Rahsia di sebalik amalan bersedekah

Share

Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan mengikuti ‘personal coaching‘ mengenai ‘Smart Blogging‘ di Johor Bahru. Oleh sebab malas nak drive sendiri, saya telah pergi ke JB dengan menaiki keretapi. Dan balik semula ke KL dengan menaiki bas.

Entahla, saya pun dah tak berapa ingat, sudah berapa tahun saya tak naik bas ekspress. Terasa agak kekok juga. Masa nak beli tiket tu pun, terpinga-pinga tak tau nak pilih bas yang macammana. Nasib baik ada anak jati JB yang tolong ‘guide‘ kan.

Alhamdulillah, akhirnya kami (saya dan seorang lagi kawan dari KL), telah membeli tiket bas JB — KL yang dijadualkan bertolak pada pukul 7 malam. Harga tiket bas ialah RM31 untuk sehala (JB – KL). (* Sekadar maklumat : Kalau keretapi pula, tiket KL — JB, untuk tempat tidur katil atas ialah RM37, tempat tidur katil bawah RM42 dan tempat duduk kerusi RM29)

Jalan-jalan cari makan...

Jalan-jalan cari makan...

Setelah jam menghampiri pukul 7 malam, kami pun naik la bas. Saya duduk di kerusi no 15 dan kawan saya (wizurai) duduk di kerusi no 16. Kami pun berbual-kosong sementara menunggu bas bergerak.

Kini jam telah menunjukkan pukul 7.20malam, tapi bas masih belum memulakan perjalanan. Seorang anak muda berbangsa Cina yang duduk berhampiran tempat kami, mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia turun ke bawah berjumpa dengan pemandu bas, bertanyakan bila bas nak bergerak? Dia nampaknya begitu bengang sekali. Mana tidaknya, dia dah duduk tunggu dalam bas tu tadi sejak pukul 6.45 petang lagi. Sekarang dah dekat pukul 7.20 malam. Tapi bas masih tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan perjalanan.

Kami hanya melihat telatah anak muda berbangsa Cina tu. Malas nak masuk campur. Kalau nak ikutkan hati, sebenarnya saya pun bengang gak dengan cara pengurusan bas tu. Yer lah, kalau kata bas pukul 7 malam, maka bertolak la pukul 7 malam. Janganlah tipu pelanggan kata bas pukul 7 malam, tapi sebenarnya bas bertolak pukul 8 malam. Siapa tak bengang?

Kira-kira jam 7.30 macam tu, tiba-tiba ada seorang budak perempuan (umur dalam sekitar 10 tahun macam tu kot) naik ke dalam bas. Dia membawa satu tin kecil dan sebuah beg kecil yang diselimpangkan pada bahunya. Budak tu tanpa sepatah perkataan pun, dengan muka kesian, tanpa perasaan, terus menghulurkan tin kecil yang dibawanya kepada setiap penumpang yang duduk dalam bas, meminta sesuatu. Tapi saya lihat, tiada seorang penumpang pun yang memberikan apa-apa kepada budak perempuan itu.

Aduhai, sesungguhnya hati kecil ku memang begitu tersentuh melihat keadaan itu. Saya memang tak boleh tahan tengok orang yang meminta sedekah ni. Perasaan kesian dan simpati akan secara otomatik menerjah masuk ke dalam jiwa ragaku.

Walaupun saya tahu, ramai juga di antara peminta sedekah atau pengemis ni, hanya mengambil kesempatan dan menipu. Malah dikatakan ada sindiket di sebalik peminta-peminta sedekah ni.

Namun, apa jua orang kata. Hati saya pasti akan tetap tersentuh apabila melihat keadaan dan muka ‘seposen’ mereka tu. Aduhhh…

Jadi, apabila budak tu sampai ke tempat duduk kami, saya tanpa fikir panjang, ambil beberapa RM dari dalam wallet, dan masukkan dalam tin kecil yang dihulurkan oleh budak perempuan tu. Dengan wajah yang agak ceria dan sedikit senyuman, budak tu pun lantas bersuara dengan berkata…

“Terima kasih abang…” Dan dia terus berlalu pergi…

Entah mengapa, kata2 daripada budak tu, begitu menyentuh perasaan ku….hingga kini. Terasa ucapan terima kasihnya tu begitu ikhlas sekali…

Seminggu setelah peristiwa itu berlaku, saya telah terbaca 1 artikel yang sangat menarik. Artikel itu menerangkan tentang rahsia di sebalik amalan bersedekah (berdasarkan kajian). Setelah saya baca artikel tu, barulah saya faham mengapa kita akan berasa puas dan seronok apabila bersedekah.

Berikut ini adalah artikel tersebut. Bacalah, semoga kita dapat jadikan sikap suka bersedekah sebagai amalan kita. Tapi perlu diingat bahawa, kita bersedekah BUKAN kerana nak berasa puas dan nak rasa seronok, tetapi kita BERSEDEKAH ADALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA’ALA. Kita mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Bersedekah amalan mulia...

Bersedekah amalan mulia...

“NIKMAT BERSEDEKAH”

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.

Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.

Tapi….KITA??!!

(1272)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

24 thoughts on “Rahsia di sebalik amalan bersedekah

  1. salam PakarHowTo

    Benar tu pakar..sekiranya kita dpt menggembirakan hati org lain kita dpt rasakan satu kepuasan melalui amalan bersedekah..kdgkala Allah membalas kebaikan kita tanpa disedari serta merta ..mungkin berkat dari sedekah kita terhadap org lain..walahuaklam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam…
    bila pakar ckp camtu kan
    bersedekah jgn kerana puas hati tp kerana Allah Ta’ala,
    saya mula terfikir, adakah saya ni bersedekah atas rasa puas hati atau kerana Allah Ta’ala….
    mcmana nak bezakan perasaan kita dan kepuasan terhadap hal2 tersebut.
    camner nak klasifikasikan 2 perkara tersebut
    kedua2nya bukan d expresikan dgn perkataan….
    tp melalui hati……….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salam utk pakar,

    bagi saya bersedekah ini adalah tanggungjawab saya untuk orang yg betul2 memerlukan. contohnya dipasar mlm, kita lihat pakcik dan makcik yg sgt uzur, jadi bagaimana utk mereka ni mencari rezeki? Kekadang kita lihat perempuan dgn seorang bayi…lg lah saya terharu tengok…sbb saya pun seorang ibu. Jadi perasaan kesian tu mula muncul dibenak hati saya, selagi saya tak hulurkan sesuatu, selagi itulah saya akan berasa sedih sepanjang jalan…. hari ni hari dia…esok lusa, siapa tau, kita ni pun akan tua satu hari nanti……. Allah maha mengetahui isi hati kita, tak perlulah kita risau akan balasannya, sudah pasti ada diakhirat nanti….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. salam….
    btoi tu, camna kjadian yg berlaku pd saya ari ni…
    kasut kena curi masa g masjid nak solat zohor…
    bila turun nak cari kasut, dah xder pon….
    ni dah kali ke-2, kasut kena curi di masjid yg sama….

    msa dah ilang tu, mmg otak ingat xder rzeki saya utk pkai kasut…
    cari gak la jap slipar jepun wakaf masjid, nak msuk keja gak….
    mmg xder rzeki saya utk guna kasut tu dah….
    halal jer la kat ”org yg pinjam kasut saya tu”…..
    moga2 dia pon bahagia di dunia dan akhirat….amin

    man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. saya kurang suka bersedekah kpd sesiapa kalau yang meminta-minta tapi kalau yang duduk ditepi jalan2 seperti di pasar malam..tepi super market..sambil jelas kelihatan kecacatannya..kekurangannya..huh!yg tu mau je bawak gi jupe sesape yg bkenaan..sedih sgt rsa..knp msih ada yg bgtu susah dzmn yg serba canggih n serba mudahni..nak mgalirpun ada air mata ni..betultu kwn2 smua..klau kita nak sdekah..kita sdekahjer..xpyhla tertanya-tanya bdkni dr sindiket ke..ape ke..tapi yang lawak ada jgak..mintak sdekah tngu dpn atm 24hrs tu..wakaka..lawak tul..tpi jaga2 jgak smua..pernah terjdi..dia dtg kat kita mintak sdekah tp inthe same time..dia curi hp kita ker,wallet ker..pernahla dpn mata blaku…alert la kalau nak bsedekah tu yer..kang..mula2 puas hati sbb bsedekah..pastu tgk2..mraung plak kang..hehe..just info 4 all..bye..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. kat tempat keja saya slalu ada org mintak sedekah.Kekadang sampai 5 org dtg kat saya..itu waktu lunch je.Tk kira waktu breakfast lagi…
    ari22 plak tu..
    so mcm tu.
    Macam dtg bekerja area tu..mcm kita jugak..
    cuba beza keje dia mintak sedekah..kita keja kt ofis

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam,

    bersedekah sa2 amalan yg sangat di tuntut dalam agama islam,
    biarlah bersedekah itu lahir dengan perasaan yg ikhlas bkn untuk menunjuk2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. depend la .. takkan mau paksa diri bersedekahkan semua harta ?! haha ..

    eldy’s last blog post..Wajip miliki : Gravatar

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    putrisalju Reply:

    betul tu.jatak perlu paksa diri.kalau ader lebih boleh la bersedekah.tak rugi.Allah S.W.T sentiasa mengasihani umatnya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Bukan tak nak bg klw org minta sedekah ni…takut sindiket disebalik kerja-kerja mengamis ni yang dapat. Tapi klw kesian sgt, belikan je makanan bg diorang makan. Kalau bg duit belum tentu ke tangan diorng. Tak bersedekah tak beerti kedekut. Allah swt melihat hati hambanya, tetapi manusia melihat berdasarkan prinsip hidup, pengalaman, pengaruh cakap, perasangka negatif yang selalunya tak boleh dijadikan sandaran utk sesuatu perkara…yang penting hati ikhlas dan berniat baik, tak siapa yang tahu. Senyum pun sedekah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. ermmm…mmg baik bersedekah ni. Mcm saya siap potong gaji lagi utk sedekah badan2 pertubuhan Islam terutama bagi pendidikan utk org2 susah la. Walaupun tak seberapa saya sedekah tapi yang penting ikhlas. Saya rasa puas wat cm2. Kekadang saya sedekah jugak kat org2 yg duk kat pasar2 tani atau pasar mlm yang mmg kita tgk kesian la…Cacat penglihatan n anggota badan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    intern Reply:

    @za,
    Bagi saya sedekah tak perlu disebut. Walaupun kita tak berniat riak tapi bg mengelakkan kita keliru antara puas hati kerana kebaikan sendiri ataupon puas hati diberi nikmat utk bersedekah di jalan Allah. Bukan jumlah amalan yang menentukan kita masuk syurga tetapi kerana rahmat Allah yg membuatkan kita masuk syurga. Diceritakan ada seorang yg selalu menyakiti hati jiran, ketika dia meninggal dunia, orang alim baik tak mahu sembahyangkan dia…namun bila dia mnghadap Allah, Allah masukkan dia ke syurga atas rahmat Allah…Allah itu maha mengadili… amalan yg wajib sudah tentu tak boleh ditinggalkan, tetapi sedekah dan amalan sunat yg lain dilakukan atas utk mendapat rahmat Allah semata-mata bukan kerana bilangan.. Sekadar berkongsi tidak brmaksud mnyerang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @intern,
    terima kasih banyak2 atas ingatan ini.
    bagus la catatan saudara.
    teruskan beri komen yer bro.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @za,
    waaa…siap potong gaji lagi?
    alhamdulillah, ada juga orang yang macam awak Za.
    syabas…kekalkan amalan tu…

    saya, setakat ni,
    tak pernah lagi potong gaji untuk sedekah atau derma,
    mungkin saya hari nanti,
    saya perlu tiru amalan awak…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. sememangnya ade banyak kebaikan jika kita bersedekah,derma atau beri bantuan….pada saya ianya patut dijadikan amalan yang berpanjangan dalama diri kita….

    MEMBERI KETIKA ADA…. BERJIMAT SEBELUM HABIS….

    hazman aka species1980’s last blog post..Pelindung dan fungsi fon telinga

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @hazman aka species1980,
    waaa…best ayat ni…
    MEMBERI KETIKA ADA,
    BERJIMAT SEBELUM HABIS!!!

    ni bleh jadi motto saya ni….
    pinjam kata2 ni bleh? hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. sedekah walaupun kecil tp amat besar didalam penilaian Allah S.W.T.
    Apa guna sedekah yg besar dan byk jika hanya tuk nk menunjuk2
    diringi dgn riak…. moga amalan sedekah yg kita hulurkan dn berikan mdpt berkat dari Allah S.W.T. TQ mr. pakar kerana saling ingat mengingatkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Dar,
    sama2….
    insyaAllah, marilah kita saling ingat mengingati yer,
    semoga ALLAH terima amalan kita sebagai
    amalan yang soleh…amin.

    thanks for the comments

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. memang sedekah adalah satu amalan yang boleh membawa kepada kesenangan hidup kita,, percayalah,, jangan kita hendak memikirkan semua perkara pada logik akal,, kalau tak percaya cubalah sedekah dengan ikhlas kita akan lihat hasilnya…kalau potong gaji lagi bagus itu lebih istiqamah dan kita pun tak kan selalu mengingati apa yang telah kita berikan

    malaysiancareer’s last blog post..produk 5 bintang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. Senyuman juga sedekahkan. Saya ada kisah masa saya kecil dulu..saya ni tinggal bersebelahan dengan masjid, jadi boleh la tgk org2 yg dtg masjid. Dlm ramai2 tamu rumah Allah tu saya kagum pada sorang nenek tua yg jarak rumah dia dgn masjid lbh kurang 1 km.

    Tak kira dalam gelap, hujan atau panas terik, nenek ni dtg ke masjid 5 waktu sehari dgn berjalan kaki sahaja dan dia sentiasa menghadiahkan senyuman pada org sekeliling.

    Sampai satu masa nenek ni pergi haji dan meninggal di Mekah. Org kampung bersedih jugak la. Walau dh lbh 20 thn dia meninggal, saya masih teringat pada senyuman nenek itu dan akan menghadiahkan sedikit bacaan surah-surah dari Quran.

    Jadi jangan ragu2 untuk bersedekah..kerana pahala daripadanya tetap mengalir setelah kite meninggal asalkan sedekah kite itu ikhlas. Xmampu bersedekah dengan harta, bersedekahlah dengan senyuman. Tapi jangan senyum xbertempat lak…lain jadinya nanti.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    Wah,wah Leyna..nampaknya kamu banyak free pada hari ini yer..
    Em keje tak banyaklah kat pjbat tu yer..cam suri nie bz skali…bz berganda..ganda..

    Terima kasih sekali lagi Leyna atas kisah nenek tu.

    Ia memberkan kita pengajaran bahawa sedekah tu tetap menjadikan amalan yang mulia walaupun dengan senyuma ia masih satu sifat yang mulia tika orang melemparkan pada sesiapa jua dg hati yang ikhlas..bersih tetap berbekas didalam hati walaupun ia sudah pergi menemui Ilahi. AMIN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. salam semua..

    sudah jadi tabiat saya sangat lah kesian dengan org2 yg meminta sedekah nie..dari waktu saya sekolah dulu sampailah sekarang saya susah untuk tidak beri wang kepada peminta sedekah..

    memang sekarang nie ramai sgt org menipu…macam2 sindeket tipu untuk mendapatkan wang..

    tapi wahai pembaca sekalian…biarkan lah mereka dengan agenda tipu mereka..walaupun kita tak berapa yakin pada mereka…hulurkan lah pada mereka…kalao mereka tipu…mereka yg dosa…tapi pahala dah terang-terangan pada kita…

    kita fikirkan lah mungkin dia betul2 nak pakai duit…ataupun seorang yg berhutang pada along..tak salah bagi duit rm 5 sekalipun…kalo itu yg boleh menambahkan pahala sedekah+ pahala tolong-menolong kita pada manusia..

    kawan2 saya selalu kata tak payah la bagik kat org2 mcm nie…penipu semua tu…tapi adakah kita tahu diorg tu penipu…? senang2 kita bagik aje..
    mungkin diorg dalam kesusahan..kalau mereka tipu mereka yg berdosa..

    ntah lah..saya ada terlintas masa bersedekah tu yg org memnita sedekah tu menipu…tapi saya bagik jugak..apa pon untuk dapat pahala..lantak lah diorg nak menipu sekalipun…saya halalkan wang saya…

    :p

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam