Rahsia Minyak Kelapa Sawit

Share

Believe it or not! Percaya atau tidak, namun itulah yang dipaparkan dalam berita yang dilaporkan oleh BERNAMA baru-baru ini.

Berikut saya petik artikel tersebut yang melaporkan tentang rahsia minyak kelapa sawit yang tidak diketahui ramai.

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

“Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan ‘minyak hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: “Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.”

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

“Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku,” katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. – Bernama

Haaa…amacam? Ada berani untuk guna minyak kelapa sawit bagi menggantikan minyak hitam kereta anda?? Tak cuba maka tak tahu… (1281)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

46 thoughts on “Rahsia Minyak Kelapa Sawit

  1. biar betul beb…takut aa nak try…nanti rosak enjin keter gua…tak ker kes haru namanya tu…disebabkan nak jimat 2,3 puluh ringgit…habis rugi 2,3 ribu sebab enjin rosak…huhu…tak sanggup den….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Memang betul minyak masak adalah pelincir yang paling baik.
    Tapi disebabkan minyak nih cepat rosak dan tak boleh tahan
    lama, maka ia tak boleh nak digunakan dengan berkesan.
    Ini mungkin ikatan kovalen yang tak cukup kuat kot.
    Maklumat lanjut, kena la rujuk pakar kimia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. biar betul…???? sape2 try r dulu…kalau ok gtau saya eh?? hehe..!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    zam Reply:

    @oja, Saya day try pakai minyakmasak cap saji pada motor honda wave 125s sebagai minyak hitam(CAMPUR OIL TREATMENT NASA) .kesannya pada motor adalah spt berikut enjin jadi senyap,lebih licin,smooty ,mudah hidup,enjin terasa ringan dan lembut.Memang terasa ada umph dan jarak paling jauh pernah pergi dgn minyak enjin sawit adalah 310 km .dgn 7 ka;i berhenti rehat .ok je motor dan tak da kesan sampingan.saya dah pakai hampir 6 bulan.anda perlu cuba dulu baru tahu kehebatan minyak sawit .(JGN LUPA CAMPUR OIL TREATMENT NASA,STP,STOPOIL ATAU LAIN LAIN JENAMA DLM ENJIN )

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @zam,
    tima kasih banyak atas perkongsian ilmu
    dan pengalaman berharga awak tu.
    haaa…apalagi…
    mari kita pakat ramai2 guna minyak kelapa plak lepas2 ni…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Dulu Mobil 1 waktu mula lancar RM60 / 4 liter, dapat payung lagi, minyak enjin fully sintetik memberi jaminan boleh dipakai sehingga 20,000 km atau 1 tahun .…bila mekanik tuang aku nampak sebiji macam minyak masak kelapa sawit…aku kata mesti ada mamat makanik nanti ambil kesempatan masukkan minyak kelapa sawit dalam bekas minyak Mobil 1……..seminggu lepas aku servis kereta…aku ada baca dalam satu article…ada makenik Melayu kat n9 pakai minyak sawit sebagai alternative minyak pelicir….kata dia boleh tahan 1 tahun atau 20,000 km…lepas tu aku rasa aku tertipu dgn Mobil 1…beli minyak pelicir RM60 utk 4 liter minyak sawit

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam Subur.

    Indeed. Minyak Kelapa Sawit ini banyak kegunaannya. Selain dari well-known dgn kegunaannya pd zaman teknologi moden ini, Minyak Kelapa Sawit juga, selain dari Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaitun, Minyak Gamat dll, ianya juga terkenal & boleh serta banyak juga digunakan oleh Para Perawat Tradisional Melayu kita (spt Bomoh, Pawang, Dukun, dll) untuk dibuat & dijadikan sebagai Minyak Ubat, setelah ‘diisi” dgn bacaan wirid2 & doa2 tertentu.

    Salam Makmur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Untuk makluman semua aku dah guna minyak sawit sebagai ganti 2t dah bertahun -tahun .untuk motor ss110 yamaha , campur dlm petrol (25:1 ) dan isi minyak sawit dalam bekas 2t macam biasa .kesan nya motor senang hidup , bila servis head ,karbon hampir tiada,plug pula bersih .sebelum ni aku selalu pakai minyak semi sintetik shell.pun tak boleh lawan kelancaran 2t sawit walaupun speed 130 km/jam .tak pernah jem pun.tapi jgn lupa campur dgn petrol bila lari laju kat highway. mesin rumput galas pun sama lagi ringan putaran enjin (25:1kadar campuran) minyak sawit cap seri murni,buruh,SAJI,TIARA,\ dan v-sawit yg ni dah terbukti .dah 4 tahun pakai tak ada masalah lansung , lagi jimat adalah. .

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nibong tebal Reply:

    @BANDAR JENGKA,

    bro,leh bg ym x?..leh kita sembang2 ilmu psl minyak sawit nie..ak pon guna ss110 gak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Saya punya mesin rumput galas jenis tanaka juga pakai minyak sawit sebagai 2t campuran 25:1 tak ada masalah .mesin mudah hidup .bila buka enjin kat kedai , pomen kata mesin saya hampir bersih dari karbon.dia ingat saya guna 2t full sintentik . saya jawab ya tapi full sintetik cap SAJI .tercengang pomen cina tu.Masa dia test mesin galas tanaka saya memang bagus so 5 bintang dia bagi ke pelincir sawit.Minyak sawit tak ada karbon jadi pembakaran sempurna 100 peratus.BARU 3 TAHUN PENGALAMAN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. biar betul kawan. bukan apa saya belum pernah dargar benda ni diguna pakai kat serawak ni. apa akan jadi? dari tempat saya ni pergi kebandar 80km, saya pakai motor honda yang jenis lama tu, belum habis bayar utang lagi. sss rasa-rasanya tak sangup saya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Salam wrt…

    Haaaaaah.. cam x caye jek.. umah saya kat kilang sawit tapi pun masih x sanggup nak tukar cam tuh…

    w’ever thanx 4 info…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. menarik, ingat nak cuba pada mesin rumput dulu baru cuba kat kete.
    lgpun kete aku dah 7 tahun, nak abis bayar pun.
    dah mula banyak ragam. so, nak try lah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. nanti bila 2t dah habis, saya nak ganti minyak sawit kat motor buruk saya.

    mungkin kedai motor cina akan penuh dengan botol minyak masak jer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    bandar jengka Reply:

    @BAGAK, kena campur minyak sawit dlm tangki petrol motor baru ada umph pada enjin motor dan ikut pengalaman enjin tak kan jem walaupun jalan jauh (300km) pada kelajuan tinggi 110 km/jam (jgn lupa campur dlm tangki petrol maximum 10 tudung waktu kelajuan tinggi dgn minyak penuh tangki).minyak masak cap SAJI,SERI MURNI dan VESAWIT.pilihlah yg mana satu kecuali minyak LAM SOOM CONTOH CAP BURUH kurang bagus..enjoy yourself

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @bandar jengka,
    terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan ni.
    haaa…kepada yang nak try guna minyak kelapa tu,
    boleh la try tanpa ragu2 lagi yer…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nibong tebal Reply:

    @bandar jengka,
    bagaimana dengan top speed sblum n selepas guna minyak nie?..sama @ drop?..bagaimana dengan minyak 4t..minyak masak jgk ke?..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. boleh tengok dlm you tube.tulis minyak sawit untuk kereta.ingat campur oil treatment 1 botol apa apa jenama je .NASA,STOPOIL,STP @ BARDHAL

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Salams semua.
    Erm nak tau sket. Kenapa minyak cap buruh kurang bagus ye? Kurang dari segi apa tu. Boleh tolong bagi detail. Setakat ni, I dah pakai lebih dari 6 bulan.
    Start pagi cuma sekali crank je dah hidup.
    Enjin memang smooth.
    Pickup x de beza la, sama mcm waktu pakai minyak pelincir biasa.
    Top speed 150kmh (turun bukit :P~) sebab kancey standard je.
    Bau exhaust bila tiba tol (lepas berembat) mcm bau goreng bawang.. hehee.
    Additive, x-1R.
    Leaking, tiada.
    Knocking, tiada.
    Jimat lagi ada…..
    Sebelum balik bercuti raya ni, nak pakai cap SAJI lah pulak kalau benar2 cap buruh nih kurang bagus. Ada apa-apa perkembangan, I akan share lagi. Nak test running 140kmh constant KL-JB. See how the result.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. betul ke ni?sy student automotive engineering..
    sy mmg mnat dgr law bab penjimatan ni…leh try guna kt motor ke?kna ltak oit treatment dlu ek?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. Salam….hebat2 saya nak cuba kat wira saya… Nih kalu keta yg pkai NGV mcmana? lagi bagus nie.. lebih sejuk enjin, enjin senyap.. cantek.. saya nak try nak try.huhuhu.. wira bahan api dah jimat pakai ngv.. nanti masuk bengkel mbr try.. sya dah stahun lebih dpt info ni cuma belum meluas.. bila da banyak komen2 pengguna yg lain rasanya…. esok kita pakat tukar..!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. ADAKAH MOTO YAMAHA CUP SEDAP KL BALIK ARI?
    JAWAPAN: YA,KERANA IA PAKAI 2T…..
    TAPI 2 DULU SEKARANG KERANA IA PAKAI MINYAK SAJI..HAHAHAHA!!!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. aku dah try pakai minyak masak cap buruh.. engin smooth senyap, pickup ok, minyak save sikit, klu dulu keta wira 1.3 complete paiping aku isi rm30 buleh pi 180km+-, sejak pakai minyak kelapa buleh pi 220km+-, keburukannya klu gasket leaking sikit je confirm 3hari je minyak dlm engin kering… nak tukar boleh.. tp pastikan gasket korang x leaking.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. This is getting a bit more subjective, but I much prefer the Zune Marketplace. The interface is colorful, has more flair, and some cool features like ‘Mixview’ that let you quickly see related albums, songs, or other users related to what you’re listening to. Clicking on one of those will center on that item, and another set of “neighbors” will come into view, allowing you to navigate around exploring by similar artists, songs, or users. Speaking of users, the Zune “Social” is also great fun, letting you find others with shared tastes and becoming friends with them. You then can listen to a playlist created based on an amalgamation of what all your friends are listening to, which is also enjoyable. Those concerned with privacy will be relieved to know you can prevent the public from seeing your personal listening habits if you so choose.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  19. Salam all, sy pun dah cuba gak. Mula2 rasa ragu. Kemudian search kt web yg ada tu, pelbagai jenis kenderaan turut menggunakannya dari jenis kenderaan biasa hinggalah yg jenis mewahpun turut guna. Sy uji kelikatan(Viscocity) sememangnya minyak kelapa sawit lebih cair sedikit berbanding minyak pelincir biasa. Jadi itu sebab perlu ditambah Oil treatment. Setakat ni dah dua kali tukar minyak. Yg pertama dulu sy guna Saji, baru ni guna Aliff pulak. Hasilnya ok gak, tp masa guna Saji tu. air/wap aircond keluar lebih sikit. Pernah sekali tu org tegur kereta sy bocor ke sebab lihat air/wap air cond keluar lebih dari yg kereta lain, semasa berhenti kejap kat Petronas sb nk ke tandas. Temperature sama je cam biasa. Nak buat sesuatu tu biar lah yakin, insyaAllah. Slmt mencuba.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. Pernah pakai kat kereta Atos, 100% Sawit, gasket bocor terus selepas 3 hari pakai. Lampu engine oil tiba2 menyala masa balik dari pejabat. Off engine terus, check dan dapati minyak engine kering habis leaking. Call tarik kereta, kos repair Rm540.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. bia betul korang ni, kalau nk pakai minyak klpe sawit tu kene campur ngn ape dulu? oil treatment tu kene isi bpe byk kalau nk campurkan dgn minyak masak sawit tu?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. ishk….
    mane mau nye camgitu boh….

    kat mana lojik akal nye…..minyak masak utk masak la..ape lah di gune pakai kat enjin sebagai pelincir….

    soklan dari kabuasap..

    1 – ade sesape users dah bukak nengok kat oil sump nengok keadaan dalaman enjin..?

    2 – ade sesape users yg dah bukak headcover nengok cam mana keadaan camshaft dan selaen laen parts kat sekitar situ..?

    3 – ade sesape users yg dah bukak head nengok keadaan intake dan exaust valve…?

    4 – ade sesape users yg dah nengok permuklaan piston nye cam mana..?

    5 – kesemua jenis minyak kah yg boleh gune nye..?pasal tadi disebut kan minyak masak….minyak masak ade by k jenis..ade yg sayuran dan bijirin…

    6 – ape lagi ek..hmm nanti lah dulu….jawap dahulu soklan diatas …pastu nanti adelah soklan susulan…

    mintak tolong upload pic atau video… baru leh sembang….

    amcm ade bran..?

    kalau terjadi enjin anda rosak cam mana..?
    jawapannye sendiri tanggung la…jgn salah kan org laen..salah kan diri sendiri….sape suh ikut…

    hahahahahaha…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam