Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal

March 16, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.

Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

  1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
  2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
  3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
  4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

44 Comments to “Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal”


  1. asalamualaikum & salam sejahtera,

    saya disini ingin mengucapkan terima kasih banyak2
    dengan ada nya pkarhowto dapat la saya mempelajari banyak ilmu pengetahuan di blog ni…sekiranya ada cerita2 menarik antar la email kepada saya yea….

    terima kasih

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. rohana bt husain says:

    salam….pkarhowto …

    terima kasih di atas ilmu yang disebarkan telah memberikan manfaat kepada semua orang….harap selepas ini ada lagi penerangan lagi tentang kehebatan surah-surah……tk….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. salam..pkarhowto..

    tk di atas ilmu yang diberikan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam, pkarhowto

    Terima kasih diatas ilmu yang diberi, semuga dapatlah kita mengamalkannya tanpa ragu-ragu dan berkeyakinan kerana kita semuanya datang dari allah s.w.t dan sentiasalah mengingati dengan membaca al-fatihah serta ayat alQuran yang lain. “Insyakallah”.

    Terima Kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Salam……TQ diatas ilmu yang diberikan. Sememangnya banyak manfaat yang diperolehi menerusi surah tersebut. Insyallah semoga saya dapat mengamalkannya. Tq once again.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. betapa agungnya ayat suci al-quran
    begitu byk khasiat darinya
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
    smg semua mendapat keberkatan darinya
    insyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. terima kasih sampai kan lah walau pun sepotong ayat.kelak allah akan meredoi apa yang ada sampaikan.semoga anda mendapat rahmat dari allah dgn apa yng anda sampaikan.terima kaseh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Salam..

    Terima kasih diatas ilmu yang diberi. Insyaallah saya akan amalkan untuk menjamin keluarga bahagia. TQ

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. salam,

    moshi moshi..

    Terima kasih atas maklumat yg dikongsikan…moga kita sume mdpt manfaat daripada-Nya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. salam..
    sama – sama kita amalkan..insyallah diberkati Allah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Terima Kasih dengan info yang diberi ia amat berguna untuk kehidupan harian kita.Agama kita memang menggalakkan supaya ilmu yang ada perlu disebarkan bukan untuk disimpan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. salam,

    terima kasih dengan info yg diberi, InsyaAllah diberkati olehNya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Assalamualaikum w.b.t.

    Terima kasih pakarhowto diatas ilmu yang dikongsi.Insya-Allah saya akan mengamalkan ilmu tersebut…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. Salam

    Terima kasih, amat berguna untuk di lakukan setiap hari….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. terima kasih ilmu yg di curahkan semoga sama sama dapat rahmat & berbarkat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. Assalamualaikum w.b.t. PakarHowTo

    Terima kasih dihulurkan atas info yg bermanafaat ini utk dijadikan amalan dlm hidup harian.Moga usaha murni anda mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t…mudah2an.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. senang sekali sya terima banyak maklumat dari pakarhowto semua itu dapat menbantu saya dalam kehidupan seharian.Terima kasih atas maklumat tersebut kerana semua itu menjadi panduan dalam hidup seharian tak kira mereka yg sdh kahwin @ belum.kalau ada yg terkini jgn lupakan saya ye!,semoga pakarhowto panjang umur dan murah rezeki amin!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. Alhamdulillah..syukur dapat lagi ilmu yang bermanafaat untuk kita semua amalkan bersama… semoga beroleh kebaikan kepada pengamalnya….insyaallah yakin..salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. terima kasih di atas petua ini…insyaallah sya akan mengamalkannya…ia amat bergune sekali

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. Salam,
    terima kasih di atas perkongsian yang sangat hebat ini,
    marilah kita sama-sama amalkan…..
    Sememangnya kita disuruh mengkaji dan mengamalkan akan isi kandungan Al-Quran, jadi lakukanlah dengan penuh yakin dan percaya…..
    Amin……

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. sayangku_ja@yahoo.com says:

    TQ…
    ats ilmu yang dikongsikan bersama..smoga mendpt manfaatnya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. tq..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. ibnu sina says:

    Alhamdulillah…syukur kita ke hadrat ilahi kerana adanya ilmu yang boleh kita manfaatkan demi amal dan iman kita kepadaNYA…di sini saya tambah sedikit pekara atau cara untuk kita kongsi bersama dalam suruhtul fatihah ini…kata setengah ulama..sewaktu kita membacanya hendaklah kita memahami kata kuncinya untuk setiap bacaannya..jika ada yang boleh kongsi bersama,saya alu – alukan idea atau sebarang ilmu atau mana – mana kaedah perubatan islam untuk kita hayati bersama..setiap ayat ada kata kuncinya..marilah kita mencari dan belajar demi kebaikan bersama…
    moga kita bertambah rasa syukur kepadaNYA…amin….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. Assalamualaikum…Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada PakarHowTo sebab memberikan banyak tips-tips yang berguna untuk diamalkan bersama. Sebagai ahli baru dalam blog ini, saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara yang sebahagiannnya tidak diperolehi melalui pembelajaran secara formal di sekolah…
    Thanks a lot..keep up the good work!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. terima kasih kerana menyediakan sesuatu yang amat berharga dan bernilai untuk dikongsi bersama…
    insyaAllah apa yang diperturunkan di sini dapat dipraktikkan dalam amalan harian kita dan moga hidup in lebih bermakna dan diberkati hendaknya amin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. salam….
    thanks atas info yg diberikan….surah ni mmg mujarab..saya selalu guna dan amalkan ..untuk keberkatan lebih baik amalkan melebihi dari 100 x sehari..hidup lebih tenang dan yakin denganNya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. salam,

    sama2 kita beramal.
    surah ini juga saya bubuh nama puteri saya, SITI NUR FATIHAH DAMIA

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    27
  28. salam..
    tkasih PH2…blog ni bnyk beri ilmu pada saya dan kwn2..tahniah..hrp2, ada lagi artikel yang berguna utk pedoman hidup…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    28
  29. assalamualaikum…….t.q.amalkan selalu mudahan2 diberkatkan rahmat keatas umatnya…….bg ya memohon kepadanya…..hanya dia yg maha esa dan maha berkuasa…….amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    29
  30. AIMAN DANIAL ARIF says:

    Assalamualaikum,
    Dr. Fatma sememangnya tidak perah lokek ilmu untuk berkongsi ilmu sejak dulu-dulu lagi.Banyak sangat ilmu-ilmu yang berasaskan ayat Al-Quran yang boleh dijadikan amalan seharian,cuma-cuma kadang-kadang kita aje yang malas atau sengaja terlupa untuk menjadikankanya amalan rutin seharian.Pastinya hidup ini menjadi lebihtenang dan bahagia apabila setiap amalan seharian berlandaskan ajaran islam.terima kasih juga kepada pakar H2.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    30
  31. best lah…menjadi satu pengajaran yang berguna…
    i luv this blog…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    31
  32. inyallah saya akan amalkan semua pengajaran yang pakarhowto buat. terima kasih emailkan pada saya sekuarang2nya saya pelajarinye

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    32
  33. nurcahaya says:

    Assalamualaikum w.b.t…

    Alhamdulillah..byk info yg saya dpt dari blog ini, terima kasih kpd pakarhowto..muga kita sntiasa dberkati dan dirahmati dgn limpahan rezeki dan kasih sayang dari Nya..Insya Allah

    “SEMAIKANLAH DALAM JIWA RASA CINTA DAN SAYANG PADA PENCIPTAMU”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    33
  34. Salam… saya ingin berkongsi sedikit pengalaman, bagaimana kita nak gunakan ayatnya sedangkan kita tidak benar2 mengenalinya.
    ‘awal agama mengenal Allah’ so camne nak kenal? mana yg tahu tu kongsi2 la … TK

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    34
  35. salam….baik untuk diamalkan…beri manafaat yang berguna….terima kasih pakarhowto……..insyaallah saya amalkan…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    35
  36. syukran jazilan…
    semoga hidup kita lebih diberkati Allah dengan amalan-amalan seperti ini..amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    36
  37. Alhamdulillah. Terima kasih PH2 atas ilmu di atas, sangat berguna dalam kehidupan seharian..Di sini saya suka nak kongsikan bersama apa yang saya amalkan apabila membaca surah Al Fatihah…. apabila sampai pada ayat…..”iyyakanak budu waiyya kanas ta’in”…..niatlah dalam hati doa kita, dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH mendengar dan yakinlah akan dikabulkanNYA…wallahualam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    37
  38. banyak manfaat email ini..kadang-kadang kita selalu terlupa dengan kebesaran Nya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    38
  39. akum.. saya shat walafiat.. tima kasih atas emel anda.. maaf lmbt reply.. byk juge fadhilatnya alfatihah.. sy br tahu.. sy akan cuba praktikkan .. inysalah ..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    39
  40. sy ada kemusykilan..boleh kah bc al-fatihah pada tangan kemudian usap pd kaki.sy ad penyakit kat kaki yng xsembuh2 lg..dah 3 thun penyakit tue?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    40
  41. salam.
    terima kasih atas ilmu yg diberi.
    info yg cukup bagus dan manfaat utk sume.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    41
  42. alhamdulillah ats info ini,
    insyaAllah amalkan n sampaikan kpd yg lain

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    42
  43. salam pakarhowto,

    sy mintak izin share tntng ilmu ini di blog sy ye. terima kasih!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    43
  44. Terima kasih. Kira ini informasi terbaru yang saya dapat. Sebelum ni dalam sub blog saya, saya ada siarkan kelebihan surah ini yang mana data2 itu saya perolehi daripada laman sesawang ini http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
    Sama-samalah kita memanafaatkan perkara yang berguna.
    Dyg Lips Adanan´s last blog post ..Jawatan Kosong di LHDN

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    44


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11