** Berminat Buat Bisnes Melalui Internet?? ** Jika ya, sila baca kisah benar saya ini. Pada suatu hari, ada seorang kawan saya telah datang kepada saya dan bercerita tentang kejayaannya membuat 'side income' melalui internet. "Buat duit dengan internet? Waa menarik tu!" Saya menjadi teruja dan bersemangat. Saya tanya dia, di mana saya boleh belajar untuk membuat 'side income' melalui internet macam dia. Maklumla saya ni tak tahu apa-apa tentang bisnes internet ni. Yang saya tahu, baca email, balas email, baca berita dan chatting saja. Masa terbuang, apa pun tak dapat. Maka, kawan saya telah rekemen kepada saya untuk membeli satu produk. "Produk tu bagus giler. Dia ajar ko macammana nak buat duit di internet dari dari A sampai Z!",cerita kawan saya tu. Mulanya saya rasa ragu-ragu juga. Tapi setelah berfikir panjang dan oleh kerana nak sangat cari 'side income', maka akhirnya saya buat keputusan untuk beli produk tersebut. Ternyata, pelaburan saya tidak sia-sia. Produk tersebut memang sangat bagus! Yang paling saya suka ialah, VIDEO TUTORIAL langkah demi langkah yang diberikan. Ianya sangat mudah untuk difahami dan sangat praktikal. Saya tengok video, saya cuba buat sendiri. Kalau tak berjaya, saya ulang tengok dan buat sekali lagi sampai berjaya. Dan setelah beberapa bulan mempelajari teknik-teknik yang diajar melalui video tersebut, kini, syukur banyak-banyak pada ALLAH, kerana saya telah pun berjaya menjana wang melalui internet. Sekarang, kawan saya tu dah tak boleh lagi nak berlagak dengan saya, sebab 'side income' saya sekarang dah melebihi 'side income' nya. muahahahaha (jangan marah aaa.. :). Hmmm begitulah sedikit coretan pengalaman daripada saya, PakarHowTo. Kalau ada sesiapa yang berminat dan tak tahu nak mulakan bisnes internet, maka sukacitanya saya rekemen kepada anda, supaya dapatkan produk hebat tersebut.
Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut!

Rahsia Bulan Rejab

Pada hari ini, 4 Julai 2008 (Jumaat) kita telah memasuki bulan Rejab. Dikatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Jadi, mari kita melihat kembali apakah istimewanya bulan Rejab ini.

 

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt”

Maka:

  1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
  2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi’raj (Sabtu, 30 JULY 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
  3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
  4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
  5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
  6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
  7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?”

Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.”

Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p/s- Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara

7 Responses to “Rahsia Bulan Rejab”

  1. PakarHowTo Says:

    semoga saya dan tuan2 semua dapat amal sama2.
    Takbir!

    ALLAHU AKBAR!!!

  2. yva Says:

    dunia hanya pinjaman..entah esok atau lusa semua ini tiada lagi..setelah membaca artikel ini,sepertinya saya mahu merebut semua ini.saya berharap peluang ini bukan untuk saya saja tapi untuk semua umat islam di dunia.Sedarkah kite semua bulan rejab ini mengajar kita untuk menjaga kesihatan..lakukannya sebelum terlambat…

  3. yva Says:

    bersedia untuk bulan ramadhan yang bakal menjelma…….

  4. aqil Says:

    bulan rejab adalah merupakan bulan yang sangat mulia di sisi Allah swt. ianya adalah juga di sebut sebagai bulan Allah. banyak perkara-perkara yang baiak dilakukan dan di amalkan sepanjang bulan rejab. antaranya perbanyakkan meminta keampunan terhadap Allah swt. banyakkan berdoa dan sebagainya. ini adalah kerana sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang.

  5. norhuza Says:

    Alhamdulillah, Allah masih memberi kesihatan yang baik untuk kami melakukan suruhanNYA.

  6. PakarHowTo Says:

    amin…
    semoga kita semua dapat pertingkatkan amalan…lillahi ta’ala.

  7. wzera Says:

    alhamdulillah,sy jg tlh mndirikan rmhtangga pd 21 rejab. semoga mahligai saya medapat kbrkatan dan dirahmati

Tinggal Komen Anda Di Sini