Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia Herba Purba Yang Hebat

December 18, 2008 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share
  • Kalau perut anda kembung (masuk angin), apa anda akan buat untuk mengurangkannya?
  • Kalau tak ada selera makan, apa yang boleh anda buat untuk menaikkan selera makan?
  • Kalau rasa loya2, mual, dan rasa nak muntah pula, apa ubat yang anda ambil untuk mengatasinya?
  • Anda berasa lemah lesu dan badan selalu letih?? Apa usaha anda untuk menyegarkan badan anda?

Anda sebenarnya tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli ubat2 moden di farmasi atau klinik bagi menyelesaikan permasalahan di atas. Tahukah anda ada satu tumbuhan herba yang mudah di dapati, murah dan mujarab (insyaAllah) untuk semua masalah tersebut?

Apakah tumbuhan herba yang hebat itu?

Jawapannya ialah “HALIA“!!

Yaa, HALIA memang sudah lama terkenal sebagai tumbuhan yang sangat berkhasiat dan mujarab bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit. Malah ia juga terkenal sebagai salah satu bahan masakan yang sangat digemari oleh bukan saja orang Asia, malah orang Amerika, Barat dan bangsa Latin juga suka menggunakan halia dalam masakan/minuman mereka.

Halia sebenarnya adalah sejenis tanaman purba. Ia sudah lama dijumpai dan diketahui mengenai khasiatnya sejak zaman berzaman.

Malah perihal mengenai Halia ada disebut didalam Al-Quran  pada ayat 17, Surah Al Insan. “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil. “Zanjabil” itu adalah Halia dalam Bahasa Arab.

Selain di sebut dalam Quran, Halia juga ada dicatatkan dalam Hikayat Seribu Satu Malam, yang menceritakan tentang khasiat halia sebagai ubat peransang dan pembangkit syahwat.

Baiklah, sebelum saya berkongsi dengan anda cara menggunakan halia sebagai ubat semulajadi dalam mengatasi masalah seperti angin dalam badan, pening, loya, kurang selera makan, senak perut dan sebagainya, saya rasa ada baiknya kita mengenali serba sedikit tentang beberapa fakta mengenai tumbuhan herba yang hebat ini.

Apakah nama saintifik bagi Halia?

Zingiber Officinale (dari famili Zingiberaceae). Halia mempunyai bentuk yang seakan2 tanduk. Jadi ia digelar Zingiber yang membawa erti sesuatu yang berbentuk tanduk.

Apakah keunikan halia?

  • mempunyai bunga yang cantik
  • boleh tumbuh di kebanyakan iklim
  • boleh tumbuh pada semua ketinggian
  • boleh dijumpai hampir di semua negara di seluruh dunia

Bunga Halia

Apakah zat-zat yang terkandung di dalam Halia?

  • vitamin A, B dan C
  • lemak
  • protein
  • asid organik
  • oleoresin
  • minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

Kalau di Malaysia, Halia biasanya digunakan untuk apa?

  • banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah
  • untuk mewangikan masakan
  • menghilangkan bau hanyir ayam,daging kambing dan ikan.

Apakah kebaikan dan khasiat Halia?

  • digunakan untuk mengatasi masalah kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun dan cirit-birit.
  • boleh membantu dalam pencernaan
  • digunakan sebagai penawar racun.
  • merawat penyakit angin dalam badan
  • ubat mencegah sakit perut
  • melancarkan pengaliran darah
  • memanaskan bahagian dalaman badan
  • membantu penghadaman makanan
  • digunakan untuk merawat sakit pinggang dan sakit kepala.
  • juga dikatakan boleh merawat mati pucuk(impoten)

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda beberapa cara bagaimana untuk menggunakan Halia sebagai ubat kepada beberapa penyakit.
Cara ubat mati pucuk :

  • Sediakan bahan di bawah ini ;

* 2 halia sebesar ibu jari
* sebiji limau nipis
* sebiji telur ayam kampung
* 1 sudu teh serbuk kopi
* satu sudu makan kicap
* satu sudu makan madu

  • halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata
  • amal makan seminggu sekali.

Cara ubat sakit pinggang :

  • halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa
  • kemudian sapu pada pelipis

Cara ubat sakit kepala :

  • ambil daun halia
  • tumbuk hingga halus
  • tampalkan pada dahi dan pelipis.

Cara ubat cirit-birit dan muntah2 :

  • Sediakan bahan di bawah ini ;

* halia
* bunga dan buah pala
* jintan putih
* 1 gelas santan kelapa
* satu sudu teh minyak kayu putih

  • semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati
  • sapu dan lumur pada perut.

Cara ubat loya dan muntah (terutamanya bagi ibu mengandung) :

  • ambil seinci hali
  • ambil sebatang serai
  • ambil 2 ke 3 kuntum bunga cengkih dan kayu manis
  • masukkan semua bahan kedalam segelas air mendidih
  • masukkan seketul gula batu
  • amalkan minum pagi dan malam
Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

18 Comments to “Rahsia Herba Purba Yang Hebat”


  1. Salam,

    Terima kasih, laman web yang mempunyai banyak infomasi yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

    Triple A
    http://www.binausahawan.com

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. bagus laaaa petua nie.sangat berguna.tq the bloger.

    http://kingpahat.blogspot.com/

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. thank..balik ni boleh cuba..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Tripel A,
    KingPahat,
    Saiful…

    thanks a lot for the comments.
    sama2lah kita cuba mengamalkannya…

    rajin2la berkunjung ke sini lagi yer…

    salam hormat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam,

    petua ubat mati pucuk tu nak diminum waktu bila? pagi ke? malam ke?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. salam.
    taniah kerana berjay memberi informasi yang menarik kepada kami .teruskan usaha dalam berkongsi ilmu,semoga berjaya dunia dan akhirat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. inilah yang saya mahu.terima kasih ngan info yang diberikan,banyak maklumat yang terdapat di sini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kay,
    sama2…selalu2 la jenguk ke blog ni yer. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. amalkan petua di atas.. saya amalkan meminum air halia sebelum dan bangun tidur.. Alhamdulillah, pencernaan dan perkumuhan saya lancar..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @edyana, hai, edyana, memang baguhlah petua diatas tu..sure pada sesiapa yang sukar nak buang air besar sehari sekali minum air halia pasti mereka akan mudah buang air besar kelak..hehe…;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    osmanjabut Reply:

    @surihati_ku, Assalamualaikum.
    Per: Ubat Sakit Pimggang.
    Mengapa sapu dekat Pelipis?
    Bukan Ke Dekat Pinggang…!
    Maaf ya Cuma nak bertanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @osmanjabut,
    As-salam buatmu ..osmanjabut
    alahai osmanjabut bukannye satu kesalahan yang besar jika anda ingin bertaya pun..masuk penjara jauh sekali.

    suri dgn pakar tak de nak makan orang daa..
    oho..yer ke?
    sebab artikel ini bukan suri yang tulis. terus kena tanyer pada pakar da..mungkin pakar lebih tahu mengapa?kenapa? atau mungkin kesilapan teknikal yang tidak disengajakan..heehe..

    Cara ubat sakit pinggang :

    •halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa
    •kemudian sapu pada pelipis

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. saya mempunyai masalah angin di dlm badan…kawan saya syorkan saya minum air halia muda yg direndam di dlm air panas dan dicampur dgn gula batu..adakah ia boleh diamalkan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @yan,
    yan, ya..benar..cubalah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. mia_lara says:

    saya suka sgt minum air halia,
    mmg baik utk ksihatan dalaman…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. A’kum.
    Saya pun pengumpul herba.Kalau tak keberatan boleh
    lah kita bertukar pengalaman atau bertukar collection.
    Blog saya agrobiosolution

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. sebut tentang halia ini,,,emnemn..memang humhumhum kalau diminum dapdapdap kan…lebih2 lagi badan terasa segar jika di amalkan.terima kasih lah diatas info2 yg beguna terdapat di halaman nii…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Bukan tumbuhan herba sahaja mempunyai khasiat, amalan memakan ulam-ulaman juga mempunyai khasiat tersendiri

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11