Rahsia Solat Di Awal Waktu

Share

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sujud menyembah yang Masa Esa

Sujud menyembah yang Masa Esa

  • Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

  • Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

  • Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Diterima melalui email daripada nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com). (1217)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

19 thoughts on “Rahsia Solat Di Awal Waktu

  1. Assalamualaikum..

    Apakhabar saya doakan semua sihat belaka disamping keluarga yang tercinta.

    saya ingin berkongsi cerpen yang ditulis oleh saya untuk renungan dan bacaan kawan-kawan yang melayari laman web ini.

    itu pun jikalau pakarhowto terima, jikalau boleh bagaimana saya hendak menghantarnya untuk rujukan tuan dan tindakkan tuan selanjutnya.

    sekian

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @HAIRUL,
    waalaikumussalam…

    Pucuk dicita ulam mendatang,
    kami memang sangat mengalu-alukan
    sebarang bentuk artikel atau cerpen.

    semoga dengan perkongsian ini
    memberikan manfaat kepada semua pembaca blog ini.

    Hairul boleh hantar terus ke email saya di ;
    pakarhowto@gmail.com

    nanti bile dah terima, saya akan masukkan di blog ni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. askum,saya minta maaf dah lama tidak berhubung dengan pakar,saya suka dengan rencana,nasihat dan tip yang pakar berikan.mungkin saya jarang memberi komen tetapi saya sentiasan membaca dan memperaktikan tip yang berguna untuk saya supaya saya menjadi wanita yang berilmu.

    saya ada satu pertanyaan yg lebih berkaitan diri saya dan suami.saya seorang yang agak cemburu,suka diberi perhatian khas dan cepat terasa dan merajuk.saya menganggap suami sebagai kawan karib saya,teman saya untuk berbual dan dialah segalanya bagi saya,saya kurang minat untuk berkawan ramai tapi saya bukan seorang yang sombong.masalah saya adalah suami saya yang sering keluar rumah dan balik dinihari.saya rasa kehilangan.saya tahu dia pergi mengaji agama tapi kekerapan dia keluar membuatkan saya terasa terabai dan tidak berguna.saya bersaiz besar,kadangkala saya merasakan dia bosan melihat saya,disebabkan itu dsaya merasakan dia sengaja pulang lewat kerumah.saya kerap marah dan merajuk tentang perkara ini tapi suami buat tidak faham.

    jadi soalan saya,bagaimana saya hendak membuatkan suami saya mendengar luahan saya dan paham kenapa saya marah dan merajuk.saya mahu ikut dia pergi ke kelas pengajian tapi dia memberi alasan anak masih kecil dan dia mengaji sampai pagi.saya kadangkala merasakan dia bohong pada saya ttg jadual masa dia mengaji,takkanlah mengaji sampai pagi 4@5 kali semiggu.saya tahu tempat dia sering pergi,dewan tu berdekatan dengan restoran.mungkin dia ambil kesempatan melepak dengan kawn-kawan dan lupakan saya di rumah seorang diri menunggu dia pulang.

    bagaimana saya ingin menegur dia supaya dia tidak mengguna alasan agama dan mengaji untuk membalas kata-kata saya?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hatilara Reply:

    @nurlayli, ape kata awak cb intip ape yg dibuat sebenarnya oleh suami awaak?tak logik la kalu mengaji smp lewat2 mlm..paling lewat pun pukul 10 atau 11 mlm je.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nurlayli Reply:

    memang saya ada niat untuk mengintip tapi saya kesihankan anak saya yng masih kecil nak berembun waktu malam.kalau saya seorang saya berani buat.saya bukan tak pernah tanya pada kawan2 dia yang mengaji sekali tapi mereka saling melindungi.saya sukar untuk bercakap dengan mereka.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hatilara Reply:

    @nurlayli, laili,cmana ada perubaahn ke sekarang?awk ada jmp ape bukti ke.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    adeq Reply:

    @nurlayli,

    salam..maaf puan..cuba bersangka baik dengan suami puan..mungkin ada aktiviti atau program keagamaan yang suami puan turut serta..jika suami puan ajak turut bersama ikutlah..jika puan menolak dan suami puan pulang lewat jangan bersangka..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salam..
    saya tertarik sgt dengan artikel ini..
    tapi blh tak tuan tambah lagi artikel..
    bahayanya melengah-lengahkan solat..
    saya ingin sgt tambah ilmu tentang topik ini…..
    terima kasih..

    wassalam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Assalamualaikum

    ingin bertanya bagaimana cerpen yang dihantar kepada tuan, ditukar tajuk dan diletakkan dalam blog ini seterusnya menyatakan cerpen ini datang dari mohad faizal sedang kan cerpen ini ditulus oleh orang lain dan dihantar oleh orang lain, seperti dalam rangkap ketiga yang ditulis Ku menulis ini bukan kerana nama, ku bercerita bukan menghina tapi ku menulis untuk kita sama-sama renungkan…..luahan Muaz kepada ku…………….sebagai jiran dan kawan karib.

    tapi terkilan dibuatnya saya ni alarkadar jikalau masukan cerpen ini ditulis oleh hamba allah s.w.t dibawah cerpen tu, ni terus masukkan cerpen ini datang dari orang lain pulak, tak seronok la mcm ni ..

    Saya minta maaf sekiranya saya tulis ini tersinggung pada para pembaca secara langsung mahupun tidak langsung. cuma hanya ini bertegur

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @HAIRUL,
    waalaikumussalam…

    terima kasih atas teguran.
    insyaAllah saya akan lebih berhati2 dalam menyiarkan sebarang artikel di blog ini pada masa akan datang.

    sekiranya awak tahu siapa penulis sebenar cerpen tu,
    sila maklumkan kepada saya.
    terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. best la info ni, selama ni saya tahu pasal warna2 alam dan kaitannya dengan tubuh badan. tapi tak tahu plak warna2 tu ada masanya dan ada kaitan dengan solat.. subhanallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. sebenarnya byk kelebihan dan kebaikan dlm islam yg perlu diteroka lg
    smuanya berkaitan khidupn dunia dan akhirat
    oleh itu kita perlu b’syukur dilahirkan seorg islam
    dan bukan islam sekadar nama…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam..sye prnh tbce artikel yg lebih kurg sbgini isinya.Bile dhayati + dfkirkn kmbali,mmg byk kbnrnnya.Solat prlu dtunaikn seawal wktunya,jgn sngaja dlewatkn,apatah lg jk kite bhajat utk mndptkn kredhaan Allh dlm stiap jalur khidupn ini.Jgn awl lg timbul niat”alaa..kalu x smpt solat,leh qada’”..niat sbginilh yg sering mjdikn sumber rzki/doa x /lmbt dmkbulkn…wallahualam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam