Rahsia disiplin dalam solat

Kalau kita amati betul-betul, dalam ibadah SOLAT yang Allah perintahkan pada kita ada bermacam-macam hikmah (kebaikan).

Antaranya ialah dengan mengerjakan solat dengan betul dan menepati sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, ia sebenarnya mendidik kita menjadi seorang yang berdisiplin tinggi.

Solat sebenarnya (dan sepatutnya) menjadi asas DISIPLIN dan AKHLAK seorang muslim.

falsafah solat

Melalui solat, kita dididik menjadi seorang yang :

# Menepati waktu – Kita diperintahkan untuk solat dalam waktu yang tertentu, mesti solat awal waktu, tak boleh lengah-lengahkan. Seorang yang menjaga solatnya sepatutnya menjadi seorang yang sangat menepati waktu.   

# Menjaga kebersihan – Sebelum solat, kita diperintakan untuk mengambil wudhu. Diri kita mesti suci dan bersih dari hadas. Ini mengajar kita untuk menjadi seorang yang pembersih. Sentiasa pentingkan kebersihan pada setiap masa dan ketika.

# Fokus pada kerja yang dilakukan – Solat yang berkualiti dan dinilai tinggi oleh ALLAH ialah solat yang khusyuk dan khuduk. Untuk khusyuk, kita perlu menjadi fokus pada solat yang dikerjakan. Seorang yang berusaha mengerjakan solat denga khusyuk sebenarnya mendidik dirinya menjadi seorang yang sangat fokus pada kerja yang dilakukan setiap hari.

# Taat pada pemimpin – Kita diperintahkan untuk solat secara berjemaah. Dalam solat jemaah, kita WAJIB untuk taat @ mengikut pergerakan imam. Kalau imam sujud, kita kena sujud. Imam bangun, kita kena bangun. Ini sebenarnya mendidik kita menjadi seorang yang taat pada pemimpin @ ketua.

# Kerjasama dalam kumpulan – Dalam solat jemaah, kita mesti duduk dalam saf. Tak boleh makan benda-benda busuk (seperti petai, bawang putih etc) sebelum solat jemaah kerana ia mengganggu ahli jemaah lain. Kita digalakkan untuk pakai wangian. Ini semua sebenarnya membentuk kita menjadi seorang ahli kumpulan (jemaah) yang sentiasa komited dalam kumpulannya (semangat team work).

# Bersatu hati dan berkasih sayang – Dengan solat berjemaah (di masjid atau surau), kita diajar untuk sentiasa hormat, saling bertegur-sapa, bertanya khabar dan saling bantu membantu antara ahli jemaah. Kita saling ambil berat antara satu sama lain.  

# Merendah diri – Dalam solat, kita mesti sentiasa tunduk merendah diri, bermohon dan berharap hanya kepada Allah. Kita kena akui kelemahan dan kesilapan serta memohon ampun atas dosa-dosa yang kita telah lakukan. Kita mesti berasa takut akan kemurkaan Allah, mengharap keampunan dan rahmat dariNya. Sifat-sifat begini sepatutnya membentuk seorang yang menjaga solatnya menjadi seorang yang sentiasa merendah diri dan tak sekali-kali sombong, angkuh dan bongkak. 

# Sikap mahu melakukan yang terbaik – Solat sentiasa mengajar kita untuk berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan. Solat mesti dalam keadaan yang bersih, pakaian yang terbaik, tempat yang bersih, hati dalam keadaan yang tenang dan khusyuk, serta digalakkan untuk memakai wangi-wangian. Solat sebenarnya mengajar kita agar membuat apa juga kerja dengan sebaik yang mungkin.

Semua disiplin dan akhlak yang saya nyatakan di atas sebenarnya adalah bergantung pada bagaimana kita mengerjakan SOLAT.

Solat 5 kali sehari itulah ASAS kepada pembentukan peribadi dan disiplin seorang muslim yang baik.

Ya, rahsianya ada dalam SOLAT.

Perbaiki solat! Penuhi kehendak @ perintah ALLAH dalam mengerjakan solat. 

Jika kita perbaiki solat kita, disiplin dan akhlak kita akan menjadi baik. InsyaAllah.

Nak tahu tahap disiplin diri anda??

Mudah saja!

Cuba tengok dan nilai sendiri kualiti solat yang anda lakukan setiap hari !!!

Bagaimana kualiti solat anda, begitulah tahap disiplin anda.

Betul tak?

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(1191)

2,082 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(8)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam