Rahsia Kebaikan Sedekah

Share

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumul akhirah(hari perhitungan) .”

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

p/s- Rajin-rajinlah bersedekah kerana sedekah dapat menarik rezeki daripada ALLAH. Kalau kita tidak kedekut, maka ALLAH pun pastinya ‘tidak kedekut’ dengan kita.

Selamat Beramal. Wassalam. (889)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

12 thoughts on “Rahsia Kebaikan Sedekah

  1. Salam Ukhuwwah Khadijah

    Terima kasih sudi singgah ke blog ini.
    Dan tenkiu also for the comments.

    Memang benar,
    Sedekah yang ikhlas bukan hanya dapat ganjaran pahala,
    tetapi juga dipermurahkan rezeki semasa di dunia ini lagi.

    yang penting,
    mesti IKHLAS LILLAHI TA’AALA…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. paling afdal sedekah la pada keluarga terdekat dulu…

    kalau dah berumahtangga…
    belanjalah suami ker…atau anak2 sendiri…
    itu pun di kira sedekah…

    kalau tak kawin lagi…
    bagi la duit pada mak abah,..
    atau adik beradik…
    atau anak2 sedara..
    itu pun di kira sedekah…

    yang paling afdhal ialah, bermula dengan
    sedekah kepada ahli keluarga terdekat…

    lepas2 pada tu…barulah sedekah kat orang lain.
    orang2 lain tu, tak kiralah saper pun…
    orang miskin, anak yatim, orang cacat, sedekah kat
    masjid atau surau dan sebagainya…

    sedekah yang dilakukan mestilah niat hanya
    semata2 kerana ALLAH….LILLAHI TA’AALA…

    insyaAllah semoga ALLAH terima amalan kita.
    amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salam manis..
    hari jumaat pun elok jugalah diamalkan bersedekah ni..hari2 juga kita jagnlah lupa sedekahkan bacaan ayat2 suci pada diri kita untuk mendapatka pahala dari Nya..

    yang penting hati mau ikhlas..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salam,

    Saya setuju sangat dgn artikel tuan ini dan saya sendiri telah praktikkan sejak hampir 3 tahun lepas. Rezeki yg Allah beri memang dari perbendaharaanNya yg tidak kita ketahui..Subhanallah..

    Salam ukhwah,
    Faridah Z

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. salam.
    byk kebaikkannya.dgn rajin bersedekah kita terhindar dr penyakit2 yg merbahaya.rezeki kita selalu saja murah.ia dtg tanpa kita duga.jika kita tidak kedekut.maka Allah memperluaskan rezeki kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Dalam apa pun amalan yg kita buat yg pentingnya mestilah dibuat dengan ikhlas. Sedekah juga begitu. Bersedekahlah kerana ikhlas nak membantu dan bukan utk mengharap apa-apa balasan baik drpd manusia atau drpd Allah juapun.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam