Rahsia : Sebab-sebab lelaki mandul

Share

Banyak sebab kenapa seseorang lelaki itu menjadi mandul atau tidak ada benih, diantaranya kemungkinan yang boleh berlaku ialah:

1. Mungkin disebabkan oleh penyakit kronik atau lama yang pernah dialami sewaktu didalam kandungan ibu, atau diwaktu kecil (alam kanak-kanak) saperti deman terlampau panas, kesan naik campak, jangkitan kuman dari orang tua yang mengalami penyakit kelamin, genetik atau keturunan, kemalangan sehingga buah zakar atau batu pelir (testes)pecah dan sebagainya.

2. Mungkin disebabkan infeksi penyakit kelamin sewaktu melakukan persetubohan haram dengan awek-awek pembawa kuman VD atau penyakit gonorrhoea, siflis, Vietnam Rose, HIV, Herpes Genitalis,dll.

3. Mungkin disebabkan penyakit varicoceles atau hernia atau burut atau angin pasang, dimana batu pelir menjadi besar, keras dan sakit atau urat-urat disekitar batu pelir membesar dan mengeras.

4. Mungkin disebabkan masalah sarang batu pelir (testes / scrotum) iaitu kilang yang membuat air mani tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau malas berkerja dan tidak berupaya mengeluarkan air mani ( sperma) yang bermutu.

Sebaliknya mengeluarkan air mani yang kosong, tidak ada benih. Air mani ada, tetapi tidak ada benih, kosong, nil ! Inilah yang dinamakan azoopsermia.

5. Sebab-sebab lain yang dikenal pasti oleh doktor ialah kemungkinan masalah pada tuba sperma, testicular failure, lahir tidak ada batu sebelah, atau kedua-dua batu mengecil, gangguan hormon testerone yang tidak stabil, pancutan air mani yang tidak stabil, lemah tenaga hayat, dll

6. Sebab lain lagi kemungkinan mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan airmani pramasa, zakar mengecil, hilang nafsu seks, tekanan emosi yang serius, tekanan jiwa, dll

7. Mungkin kerana terlampau banyak makan ubat-ubatan saperi ubat kencing manis, ubat antipsychotics saperti chlorpromazine, haloperidol, antidepressant saperti Amitriptyline, Imipramine, dll (1013)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

3 thoughts on “Rahsia : Sebab-sebab lelaki mandul

  1. banyak lagi sebab lain..dari segi pemakanan..cara hidup..dan seumpamanya..

    thanks 4 the info..

    p/s:tak berapa suka ngan perkataan ‘mungkin’..(^_^)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam