** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Pada suatu hari, ada seorang kawan saya telah datang kepada saya dan bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Rahsia Kebaikan Sedekah

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumul akhirah(hari perhitungan) .”

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

p/s- Rajin-rajinlah bersedekah kerana sedekah dapat menarik rezeki daripada ALLAH. Kalau kita tidak kedekut, maka ALLAH pun pastinya ‘tidak kedekut’ dengan kita.

Selamat Beramal. Wassalam.

Tinggal Komen Anda Di Sini