Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia Facebook dan 8 Cara Mengatasi Ketagihan Facebook

October 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Saya ada terbaca satu artikel yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Artikel ini adalah berkenaan dengan “ Bahaya nya Facebook dan 8 Cara Praktikal Bagaimana Untuk Mengatasi Ketagihan Facebook “.

Sila baca dan fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera.

Kita mempunyai pilihan, maka buatlah pilihan sebaik mungkin.

————————————————————————————————

Hentikan penjajahan minda & penghambaan kepada Facebook

Pada mulanya rasa agak aneh saya menulis pasal ini. Walau bagaimanapun saya mula merasa betapa pentingnya untuk menulis artikel sebegini rupa. Memang diakui saya ketagih facebook (fb) setiap hari, jam dan saat. Ia telah menjadi sindrom yang tidak sihat. Memberi kesan kepada gaya hidup seharian yang mana terpaksa bergantung kepada Facebook untuk apa jua status update. Apakah ini satu bentuk ‘slave’ penghambaan dan penjajahan minda atau ‘mind control’ era baru ? Saya membaca banyak rencana dan social networking site spt Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan lain-lain telah memberi kerugian kepada produktiviti negara seluruh dunia yang bernilai berbillion ringgit.

Malah Ustaz Zaharuddin sendiri pun telah mengingatkan tentang sudut bahaya facebook jika disalahguna termasuklah membawa dosa kepada diri dan juga kepada orang lain. Ini memang rasa mcm dah jadi kebiasaan pada rakan-rakan kita letak photo yang x menepati syariat dan disebarkan kpd seluruh ummat di dunia. Sama-sama berdosa bila kita lihat, komen dan membenarkannya. Nauzubillah…

Pengasas Facebook

Pengasas Facebook

Saya juga mengetahui keburukan fb ini ia digunakan oleh pihak CIA sebagai profile database dan mereka akan melihat latarberlakang kita serta pattern friends etc. Di samping melanggar privasi seperti alamat, no phone, email dan sebagainya. Bagi mereka yang menggunakan Blackberry sudah tentu lebih mudah ‘dimonitor’ oleh mereka yang mempunyai access di server Blackberry Messenger (BBM) di USA. Ini satu bentuk intipan (spying) terbaru yang turut direlakan oleh kita sendiri.

Usah terkejut… saya sudah mengetahuinya lama.. tapi masih menggunakan fb.

Malah fb juga ini bersikap totalitarian.. mereka boleh buat apa saja dengan profile kita dan boleh block, ban & disable account kita bila-bila masa tanpa notis. Saya dah alami ini pada Jun 2010 dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Dan jangan terkejut jika saya telah dibanned dari fb kerana mereka mengetahui pattern saya ini sebagai hacker dari Malaysia. Hahaha… nonsense.. I dont really mind about it.. tapi ketakutan pihak fb sehingga mengambil tindakan agresif disable account saya itu mmg x boleh diterima. Saya anggap sebagai satu bentuk totalitarian dan dictatorship. Apakah saya ini seorang rebel atau guerilla ? sedangkan kebenaran tentang keburukan facebook akan terdedah satu demi satu dengan sendirinya tanpa saya sekalipun…

Oklah apapun saya sediakan 8 cara mengatasi ketagihan Facebook supaya saudara saudari mampu melihat dunia sebenar daripada bergantung kepada fb ini semata-mata. Selamatkan privasi kita, maruah dan masa berharga.

Ketahui 8 cara ini :

1. Admit that you have a problem
Mengaku bahawa diri kita mempunyai masalah ketagihan Facebook. Dengan ini kita tahu puncanya, dan mengambil serius untuk menangani masalah ketagihan ini dengan lebih pragmatik. Ini langkah terawal untuk setting minda kita dan bersedia untuk mengambil tindakan seterusnya.

2. Write down exactly how much time you spend on each site
Sila monitor pattern pengunaan internet anda dgn jujur.. berapa banyak masa seharian anda melayari internet utk melihat facebook semestinya lebih lama dari site lain.. Jika ini berlaku maka anda mmg telah membazirkan masa produktiviti terbaik dalam hidup seharian. Saya pun dah alaminya, masa nak mula kerja tgk fb, masa nk makan tgk fb, masa nak mandi pun kene tgk fb dulu… ia satu bentuk ‘penghambaan’ terbaru moden dan licik. Bila kita monitor masa surfing ini maka kita dapat detect site mana yang paling lama dan kurang produktif.

3. Give yourself a set time of the day to visit
Tentukan masa untuk melihat fb selama beberapa minit sahaja. Ini agak sukar tambah lagi mereka yang ada access facebook tambah lagi melalui handphone. Namun jika saudara boleh berdisiplin untuk kuarantinkan masa facebook dan focus kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah itu lebih baik. Saya rasa facebook ini umpama umpan untuk kita membuang masa daripada dunia yang sebenar. Fantasi yang fatamorgana untuk membunuh masa berharga manusia setiap hari.

4. Turn off email notifications
Hentikan email notifikasi facebook updates yang akan menjadi penghasut supaya anda kembali buka facebook. Ia juga umpan yang licik. Saya sudah matikan fungsi ini sejak tahun lepas dan tidak terima lagi apa-apa updates daripada facebook supaya dapat mengehadkan tahap ketagihan. Dan sekiranya anda guna Gmail boleh guna fungsi filter email untuk mengasingkan email daripada facebook daripada masuk ke inbox. Saya sudah settingkan ia masuk ke dalam trash ! .. its all garbage.. :)

5. Meditate as soon as the thought arises
Oleh kerana penjajahan minda Facebook ini satu jenis perang psikologi, maka kita kene counter back dengan mindset yang lebih pragmatik. Apabila timbul rasa keinginan untuk membuka Facebook maka lihatlah implikasi Facebook yang memberi impak negatif kepada produktiviti kerja, prestasi menurun, membazir masa, wang dan emosi, malah mungkin membawa dosa atau menjadikan kita sebagai ‘slave’ hamba Facebook kena mengadapnya setiap hari… Meditate… berfikir dan bermuhasabah diri.. apakah di dalam dunia ini hanya hidup disebabkan adanya Facebook ? mari kita kembali kepada fitrah asal manusia.. lihat alam sekelling, family dan rakan-rakan realiti serta rasainya secara ‘live & real’ berbanding apa yang ada dalam Facebook. Kita akan rasa lebih tenang apabila dekati alam fitrah semulajadi berbanding dunia fantasi Facebook ini.

6. Get off the computer
Ini langkah yang drastik. Sukar bagi saya nak explain sbb dunia saya sepenuhnya dengan komputer dan internet. Walau bagaimanapun, jika mahu hentikan ketagihan Facebook kita perlu praktikkan utk jauhkan diri daripada computer seketika. Mungkin aktiviti outdoor bersukan, bersosial dan networking secara face to face maupun lihat movie etc.. Saya juga sedang fikirkan bagaimana utk hentikan ketagihan facebook di samping ketagihan internet sekaligus. Ia memerlukan perancangan yang rapi.

7. Write down what you used to do before Facebook
Ini macam satu To-Do-List untuk menggunakan Facebook dengan lebih praktikal. Jika guna untuk advertising atau marketing maka focuskan kerja-kerja sedemikian sahaja. Elak main games atau buang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dalam Facebook. Listkan dalam 10 point utama utk sehari dari pagi sampai malam. Jika sudah sampai target maka tutup facebook dan kembali ke dunia asal. usah terbuai dengan fantasi Facebook.

8. Block the sites the REAL way
Sekiranya anda sudah mampu untuk membebaskan diri daripada penghambaan kepada Facebook maka boleh block sepenuhnya dengan teknik Hosts di Windows seperti di bawah :

Click START and then select RUN. In that box type notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts. A neat little Notepad will appear with a bunch of computer jargon on it. Scroll down to the last line of that code and type 127.0.0.1 facebook.com. After that Facebook will never show up on your PC again. You can substitute the domain for any other domain that you do not want to view.

KESIMPULAN
Ketagihan Facebook jika tidak ditangani dengan baik akan membawa lebih byk mudarat daripada manfaat. Saya sudah lihat banyak kes perceraian dan pembunuhan berkaitan dengan Facebook. Ada lelaki yang mengaku single sedangkan dah berkahwin dan bila terkantoi dengan isteri mulalah rumahtangga goyang dan akhirnya bercerai. Manakala kes pembunuhan di luar negara dan pedophiles juga meningkat apabila anak-anak perempuan kita secara terbuka mendedahkan maklumat peribadi dan memudahkan orang lain mengambil kesempatan utk merogol dan membunuh. Ini satu bentuk ancaman yang merbahaya.

Saya sebagai Internet Marketer dan juga sebagai webmaster tidak dapat menolak kemungkinan ketagihan ini akan merebak luas di Malaysia. Semua orang ada Facebook dan terang² CIA menggunakannya utk menyiasat dan mengintip identiti kita dari pelbagai sudut. Privasi sudah dilanggar dan saya sudah dibanned serta disekat utk access Facebook sebelum ini tanpa notis. Ini cukup tidak adil, dan tiba masanya kita perlu menggunakan Facebook dengan cara yang lebih sederhana. Hentikan ketagihan Facebook dan hiduplah secara normal di alam nyata. Kembali pada fitrah dan bebaskan diri daripada penjajahan minda serta penghambaan kepada Facebook.

Selamat maju jaya.

Artikel di tulis :  Saudara Fahmy (www.RahsiaEbiz.com)

.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

16 Comments to “Rahsia Facebook dan 8 Cara Mengatasi Ketagihan Facebook”


  1. sumaiyyah says:

    salam,
    Alhamdulillah Allah masih myayangi kta agar tdak terus leka melalui nasihat saudara penulis…kembali la ke dunia sebenar tanpa di buru bayang2 fantasi
    wallahu a’lam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. assalamualaikum. terima kasih saudara atas blog yg cukup memberikan pengetahuan. sebenarnya saya telah cuba untuk gunakagoogle translate untuk translate kan topic ni dan emailkan ke website saya untuk disharekan bersama kawan2. tapi saya gagal. minta saudara boleh membantu kerana artikel ini amat berguna. terima kasih. wslm.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Alhamdulillah,terima kasih banyak2 pada penulis,syabas .Ini memberi satu kesedaran pada saya ,dan harap kepada yang lain2 juga.Amin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. saya pun pernah mengalami masalah yg sama juga.. ketagih fb, boleh menghilangkan fokus pada kerja yg lain.. untuk menggelakkan.. kita mesti fokus pada kerja yg ingin dilaksanakan, tgk fb jgn smpai lbh dari 5 minit, tgk bila perlu saja, sy suka guna fb untuk cri org, kwn2, shbt2 IM, sbb mmg kbykn mereka ada di sana. sy pun ambik tindakan yg sama, kalu email fb sy spamkan, jd dia msk spam box, x msk inbox lg.
    .-= suellaz´s last blog ..Hebatnya puasa ! =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. tq for the tips…ngah bc blog ni pn smbil bukak fb..huhu…tp alhmdulillah,stakat blh cntrol lagi.xdk la kemaruk sgt kt fb..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Terima kasih, ketagihan facebook memang bahaya…^__^
    .-= Alessandro´s last blog ..Silat Lagenda VS Street Fighter =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Alhamdulillah …setakat ni masa x cukup untuk open FB…wasting my time….bagus lipat kain, menyapu…ada hasil lagi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. bibi hasbi says:

    sye stju sgt ble sndra mngtakan bhwa fb mmberi effect kpda prduktviti krja kite…cntoh yang jelas yang dpt sye kongsi bersama ialah keputusan exam sye.so bad!!!!!!sye cbe untk cri dimne silapnye sbb sblm ini x de la smpai truk sgt.ape yg bleh sy gmbarkan tntg diri sye pd wktu itu mcm x bleh hdp tnpa fb,bleh katakan the whole day, sye akn hbiskan mase kt dpn lptop.lastly,sye delete accout wlaupn kberatan untk brbuat demikian.Alhamdulllh,smpai ari ni,sye bleh jlni hdp ni tnpa fb,n harap2 x akn ktagih lagi untk mse2 yg akn dtang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. trima kasih atas info ini, aku skrg sdg elak dr berfb.. mmg sgt memberi kesan kpd produktiviti kerja… shga kje byk tertanguk dgn mlayan fb, lebih elok dr layari web yg memberi info n menfaat utk mengisi minda…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Info yang sangat penting dan bermanfaat…
    .-= Mr IQ´s last blog ..PERSIAPAN AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. ct maliha says:

    jarang2 bukak fb.. bila betul2 free baru bukak.. senang cari kawan2 lama kat fb ni.. taip je nama, dah jumpa.. boleh eratkan silatulrahim, agak2 la guna jangan sampai kena banned dan ketagih dah le..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. apa yg menarik sgt ada fb???
    nothing…
    yg sya perhatikan…semuanya brlumba2 pamerkan apa yg dia ada means sejauh mana tahap kekayaannya…tahap kesosialannya…tahap kecantikan rupa yg dia ada…semuala…boleh membuatkan seseorang jadi riak and brlagak dgn apa yg dia ada…huhuhu…sedangkan bukannya hebat mana pun…opsss….trlebih sudah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. ashabul kahfi says:

    hentikan facebook segera !!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    13
  14. me,myself and I says:

    betul..banyak tak baik dari yang baik….saya pn dulu ketagih game FB tp bila sesuatu yang berlaku saya trus deactivate….. tak mahu sesuatu menganggu kehidupan realiti

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. anyman kawaii says:

    nak mitak izin nak share, boleh?
    :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. yup . fb memang da ramai yang ketagih sekarang ni and yg paling teruk budak tadika pun dah ade fb . risau juga sebab fb ni yelah bukan je bnd baik kita bole share tp bnd buruk pun kite bole share . kalau bnd baik tkpe lah sbb bnd tu bagus kalau bnd buruk and yes i admit aku pun mmg hari hari on fb tp tk berjam jam dr pg sampai malam . cume haha bazir masa jugak lah hadap je fb tu kan . so yg ni aku mungkin bole try . thanks for info yaww (=
    gemok´s last blog post ..Lelaki tidak pernah mandi . Masam woo !

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11