Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia – Mentera dan amalan Mat Kilau (Pahlawan Pahang)

April 05, 2008 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Adakah anda mengenali siapa itu Mat Kilau? Apakah sumbangan Mat Kilau kepada tanahair kita? Saya rasa, ramai di antara kita yang mungkin sudah terlupa tentang kehebatan pahlawan Pahang yang bergelar Mat Kilau ini. Maka, adalah amat wajar jika saya meletakkan satu artikel/post di PakarHowTo.Com ini menceritakan tentang pahlawan Pahang yang sangat berjasa ini. Di dalam artikel ini juga akan didedahkan rahsia mentera dan amalan yang diamalkan oleh Mat Kilau semasa hidupnya. Jadi, teruskanlah bacaan anda untuk mendapatkan ‘pusaka amalan’ Mat Kilau ini. Selamat membaca!

——————————————————————————————

Dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Terengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar yang lengkap bersenjata untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Terengganu kerana menentang pihak British yang telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang.

Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok Gajah @ Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.

Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari
daripada ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu.

Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh.

Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau nyawa menjadi galang ganti.

Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam.

Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu.

Tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun. Moga-moga Allah memberkati roh beliau dan dimasukkan ke dalam golongan syuhada.

Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah

Mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa, negara serta agama adalah merupakan jihad pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam. Mereka berjuang dengan gagah berani dan rela mati untuk memerdekakan negara kita dari cengkaman penjajah selama beratus-ratus tahun. Salah seorang pejuang ini ialah Mat Kilau. Pahlawan terbilang ini masih mempunyai zuriat keturunan pada hari ini. Kepada zuriat keturunan beliau, kami merakamkan rasa hormat dan kagum atas perjuangan dan jasa besar Mat Kilau dalam perjuangan Melayu menentang penjajah.

Kami memaparkan kisah beliau di sini untuk memberi kesedaran pada kita semua agar sentiasa waspada dan bersedia untuk menghadapi segala macam bentuk ancaman musuh. Nusantara telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia di akhir zaman.

Mereka jajah kita dan telah berjaya melaksanakan apa yang mereka harapkan. Kini, walaupun banyak negara yang terjajah ini sudah merdeka, rakyatnya masih berada dalam keadaan yang mundur dan minda mereka terus dijajah. Kami mahu kisah kepahlawanan Mat Kilau ini menjadi input yang dapat menyedarkan kita betapa perlunya kita sentiasa peka dan sentiasa bersedia untuk menangkis ancaman-ancaman yang datang dengan menggunakan berbagai bentuk kebijaksanaan atau hikmah.

Kami paparkan juga amalan-amalan Mat Kilau bagi memberi kesedaran kepada kita semua bahawa kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan jangan leka dibuai oleh segala macam godaan yang sengaja disebarkan secara meluas oleh Barat agar kita terus lemah dan mengagungkan mereka.

Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Ia dicatat untuk menambah pengetahuan saja. Sekiranya anda mahu menuntut ilmu kepahlawanan, carilah guru-guru yang berkelayakan. Di Nusantara ini terdapat semakin ramai pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, dan pada pendapat kami, ciri kepahlawanan ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi Melayu bernama Melayu.

Bagi anak-anak muda Melayu, eloklah ambil tahu mengenai sejarah pahlawan Melayu. Sebagai salah satu contoh, Panglima Salleh (Kiyai Salleh) di Batu Pahat, Johor adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang tidak patut dilupakan begitu saja. Mudah-mudahan artikel ini dapat membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tuntutlah ilmu pengetahuan di berbagai bidang (bukan ilmu kepahlawanan saja) untuk membolehkan bangsa Melayu sentiasa berada di depan dan disegani.

Untuk renungan bersama, eloklah saya catat satu bidalan Melayu yang berbunyi:
‘Silap fikir jadi hamba orang’.

Wassalam.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

158 Comments to “Rahsia – Mentera dan amalan Mat Kilau (Pahlawan Pahang)”


  1. wak karto says:

    ASSALAMULAIKUM.., wak rasa wak ni pun tak byk pengalaman dlm bidang ilmu tp yang wak pegang dari ayahanda wak sendiri……lau masuk tempat orang jd aym betina jgn tunjuk taji dikaki…..jgn jual jika tak ada,jgn beli kalau tak cukup…. setiap kali melangkah kemana saja jgn lupa lafaz BISMILLAH…….. tetapkan zikir dihati kerana zikir itu ubat dan azimat paling kuat dan mudah di bawa kemana saja…………..(jgn lak berzikir dlm jamban..)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    muhammad luqman Reply:

    bagus2,boleh sy ambik nombor tel,alamat wak?bkn aper..cume nak tanya soalan jer….bole lah…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Aslkm sekelian,Pd 2012 ‘siapkan payung sebelum hujan’ terlebat dlm sejarah lembahklang setelah kali terakhir berlaku ialah setelah perginya Pendita Mat Kilau dan selepas 13mei1969. Siap-siaga semasa itu dgn PRU 13 Juga dgn perpecahan dan penceraian Melayu ketahap bala bencana dan mala petaka nya. Salam dari kami blog. KEMEGA dan bers0lat, bertaubat, beramal zikirullah dan s0lawat senantiasa demi masa…kini sudah di ambang senja di Nusantara ini Melayu terkulai layu-sayu juga akhir nya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    2
  3. HERI KELEMAI says:

    MEMBAZIR AMALAN SYAITAN… MEMBAZIR ILMU JUGA ADLAH DILARANG

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    anak melayu Reply:

    kita tidak tahu maksud itu adakah benar atau sebaliknya..
    sepatutnya kita haruslah tidak mengkritik sesama lain.
    kita haruslah menghormati pahlawan pahlawan tanah air kita. tiada yang wajib untuk dibaca melainkan kita sendiri yang ikhlas untuk membaca.
    ilmu pahlawan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. ilmu kebal ni betul2 wujud ke? kalau betul2 wujud, kenapa waktu zaman rasulullah s.a.w berperang dahulu, baginda tak pakai ilmu kebal?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    zam Reply:

    @azrie, Salam Azrie,
    Saya harap Azrie mengucap banyak2… Azrie bercakap seolah2 Azrie hidup masa zaman Rasulullah s.a.w. Dlm Al Quran ada menyatakan sejarah Rasulullah s.a.w. nak dibunuh oleh pihak kafir Quraish, tapi allah telah melenakan mata mereka dari nampak Rasulullah dan para sahabat. Ini sekadar satu contoh saja, ada banyak lagi… Azrie kena banyak2 bersabar dan banyak2 baca al quran dengan terjemahnya sekali.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    fadzil Reply:

    @zam,

    Tak banyak aku nak tambah..cari dalam Quran, waktu Nabi berperang Allah memerintahkan para malaikat berperang bersama-sama para shuhada…cari dan fahamai..insaAllah akan terbuka pintu hati…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    gie tiger Reply:

    @zam,
    assalamualaikum membuka bicara maaf sekiranya ada tersilap kata… sebenarnya sahabat ku sekalian ilmu kebal ni ada berbagai jenis dan rupa ada yg syirik dan ada yg boleh guna… s\persoalannya adalah kebal apa itu kebal mcmana boleh kebal dgn apa cra kebal terjadi jampi apa yg di buat kebal ini semua persoalannya… jawapannya hendaklah kita memahami isi hti ayat2 allah hadis2 rasul apa yg tersirat di dalamnya itu… sebelum islam berkembang di tanah jawi ni adakah semua org faham dgn isi al-quran? bagaimanakah wali2 allah dahulu berdakwah? ermmm bnyaklah membaca sahabat2 ku sekalian jgnlah kita trus menuduh itu salah ini salah tpi hakikat yg kta pelajari bru secubit jer… ermmm maafkan saya semua…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. wahai sahabat..

    mohon maaf sekiranya terkasar. aku rasa elok dihentikan amalan2 isim mcm ni.
    berbaliklah kpd ayat2 suci al-quran.

    sekadar pendapat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

    5
  6. semua bahasa dlam dunia ni bahasa tuhan

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    6
  7. mat kilau mmg hebat :)
    ilmunya sangat panas!! gila butul…aku dah cuba pakai ilmu kebalnya yg ayat di atas tu…panass beb aku bawa moto semalam langsung tak ada sejuk demi tuhan aku cakap dia mmg hebat hehehe…………………..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    brayen Reply:

    maaf sebelom nya
    memang betul cerita nya …..? atw sekedar cerita fiktif ajha
    kebanyakan cerita cuma di bikin ajhe bukan kisah nya ta
    doa nya ga ada pantangan nya 1 lg yng saya mau tanye kan biase nye yng saye tahu ilmu tu di turun kan lansung dari orng nye baru ilmu itu nyangkut sama kite
    tolong penjelasan nya makasih sebelom nya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    muhammad luqman Reply:

    btul ke?aq nak trylah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. aku ada lagi 1 ilmu amalan mat kilau yg x pernah di sebar2 kan…tpi mohon maaf ya tidak boleh di paparkan di sini kalau mahu ilmu dia datang saje rumah saya di pahang

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    muhammad luqman Reply:

    aq nak no tel/alamat ko le x/SBAB KKADANG AQ GI PAHANG..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Aki Cheka Reply:

    @Ali,

    Assalam… Ali… Ghumoh tuan di manee… nok gok kaweh ziaroh… Harap berilah alamatnye… aki nok sangat tahu… aki nih pon nok tahu jugok…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    syah Reply:

    kawan ingin mengetahui sedikit ilmu tuan hamba untuk simpanan hamba..krana hamba masih kurang dalam brilmu ni…di mana rumah tuan hamba…gayung bergantung kata bersahut….hamba cuma ingingkan ilmu untuk diturunkan kepada anak bangsa kita suatu hari nnti….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    8
  9. sy ilmu isim nie xbaper nk tau lar tp klu ilmu berzikir tuh sy minat lar … cuma amalan2 nie kita sepatutnya berguru dan berijazah krn jika kita main amal tanpa guru takut guru yg ghaib dtg (penyamaran). Amalan kebatinan nie ada tertibnya.. dan haruslah diambil pd guru yg mursyid bukan boleh main cuba2 jer takut jd sebaliknya… Maafkan sy

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. sy ada kenalan yg belajar ilmu mat kilau nie apa yg sy nmpk perjalanannya sama je lebih kurang ilmu hakikat cuma amalan2 nya sy xtau lar… ilmu2 sebegini bukan ilmu seru – menyeru.. dan bukan boleh di test2 ia terjadi bila keadaan terdesak saja.. wallahualam … apa2 pn cari lar guru yg mursyid kuatkan syariat dulu ..suka sy ingatkan pd diri sy dan pd pembaca walau tinggi dan dalam maner ilmu seseorg itu syariatnya tetap tidak tinggal yakni fardu ainnya tetap sempurna …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Assallamualikum warahmatullahhiwabarokatuh.

    Isi pada yang kurang
    Satukan pada yang rengang
    Luaskan pada yang sempit ( Hati dan fikiran ) zahir dan batin
    Amalankan pada tempatnya
    Lahirlah pada zahirnya…. Insyaallah

    Allah itu indah dan dia suka pada keindahan
    Keindahan pada Islam terletak pada Salamnya
    Salam bermaksud keselamatan bagi penganutnya
    Keselamatan dari segi zahir dan batin
    Biarlah apa yang dikatakan orang yang tak faham…kita fahamkan
    Biarlah apa yang dikatakan orang yang tak ahli… kita ahlikan
    Biarlah apa yang dikatakan orang yang tak tahu..kita dakwahkan

    Dakwah ada bermacam cara… dengan ilmu ( al quran, perniagaan, budi pekerti, perubatan, muzik, dengan persilatan )
    Sekiranya kita tidak dapat diterima maka… yang terakhir sekali kita Doa kan sahaja kepada mereka…. Kerana hanya Allah yang mampu memberi HIDAYAH kepada mereka yang dikehendakinya.

    Ayat AL QURAN pertama yang di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w….. apa?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. wahai orang islam,

    saya rasa baik kita pelajari ilmu2 ny.supaya kita dapat melindungi kluarga dan agama….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. lau kursani tu aku leh trima la….sbb ia jalan haq…tp yg bab kebal2 ni beh baik x pyh…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    13
  14. saya bersetuju dengan pendapat nilampuri..saya ada juga mencari rujukan dengan ilmu orang dulu-dulu ni….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    14
  15. silencer says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 7

    [Balas Di Sini]

    hon... Reply:

    @silencer, hnya penyangak yg berkata begini..anak haram jadah la kau ni…..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    JAGUNG KUNING Reply:

    BERANI SUNGGUH KAMU YE….. SEDANG KAMU X PAHAM APAPUN DAN BERANI BERKATA TENTANG APA YG KAMU TIDAK MENGETAHUI SEDIKIT PUN…… JIKA X PAHAM SILA BERTANYA. JIKA XPAHAM JGK LEBIH BAIK DIAM. KALU X PHM2 JGK BERTAUBATLAH…….. ANAK JATI PAHANG

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ibnu maah Reply:

    @silencer, massallah ???, subhanallah, saya puji anda seorang yg berani, berani kurang ajar, sy rasa ibu anda dan bapa anda tak mintak untuk melahirkan anak yang kurang ………. apa salah dia pada anda, anda rasa ibu atau bapa anda suke ke anda berbahasa indah, semoga allah mengampunkan dosa ibu bapa anda yang melahirkan anda, kerana perkataan tutuh dan butuh tu agak cantik bagi org yang iman nye 0%, mukin anda seorang islam yang x pernah jumpa al quran, tikar sembahayang atau lebih tepat x pandai syahadah kot wallahuallam.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    dwn to d erth Reply:

    @silencer, lu mmg bodoh la..kalau da jhil tu xya la nak ngutuk orang plak..ko tngok mat kilau punye ilmu…smpai nak smpai ajal pun die taw…bukn cam ko..silap2 mati cm binatg..ntah kne gelek dek lori nth kne spu dek treler…wooo hinanye ko time tu…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mail spdc Reply:

    @silencer, kau ni memang sah anah haram….. aku rasa pak ang mak ang tak bersunat….. mak ang kencing bersepah, pak ang kencing berlari….. ang pulak kecik2 mak ang bagi makan taik…. ada otak tapi dungu….. ang ni memang keturunan anak haram

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    gedebe klate Reply:

    @silencer, aku pelawa kau dtg klate , mkn n mnum aku tanggung. kau ni mmg kurang ajar. sapa2 yg tahu num phone anak haram ni bg aku. klu kt kg aku org cam kau ni siap kapan 50 posen jerr

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. silat tapak setia suci adalah satu pendekatan utk mmpelajari ilmu mat kilau ini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. Could you let me know which theme of Wordpres you used here? I like it and am wondering if I could use it to, Cheers

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Gok,
    It is “Prosumer 1.9.1″ by Nurudin Jauhari

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. jebat yg benar says:

    salam…
    bila ku bc komen anak melayu moden ( silencer ) ni hati ku terguris pilu…mperkotak katik kan ilmu para pahlawan melayu yg ada..mat kilau undur diri ke terengganu bukan mlarikan diri…kaji dl sblum berani berbicara…. hnya yg xtau sejarah berani brkata bgitu..ilmu akn berakhir bila jasad di masukkn ke liang lahat…sblum menerima ssuatu ilmu batin ini isi kan lah diri tersebut dgn ilmu Allah dulu…Insyallah diri mu akn dilindungi dri musibah dunia…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. wareh kito.. says:

    salam..

    kepada aki-aki dan sekalian semuanya..saya sedang mencari maklumat tentang gelaran “PAHLAWAN” yang digunakan oleh beberapa individu di negeri pahang contohnya seperti “PAHLAWAN BAKAR” beliau adalah aki kepada saya.jika ada sesiapa yang mengetahui mengenai cerita ini,saya harap dapatlah di kongsi bersama dengan saya..sekian terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Jalur Merah says:

    Wahai saudara-saudara ku..segala ilmu yang arwah pahlawan mat kilau amalkan tu adalah ilmu Allah jua..begitulah hebatnya kuasa Allah..Dia beri ilmu kepada sesiapa yang Dia inginkan..cuma sesiapa yang mengetahui akan faham..yang tak tahu kena cari dan belajar kepada orang alim…jangan kita sumpah seranah arwah pahlawan kita Mat Kilau.. Ilmu yang diamalkan oleh arwah Mat Kilau ini adalah Ilmu Haqiqat cabang dari Ilmu Islam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. Assalamualaikum…doa yg diamalkan Mat Kilau itu mmg berhasil..tetapi bukan sekadar dgn membaca ayat tersebut terus boleh berhasil..kena cari “isinya” dahulu, barulah ia akan berhasil..mgunakan kalimah tauhid “LA ILA HA ILALLAH, MUHAMMAD RASSULULLAH” , kena mandalami ilmu tauhid sedalam2nya. mencari apa yg tersirat dalam kalimah tersebut..Kenal lah diri mu, dan kenal lah Tuhan mu..insyAllah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. terima kasih kepada tuan empunya blog atas post di atas

    slalu aku jumpa kt mana2 post org especially kt youtube pasal kebal ni yg ayat2ny sperti ‘nabi perang pn luka gak’,’nabi perang x pakai ilmu kebal’, dll..

    ssh nk ckp, ulamak2 ramai yg x stuju kebal ni, tp dlu2 ada gak org yg blajar tarikat smpai bleh kebal (kalau x silap la), cmne nih… mybe xda kata sepakat di pihak ulama, dan xda kata spakat dikalangan kita gak, ada yg kata boleh, ada yg kata tak, so kalau was2 jgn lh try ape ilmu ‘hebat’ pn… rmai yg nk hebat dan rmai yg nk short cut nk dpt hebat… hehe…

    buat sesuatu yg mncarik adat ni pn ada bhayanya gak kn, wallahualam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. cuma nk tnya,betul ke amalan tu..dpt dri mne?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. silencer-aku rse ko ni dh bse tutuh mak kau ni..tu psl hti ko gelap..ko lagak kt komen ni jela..jd,xpyh nk jd hero..sebelum nyawamu diambil paksa,elok kau ‘lari’..sblm aku dduk memperkemaskn silaku..nt bru kau thu ap KADDAM KUDIM tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. pada zaman nie mmg banyak ilmu yang dirasakan pelik, mustahil dan berbagai tanggapan….yang elok kalu xreti bertanya. yang dah tau jangan mrh2…sb tu org tua2 jarang nak dedahkan ilmu yg mcm nie..sbnrnya msh bnyk lg ilmu yg kita dngar pelik2 ayatnya…kata guru aku….apa yg ada pada aku itu adalah ilmu aku…carilah ilmu engkau sendiri sebab ilmu aku hak aku ilmu engkau hak engkau. kalu nak belajar gak segala ilmu spt diatas dapatkan dulu penyejuknya…mmg kkdg tu panas….pewaris ilmu mat kilau ada kat kedah..anak murid pak wan alang (wan alam)..pi la cari dia kalu nak tau…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. assalamualaikum…
    tokku paloh tak ajar ilmu ngarut2 spt di atas…
    ilmu ngarut ada khadam, pendamping samada dari jenis jin atau setan…masa ni mmg seronok, tapi bila nak mati dan selepas mati diri sdri jgk yg susah, anak cucu pun susah, keturunanpun susah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. apa2ntah lah..yg penting happy selalu sbb itu boleh jadi kebal juga..kebal penyakit…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    27
  28. ni ilmu nak bagi zakar kuat..boleh diamal pada yg lemah sbb kesian kat perempuan yg bergelar isteri…
    bismillah…selawat 3x
    ambil air langit2 time bangun tido guna ibu jari kanan,kemudian sapu pada urat bawah telur ke atas,pastu sapu pada batang sambil urut2kannya..amalkan

    sebenarnya bismillah n selawat saja pun mempunyai 1001 hikmah bgi yg tau menggunakannya..from Abang Sifu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    28


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11