Rahsia Fadhilat Ayat Kursi (Pengalaman sebenar)

Share

Saya minta maaf kerana tidak dapat update blog ini dengan kerap seperti selalu. Sorry yer. Saya sangat sibuk ngan pelbagai projek skang. Selain kerja di pejabat, saya ada juga buat tuisyen dan buat translation sebagai ‘part time job’ saya.

So, masa untuk mengendalikan blog (spt membalas komen dan email yang dihantar oleh pembaca blog ini) tepaksa dipendekkan. Ampun maaf paak…buuk…. Saya kena gandakan usaha mencari rejeki untuk keluarga saya…. :)

Namun, dalam keterbatasan masa saya sekarang ni pun, saya akan cuba juga untuk curi2 masa dan update blog ni.

Baiklah, hari ini saya nak kongsikan dengan anda tentang fadhilat ayat kursi. Ada seorang pembaca setia blog ini iaitu Puan Saffiah Mohd Yusof (saffiah66@yahoo.com), telah sudi berkongsi pengalaman beliau.

Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan pada saya. Saya ‘copy & paste’ saja yer.

Semasa sekolah agama di Johor Bahru, guru saya bernama Siti Hawa, beliau menyuruh murid2nya menghafal Ayat Kursi, kerana pengalaman beliau semasa zaman Jepun. Beliau dan keluarganya memang mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian.

Satu hari keluarga guru saya menumpang sebuah lori, tak lama selepas itu lori itu ditahan oleh Tentera Jepun Bintang 3 untuk ditumpangi. Suatu keajaiban berlaku di mana tentera Jepun itu tidak dapat melihat guru saya dan keluarga beliau di dalam lori yg. sama.

Oleh itu bolehlah dimasukkan dalam blog tuan, tentang fadhilat ayat kursi ini.

Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, insyallah.

Baru2 ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yg sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu.

Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.

Justeru, saya ingin menyeru kepada anda semua, agar amalkan membaca ayat kursi ini dengan seberapa banyak yang boleh. Kerana banyak sekali fadhilat yang boleh didapati insyaAllah.

Cubalah baca ayat kursi setidak-tidaknya sekali setiap kali lepas solat.

Sekian, sesungguhnya ilmu tanpa amal seumpama pokok yang tidak berbuah.
Selamat beramal.

p/s- Anda ada sebarang pengalaman mengenai ‘kesan’ mengamalkan pembacaan ayat kursi? Kongsilah dengan kami di bahagian komen tu yer… ;) (3087)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

58 thoughts on “Rahsia Fadhilat Ayat Kursi (Pengalaman sebenar)

  1. Terima kasih pada petua tu tapi camne cara amalannya kerana ada ditandakan merah pada 2 perkataan di 3 tempat iaitu Allah & Hu. Harap beri tunjuk ajar. Terima kasih


    kenapa ditandakan merah tu, saya pun tak pasti.
    saya ambik gambar tu dari laman web orang lain.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    rusdi Reply:

    lihat tanda henti di atas pada tanda huruf “jin” dan “khaf”atau rujuk buku tulisan amran kasimin atau datuk ismail kamus.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @rusdi,
    lagi bagus kalau dapat tanya pada ustaz terus.
    itulah yang sebaik2nya…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Saudara/Saudari Mustdo :

    Boleh layari website quranexplorer.com, mudah utk mempelajari AlQuran, ayat ini dalam surah Al-Baqarah. Boleh belajar tajwid sekali. Satu lagi, Ustaz Ismail Kamus ada berpesan bila membaca Ayat Kursi berhentilah pada 9 (sembilan) tempat. Ini adalah kerana jin juga boleh membaca ayat ini, dgn berhenti di 9 tempat adalah lebih afdal utk pelindung diri. Wassalam.


    Puan Saffiah…ada ramai yang tanya pada saya…tentang 9 tempat berhenti tu…
    boleh tolong ajar tak di mana 9 tempat tu?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    azhar Reply:

    @saffiah mohd yusof,

    Senang aje, itu la gunanya “full stop”, tak ada kena mengena dengan jin.

    [2:255] GOD: there is no other god besides Him, the Living, the Eternal. Never a moment of unawareness or slumber overtakes Him. To Him belongs everything in the heavens and everything on earth. Who could intercede with Him, except in accordance with His will? He knows their past, and their future. No one attains any knowledge, except as He wills. His dominion encompasses the heavens and the earth, and ruling them never burdens Him. He is the Most High, the Great.

    [2:255]
    1.Allah:
    2.tidak ada tuhan selain Dia, Yang Hidup,Yang Kekal.
    3.Tidak pernah Dianya lalai dan tidak pernah Dia tidur.
    4.KepunyaanNya segala yang ada disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi.
    5.Siapakah yang dapat memberikan jaminan, melainkan dengan keizinanaNya? 6.Dia tahu masa mereka yang lalu dan masa mereka yang akan datang.
    7.Tiada siapa akan menerima ilmu pengetahuanNya melainkan jika dikehendaki olehNya.
    8.SinggahsanaNya meliputi segala galanya disekelian cekrawala dan dibumi, dan menguasainya tidaklah membebankanNya .
    9.Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    MOHD ZAIN Reply:

    @saffiah mohd yusof,

    Selama saya mengamalkan ayatul kursi semasa memandu kenderaan, saya tidak pernah terlibat dalam kemalangan kereta. Bila balik, saya baca Ayatul kursi & amanar rasul, sleepas itu salam pada keluarga…rezeki mencurah2 masuk & keluarga hidup tenang.

    Saya juga amalkan 18 X sehari selepas zohor, saya diberi kedudukan yang baik dan berpengaruh dalam masyarakat. Rezeki dan pangkat sebagai guru juga naik mendadak.

    Saya juga amalkan 12 X selepas wuduk sebelum masuk waktu subuh, rasa tenang & perkasa dalam hidup. Syukur.

    Percayalah kepada keberkatannya.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. Saya ada pengalaman tentang solat.
    Masa zaman saya kuliah dulu ,terlelap sekejap sebelum masuk kuliah pukul 2ptg…
    masa tu kalau nak pergi masih sempat apatah lagi yg mgajar tu garang orangnye n jarang student ponteng kelas dia.
    Cuma masalahnya saya tak sempat nak solat zohor.Hati berbolak-balik samada takut pada pensyarah atau Allah.
    Akhirnya saya tawakal…sy solat n ponteng kuliah.
    Kebetulan apa yg diajar hari tu,keesokan hari diadakan test n sudah tentu saya fail.

    Pensyarah panggil saya n marah,tanya samada sy tak paham ke apa yg di ajar semalam.
    Saya jawab,saya tak datang kelas semalam.
    Pensyarah tak percaya kerana dia kata dia nampak saya dalam kelas sedangkan sy diketika itu ada dlm bilik mgerjakan solat.
    Dia tetap mgatakan saya ada walau student lain telah mgesahkan memang saya tak datang.
    Akhirnya dia tak marah n beri peluang kedua utk saya wat test setelah saya mceritakan kenapa saya tidak hadir kuliah.
    Maha Besar Allah..itulah keajaiban yg Allah tunjukkan pada saya.
    Utamakan Allah dulu dari yang lain.


    SUBHANALLAH….ALLAHU AKBAR!!

    terima kasih atas perkongsian pengalaman ini SITI HAWA!! toche toche

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    ahmad sinar Reply:

    @Siti Hawa, assalamualaikum..menarik cita siti,harap kita semua pn sentiasa amalkn ayat kursi semoga dapat manafaat untuk kita dan semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. salam..

    saya selalu mengamalkan ayat kursi ni tiap kali slps solat..walhal tak tau apa fhadilatnya yg sbnar..sy amalkan sbg perisai daripada gangguan syaitan & iblis..

    sy nak tau 9 tpt perlu berhenti ..ketika mbaca ayat kursi ni..?


    OCEAN…
    saya pun tak tau 9 tempat berhenti tu…
    saya dah tanya pada Puan Saffiah…
    nanti kita akan cuba dapatkan feeback dari dia ok…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Assalaamu…

    Masya’ALLAH. Inilah yang dikatakan “*PENGHULU SEGALA AYAT*”

    Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki meninggal dunia, kemudian saudaranya bermimpi menemuinya. Saudaranya itu pun bertanya, “Wahai saudaraku, amal apakah yang lebih baik di sana (akhirat)?” Kemudian dijawab, “Amal yang lebih baik ialah membaca Al-Quran.” Kemudian saudaranya itu bertanya lagi, “Maksud saya Al-Quran di bahagian mana?” Lalu dijawab, “AYAT KURSI”.

    Kalau nak diperincikan mengenai Fadhilat Ayat Kursi ini bersumberkan dari Al-Quran & Hadis2 serta pengalaman para salihin/salihah, nescaya tak tertulis kita sehingga habis kesemuanya sekali.

    Antara yang sering dijadikan amalan oleh para alim ulama’, kiyai2 & para pahlawan & pejuang handalan Islam dahulu kala, ialah Amalan Ayat Kursi yang dinamakan sebagai Kursi 7 atau, Kota Kursi, atau Kota Besi dll.

    Kaedah Petua beramal dengannya juga berbeza-beza, mengikut cara yang diijazahkan oleh Guru2 masing2.

    Ada yang petuanya dibaca 7x. Bacaan pertama hembus kanan, kedua kiri, ketiga depan, keempat belakang, kelima atas, keenam bawah & ketujuh sedut/tarik satu nafas melalui hidung (simpan dalam dada).

    Ada yang tidak guna petua hembus & sedut satu nafas itu , tetapi dengan kaedah berdoa setiap kali selesai satu bacaan. Habis bacaan pertama, niatkan/berdoa “Ya ALLAH, jadikanlah di hadapan ku, keluargaku, hartaku & segala urusan ku, KOTA BESI yang tiada upaya dikhianati oleh iblis, jin, manusia & haiwan”. Begitulah seterusnya, keua belakang, ketiga kanan, keempat kiri, kelima atas, keenam bawah. Bacaan ketujuh, hajatkan/berdoa “Ya ALLAH, jadikanlah setiap urat, sendi, tulang, kulit & liang bulu romaku, KOTA BESI yang tiada upaya ditembusi oleh nafsu amarah yang didalangi oleh iblis & syaitan”. Diakhiri dengan Selawat.

    Dan pelbagai kaedah & petua yang lain-lain lagi.

    Wallahu’alam…

    Wassalaamu…


    tuan AMIN…

    terima kasih banyak atas perkongsian ILMU yang sangat BAGUS ini.
    insyaAllah semoga kita semua dapat amal…

    itu yang penting,
    ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  6. sememangnya amalan membaca ayat-ayat Quran mempunyai banyak fadilatnya.
    Saya juga ada pengalaman utk dikongsikan.
    Semasa dlm tingkatan 5 saya ulang alik ke sekolah menaiki bas sekolah.
    Satu pagi bas telah tiba agak awal dari kebiasaan iaitu dlm kul 6.30 pagi.
    Kebetulan pagi tu saya terlambat bangun dan tergesa2 utk bersiap serta solat subuh.
    Semasa tengah bersiap saya sudah dengar bas yang melalui depan rumah saya..
    dlm kelam kabut itu saya membaca Yasin didalam hati dan berdoa agar dapat kejar bas tersebut..
    hanya 2 potong ayat sahaja saya baca tiba2 saya dengar bas seakan2 mati enjin
    sedangkan bas sudah hampir 50m melepasi rumah saya.
    Dengan lantas saya kejar bas tersebut alangkah syukurnya rupanya dengan kuasa Allah bas tiba2 terhenti enjinnya.
    Selepas menaiki bas tersebut dalam 5 saat enjin bas sekolah tersebut hidup kembali.
    Saya syukur teramat sangat dan AMAT YAKIN JANJI ALLAH KEPADA MANUSIA YANG YAKIN PADA-NYA. .

    Satu lagi ingin saya kongsikan ttg pengalaman di bulan puasa masa itu ketika saya menunggu result SPM
    yang dijangka keluar tidak lama lagi…
    saya merasakan malam tersebut adalah Lailatulqadar kerana langit begitu cerah dan bersinar.
    Tengah nyenyak tidur saya merasakan tiba2 kaki saya digerakkan seolah2 dikejut daripada bangun.
    Saya tak pasti samada saya mimpi atau di alam realiti.
    Dalam “khayalan” tersebut saya seolah2 diberi gambaran result yang saya dapat
    dan jurusan yang bakal saya ambil di menara gading nanti..
    “khayalan” tersebut memberi gambaran ttg masa depan.
    Selepas itu saya mcm tersedar dan berpeluh..
    selama ini saya tidak pernah berpeluh dan menjadi amalan saya sebelum tidur utk membaca Alquran.
    Keesokannya saya tidak endahkan apa yang saya alami dan tidak diceritakan pada orang lain.
    Selepas result SPM keluar mmg ternyata mimpi tersebut adalah betul
    dan saya dpt masuk IPTA dengan jurusan yang telah digambarkan.
    Terdetik dalam hati saya betapa Allah itu Maha Berkuasa dan Penentu segala.
    Seperti ditakdirkan saya digambarkan menjadi seorang peguam
    dan hingga kini saya memang seorang peguam walau saya elak dan apply jawatan lain tapi setakat hari ini semua tidak dapat
    dan peguam masih lagi jd profesion saya.
    Saya terfikir ini mungkin takdir yang telah ditentukan.

    Wallahualam


    Addil…

    alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian pengalaman ini.
    Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR!!
    ALLAHU AKBAR!!!

    sama2lah kita amalkan ilmu yang kita ada.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam,

    9x berhenti di setiap tempat yang ada tanda waqaf, kesemuanya ada 9 tempat yg dibolehkan berhenti.

    Wassalam.


    Salam Kak Saffiah…

    terima kasih atas penerangan.
    saya dah faham.
    insyaAllah, mari kita semua sama2 amalkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. penganlaman sy ni lain ckit..sy selalu bermimpi di ganggu pontianak semasa tidor…melebihi dari satu kali…yang peliknya sy berlawan dengan pontianak tersebut setiap kali bermimpi….saya baca surah 3kul surah al_fatiha x kalah pontianak 2….yang peliknya saya baca ayat kursi ni hilang syaitan 2….sampai skrang sy masih bermimpi pekara yang sama….yang terbaru saya mimpi pd 8/2/09…kalau ada pendapat woi je kat aku….salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    ade Reply:

    @isham idris,

    SAKA keturunan ko kot…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zamsherie Reply:

    @isham idris,

    Pontianak berkenan la kot…he he

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    MOHD ZAIN Reply:

    @isham idris, Saya pernah mengalami mimpi yang hampir sama. Bila saya bacakan Ayatul Kursy & hembus kepada mereka (lebih kurang 30 orang), tubuh mereka hancur berserakan…pecah berkecai. 2 kali saya mengalami keadaan demikian. Syukur di atas pertolongan tuhan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  9. pernah dulu ayah saudara saya bercerita ttg amalan ayatul kursi..awalnya die pnah bantu seseorang yg sakit di hosp mentakab pahang..kmudian org tua tu bgtau yg dia takde ape nak diberi upah selain hanya berpesan utk amalkan ayat kursi.(kiraannye dlm waktunya sy dah lupe).kemudian ayah saudara saya terus mengamalkannya semenjak ari itu..
    nak di jadikan cerita,ayah saudara saya adalah seorg pemain tinju siam(muay thai) satu ketika dulu..kemudian ada satu perlawanan tu dia menjadi juara dgn senangnya.(memang kerap mnjadi juara pun) kemudian pihak lawan tidak puas hati..mereka membawa rakan2 tomoi yg lain utk menyerang ayah saudara saya dgn beramai ramai..dan yg nyatanya..Hampir 10 org yg menyerang dier rebah dgn teruk..Bile di tanya pada ayah saudara saya,dia hanya katakan yg die tak menyerang pun,hanya mempertahan kan diri shj..org lain tak percaya dgn die..! sehingga abg dari ayah saudara saya mengatakn yg die sendiri melihat dgn mata kepalanya yg ayah saudara saya sendiri menjatuhkan kesemua lawannya di dpn org ramai..!! Begitu juga kisah pada abg saya yg mengamalkankannya dlm lebih kurang 10 thn yg lepas..! die di hentak oleh helmet org dua org pencuri motosikalnya..tetapi beliau tidak merasa kesakitan sedikit pun..!
    Subhanallah..! Allah turunkan Al-Quran ni bukan sekadar cerita disebaliknya..malah Fadhilat n Khasiat yg ada di dlmnya..marilah kita sama2 mengamalkannya..insyallah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Salam,

    Isham, saya rasa tentang mimpi tu eloklah rujuk kepada ulama’ contoh : Prof Harun Din, boleh pergi ke Darul Shifa’ di Bangi, insyallah mungkin beliau boleh bantu saudara, insyallah.

    Wassalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. slm buat semua khas isham,pengalaman saya pelik hati saya gelisah rasa bagai disentap-sentap mcm kna sihir krn orng dengki dan x berpuas hati dgn saya yang asyik bertukar syarikat MLM ,cara mengatasinya banyak ayat al Quran di baca juga doa-doa tetapi hati tetap gelisah x selesa dibuatnya, hati x senang tak tau sebab siapa dan mengapa cuma tiba-tiba x senang duduk selama seminggu, hanya tuhan tahu deritanya saya waktu tu, IzinNYA jua saya cuba baca 33 kali ayat al Qursi, taqdir Allah hati yang resah gangguan itu hilang tiba-tiba, Ya Allah rupanya ayat qursi mematikan sihir manusia. Pengalaman ke dua, saya dipanggil oleh bos saya, 3 kali dia mencari saya, saya tahu itu serius dan saya tahu dia akan marah menurut kata kawan kerna cara dia bercakap, saya berjumpa dia dengan pasrah dan redha sambil berjalan mulut membaca ayat qursi, hairan dan ajaibnya, bila saya jumpa dgn. bos , dia senyap terus dan x jadi marah ,pelik saya dibuatnya amarahnya boleh dihilangkan rupanya hebat makhluk menganggu dia (syaitan ) tetapi akhirnya mati dibunuh ayat qursi yang saya baca cuma sekali shj. pengalaman ke tiga. sewaktu anak menangis secara tiba-tiba lalu saya baca ayat qursi 1 kali shj. maka tiba-tiba anak berhenti menangis, ayat ajaib ini wajib di baca 2 kali sehari, sekali lepas subuh dan sekali lepas maghrib, semoga kalian dlm perlindungan Allah jua.Amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. salam.. ayah saya pernah memberitahu saya.. ayat ke 9 surah ini boleh juga digunakan sebagai ayat pelindung dr kejahatan.. tapi yang pasti ayat2 al-quran itu sendiri merupakan pelindung sekiranya kita mengamalkannya.. apabila kita selalu menbacanya.. maka ia akan menjadi sahabat kita.. jadi sahabat sudah tentu akan melindungi sahabatnya.. ALLAH lebih2 lagi akan melindungi hambanya yang sentiasa mengingatinya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Kepada saudara yang bertanya tentang kenapa ada tanda merah di dalam ayat kursi itu? Jawapannya mudah sahaja.
    kalau kita lihat kalimah pertama yang bertanda merah itu ialah Allah.Kita semua tahu bahawa tuhan kita adalah Allah.Cuba kita lihat pula kalimah yang kedua bertanda merah iaitu kalimah huwa.Apa maksud huwa itu? Sebenarnya kalau kita ada mempelajari bahasa arab maksud huwa itu ialah dia.Jadi di dalam ayat kursi tersebut kalimah huwa itu maksudnya dia.Tapi dia itu siapa? Tak lain ialah dia itu Allah azza wajalla.
    Ianya bertanda merah mungkin kerana kalimah tersebut ialah bermaksud Allah….Wallahu a’lam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. saya pun nak kongsi pengalaman saya,
    satu ari tu saya nak balik rumah lps kerja. jiran tumpang keter saya. saya stop kat stesen minyak utk solat maghrib..lps solat maghrib hati saya x tenang/gelisah tapi saya still baca ayatul kursi dlm ati. saya teruskan perjalanan & tiba2 jiran saya menjerit dgn kuat nama saya. saya terkejut sbb depan keter saya ada lori yg mengundur dari bahu kiri jln & x de lampu belakang plak.mmg gelap x nampak apa..lampu jln pun x ada..bayangkan. tiba2 tangan saya terus pusing stereng keter ke arah kanan dgn laju & jiran saya rebahkan badan dia ke arah saya. keter saya langgar belakang lori yg mengundur tu terus saya berada di lorong plg kanan jln & kebetulan x ada kenderaan dari arah bertentangan. keter saya mmg kemek dari depan belah kiri ke belakang.saya terus park keter kat bahu jln belah kanan.mmg terkedu, jiran saya bersyukur sgt sbb dia x cedera kena cermin yg pecah. Allah Maha Besar sbb menolong saya waktu itu. Itulah keajaiban yg saya ingat sampai bila2.kalau x saya & jiran mmg dah x da kat dunia ni. masa bawa keter ke balai polis.ada org tanya samada ada org yg cedera atau tak sbb kadaan keter mmg rosak teruk.
    satu lagi. kaw rumah saya sering ada pencuri. rumah jiran2 saya semua dah dipecahmasuk sampai ada yg 3 kali kena masuk pencuri kecuali rumah saya. saya mmg amalkan ayatul kursi dgn niat minta Allah selamatkan dari pencuri dan yg sewaktu dgnnya. sesunguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui & Maha Pemberi Pelindung.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. salam….

    memang benar,di ayat yg akhir ulang 3 kali atau bilangan ganjil,.wala yauduhu hif zuhuma,wa huwal alilyyul `azim,kalau blh keraskan nada suara itu,bkn apa utk segera hilangkan rasa takut.
    byk fadhilat ayat kursi ni,.amalkanlah setiap kali slps solat fardhu. insyaallah,anda sndiri akan dpt merasai kesannya..

    *slps bagi salam,baca asthafirullah halazim 3x.
    baca selawat 3x.
    kemudian baca al-fatihah 1x
    lps tu baca ayatul-kursi 1x.

    mohonlah apa yg dihajati.insyallah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ema,
    terima kasih atas perkongsian ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. cuba bukak laman web ini…
    byk fadhilat alquran yg ada…

    http://kitab.junjungan.net/index.html

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Nor Azeana Bt Hj Ramli Reply:

    Salam Perkenalanan semua
    Insyaallah akan saya amalkan ayat kursi ini,Ye masa di sekolah dahulu uztazah saya menggalakkan murid2 nya mengamalkan ayat kursi ini.Tp skrg aduhhhh alpanya saya…….bila berfikir.inilah kesan nya kalau kita jarang mengingatinya…………….,kpd hamba allah mari la kita sama2 membacanya..amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. Peristiwa ni berlaku tahun 2007..Pada satu hari tu cuaca sangat mendung, pak mertuaku pulak tak sihat selalunya dia yg hantar anak saya ke sekolah agama so saya terpaksa excuse sebentar dari office start motor balik ke rumah dgn tujuan nak hantar anak ke sekolah krn hari tu exam. Kat Johor ni klu tak pass exam final skolah agama tak boleh naik ke darjah yg selanjutnya tahun depan..saya mmg dah lama percaya fadilat ayatul kursi ni so masa atas motor dari office sampai umah nak amik anak.. saya baca ayatul kursi tak henti2…dgn kuasa tuhan walaupun cuaca mendung gila tapi tak hujan..adala turun setitik dua tapi macam ada yg menahannya dari turun..on de way ke skolah agama ada pulak polis buat roadblock tahan motor/keta yg langgar lampu merah..saya pulak tergolong di kalangan org yg langgar lampu merah tu..tapi polis tu tak tahan saya pun..dia suruh proceed jalan terus, ada 2,3 kenderaan lain di tahan tgh kena saman..Subhanallah..Jarak ke sekolah agama tu agak jauh dalam 10 km namun dgn kuasa Allah saya berjaya hantar anak saya dan sempat balik semula ke office tanpa berhujan, sampai office tak lama hujan turun selebat-lebatnya..anak saya tadi pun dah pass exam dia dan dapat naik ke darjah 4 tahun depannya..sampai skg saya terus amalkan baca ayatul kursi, Amanarrasul, Ayat 1000 dinar, Laqadjaakum dan 4 Qul sekurang-kurangnya diulang 3 kali setiap pagi on de way ke office. Anda cubalah dan Insyaalah akan terasa kesannya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    yazs Reply:

    @ymydman,

    Saya pun ada 1 pgalaman ajaib dgn Ayatul Kursi ni…

    Ibu saya selalu macam tak puas hati dgn saya kerana dia tak suka saya bekerja sendiri menjadi ejen takaful, dia suka saya makan gaji seperti adik-beradik saya yg lain. Tapi ibu saya tak faham kalau makan gaji tu terikat dgn waktu ofis dan dgn deadline so kerja kena overtime nak meet deadline tsebut. Pergi sebelum matahari terbit dan pulang matahari pun dah tak nampak dah terbenam. Penatnya Tuhan shja yg tahu kena kejar berebut koc keretapi atau kena sangkut dlm jem jalanraya kalau bawa kereta sdn.

    Saya kerja sendiri masuk jam 10.30AM d ofis sendiri. Saya masuk lambat krna saja nak tolong ibu menyapu, mgemas rumah, cuci pggan, laundry dan masak nasi dulu sebelum saya bersiap ke ofis saya. Sempat lagi solat dhuha dulu 10AM sblum g ofis jalan kaki 5min dah sampai. Tapi ibu saya masih tak hargai saya dan selalu merungut dan membanding kerja saya gaji tak tetap tak seperti adik-beradik yg lain semua gaji tetap.

    Suatu hari saya pun berpuasa 3hari berturut-turut dari hari rabu hgga jumaat. Ptg jumaat tu semasa di ofis saya pun membaca al-quran dan sedekahkan al-fatihah & ayatul kursi utk arwah atuk-nenek dan ibubapa saya sekali (walaupun ibubapa saya masih hidup, biasanya saya sedekah pada yg arwah2 shja). Saya baca ayatul kursi 7x dan pada akhir setiap ayatul kursi itu saya sambung dgn Asmaul Husna “Ya-Wadud” 3x (supaya dikasihi oleh semua insan); “Ya-Razzaq” 3x (spya murah rezeki); “Ya-Muiz” 3x (spya diberi pangkat); dan seterusnya lain-lain Asmaul Husna yg bersesuaian dgn hajat saya.

    Masa saya asyik membaca ayat2 tu dalam jam 5.30pm selepas solat asar, tiba2 saya dgr pintu cermin seperti diketuk orang. Saya pun berhenti membaca dan menjenguk keluar bilik saya. Ingatkan pelanggan atau jiran sebelah yg datang, rupa2nya ibu saya yg tercegat diluar pintu cermin! Dia datang dgn berjalan kaki sambil membawa payung takut hujan! Terkedu saya kerana ibu jarang nak dtg jenguk saya walaupun ofis saya 5minit je jalan kaki drp rumah. Biasanya kalau ibu dtg pun mesti tumpang kereta ayah atau kerana ada hal dia nak beli kuih atau makanan dari kedai kek atau restoran sebelah, bukannya kerana saya sebab dia tak suka saya berniaga sendiri.

    Saya tanya ibu mengapa dia sanggup jalan kaki dtg ofis saya? Dia kata dia teringat2 kat saya dan rasa nak jenguk saya di tempat kerja saya. MashaAllah! Besarnya ayat2 Allah dan nama2 Allah, sehingga ibu saya yg selalu mencuka tiba2 rasa rindu nak jumpa saya di ofis, sedangkan saya biasanya akan balik dalam 6.30pm, iaitu dalam masa 1jam saja lagi. Itulah cerita pengalaman saya dgn Ayatul Kursi dan Asmaul Husna. SubhanAllah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    MOHD ZAIN Reply:

    @yazs,

    Satu pengalaman yang sungguh menarik. Mengamalkan 7x seperti yang puan amalkan + asmaul husna, saya lakukan seepas subuh, asar & Isyak. Asma yang saya gunakan Subuh (Ya Aziz 3x), Asar (Ya Jabbar 3X), Isyak (Ya Muiz 3x). Semoga member manfaat yang besar.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. salam…
    Saya juga ingin berkongsi pengalam tentang fadilat amalan bacaan ayat kursi. Dalam hidup, saya mengamalkan bacaan al-fatihah, 3 kul dan ayat kursi dan dihembus ke tapak tangan terus di usap dari kepala hingga ke kaki sebelum tidur. Selama 4 tahun yang berlalu di datangi mimpi yang aneh. Dalam mimpi tu saya di hampiri kegalapan yang amat hitam dan gelap dan saya rasakan bahawa yang menghampiri saya adalah sihir yang amat membahayakan. Saya membaca ayat kursi berulang-ulang kali (berlawan dengannya) sehingga terjaga dalam keadaan kepenatan. Sehingga pada suatu malam saya bersolat hajat memohon petunjuk dari Allah siapakan yang akan mengkianati saya. Namun kali ini saya benar-benar telah mengampunkan sesiapa sahaja yang mengkhinati saya seandainya betul apa yang emak saya sangkakan. Hati saya menjadi begitu tenang kerana kesedihan yang saya lalui telah hilang dan yang ada hanya KETENANGAN,,,… Malam berikutnya saya di datangi dengan mimpi yang sama, tetapi sedikit berbeza keran kali ini saya tidak mahu membaca ayat kursi kerana saya masih dalam ‘period’. Di belakang saya semua keluarga ada bersama dan mendesak saya membacanya dengan niat sebagai pelindung dan saya akan melihat siapa yang mengkhianati saya. Lantas saya membacanya berulang-ulang kali. Apa yang saya lihat dengan begitu jelas wajah seseorang dari kepala hingga ke aras dadanya menjerit kepanasan kerana api sedang membakarnya… lantas saya terjaga dan melihat wajah ibu yang secara kebetulan tidur di sisi saya.. Begitu insaf di hati saya kerana tidak pernah menpercayai kata-kata IBU adalah benar… hingga ke hari ini tiada berulang mimpi ngeri tersebut… Dari pangalaman ini begitu banyak mengajarkan saya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. assalamualaikum.

    saya ada jugak pengalaman di gangu benda halus masa time lepas sekolah dulu,jadi nk kongsi gn semua..pada malam2 saya ada jugak baca ayat kursi masa nk tidur 1kali…semasa saya tidur lena malam tu saya tiba2 terjaga dari tidur,dan bulu ruma tegak berdiri dan perasaan takut tiba2 datang tampa tau aper puncanya.

    jadi saya punya bilik mmg gelap sbb tutup lampu time tidur. jadi mata saya xnpk sangat aper2 benda dalam bilik time gelap tu cuma samar2 cuaca lampu jalan luar je masuk dari tingkap bilik. tiba2 mata saya tertumpu kat tingkap yg separuh tingkap gelap..bila di amati btl2 ” rupe2nya rambut yg panjang sedang ade luar tingkap sambil diterbangkn angin” untuk pengetahuan semua umh mak saya dua tingkat,jadi benda tu ats atap rmh.. dgn terperanjat dan takut saya terus baca ayat kursi 1x dan hembus ke tingkap yg ade rambut tu, tiba2 rambut tu dalam sekelip mata lari ke tepi tingkap…jadi tu lh citanya…mari lh kita amalkn sama2. ^_^

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. Ya Allah,aku brsyukr pdmu krna tlh membuka kpdku ilmu yg blum prnh aku dapati…Dan terima kasih kpd hamba2Allah kerna sudi berkongsi ilmu…Ya Allah bantulah hamba2 mu yg tlh memberikan ilmu ini kpd ku dgn izn mu,bantulah mereka dalam segala urusan mereka Ya Allah…amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. pernah ada org nak buat khianat kat sya. tapi syukur sgt sya terselamat. sebab org tu tersalah org. dia sangakan org lain tu adalah sya.pdhal time tu sya x ada pun kat tmpt kejadian sbb sya berada kat tempat lain. itulah berkat megamalkan membaca ayat Kursi stp hari..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. sememangnya banyak manfaat apabila mengamalkan ayat Kursi. sekiranya sudah menjadi amalan harian, hidup kita akan menjadi aman, hati menjadi tenang walaupun bermacam2 dugaan yang datang. tidak disangsikan lagi. amalkanlah membacanya sekerap mungkin daripada kita menggunakan mulut untuk mengumpat dan mengeji atau berkata2 yang tidak berfaedah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. saya pernah melalui waktu keadaaan sangat susah. tak ada beras dan makan minum terlalu susah kerana anak saya sakit…berulang alik ke hospital. trpaksa berhenti kerja.. dan suami buat bisnez tak dapt payment. saya amalkan ayat kursi dgn penuh yakin setelah terbaca fadhilatnya dari sebuah
    buku. alhamdulillah dalam beberapa hari saya ditemukan dgn seseorang di hospital yg mengajak saya berniaga kecil kecilan. alhamdulillah sy berniaga sambil tunggu anak kat hospital. habis satu hospital jadi customer . pendapatan saya bulan pertama selain untung runcit… bonus yg di bayar oleh syk mlm hampir 17 ribu. modal upline bagi. sy kata sys susah yg ada hanya air liur. jadi saya jual brg bermodal air liur yg allah beri. alhamdullilah. allah maha kaya setiap yg berlaku ada hikmahnya. mulai dari situ saya mengenali dunia perniagaan. hingga hari ini ayat kursi tetap saya amalkan. bukan itu sahaja pernah kedai saya di hantar brg misteri oleh seseorang dan barang yg di hantar itu tergolek di tepi longkang dan sy selamat alhamdulillah . begitu juga waktu saya sedang memandu di shah alam sebuah lori terjatuh kotak kayu . beberapa kereta accident kerana mengelak kotak kayu yg jatuh. hampir 3 biji kereta remuk. saya betul betul berada di sebelah lori selamat tanpa sebarang musibah. sub hanallah itu lah kebesaran allah. amalkanlah …ibuk..bapak..anak..anak.. sejak itu saya ajarkan anak anak baca ayat kursi. umur 6 tahun dan hafal. sebelum pergi sekolah saya wajibkan anak-anak baaca ayat kursi. untuk perlindungan mereka. sekarang ni… kisah rogol dan kejahatan manusia ada dimana-mana. jadikan ayat kursi sebagai perisai perlindungan mereka. insyaallah…mudah-mudahan bertambah iman anak kita dan terjauh dari gejala sosial yang menakutkan dan kejahatan dunia dan akhirat. kita tawakal dan kita berserh amin

    puan nor okinawacoral@yahoo.com kongsikan pengalaman anda di email saya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. Assalamualaikum..

    Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan ayat kursi ini..
    Dulu, sejak kecil saya sering “di tindih” benda halus semasa sedang tidur..ketika itu kita akan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Assalamualaikum..

    Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan ayat kursi ini..

    Dulu sejak kecil,saya sering “di tindih” benda halus semasa sedang tidur..ketika itu kita akan berasa badan kekejangan dan x berupaya utk bergerak walaupun sedikit..sampai berpeluh2..kadang2 satu malam tu ia berulang2..

    Bermacam2 petua yg org bagi..ada yg sarankan gerakkan ibu jari kaki semasa “di tindih” namun tidak berhasil..saya juga baca ayat2 suci alquran semasa kejadian…namun sama juga..

    Namun sejak saya amalkan petua ini,tiada lagi ganguan semasa tgh tidur :-

    (sblm tdo, duduk di atas katil..kemudian baca al-fatihah,3 kuL dan ayat kursi dan tiup pada kedua tapak tangan lalu diraut @sapukan pada kepala sehinggalah ke tapak kaki..)

    insyaallah kepada sesiapa yg amalkan petua ni terhindar dari sebarang ganguan semasa tidur..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. Assalamualaikum,
    Tertarik dengan kisah pengamal ayat kursi ni…. sebenarnya saya pun mengamalkan ayat kursi sepanjang membawa kereta atau motosikal ke tempat kerja atau kemana saja saya pergi. Dari mula naik kenderaan hingga sampai ke tempat dituju saya akan sentiasa membaca ayat kursi.

    Satu hari saya membawa motosikal dalam perjalanan balik ke rumah sambil membaca ayat kursi, tak semena-mena sebuah kereta dengan tiba-tiba melencong dari arah kanan dengan lajunya melintas depan saya untuk masuk ke lorong disebelah kiri saya. Dengan serta merta saya membrek motosikal tetapi disebabkan terlalu dekat motosikal saya merempuh kereta itu.
    Yang saya perasaan masa tu saya sedang membaca ayat kursi dan saya lihat rempuhan tayar depan saya benar kena bahagian sisi tengah tayar kiri kereta itu. Bagaimanapun saya dapat mengawal motosikal saya dari terjatuh ditengah jalan dan saya bersyukur kerana walaupun brek kecemasan dalam jarak terlalu hampir, saya tak terbang seperti mana biasa pelanggaran motosikal. Selepas itu saya mengekori kereta yang saya langgar itu dan melihat kerosakan kami. Saya tidak jangka hanya penghadang depan tayar dan sepit udangnya yang terbengkok sedangkan tayar depan dan sport rim langsung tak terjejas.
    Alhamdulillah saya selamat dengan kerosakan kecil yang melibatkan kos RM 100.00 yang dibayar oleh pemandu kereta tadi cuma bahagian bahu merasa sengal-sengal kesan menahan hentakkan pelanggaran itu terasa selama seminggu lebih. Bagaimanapun saya bersyukur kerana ianya bukan kecederaan parah – biasalah kalau sengal-sengal badan tu.
    Oleh itu saya sangat syorkan amalkan bacaan ayat kursi ni sepanjang bawa kenderaan kerana saya telah banyak kali semasa membawa motosikal ke tempat kerja mengalami keadaan berbahaya yang hampir mengakibatkan kemalangan tetapi syukur alhamdulillah diselisehkan oleh Allah dengan jarak sedepa dan kadang kala tercepat atau terlewat 5 – 10 saat………. Allah menyelamatkan. Selalu bila terlepas dari hampir kemalangan saya akan segera ucapkan “Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan aku dari ditimpa kemalangan”. Sebab tu selalu-selalu amalkan ayat kursi tak kira berapa jauh jarak perjalanan kita. Insya’allah selamat dan kalau kena pun tak seteruk atau separah kecederaan atau kerosakan kita. Sekian.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. huhu..byk btol cecite psl ayt kursi niw kn,,cite sy plaq.sy amal kn ayt kursi niw sejak tdika lg..actualy sy niw blja xla pndy sgt..n sy cube bce ayt kursi 50kly dan tiup pd air hujan lalu diminum..alhmdulilah result sy ok..mse 2 sy berumur 9tahon.kpd sesape yg ad ank 2 ajarlah anak 2 amalkan ayt kursi..insaallah pembelajaran cepat tgkp dan mudah phm..

    sy pernah bermimpi pontianak dan dlm mmpi 2 sy bce ayt kursi dgn lancar sekali, dan sy ulang ayt wala yauduhuma sbyk 3kli lalu smbg ayt seterusnya dlm sekelip mata pontianak 2 terbakar,.subhanaallah..amal kn la ayt niw..insaallah setan2 tkot na gngu kite..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. Assalamualaikum warga blogger,

    Sy ingin berkongsi cerita tentang mimpi yang saya alami 1 hari yg lepas. Sy bermimpi saya, suami, adik lelaki sy, kakak sy dan kawan baik suami sy lepak di tepi tasik yg sangat tenang airnya. Pada waktu itu, suasana seperti dalam pukul 2-3 pagi, seperti berkabus dan sejuk sekali. Hanya suami dan kawan baiknya rancak berbual. Adik dan kakak sy hanya diam shj. Melihat keadaan cuaca semakin sejuk, jadi sy mengajak suami pulang. Ketika menaiki moto bersama suami, kami melalui satu lorong ditepi tasik, semak lalang menebal dikeliling lorong. dan ketika mahu keluar ke bahu jalan, saya lihat ada 2-3 ekor ular sawa sedang berlingkar tetapi tidak menganggu kami. Tetapi ada seekor ular berwarna biru (seperti biru api gas) menghalang laluan kami. Badan ular itu bercahaya biru dan mempunyai telinga seperti sayap naga. Ia menyerang kami, tetapi suami sempat mengelak, begitu juga sy, tapi ular itu patah balik dgn pantas dan menyerang leher kiri sy. Ketika itu juga sy terjaga dari tidur. Ular itu mengeluarkan bunyi seperti kicauan burung yg sedang bergaduh.Bunyinya nyaring sekali. Setelah terjaga, saya terus ambil air sembahyang, sambil membaca al-fatihah, Surah 4 Qul, dan ayat qursi dan sy berzikir (Laillahaillallah) sehingga tertidur. Semasa sy berzikir sambil pejam mata, sy masih melihat ular biru itu, tetapi badannye seperti terbelah-belah sambil mengeluarkan cahaya biru. Sy bertanya pada ibu sy, beliau mengatakan bhwa itu adalah Iblis @ Jin Azazil (yg dicipta dari api biru). Sy ingin skali tahu, mengapa Jin itu menganggu sy. dan masih tertanya2 hingga kini. Kemanakah perlu sy rujuk?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Intan,
    Sila rujuk sini ;
    http://cyberzul.jomniaga.com/go/1/pakarhowto?b=72

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. dulu saye pernah hilang ingatan dekat kawasan bonlay singapore, semuanye lupe hanye yang ingat ayat kursi lalu saye bace 1x mulai ingat name 2x mulai ingat kawasan 3x bace ingat semue saye sangat berterima kasih kapade allah dengan ayat kursi saye terselamatkan . amalkan ye sangat banyak keuntungannye pade diri sendiri wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @sulojaya,
    terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. Selain daripada mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran yang penting adalah usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa rahmat Allah tidak akan mampu dihitung oleh sesiapapun dan Allah Maha Berkuasa akan tiap-tiap sesuatu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam