Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Rahsia di sebalik nombor

March 27, 2008 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8″. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat Indiaa mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu??
Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.

1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 – Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 – Sepuluh atau Kosong
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda.
Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara. Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

38 Comments to “Rahsia di sebalik nombor”


  1. Saya nombor 7 la! Hohoho..macam betul jer apa yg ditulis tu!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Wa punya number 6 ooo. Sikit-sikit tu betullah. No komen.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. aku xtau nk no maner??
    cuba ko g tau aku leh..
    26.11.1989
    klau aku kira
    leh jadi 1 or 10

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @Tauffiq89,
    mm…kes kita same…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Assalaamu…

    Bagus Rahsia Nombor Peribadi ini.

    Maaf, izinkan hamba bertanya, Adakah Formula Rahsia Nombor Peribadi seperti di atas, juga boleh dikira melalui Tarikh Kalendar Islam Hijrah?

    Jika boleh, maka baguslah. Tetapi, bagaimana sekiranya hasil Keputusan kiraannya berbeza melalui antara Tarikh Lahir Masehi dengan Tarikh Lahir Hijrah? Nak Pakai atau Guna yang mana satu antara kedua-duanya (jika berbeza)?

    Contohnya seperti ini:-
    RNP Masehi = 2.
    RNP Hijrah = 4.
    Camne nie?

    Atau mungkinkah ada formula seterusnya lagi untuk mendapatkan Keputusan Kiraan yang lebih lanjut & tepat, barangkali 2+4? Atau 2×4? Hasil Keputusan yang manakah yang lebih tepat & sesuai untuk diguna-pakai?

    HAHAHA. Hamba punya kes pula, kebetulan Hasil Keputusan RNP hamba adalah sama antara Tarikh Masehi dengan Tarikh Hijrah.
    RNP hamba = 3.
    >>>1/9/1982>>12/11/1402


    AMIN….

    saya rasa nombor boleh dikira untuk kedua2 jenis kalender…hijriah dan masehi…
    namun saya lebih suka kira menggunakan ikut kalendar tahun hijriah…

    kalau RNP nya berbeza…tidak mengapa….sebab itu sesuatu yang biasa.
    Ianya membawa maksud, anda mempunyai sifat2 di kedua2 jenis RNP…

    kalau dua2 nya dapat nombor yang sama…
    bermakna….anda memang mempunyai sifat2 spt yang diterangkan…dengan dominan dan kuat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. nurul izzah says:

    saya nak tau tarikh lahir saya 13.09.1983

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. mahamid says:

    Bagi saya, yg betul dan ampir bertetapan adalah lebih mengunakan kalinder hijrah, jika kita hayati dan amat2ti umor kita ada perbezaan jika buat perbandingan antara kalinder masihi dgn hijrah.

    Boleh boktikan, cuba lah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. SURI PULAK 5…hihihi.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. mohammad shahril says:

    Assalammualaikum… saya hairan lah kenapa bila saya lihat jam (digital) saya kerap (4~5 kali sehari) lihat nombor-nombor seperti

    333
    444 paling kerap (hampir setiap hari)
    555

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mohammad shahril,
    salam..
    ai..cuba en pge cek mata tu dulu mata tahu kot sakit ke , rabun jauh ke? huhu..apa-apapun een kena jumpa yang pakar tentang mata dulu ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Guru saya ada mengajar tentang rahsia setiap nombor yang dikaitkan dengan kehidupan dan petunjuk kehidupan.Maksud nombor yang saya pelajari bukan sahaja agak berbeza dengan huraian saudara tentang rah sia peribadi yang berkaitan tarikh lahir malah, huraian nombor ini boleh menjadi petunjuk kepada kita tentang sesuatu yang mungkin akan berlaku dalam kehidupan seharian.saya menggunakan perkataan mungkin kerana segala ketentuan dan qadimnya adalah daripada Allah S.W.T.Sesungguhnya daripada nombor plat kenderaan juga kita boleh mengetahui rahsia perjalanan hidup kita,malah jumlah harga yang kita makan di kedai pun ada maksudnya,Apa sahaja dalam kehidupan kita yang berkaitan dengan nombor sudah tentu ada maksudnya!Adakah tarikh kita dilahirkan secara kebetulan?Adakah nombor plat kereta yang kita pakai juga secara kebetulan? Adakah nombor pam minyak yang kita akan isi juga satu kebetulan?AdaKAH nombor dalam senarai nama di pejabat juga secara kebetulan?Adakah nombor senarai nama dalam sesuatu pertandingan juga satu kebetulan?Kalau kita kata semuanya itu secara kebetulan maknanya kita hidup di dunia ni secara kebetulan ler…Sesungguhnya Allah tidak pernah leka walau sebesar zarah sekalipun …kesemuanya adalah ketentuanNYA… cuma maksud nombor yang saya peroleh perlu dilakukan analisa untk menguji sejauh mana kebenaran ilmuNYA.. Saya sudah melakukan analisis sendiri terhadap ilmu ini,memang ada kebenarannya…Adakah kebenaran yang saya peroleh ni satu kebetulan ?…. Kalau kita nampak awan mendung agaknya apa maksud yang Allah nak bagi tahu kepada kita?Guru saya cakap itu maksudnya bahasa Allah…Maksud bahasa Allah tidak akan saya kupas di sini…..Sebelum Allah nak turunkan hujan pun Allah dah bagi petunjuk kepada kita,(awan mendung ) betapa sayangnya Allah kepada kita… Takkan kita nak biarkan pakaian di ampaian basah, paling tidak pun kita akan bawa payung untuk bersiar-siar…takkanlah hujan yang bakal turun tu pun kebetulan…Semasa anak nabi Adam bergaduh hingga ada yang terbunuh…Si pembunuh dalam kebingungan tak tahu nak buat apa dengan mayat si mati.( nak tahu nama si pembunuh dan si mati bacalah terjemahan alQuran.. mungkin saudara tahu siapa nama mereka) Habil dan Qabil…Mereka bukan nabi tetapi mereka anak nabi…mereka tak dapat wahyu tapi dapat petunjuk daripada Allah ( bahasa Allah )…Allah pertontonkan pertarungan dua ekor burung hingga salah seekor mati..Burung yang hidup mengais tanah lalu memasukkan bangkai burung itu ke dalam tanah lalu menimbusnya,maka mayat simati itu dikebumikan sabagi iktibar dari aksi burung itu tadi…Begitulah juga dengan nombor pun salah satu daripa bahasa Allah yang sangat luas…Wallahualam. Apa-apa pun….Komentar saya, ilmu yang saudara kongsikan itu ada kebenarannya sejauhmana ketepatannya wallahualam dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya….,Wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @haq,
    salam haq,
    sungguh jauh kupasan anda tu. terima kasih haq kerana anda sudi berkongsi ilmu disni..kami amat terharu akan hujah yang panjag tu. terima kasih skli lagi.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @haq,
    mm…terima kasih tuk kupasan ni…
    ia buat sy berfikir seketika….
    tq…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. 10.08.1984… jadi 1 + 0 + 0+ 8 + 1 + 9 + 8 + 4 = 31
    = 3 + 1
    = 4..

    husband 25.05.1984… jadi 2 + 5 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 4 = 34
    = 3 + 4
    = 7

    3 – Tiga
    Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
    Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
    Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

    7 – Tujuh
    Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
    Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. mm..boley jadi 10 atau 1…
    adusss…ape num sy ni…??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Asma’,
    salam ..Asma
    cepat..cepat amik pen..kertas..kira skrg juga…huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @surihati_ku,
    w’salam kak suri…da kira da…
    p dapat 10..so x tau la 1 0r 10….
    12.07.1989…cuba la…huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. saya lahir 10/10

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Saya lahir 07.07.1989…
    hurmm..saya kira dpt no 5…:P

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. yeahhh!! says:

    nombor bertuah aku ialah 3…….hahaha bole tahan larr jua…..tp pasal kes banyak anak tue……gerun jua ooo bunyinya…..!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. Asis Kacak says:

    Wahhh aku yang kacak ni no 7.

    so aku boleh jadi herolah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. Asis Kacak says:

    kj.b

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nadiyah Reply:

    @Asis Kacak, no i 4

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asis Kacak Reply:

    @nadiyah,

    tak tanya pun.

    he he he….

    bagus no tu cina cakap no si.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. nadiyah says:

    no i 4

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. ada yg tol,ada yg x..dlm tuah ini banyak yg prlu di kira..kelahiran= waktu,hari,tarikh,bulan…mcam org cina num 4 dela buruk dlm kpcyaan mrk..tapi org yng kepnyaan num 4..sukar untuk di dkati ataupun di gnggu…num 4 sngt2 bhya…bnda yg jahat tdk le dkti ia..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. miera maisara says:

    saye no 2…lalala..hihi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. saya confuse la…. mungkin sya jdi obses dngn lukisan atau lakaran yg kreatif coz dulu sya prnh amek no4 sbg personaliti idup sya…. tp sy dh ubah jdi no 3 coz sy dpt tau yg no 4=Sì/? dlm bhsa cina dan nk dkt sama dengan S?/? iaitu mati… ape2 pn cita2 sy ttp nk jadi arkitek kerana mati kita tlh dttpkn oleh Allah s.w.t…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. tengok kelahiran jatuh no 2, tapi nasib saya kebanyakkannya tak menyebelahi saya, semua buat tak menjadi belaka, boleh guna ker ramalan di atas tu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. no kegemaran sy no.7 dan 5, tp bila kira2 tarikh lahir.,,, 15.1.1974 jadi no bertuah sy no 1, camne tu…..tp no 7, 5 dan 1 pn sy suka…apa2hal moga kehidupan sy dberkati oleh Allah…amimmmmmmm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22
  23. salam..sy nk minta izin copy

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    23
  24. http://mr-iq.blogspot.com/2011/03/rahsia-tarikh-lahir-apakah.html

    cuba try baca link ini plak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    24
  25. Salam..
    Kalau tarikh lahir 02/01/1988 macam mane pulak ye???

    0+2+0+1+1+9+8+8=29 (9+2)

    =11???

    Biaq betui nombor sebelas????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    25
  26. saya lahir 31011985….kalau di hitung dapat 28…di hitung lagi dapat 10…???camna ni???kalau no 1…semuanya benar..kecuali ayat yang pertama sekali tu..taklah….
    saya manusia biasa jak…kalau no 10??????tak jugak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    26
  27. salam. kenapa saya punya nombor jadi 11 pulak? macam mana nak kira?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    27
  28. salam. kenapa saya punya nombor jadi 11 pulak? macam mana nak kira?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    28
  29. bagaimana pula jika nombor sebelas ( 11 )

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    29
  30. saya punye nombor 8..dan no plate kereta 8908 :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    30


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11