Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia Kebaikan Solat Tahajjud

October 11, 2009 By: PakarHowTo Category: Info Berguna

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.

Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.

Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter. Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi. Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??

Artikel diterima daripada Nuratiah Ismail (dotty_311@yahoo.com)

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

14 Comments to “Rahsia Kebaikan Solat Tahajjud”


  1. mereka yang istiqamah solat tahajud akan dapat keistimewaan yang diingini oleh setiap orang, iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan ringan tidak direntap dengan keras seperti ahli dosa.

    Semoga kita istiqamah…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”……

    setuju sangat ngan ayat di atas….

    semoga kita sume dapat amalkan solat tahajjud..ngan sempurna..dan istiqamah..aminnn..

    tenkiu..for sharing..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. padahal bkn lama sgt pun bangun utk sembahyang mlm, tapi ya Allah sukarnya melawan nafsu dlm diri yang sayangkan tido..dah tahu kbenaran, tp hati tak mahu.susahnya mendidik hati….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    3
  4. ct maliha says:

    emp.. dah lama tahu kebaikkan solat tahajud ni.. tapi nak melaksanakannya tu belum berkesempatan lagi… tak cukup ikhlas lagi kot..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Salam,

    Pada pandangan saya ada beberapa tips yang blh dibuat:
    Pasang niat sblm tidur (klu tak terjaga pun dah dapat pahala). Kenalah masuk tidur awal dalam kul 10mlm. Lpst tu kunci jam kul 4.30am , mandi barulah hilang nagntuk lps tu solat. Klu waktu subuh lambat lagi, blh lah buat exercise skit so badan bertambah cergas. Bagi kaum ibu yg bekerja blh lah mengemas rumah sementara tunggu subuh masuk.

    Klu tidur semula lps solat tahajjud, nanti dapat subuh gajah dan badan makin letih dan tak bermaya.

    Semoga ia bermanfaat.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    Salamun ‘Alaikum. Solat Fardu bagi yg lelaki akil Baligh adalah dimana azan diazankan (iaitu di masjid). Diriwayatkan Rasulullah SAW tidak pernah walau sekalipun bersolat fardu di rumah baginda. Tidakkah kita berasa malu, sedangkan kekasih Allah SWT yg maksum masih bersolat jemaah di masjid, tetapi kita yg belum tahu akhir qalam tak nak lakukannya. Bagaimana nak kita jwb soalan Allah SWT di Padang mahsyar bila ditanya adakah kita ini Umat Rasulullah SAW.
    Solat Subuh tanda syukur Nabi Adam a.s, Solat Zuhur tanda syukur Nabi Ibrahim a.s, Solat Asar tanda syukur Nabi Yunus a.s ( setengah pendapat mengatakan Nabi Nuh a.s), Solat Maghrib tanda syukur Nabi Isa a.s, dan Solat Isya’ tanda syukur Nabi Musa a.s. manakala Solat Tahajjud itu tanda syukur Nabi Muhammad SAW. Jadi sudah pasti terlalu banyak kebaikan yg menanti kita. Adalah suatu yg normal jika sulit utk memulakan sesuatu aktiviti dan adalh lebih sulit lagi utk mengekalkan (istiqamah) sesuatu aktiviti. Bangun dan dirikanlah solat wahai saudara2ku. Wallahu a’lam bissawab.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    “Dan sebutlah nama Tuhan mu pada (waktu) pagi dan petang”
    “Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada-NYA dan bertasbihlah kepada-NYA pada bahagian yg panjang di malam hari”
    AL-INSAAN 76:25-26
    “Sesungguhnya (ayat2) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya”
    AL_INSAAN 76:29

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. sury_na7181 says:

    Thanks atas penjelasan tersebut…
    kenapalah smpi sekarang masih abaikan perkara yg baik
    mcm solat tahajud ni?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    roslib Reply:

    @sury_na7181, Sebenar benarnya MUSUH utama kita adalah DIRI SENDIRI walau apa masalah yang di hadapi kita kena mengalahkan nafsu diri sendiri -menunaikan solat tahajud tertunai kalau sayangkan tidur dikawal oleh akal bukan nafsu dalam diri kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. ok

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Man Ibn Rayu Alhaj says:

    Hakikatnya 90% rahmat ALLAH SWT diturunkan pada sepertiga malam tetapi lebih ramai berebut mencari 10% pd sebelah siang. Jadi siapa yg rugi. Seusai Solat Wudu’,Taubat, Hajat, Tahjud & Witir sambunglah pula dgn usaha menghafaz Qalam ALLAH SWT. Jika tidak bila lagi. Waktu itulah paling sesuai utk aktiviti hafazan. Jgn tunggu lagi. Kuatkan Imanmu , yakin dgn janji ALLAH SWT.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Mm…InsyaALLAH…
    semoga bertmbah keimanan kita padaNYA….huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. seandainya kita merasakan kemanisan iman… maka segala-galanya akan menjadi mudah…walaupun bangun di tengah malam. Kemanisan iman akan dicapai dengan hanya mencintai Allah melebihi daripada kecintaan dari yang selainnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. hamba allah says:

    @Man Ibn Rayu Alhaj,
    setahu saya, Rasulullah saw ada bersolat dirumah,sila bagi buktti yg jelas dimana saudara ambil keterangn tersebut

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11