Rahsia di sebalik kata-kata seorang perempuan

Share

Maaf, hari ni saya tak sempat nak karang artikel tulisan saya sendiri. Ingatkan nak menulis malam semalam, tapi tak sempat, sebab ada kawan lama zaman sekolah menengah dulu ajak menge’tea’ kat Old Town Kopitiam pulak. Tak sampai hati la saya nak menolak ajakan mereka.

So, malam semalam, masa saya habis kat Kopitiam la. Berborak-borak dengan kawan lama mengimbau kenangan zaman muda-muda dulu. Memang nostalgik dan seronok apabila sekali-sekali kita flash back kisah-kisah lama dulu. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kami mulakan sessi borak-borak tu kira-kira jam 9 malam dan tamat pada kira-kira pukul 12 malam. Terasa sekejap jer masa berlalu.

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

RMC 94~96 : Sila cari, mana satu Pakar?

Bercerita tentang pelbagai pengalaman pahit manis dibuli senior memang sangat menyeronokkan. Malam itu, Kopitiam Old Town kat Bangsar South menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kami. Malah ada juga pengunjung yang memandang sinis, tak puas hati dengan kami. Di wajah mereka terpancar kata-kata “Wey boleh diam sikit tak?”, “Ini bukan kedai mamak, nak kecoh-kecoh…”. huhu

Kepada pengunjung Kopitiam Old Town semalam, saya bagi pihak kawan-kawan, menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ‘keterlebihan’ kami semalam. Maafkanlah kami yer. Sekali sekali jumpa kawan-kawan lama, macam tu lah jadinya. hehe :)

OK lah, cukup sekadar itu coretan ringkas saya pagi ini. Sebelum saya menutup post kali ini, izinkan saya berkongsi dengan korang, satu ‘tulisan’ yang dihantar oleh kawan saya baru-baru ini. Tulisan ini adalah berkisar tentang “Rahsia di sebalik kata-kata seorang perempuan”. Bacalah….

1.  Kalau perempuan tanya:
Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi:
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2.  Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi:
Jom pi makan. Lapar ni!

3.  Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi:
Belikanlah untuk I.

4.  Kalau perempuan kata:
Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi:
Tolong picit kepala.

5.  Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…

Makna tersembunyi:
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Apa awak nak sebenarnya?

Apa awak nak sebenarnya?

6.  Kalau perempuan kata:
Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.  Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…

Makna tersembunyi:
Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8.  Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9.  Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi:
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.  Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg ‘dia’ dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Saya rasa ada banyak betulnya apa yang dibangkitkan ni. Apa pendapat korang? Kaum Hawa, any comments? Ada betui kaaa? hehe (1367)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

39 thoughts on “Rahsia di sebalik kata-kata seorang perempuan

  1. ntahle bg nuoi kn x sume owang camtu kot..sbb nuoi x reti la ckp kona2 ni..besanye nuoi trus ckp direct sbb 2 le kalo de sesape ckp a bg nuoi a ler..bukn uat x paham memg nuoi cam 2 le hehehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. Ni gambar kat MTD ker….. masing2x badan slim……jee….tulang besi urat dawai….hehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kisahsensasi, haah…tu gambar kat MTD…zaman muda2 dulu…hehe….

    mlm semalam kitorang buat small gathering kat kopitiam old town tu…seronok giler berbual…ingat kisah zaman dulu2… :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    purlz Reply:

    mane satu pakar nih…. xjumpe r……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    mia_lara Reply:

    @PakarHowTo, btol3x…klu dh jmpe kwn lama mmg x ingt dunia,
    knangan mnis la ktakan,ye dak?
    yang gmbr tu plk xdpt la nk crik,
    smua mcm sme jer…..hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. Salam,
    Betul tu, dan ayat terakhir tu mmg ada kebenaran, selalunya hati tak leh terima, camna yek? Saya rasa semua perempuan pun tak suka berkongsi “madu yang tak disukai” kecuali ummul mukminin. Semuga Allah memberi makam yang terpuji untuk sesiapa yang rela…WSM

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  4. salam,

    ada yang betul dan ada yang tak betul.. kadang2 kita kena cakap berkias untuk jaga hati orang atau jaga maruah kita sendiri. adakalanya kena cakap straight to the point, lebih2 lagi untuk lelaki yang tak faham bahasa atau pada situasi tertentu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam,

    Sesetengah pompuan ye. Tapi rasanya kebanyakan pompuan akan straight to the point, sebab hati pompuan kan kat mulut. Tak macam lelaki, mulutnya kat hati.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    arias Reply:

    Ya betullllll, saya setuju dgn awak! lelaki ni kebanyakkannya suka berahsia.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @arias,
    saya rasa, semua orang ada rahsia masing2.
    yang penting, kita simpan rahsia tu
    adalah untuk menjaga keharmonian hidup bersama.
    dak gitu? :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    purlz Reply:

    emmm… tp kalo banyak berahsia bahaya taw……………………..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam..ada jugak yang betul..tapi ada jugak yang tidak..
    peribadi setiap orang tu len2…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @myza89,
    yang betul dijadikan teladan.
    yang tak betul dijadikan sempadan.
    insyaAllah, moga ada sikit manfaat dengan ilmu yang dikongsikan ni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam wrt..

    Hahahaha… cam tau2 jek… biasanyer cam tuh le pompuan.. nak direct malu le konon… berkias le jawabnyer… tapi kalau saya.. saya sound direct jek tapi… berlapik le..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Umi79,
    lain orang lain caranya…
    secara peribadi,
    saya lebih suka orang pompuan yang berterus terang…
    walaupun pahit, tapi at least kita tahu apa yang dia nak.

    ni tak, tiba2 merajuk….tak tau apa puncanya…
    sampai naik pening kita dibuatnya…huhuhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    purlz Reply:

    betul betul betul
    saye pon suke orang yang berterus terang..
    kalo x, kite fikir a tp rupe2nye die fikir b..
    kan haru tu…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    umi_malek87 Reply:

    @purlz,
    kadg2 ble perempuan berterus terang nti laki ckp pompuan ni lebih2….hurm..kekdg ble sy ckp berkias ngn bf sy pn die xfhm, ble sy dh start terus terang die kta sy xmemahami die…pelik tul laki ni… :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Ada betul jugak kata pakar tu…
    jadi dapat la beringat .
    jadikan pengajaran masa akan datang…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @putrisalju,
    yang baik kita ambik pengajaran
    yang buruk, kita sama2 perbetulkan dan jadikan sempadan.
    sama2lah kita memperbaiki diri kita yer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. saya suka dialog no. 9 & 10 tu…. lawak….heheheh…tapi kalu berani, buat tengok!!! tercabut sarung kau aku kerjakan!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @arias, ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    purlz Reply:

    hahahaha!!! ganaznye………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. salam… lain lubuk lain ikan. lain manusia lain ragam, tp kalau sy biar la terus terang jer !!! ………. mudah, cepat & tepat. Tak gitu ?????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. ehehehe…
    kelakar betol…
    mm..ader betolnye kot…
    bese la..org melayu ni kan tinggi budi bhsanya…
    walopon ckp kias2..p mndalam mksudnya..
    sbb tu org zaman2 dulu boley cipta bnyk peribahasa…
    kang ckp terus terang…takut terasa hati plak…ehehehe…^^

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. x semua pompuan macam tu tapi kebanyakkannya adalah ia. no.8,9 & 10 x setuju.apa yang penting bagi saya berterus-teranglah kerana pemahaman kita tidak sama. komunikasi tu penting.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam