Rahsia murah rezeki dan hidup lebih tenang

Share

Maaf, sejak kebelakangan ini saya jarang update blog ini. Biasalah, alasannya ialah tak lain dan tak bukan, sebab saya sangat sibuk.

Ada orang persoalkan,

“Alah, orang lain pun sibuk gak. Orang lain pun ada banyak kerja gak. Tapi masih boleh lagi update blog. Masih boleh lagi layan email dan komen-komen pembaca blog. Tapi ko?? Sibuk jer memanjang.”

Kepada yang berkenaan, sepuluh jari saya susun, mohon ampun maaf atas kelemahan saya itu. Saya mengaku, saya memang jarang balas komen atau email yang dikirimkan pada saya. Saya minta maaf. Bukanlah niat saya untuk berlagak sombong atau apa. Cuma, saya ada banyak lagi tugasan atau perkara lain yang perlu saya utamakan.

Apa-apa pun, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 1 ilmu yang saya dapat semalam. Ia adalah berkenaan dengan rahsia murah rezeki, hidup lebih tenang dan penyelesai masalah.

Semalam, saya singgah di masjid Taman Desa, Jalan Kelang Lama untuk solat maghrib. Kebetulan ada seorang ustaz memberikan pengajian tentang ‘fadhilat & kelebihan istighfar’.

Menurut ustaz yang memberikan ceramah itu (maaf, saya tak tahu siapa nama ustaz tersebut), ada 1 rahsia atau amalan yang boleh dilakukan supaya hidup kita jadi lebih tenang, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amalan ini beliau dapat dari tok guru beliau iaitu mufti Pulau Pinang.

Apakah amalan atau rahsia supaya hidup jadi lebih tenang, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan itu? Senang saja amalannya. Cuma kita saja yang nak amal? Atau MALAS beramal?

Rahsia dan amalannya ialah ;

  • Baca istighfar secara istiqamah setiap pagi
  • Jumlah nya ialah sebanyak 70 kali
  • Masanya ialah antara azan subuh hingga iqamat subuh

istighfar

Kalau nak cerita kelebihan dan fadhilat istighfar ini memang banyak. Dan saya rasa, kalau tak cerita pun semua orang tahu. Cuma masalah kita ni ialah, kita malas nak beramal. Kita ada banyak ilmu. Kita tahu banyak perkara, tapi tak amal.

Sama jugalah dalam hal beristighfar ni. Semua orang tahu dan faham kelebihan mengamalkannya. Tapi berapa ramai orang yang istiqamah mengamalkannya? Saya nak tanya, satu hari, berapa kali kita semua beristighfar kepada Allah?

Nabi SAW yang maksum dan terlindung daripada melakukan sebarang dosa pun beristighfar tidak kurang 100 kali setiap hari. Kita yang menggunung dosa ini bagaimana? Berapa kali kita istighfar??

Akhir kata, ketahuilah bahawa, siapa nak dapat dan cinta dari Allah, banyakkanlah beristighfar. Banyakkanlah bertaubat kepadaNya. Minta ampun semua dosa-dosa yang telah kita lakukan. Samaada dosa kecil, apatah lagi dosa besar.

Sekian. Ampun maaf dari saya. (1787)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

22 thoughts on “Rahsia murah rezeki dan hidup lebih tenang

  1. nie yg seronok baca pakarhowto nih :p
    dalam kesibukan harian pun banyak info menarik & bagus.
    sy tahu fadhilat istighfar lepas solat. tapi tu je ler yg buat :p maybe lepas nie leh la cuba amalkan yg lain tu..huhu..thx..

    p/s: amalan ni kena pupuk je slo2.. lama2 dah biasa takde la rasa suah pun mungkin. heheh
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Original Perfumes Currently On Stock =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Alhamdulillah… baru semalam berdoa mohon pentunjukNya, Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah sentiasa memberikan ilmu buat yang memerlukan. Terima kasih PHT sentiasa memberikan dan berkongsi ilmu. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezekimu….AMIN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. ALHAMDULILAH REZEKI SAYA MELIMPAH RUAH SELEPAS SAYA MENCEBURI PART TIME INI>>MEMANDANGKAN IA ADA PANEL SYARIAH PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA N BNM N KPDNHEP>>$250-$5000 SEMINGGU TANPA PERLU JUAL BARANG PUN

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    atisa Reply:

    Assalamualaikum

    Boleh tau bisnes apa, kalau boleh saya nak belajar
    utk langsaikan hutang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    atisa Reply:

    sorry salah hantar

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam