasnya..huhu..apa pun terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog ini kerana sesungguhnya tanpa kunjungan anda disini siapalah kami disini sekadar melukut ditepian gantang pula..hik..hik..adus buat lawaklah pula mood Suri harini.blur..

Baiklah tanpa membuang masa hari ini kita akan berkongsikan topik kecantikan pula. Rasanya sesekali kita beralih arah tak salahkan? tapi ingat bertukar pada arah kebaikan sahaja tau! lain-lain perkara jagan buat hal ya..

Sebenarnya bukan susah pun hendak membuat topeng muka sendiri di rumah. Yang penting bahan-bahan yang anda gunakan perlu dari bahan semulajadi. Bahan-bahan tersebut pun memang mudah benar untuk kita dapati di rumah. Apa yang penting bila semua benda telah ada, apa lagi anda gunkanlah kepakaran , kebijaksanaan tersebut dalam membuat ramuan topeng muka ini. Pasti anda akan nampak lebih hebat dan kosnya juga menjimatkan!
mask1

  • Topeng Muka Tomato

Amat sesui sekali bagi jenis kuit muka yang normal. Caranya, potong sebiji tomato segar kepada dua belah belahan. Dan kemudian secara perlaha-lahan dan lembut anda gosokkan kedua-dua belahan muka anda secara membulat pada keseluruhan muka tersebut. Selepas itu biarkan seketika agar muka anda kering dalam beberapa waktu. Setelah selesai anda basuhlah muka anda itu dengan bersih. Lihatlah hasilnya selepas itu menakjubkan!

  • Topeng Muka Telur Putih

Topeng muka yang bersumberkan dari bahagian putih telur ini sebenarnya dapat memperbaiki warna kulit muka anda. Caranya adalah basuh kedua tapak tangan anda sebersih-bersihnya. Pecahkan telur (ambil bahagian putihnya sahaja). Kemudian urutkan putih telur tersebut ke serata muka anda. Biarkan ia benar-benar kering sebelum dibasuh bersih. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.

  • Topeng Muka Pic Bermadu

Kelihatan memang menyelerakan. Apalagi tika melihatkan topeng ini dibuat dari paduan buah pic segar bersama madu..Caranya, lumatkan sebiji buah pic yang telah dibuang kulitnya. Kemudian, campurkan pula 3 sudu kecil madu dan 2 sudu besar yogurt sekali bersama buah pic yang telah dilumatkan tadi.

Kacau sehingga sebati. Setelah itu lumurkan ramuan tadi pada keseluruhan muka anda termasuklah di bahagaian leher dan mata. Baring dan buang semua perkara yang merungsingkan dari kepala seketika. Setelah ia kering anggaran dalam 10 ke 15 minit, anda bersihkanlah muka anda itu dengan air suam.

  • Topeng Muka Timun

Topeng muka ini amat sesuai untuk sebarang jenis kulit muka. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. Caranya, kisar oat bersama 1 sudu besar bijirin gandum sehingga ia menjadi serbuk yang halus.

Kemudian campurkan pula 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar “whipping cream”, 1 1/2 sudu besar jus lemon, 1 sudu besar yogurt, 1 sudu besar daun pudina dan 1/2 batang mentimun yang sudah dipotong dadu. Kisar sehingga ramuan tersebut sebati. Kemudian sapukan ramuan tadi pada muka anda yang telah dibersihkan dahulu dan biarkan ia kering antara 10 hingga 15 minit.Bolas dan keringkan muka anda seperti biasa. (1577)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

18 thoughts on “Cara Untuk Membuat Topeng Muka (Untuk Seri Wajah)

  1. waaaaa..banyaknye..ramuan tuk wat topeng muka timun..

    Thanks Suri…

    p/s: cuma guna sedikit parutan mentimun + tepung jagung ..hihihihii
    wajah putih hohohoh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    cak ocean!
    haha..i like..
    masa bljar dulu pun saya penah jugak buat macam tu..serupa hantu jerangkung jek..hik3..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. as salam suri..tq..dgn tips ni..pnh cuba yg putih telur tu jer..byk cara rupanya nak buat mask ni…klu gitu blh ler try yg ini pulak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani,
    salam buat nani,
    sama-sama, persilakan.ilmu yang baik molek kita berkongsi bersama-sama ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. ..alhamdullillah…sy dh amalkn yg tpeng mke mnggunakn tmato dn ptih tlur tue,,nmpaknye mmg ad ksannye..dn ksannye adlah positif….sy try brhnti mggunakn produk yg biasenyee sy pkai slama nie,dh hnya mneruskan kaedah nie,,dn sbelum tdo,sy juga ad mngamalkn mmbsuh mka dgn air suam trlebih dhulu,,dn mmg ad prubhannye..dh trbukti,,t.ksih…….. =)…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. mm…thank kak suri…=)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Asma’,
    taraa! asma..
    haik, nampak cam lemau je? tak sihat ke? hik3…
    oklah.sama-sama kembali asma :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @surihati_ku,
    hah?
    lemau…huhu..
    x de la..penat tu ader la..ehehe..
    tu y nak carik petua nak naikkan seri muka balik nie…hik3

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. tq..tp kalu ada petua nk cantikkan kulit badan plk…biar dari atas sampai huj kaki jd cantik..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    IzzuMMY Reply:

    Sejak kecik sampai sekarang , Kite pakai losyen…. dari hujung kaki .. alhamdulillah kulit badan tampak halus dan putih melepak… :) kalau kite tak pakai losyen rasa tak lengkap… kulit pulak kering semacam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    sy pn rjn gk pakai losen tp cm xdk kesan jer..may x bersungguh2 kot..pasni kene bersungguh2 la biar putih melepak jgk..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. utk topeng putih telur tu, cara paling berkesan ialah mula2 sapu putih telur pada kulit muka..lekapkan tisu..lepas tu sapu lagi ats tisu tu…biar sampai betul2 kering. setelah kering, tanggalkan tisu tu perlahan2, dan korang akan dapat lihat segala kekotoran pada wajah akan melekat pada tisu berkenaan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. tak sabar nak try…try guna putih telur…dah lama tak guna apa brand untuk wajah… nak try mlm ni gak… bukan ape, untuk tatapan suami yg tercinta…. thanks a lot… ada tak petua lain untuk serikan wajah??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam