Petua Mengubati Demam Campak

Share

Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.

Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.

Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pox.

Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pox).

Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;

  • 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
  • 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
  • 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.

Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pox;

  • 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
  • 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor mat salleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

Ini Daun Semambu

Daun Semambu Sebagai Alas Tempat Tidur

Daun Semambu Di dalam Tub Mandi

Sumber Maklumat: Saudara Rafee ( rafeejee@gmail.com  ) (2848)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

65 thoughts on “Petua Mengubati Demam Campak

  1. Macam mana kita mengelak dari terkena demam campak nie

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    chah Reply:

    @Nor Haslinah Hassan,
    Dulu masa kecik2 kalu ada budak2 kg sy kena chikenpox ni,mak sy akan cari daun belimbing besi(starfruit) buat bilasan mandi kami adik beradik sebagai langkah pencegahan..Alhamdulillah….cubalah,moga diizin olehNya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @chah,
    ooo….guna daun belimbing besi….
    ni first time saya dengar….
    terima kasih atas petua yang dikongsikan ni…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Dear Administrator,
    Ejaan ‘chicken pork’ tu tak berapa tepat.Ejaan sebenarnya adalah ‘chickenpox’. PORK bermakna = meat from a pig, eaten as food (babi).

    Terima Kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @norddin,
    alamak….silap ejaan pulak….hehehehehe

    malu siut….chickenpox pun salah eja daa….hehe

    sorry semua…ambo insan yang lemah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Noor De'hearty Reply:

    tadi sy isi borang nak apply cuti kecemasan nak jaga anak yg kena chicken pox ni.. tapi tengok ejaan pork la.. ishh ishh mana satu nih… hehe so dah confirm yg sy taip betul kat form.. :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. assalammualaikum kepada yg membaca . aduiiii aku nak RAya tapi kena pulak chikenpork adui …… satu keluarga kena ni ,baju raya dah beli aduiii nk buat apa terime je lah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Masa sy kena demam campak dulu mak saya mandikan saya dengan air kelapa..hilanglah rasa miang pada tubuh..mase kena chickenpox pulak mak sy lumurkan batu kiwi yang di asah. Jd cepatlah ia mengering..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    Hai !Leyna
    terima kasih diatas perkongsian pengalaman anda disini. kami amat menghargainya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. sy br kne ni…truk..hbs stu bdn kne..tp nk tau la.chcknpox ni mmg akn kne kat stiap inci bdan yg berkulit ke?sbb sy rs kulit kpla pon de gk..n punggung pon sm.adeyhh…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @rz,
    salam, rz..
    sabarlah..memang setiap manusia akan kene chcknpox ni.
    seingat suri ada orang kata kita akan kene chcknpox ni sekali seumur hidup je. hurm..tak tahulah samada kenyataan ini betul atau tidak..

    tapi chcknpox memang setiap kulit badan kita akan kena.tapi apapun masa rz kene chcknpox rz haruslah menjauhkan diri dari kena air hujan. sebab takut ia akan melarat lari teruk lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    rz Reply:

    @surihati_ku,

    thx ya…muke sy naik truk gler.byk sgt2.mak pon tgur.sy tkut akn tggal parut la…cmne ni?de x produk2 yg ok?sy da nk kwen..mcm trpksa tngguh klu parut x ilang.huhu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @rz, Salam rz, gel aloe vera elok utk hilangkan parut2 hitam. Berkesan. Cuba la cari kat famarsi. Saya dulu pernah naik gatal n lekat parut hitam kt pipi..berbulan2 cari ubat..then kwn sy bg gel aloe vera..dlm mase seminggu kesa parut makin pudar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    salam Leyna..& rez
    ya..ya betul komen Leyna tu rz. gel aloe vera tu memg berkesan.sb Suri pun penah guna benda alah tu jugak.. try..try..jangan tak try ya rz !

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. ank sulung kn last 2 week.la ni ank 2nd plak.aritu cuti skola leh la lpak kat kpg ni ha pandai2 la jaga.si kecik melalak xmau g skola sbb si kakak xada.hopefully la teachr2 dia kat SRK puncak jalil dpt mujuk hero aku 2

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @alin,
    hai..alin
    sabarlah..kerenah anak mmg sebegitu..
    dulu pun masa kita kena sikit lebih kurang macam mereka jua..huhuh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. aduh…saye pun kene…umur dah 21 tp baru kene..mmg takut parut lebih2 lagi kat muke…td pg klinik dr bg mc 2weeks.yelah pg class karang tkt jangkit kat org…aduhai br je start sem…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @fatehah,
    salam manis..fatehah
    jika kamu kena masa dah dewasa memglah ia akan makan masa utk hilangkan parut tu..tapi percayalah..lama kelamaan parut tu akan hilang juga tika usia kita meningkat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    A. Zainal Reply:

    Fatehah, takpe jgk u kena masa umur 21 tahun… Saya ni, dah umur nak msk 43 tahun baru kena demam campak 5 hari lps… puas menggaru skrg ni!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ibu arif Reply:

    sama lh kite….sy umur 41thn, baru kena smlm….anak pn ada chicken pox jgk, 5 days ago….anak garu, kite larang….diri sendiri, x tahan….gi spital, doc bg 2 hari coz samb dgn cuti labour day…betulke minumairkelapa, cepat kuar?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. guna daun semambu mmng blh kurang gatal msa chickenpox.lepas tu, mandi dngn kunyit & sikit garam selepas ia smbuh baik.jng lupa gi juga klinik ambik ubat,ye.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. salam..sy kna chickenpox gak..tp xdemam..cmne tu erk? tp mmg doktor dah sah kan sy kna mnatang tu..huhuu dah lbih dua minggu tp lmbat sgt nak smbuh..cne nieyh..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    iskandar Reply:

    @Maryam93, saye da 5ari kne..
    n 5 arie x mandi huuhu..
    takot lau ia melarat..
    lau nak mandi kne gune air suam ke??
    ade ckap mandi air kelapa o air laut???
    mcm mane nak cepat an die berhenti n kering??
    sbb still merah n menanah..
    pllzzzz bunntu niee…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. saya baru 5 arie kne demam campak nie..
    umo da 22,takot tgal parot kat muke..
    skang ia merah n benanah..
    gatal da kurang..
    saye da 5ari x mandi takot ia melarat..
    tol ke ley melarat lau mandi??
    lau nak mandi dengan air biase o air panas??
    ade ckap mandi air laut o air kelapa???
    tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Maryam Reply:

    time blaz msg nieyh im already smbuh..
    melarat lau mand? xjgak..
    sbabnya nak smbuh mmg kna bg dy mlarat smpai ke kaki..
    mand air biasa bleyh kan..pkai daun semambu, minum air kelapa yg frsh dri buah kelapa..dan pkai ubat hospital..calamine lotion.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. mase aku nak jumpa doktor nak amik ubat demam ni, doktor tu ada nasihat kat aku,

    jgn kena air hujan sebab nanti parut susah hilang n bahaya
    jgn makan kicap sbab nanti parut kekal hitam..
    selalu minum air kelapa fresh…
    selalu minum sup ayam(makan dgn nasi la)
    makan ubat yg diberi..
    ubat antibiotik kasi abis…

    tu je… harap2 korang dapat gunakan nasihat ini dgn baik…n kalu ade petua lain, kongsi la sama…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. saya sudah kena chickenpox 2 kali..time lagi kecik2 & sekarang dh umur 25 kena lagi..dah lah tgh mengandung anak pertama… nk msk 6bln.. ni dh msk 5 hari.. gatal..seluruh badan tumbuh..kat perut apa lagi..hari ptama dan kedua, alahai…seluruh bdn panas & sakit tulang.. menangis2..tidur pun tak tentu sepanjang minggu ni.. doc pula beri krim ckit je..manalah cukup…

    dah lah tak mandi..main lap2 je dgn kain tuala yg berendam air suam.. & letak minyak gamat..

    bilalah agaknya nk baik..dhlah nk raya ni..huuhuhuhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. aduhai, laki aku and anak aku kena penyakit ni baru 2 ari dah nak raya nii, haru betul x dpt balik kmpg lah jawabnya, camana nak sembuh cepat dlm masa terdekat ni yek

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. sy umo 20 taun nie .. bru kena ckenpox . . muka dan kepala teruk di hentamnya . . sakit . pedih, gatal . mc 1 week. padu kwn2 yg kena tu . . sama2 lar doakan kesembuhan utk kite ek ..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. Saya baru 2 hari kena.. Gelembung tu masih berair color putih.. Masalahnyer Anak saya asyik terpecahkan gelembung tu.. Pedih.. Air tu boleh berjangkit ker.. Then nanti bekas gelembung tu jd berlubang jugak ker? Sbb dier belum kering lagi dah terpecah.. Per nak buat ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. salam..saya fidah..tubuh saya dah mula tumbuh gelembung..colornya warna merah..saya syak saya kena chickenpox..macam mana ni,,apa saya nak buat…kalau boleh saya tak nak tinggalkan belajar..tinggal kuliah,,tolong saya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    abg maman Reply:

    Memang awk kna cikenpox, lebih baik awk cuti & kurangkan xtvt di luar.
    rawatan yg berkesan adalah mengunakan daun semambu yg dilumatkn & larutkn
    dalam air untuk tujuan mandi. kemudian boleh juga dicampur dengan sedikit beras & kunyit dan disapu ke seluruh badan.
    selamat mencuba

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. penggunaan daun semambu memang bagus tapi sesetgh org tak sesuai dan akan terasa lebih gatal. utk yang alah pada daun tu, boleh gunakan calamine lotion. bungkus botol lotion letak dlm peti ais. bila sapu nanti sejuk nyaman saja dan kuranglah gatal. Dr yang bg tau. sebelum ni xpernah pun buh dlm fridge. (tapi awas dgn kanak2 takut terminum lak!)

    masa mandi kalu nak, alternatif daun mambu, guna saja sabun ketul daun mambu.

    then untuk elakkan parut campak ni, semasa ia dah agak2 nak kering, sapu santan nyor yang agak muda(bkn nyor tua). Ia juga percepatkan tanggal kuping tu.

    dah lega pulak, untuk hilangkan parut guna vitamin e keluaran organic aid. ada kat farmasi dan tak mahal. adik saya pernah accident, ada parut besar kat muka guna vit e ni saja, alhamdulillah hilang semua parut. sampai sekarang dia guna vit e untuk sapu muka sebagai moisturizer. tp untuk kulit wajah minyak mcm saya xsesuai guna sebagai moisturizer.

    sekian, itu saja dpt dikongsi untuk manfaat bersama . insyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. saya nak tambah sikit sbb pengalaman kena demam ni…daun semambu memang berkesan..tapi kalu boleh minum air kelapa dulu untuk blok demam ni…pastu tu baru guna daun semambu…ada beberapa pantang…jangan kena hujan kalu boleh..demam akan makin teruk…jangan makan bende berminyak atau makanan yang gatal macam ikan cencaru…sebab kalu makan gatal badan akan bertambah…elak makan kicap untuk elak kudis tu berparut hitam….jika berparut guna daun semembu dengan kunyit dan beras….insyaallah akan berkesan.
    Ari ni anak pulak kena sebab jangkit di taska, jenuh ronda cari daun semambu….last uncle india bagi petik sedahan…lega…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. kalau nak bagi demam campak cepat keluar minum air kelapa muda yang asli tambah dgn gula batu..dan sup ayam…untuk hilangkan parut ambil kulit pisang emas gosokan pada parut,,,,insyallah akan berkesan..cubalah petua ni,,,,,,,,,,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. kalau nak campak cepat keluar minumla air kelapa muda yg asli campur dgn gula batu dan sup ayam kg yg direbus …..hilangkan parut ambik kulit pisang mas gosokan diparut….insyaallah mujarab….sesiapa yg kena tu cubalah petua ni…moga dengan izinya ia akan cepat sembuh……….aminnnnn………….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. Salam semua, baru2 nie anak2 saya kena jangkitan demam campak nie…ada yang mengatakan jangkitan nie akan menjangkit ibu mengandung, maksudnya ada menjagkit anak didalam kandungan dan mengakibatkan kecacatan, ingin tahu kebenaran kes nie??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. semalam doktor ckp bakal isteri kena demam campak.lg 10hari nak sanding.ape nak buat ni.sempat ke sembuh bakal isteri ni..tggl sepuluh hari..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. it’s not chicken pork….it’s chicken pox…don’t spell wrong…because here pork is meat from pig….it’s not good for muslim…i hope u cant change the spelling…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ila,
    OK, saya dah ubah.
    Thank you for correcting. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ila Reply:

    thanks for your cooperation…i’m appreciate.
    i’m do one mistake about spelling( cant).
    it’s not (cant) but (can).thanks for your tips about chicken pox…
    almost 1 week my son get the chicken pox.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. slm….sya sekarang nie kna dmam cmpk,nk tnya la…yg lumur bdn ngan daun semambu,kunyit n beras tu time kna dmam cmpk kerr bila dah kring????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. slm….sya nie bru jerr kna dmm cmpk…nk tnya,yg lumur bdn ngan daun semambu,kunyit n beras tu time kna dmm cmpk kerr bila dh kering?????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. Salam semua… Kesiannya anak sy bru umur 8 bulan kene chix pox… Yang si kakak(8tahun) skrgni d sepital sebab kondisi terlalu lemah dan kene chix pox gak. Yg si kecik ni kat umah je.
    Pada sesapa yg kene chix pox… Jgn pecahkan ruam2 chixpox tu sebab nanti kuar air dan sakit serta meninggalkan bekas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. Salam untuk semua…
    Alhamdulillah..saya ada sedikit perkongsian mengenai rawatan chicken pox..daripada seorang ustaz di Putrajaya..
    1. Banyakkan mandi- supaya mudah keluar dan chicken pox sembuh cepat (hadis: penyakit bagi api ialah air)
    2. Mandi dengan daun semambu- pilih daun yang elok rupanya, buang daun yang digigit serangga
    3. Baca “Lau anzalna…”
    4. Minum air jampi bacaan surah Al-Quran

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. semalam boleh kena campak pulak =,=
    siap boleh cucuk lagi sebab xtau kene chicken pox.. HAHA
    dah la 2mnggu lagi nak exam :( sedeh.. subjek form 2 dah la susah gila

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. sy skang br kena chicken pox…dpt mc 4 hari…hari ni hari ke2, penuh kat badan ni sampai ke kepala, dlm ketiak, semua celah bedah dah tumbuh…plg tak thn, gatal giler…doc kasi ubat gatal and ubat panadol je dgn calamine lotion…uih, tak thn ni, muka pon dah penuh naik…lg 2 minggu nak raya, dugaannnnnn….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. sudah 5 hr (tmasuk hr nie) sy kena chickenpox nie…. xthn rasenye…gatal sgt2…. dh lh smue klinik bhampiran tutup sempena hr raya n bln merdeka nie… nak pergi hospital pun takut d’suntik @ kena thn masuk wad… hmm,plg sy xsuka, kt kepala n muka sy….teruk betul lh…sampai nangis sy tgk sendiri….bkn tu sj, kt bhgn badan, blkg bdn n tgn sy ae juga kena…. dh lh isnin mgu depan nak g sklh … malu lh nak tunjuk muke nie….arggghh!!!! xthn!!!! geram sy d’buatnye…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  31. saya dah 6 hari merana dengan chicken pox nie…esok nk raya haji…jwbnya x raya lah…anak2 lagi kesian, xdapat tengok ibu yg terkurung dalam bilik sorang2…bintik2 gelembung nanah x surut2 lagi…sapa ada petua kasi surut cepat bintik2 gelembung nanah ni…tension gila…dah mcm zombie bila tgk diri sendiri…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    marina Reply:

    @ayza, sy pn dh 6 hari kne chikenpox ni…dh 2 hr try mndi ngn air mambu,ps mndi spu cmpuran air mambu,kunyit hdp dn bedak sejuk…alhmdulilah…berkesan..cuba lh..insyaallah dgn izinnya.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  32. Masuk ni dah 8ari.. Demam last kena hari ke 6… Sekg ni…tingal kuping2 hitam ni je.. Kuku ni xhenti2 nk try mengutis2… Nk tnya .. Kudis hitam ni dia gugur sendiri dlm masa berapa lama ye?
    da la mengandung 8bulan… Tu hari demam teruk.. Smpi masuk emergancy wad lah… 1 ari.. Sebb hydration.. Xde selera.. Bdn lemah.. Bby pon gerak slow je.. Dia tau ibu dia tgh sengsara chicken pox tu….

    Skg dah sihat demam.. Stress lak dgn kuping2 hitam ni… .

    Pastu confom… Stress gan parut plk…
    Hubby janji nk beli krim doc romzey… Dia kata bole ilang parut.. Tp tgk la.. Sebb kuping ni xtangal2 lagi… Kt bdan pon ada yg belom kering… Tingal yg kerepot2 n nanah sikit2…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam