Rahsia Kelahiran Rasulullah SAW

Share

Sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba pada hari Isnin ini, maka saya bawakan satu artikel tentang Rahsia Keistimewaan DiSebalik Kelahiran Rasulullah SAW untuk bacaan anda semua.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini membuatkan kita lebih CINTA kan dan SAYANG kan RASULULLAH SAW. Sesungguhnya RASULULLAH SAW adalah USWATUN HASANAH (Sebaik2 Contoh) kepada kita. Semoga kita semua dapat ikut semua ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Maulidur Rasul SAW

Baiklah, mari kita sorot kembali sejarah kelahiran RASULULLAH SAW, HABIBULLAH, Kekasih ALLAH.

Seperti mana kita tahu,Rasulullah SAW lahir sebelum subuh hari isnin 12 rabiulawal tahun Gajah. Allah SWT manjadikan setiap perkara, benda tu mesti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan Agama Islam yang kita anuti sekarang. Tanpa adanya orang Islam yg masih beriman kpd Allah SWT sehingga sekarang, sudah semestinya dunia ini akan musnah.Oleh itu kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, maka hari ini kita masih hidup aman makmur.

Rasulullah SAW dilahirkan hari isnin. Apa maksud isnin? Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT takkan buat sesuka hati bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW lahir, dua sahaja yang betul-betul kenal Tuhan iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW saja yang kenal. Sebab itu Rasulullah dilahirka pada hari Isnin. Walaupun sebelum ini rasul-rasul diutus, tapi akidah sudah rosak semua. Hinggalah akhirnya yang tinggal iaitu Tuhan dan Rasulullah SAW saja. Itu isyarat dari Tuhan. Sebab itu siapa yang nak masuk islam, 2 ini kan wajib sebut, kalau tak maka tak sah lah islamnya, ini simboliknya, ini isyarat dari Allah SWT.

Kemudian dilahirkan pada rabiul awal.apa maksud rabi? Awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Hari Isnin manusia yang menjadi contoh bagi seluruh manusia. Contoh tentang akhlak. Robi itu bunga, akhlal yang agung itu macam bunga. 12 Rabiulawal mengapa? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, jam 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya waktu Rasulullah SAW lahir dunia gelap dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak

Kemudian kalau 12 dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya artinya membawa rahmat dari Allah SWT untuk segaa alam, bukan sahaja manusia termasuk binatang, kayu kayan dan alam semuanya. Sebab itu ajaran Rasulullah SAW bukan sahaja manusia tidak boleh sesuka hati dicatatkan, binatang pun bahkan benda yang tak bernyawa pun macam kayu kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT. Mengapa kamu potong kayu itu? Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT untuk apa. Itulah dikatakan Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda2 yang tak bernyawa mendapat pembelaan dan orang tak boleh berbuat sesuka hati.

Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1, ia menurun balik. Jadi simbolik lagi, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul2 terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik. Semua etnik di bawahnya.

Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12, bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah. Sedangakan bintang ini beribu banyaknya. Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang legkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai akhirat. Ajaran dia paling sempurna dibanding ajaran2 rasul sebelum.

Kemudian, Rasulullah SAW lahir tahun Gajah. Bukan masalah gajah. Gajah itu untuk perhatian. Sebab Rasulullah SAW lahir pada tahun gajah, 1 tarikan. Mengapa Rasulullah SAW tu sejarahnya pada tahun gajah. Di sebalik gajah ada cerita yang orang tak faham.

Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya nak runtuhakan ka’abah, sebab mereka sakit hati orang berkiblat ke ka’abah. Abrahah bawa tentera yang naik gajah. Orang arab jarang lihat gajah, maka gemparlah. Kita yang baru mendengar tahun gajah, kita terkejut, apa kena mengena dengan gajah. Banyak orang tak perasan bahawa Allah nak tunjukkan sesuatu. Niat Abrahah nak runtuhkan kaabah,disamping tu segala kambing di mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib.

Bila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib. Dia jumpa Abrahah, dia cakap, serah balik kambing saya, itu harta saya. Kaabah itu bukan saya punya, Allah SWT yang punya, terpulang pada awak.

Di sini terbuka rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi disebalik cerita gajah ini, Allah SWT nak beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.

Itulah antara simbolik2 yang terjadinya pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 rabiulawal, sebelum subuh tahun gajah.

Sekian, semoga info ini diedarkan kepada seramai orang yang boleh, sebagai penambah pengetahuan kita semua.

*Artikel disumbangkan oleh : Sharifah NurulHayati (sharifah_2308@yahoo.com.my)

Saya cintakan Nabi SAW

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada hari Isnin (9 Mac 2009) ini, maka saya ingin mengajak semua pembaca blog ini agar kita sama-sama memperbanyakkan SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW.

Semoga bacaan SELAWAT atas NABI yang kita baca itu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam.”(Al-Ahzab: 56)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hinanya manusia yg mana disebut namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”(Hr Muslim) (1271)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

29 thoughts on “Rahsia Kelahiran Rasulullah SAW

  1. Alhamdulillah…bertambah ilmu dan pengetahuan,semoga kita menghayati Maulidur Rasul selamanya.. terima kasih pd en.pakar,teruskan usaha anda dan selamat beramal utk semua….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Allah hum masolli ala saiyadina muhammad wa ala a lihi saiyadina muhammad. semoga anak anak ku mengikut ajaran nabi di hari yang mulia ini sebagai doa seorang ibu punya empat orang anak lelaki.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. subahannallah hebatnya manusia agong ini(rasullullah s.a.w)…bnyk lg kisah2 teladan dan pengajaran tentang rasullullah ni…antaranya aku pernah baca cerita tentang ketika rasullullah nak wafat…menitik air mata aku….mudah2an kita mendapat syafaatnya d akhirat nanti…salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salam,
    Alhamdulillah bertambah lagi pengetahuan tentang Rasul Junjungan, maka bertambahlah kasih sayang kita kepada Baginda,
    marilah kita sama sama bertekad untuk melaksanakan sunah sunayNya
    amin…….. semoga dapat berkongsi lagi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. timo kasih ……….
    1 ilmu pengetahuan yg baik
    …..sempena Maulidur Rasul…hope all our dream will come true…….Allahumasoliaalasaiyida Muhammad…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. setiap kali berselawat ke atas nabi, hatiku sering tersentuh dan syahdu mengingatkan pengorbanan dan ketulusan seorang rasul kekasih Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hai Reply:

    salam maulidurrasul ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Alhamdulillah…..
    Hari tu ada tengok Halaqah kat TV9.
    Pun cerita pasal Rasullullah…kecilnya aku di bumi Allah ni…Bertuahnya aku dilahirkan sebagai umat MUHAMMAD.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang rahsia hari kelahiran Nabi s.a.w.
    Alhamdulillah.
    Allah hum masolli ala saiyadina muhammad wa ala a lihi saiyadina muhammad.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Alhamdulillah ..syukur kepada Allah Swt kerana telah menggerakkan hati kecilku yg jahil ini utk membaca artikel ilmu seperti ini…sekurang2nya sambil2 melayari internet ada juga sedikit sebanyak mengenai ilmu agama..terima kasih kerana bersongsi ilmu bersama org memerlukan dan semoga ummat Rasulullah SAW diberi rahmat oleh Allah AWT..amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Salam. saya bukan nak tunjuk pandai pun bab2 agama ni, cuma nakkan kepastian benarkah keluarga Rasullullah SAW beragama Hanif(agama Nabi Ibrahim AS)? kerana bapa saudara Rasullullah SAW bernama Abu Lahab ialah seorang yang penyembah berhala. Dan terdapat kisah mengatakan Abu Talib juga bapa saudara Rasullulah SAW masuk neraka yang paling ringan azabnya kerana tidak memeluk Islam. Sekian , Terima Kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam