Rahsia Fadhilat Ayat Kursi
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Abang saya yang ke-6 adalah seorang ustaz. Beliau adalah seorang hafiz Quran 30 juzuk dan pernah menjadi Johan Tilawah Quran Peingkat Antarabangsa pada tahun 2003. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah di Makmal Quran Kuantan.

Dato’ Hj Ahmad Faizul al-Hafiz (abang no-6)
Beliau juga selalu dipanggil oleh penduduk di sekitar Kuantan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang mereka alami termasuk hal-hal yang berkaitan dengan ‘masalah jin/syaitan’.
Kalau beliau balik ke kampung, saya selalu berborak-borak dengannya tentang pengalaman-pengalaman yang beliau pernah alami. Macam-macam cerita saya dapat. Ada yang seram, kelakar dan kadang-kadang ada juga cerita yang saya tak boleh nak terima…tak logik! Namun , saya tetap cenderung untuk percaya apa yang diceritakannya. Sebab beliau bercakap berdasarkan pengalamannya.
Oppss…panjang pulak cerita pasal abang saya tu…huhu.
Sebenarnya, saya cerita pasal abang saya tu adalah kerana beliau selalu nasihatkan saya agar sentiasa amalkan baca AYAT KURSI! Dia kata terrrlalu banyak fadhilat yang boleh didapati dari AYAT KURSI. Jadi, adalah amat rugi kalau tak amalkan. Lagipun ayatnya bukan panjang mana pun.
Menurut abang saya, ada dalam hadith disebutkan perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugas syaitan tu ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumahnya dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Maka atas sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Kerana pada saat itu syaitan akan lari meninggalkan rumah tu bersama-sama dengan salam tersebut.
Antara fadhilat AYAT KURSI yang dapat dicatatkan berdasarkan hadith adalah seperti berikut:
- Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
- Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.
- Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
- Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
- Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.
Banyak sekali fadhilatnya kan? Jadi, apa lagi? Rajin-rajinkanlah diri untuk sentiasa membaca AYAT KURSI.
Semoga dapat amal.
p/s- Klik Sini untuk dengar MP3 Surah Fatihah (Bacaan oleh abang saya, Dato’ Zul)
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








Subhanallah…jazakallah…
Semuga amalan kita berkekalan insyaAllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
1Tuan Rosli
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini.
Mesej saya cuma 1…
ILMU MESTI DI AMALKAN!
ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YANG TIDAK BERBUAH!
semoga kita dapat amal bersama-sama, amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
2Assalammualaikum dan salam ceria……..
Sebenarnya sesiapa yang mengamalkan ayat kursi setiap hari dan setiap masa dapat merasa ketenangan hati yang teramat sangat…percayalah…
Senyum dan ceria selalu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
3Waalaikumussalam Firadila…
tenkiu sudi singgah dan komen di blog ini.
benar sekali, setiap amalan yang dilakukan dengan
ikhlas kepada Allah, pasti akan memberikan kesan
pada jiwa pengamalnya.
orang yang selalu membaca Quran, tak kesahla ayat Qursi
ke atau ayat lain, pasti akan dapat merasai sakinah atau
ketenangan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
4sy telah mgamalkna ayt qursi ni sejak zaman sekolah hingga sekarang.alhamdlailah amat menakjubkan sekali amlkan lah selalu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
5hye
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
6Saya mengamalkan bacaan ayattul qursi ini sejak ting 4 lagi…..sekarang umur saya dah 40 tahun….memang banyak khasiatnya….saya hanya amalkan baca 5 kali bacaan ayatul qursi….terlalu banyak fadhilatnya….saya merasainya sendiri…..Sesungguhnya Allah SWT uti maha berkuasa…….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 28th, 2009 at 3:29 pm
@cikgusejarah,
As-salam cikgusejarah
ITULAH KEBESARAN AYAT-AYAT ALLAH..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
sy nak mintak tanya kat abang, dari hadith mana yg menyatakan tentang syaitan yang duduk diatas pintu rumah? sbb sekarang ni ada byk hadith palsu, so the best kalau dapat facts on the exact hadith.. sebab igt nk share this with others, tp nak tau details of the hadith baru boleh share..
thanks..
wallalua’lam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
8saya baru melalui detik sukar dalam hidup. Alhamdulillah amalan ayat kursi ini telah dapat memberi ketenangan dan melapangkan kesukaran itu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 28th, 2009 at 3:28 pm
@zani,
selamat petang zani,
Alhamdulillah dengan mendekatkan diri padaNYa Insyallah saudara akan menemui kekuataNya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
saya selalu amalkan ayat kursi dalam solat pada rakaat pertama atau kedua,
boleh terangkn sikit apa fadhilatnya pula…??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
10SAlam..
banyak nyer..fadhilat ayat kursi.selama nih jd amalan meskipun tak taw banyak cam nih fadhilat nya pulak..huhuhu
thanks pakar…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 28th, 2010 at 1:44 am
@ocean,
sama2 Tuan Puteri Ocean!
terima kasih kembali sebab rajin tulis komen
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jazakallah. Berfaedah posting ini. Walau bagaimanapun adalah amat disyorkan agar dapat dilampirkan dari mana pengambilan fadhilat2 tersebut, i.e., apakah ianya dari hadith-hadith sahih atau sekurang-kurangya hadith hasan. Untuk keselamatan beramal, hadith-hadith dhaif hendaklah dielakkan, walaupun setengah-tengah ulama’ membenarkan. Tetapi jika sudah mencukupi dengan sejumlah besar hadith-hadith sahih (dan hasan), kenapa perlu mengambil dari hadith yang lain tidak pasti tarafnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
12