Teknik mengatasi rasa malas ketika bangun tidur
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.
Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?
Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.

Adeh, malasnye den nak bangun....
Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.
Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.
Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??
Setiap pagi, apabila bangun dari tidur, saya selalu lihat isteri saya menggeliat sambil berkata, “Aaah, malasnye nak keje.” , “hmm, malasnye nak keje ari ni”.
Saya pula, apabila bangun dari tidur, saya akan duduk termenung dulu di atas katil. Macam-macam yang difikir dan dimenungkan waktu tu.
Pengalaman saya, kalau saya ada banyak kerja yang perlu dilakukan hari tu, maka perasaan malas tu memang menjadi-jadi. Aduh, susah betul nak bangkit dari katil dan terus ke bilik mandi. Lebih-lebih lagi ada banyak kerja tertangguh yang belum disiapkan hari semalam. Lagi la malas rasanya.
Bagi mengatasi perasaan malas masa bangun tidur macam tu, apa saya buat ialah, saya cuba kurangkan berfikir tentang kerja, sebaliknya saya akan fokuskan fikiran saya pada jadual aktiviti yang menyeronokkan yang akan saya lakukan hari tu.
Kalau dulu, bangun saja dari tidur, saya akan duduk atas katil, termenung memikirkan jadual kerja dan memikirkan senarai tugasan yang akan saya lakukan hari tu. Ini sebenarnya menyebabkan perasaan malas semakin menebal dalam diri saya. Masa termenung jadi panjang. Susah benar saya nak bangun dari katil dan pergi ke bilik air.
"Alamak, dah kul 7 ker...aduh...malasnya nak bangun tidur..."
Tapi sejak saya latih diri saya untuk kurangkan fikir tentang kerja, sebaliknya fikir tentang aktiviti menyeronokkan (seperti temujanji dinner dengan awek) ker, saya dapat merasakan rasa malas tu hilang. Malah saya jadi lebih bersemangat. Masa berangan atau termenung lepas tidur pun jadi singkat. Saya mudah untuk segera bangkit dari katil dan pergi ke bilik air.
Itulah tips atau teknik yang saya amalkan bagi mengatasi perasaan malas ketika bangun dari tidur. Ia sangat berkesan pada saya. Cuma, teknik ini memerlukan latihan. Kena latih diri setiap hari. Kena paksa otak untuk tidak fikirkan jadual kerja bila bangun kerja, sebaliknya arahkan otak untuk fokuskan pada jadual aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Lakukan hari-hari, sampai satu peringkat nanti, dengan sendirinya apabila anda bangun saja dari tidur, secara automatik, otak anda akan fikirkan aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Haaa, masa tu, saya jamin, anda tidak akan lagi rasa malas masa bangun tidur. Malah anda akan jadi lebih bersemangat dan lebih bermotivasi.
Tak percaya? Cubalah….

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Tengkiu2 pakar toche2… memang betol saya pun cm tu bl bgn tdo je mesti pikir keje rini yg melambak2 kat opis memang rase cm nk amek mc je nk meneruskan pertiduran saya memang malas termat sgt… mungkin sebab lain bnyk nates kot yg dok mengayat suh tido blk
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:00 pm
@anuar,
you are welcome bro.
saya pun kadang2 tu,
tewas gak dengan nafsu tidur ni…
mula tu memang dah terjaga
dan dalam dok termenung tu…
sedar2 dah dibuai mimpi indah semula… zzzzzzz~
hehe
[Balas Di Sini]
Salam,
Dulu semasa zaman gemilang dgn bilik tidur ala-bilik hotel 5 star dan berhawa dingin, mmg malas nak bangun pagi. Tapi skrang bila tidur di lantai dgn tilam pasar malam, sebelum azan subuh saya dah siap mandi pagi. Tambah pula tugas harian mengurus kebun sayur perlu dilakukan, sifat malas bgn pagi sudah lama ditinggalkan. Insya-Allah…
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:02 pm
@rusliesophian,
waaa…skang kerja mengurus kebun sayur ker…
bestnya…
saya pun teringin gak nak ada kebun saya sendiri…
orang kata, aktiviti berkebun ni dapat mengurangkan stress…
[Balas Di Sini]
salam,
Sehingga kini sifat malas bangun tidur bagi sayalah tetap ada tetapi bukan tiap-tiap hari.Bagi saya ianya dipengaruhi oleh sesuatu atau tentang perkara apa yang akan terjadi esok.Misalnya kalau esok ada sesuatu perkara yang mendatangkan keseronokan saya akan bersemangat untuk bangun walau seharian tidak dapat melelapkan mata kerana tak sabar menanti esok.Tetapi kalau esok itu tidak seronok,kadang kala sampai ponteng kerja dibuatnya.Itu bagi saya,orang lain tentu berbeza.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:07 pm
@amry sharif,
yaa setuju…
dulu, saya pun pernah amik MC
sebab kerja berlambak2 tak siap…
nak lari punya pasal…amik MC laa apa lagi..
tapi tu dulu laa…
skang saya dah berubah banyak.
saya dah dapat manage semua kerja saya.
saya dah tak malas lagi…
semua kerja atau tugasan yang diberikan,
saya pasti akan settle kan secepat mungkin.
[Balas Di Sini]
betul tu.. kalau fikir benda best, senang je nak bangun…
beliamuda’s last blog post..Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 2)
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:15 pm
@beliamuda,
tapi tu laa…
kadang2 tu…masa dok termenung tu…
kita boleh tertidur balik…
tup2…entah camna….
sedar2, dah tengahari…huhu
[Balas Di Sini]
beliamuda Reply:
June 24th, 2009 at 3:18 pm
@PakarHowTo, haha.. biasa juga berlaku.. hehe~~
beliamuda’s last blog post..Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 2)
[Balas Di Sini]
anuar Reply:
June 24th, 2009 at 3:30 pm
@PakarHowTo,
kalau nk termenung tempat paling bes kat blk termenung…. tapi jgn lama sgt nnti lain pulak jadinye :p~~
[Balas Di Sini]
salam semua. semua orang ada sifat malas. termasuk saya juga. tapi untuk atasi rasa malas ketika bangun tidur, saya memikirkan satu perkara saja sewaktu hendak tidur. tentu semua nak tahu kan?. saya tetapkan hati dan fikirkan esok kena bangun pagi-pagi sebab nak solat subuh. itu saje. Bagi saya kalu tak solat subuh, satu hari tu hidup rasa gelisah dan tiada mood. jadi dengan cara ingat nak solat subuh saya pasti bangun cepat. selesai solat pula banyak aktiviti yang saya mesti buat. tu sebab saya pesetankan rasa malas dalam diri.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:20 pm
@Fariza,
Ingat nak solat subuh pun satu teknik yang berkesan utk saya.
Lagi satu, kalau saya nak buat qiamullail…
saya sengaja tak solat isya sebelum tidur…
sebab, saya pasti akan terjaga di tengah malam,
sebab teringat isya masih belum solat…
so, nak tak nak, kena la jugak bangun untuk solat isya…
pastu, dah alang2 bangun…buat la qiamullail…
solat tahajud…baca quran…berzikir…
dan tak lupa juga….tulis blog sikit…hehe
[Balas Di Sini]
betul kata cik fariza, tetapkan hati utk bgn solat subuh…tapi kadang2 bagi wanita yg tgh uzur itulah peluang bagi mrk utk `tidur lebih sikit’ sebab tgh `cuti solat’…(maaf ye)
bagi saya, pantang sekali saya menyebut perkataan malas pd waktu mlm seblm tidur ataupun bila baru bangkit dr tilam..kerana perkataan tu akan membuatkan saya jadi malas sampai ke petang..nak tambah waktu tido atau nak ambil mc pd hari tu….kerja yg menunggu di pejabat, tetap kita juga yg kena buat..
[Balas Di Sini]
6Bagus tips ni, mungkin saya boleh start amalkan esok. Tapi selalunya takde benda yang menyeronokkan yang boleh saya fikirkan, huhu. Sekarang saya amalkan tips yang agak berkesan juga (berkesan untuk saya la), kalau kena bertolak pergi kerja pukul 7:00am, pukul 6:30am ja jam loceng berbunyi, confirm saya terus bangun sebab takut tak sempat mandi dan bersiap. Yang paling penting takut terlewat masuk ofis. Moga tips ini dapat menjadi panduan untuk member2 “lazyman club”.
Diari Jutawan’s last blog post..CSR (Corporate Social Responsibility)
[Balas Di Sini]
7Betul tu. KIta kena cari satu benda yang boleh buat kita bersemangat untuk bangun. Sekalunya hari cuti memang kita susah nak bangun sebab xda keja nak buat. Tapi kalau hari ada kelas / keja, fuh. memang awal la bangun.
[Balas Di Sini]
8Salam.
Buat sesuatu perkara itu niat semata2 kerana Allah, hanya utk dpt redho Allah dgn mengikuti sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah akan jd mudah.
Seblum tido kalo dpt buat n jaga adab2 tido juga akn memudahkn bgn tido tanpa ade perasaan malas.
Dunia ni memanglah membosankan. Sb tu Allah jadikan syurga utk manusia kerana nafsu manusia ni hanya selayaknya d dlm syurga Allah yg penuh kenikmatan. Tp utk dpt syurga kene kawal nafsu utk dpt taat printah Allah n meninggalkan laranganNya ikut cara Nabi Muhammad saw.
Ahlia Azhar
azharjaafar’s last blog post..Selamat Tinggal Amsterdam
[Balas Di Sini]
9Assalamualaikum…
Sebelum nie has memang susah nak bagun cadar yg nipis terasa berat untuk ditolak…tapi sekarang nie dah ok nak pergi keje pun semangat..sebelum tidur sebaiknya ambil la wuduk…semasa nak bangun tue ingatkan Allah.. Allahuakbar..selepas tue solat mesti badan rasa cerdas…tak caya cubalah..tapi kadang2 terasa malas hendak solatkan?betul tak?liat je nak bangun subuh..kena tekadkan hati la..solat untuk kebaikan kita juga kenapa harus malas..tiap2 pagi motivasi diri…betul kata pakar pikir yang menyeronokkan..pikir guna otak kanan pikir positif jangan pagi2 lagi dah pikir negatif…hurm tapi kadang2 terjadi macamtue pada saya juga..kena kuatkan hati..
Latih pelan-pelahan tak mustahil..
[Balas Di Sini]
10tq kat pakar… bagi tip ni tapi mmg tak dinafikan sy mmg sukar nak bangun kecuali klu ada kelas je sy dapat bangun awal klu tak da mesti bangun lewat…tapi sy tak suka tabiat buruk sy nie byk buang ms… insyALLAH dgn tip yg pakar bagi sy akan usahakan bgn awal spy sifat mls dapat sy atasi… tq bebyk…….
[Balas Di Sini]
11terima kasih bang rasa malas sangat ketika bangun tidur
[Balas Di Sini]
12ader la jugal rasa malas.Bukan selalu pun TAPIIIIII
masalah nyer masalah ni mesti datang time hari
ISNIN….walau pn tempat kerja dekat tetap sampai lewat opis..
Saya setuju sangat bahawa kita perlu ubah cara
kita set minda kita…
[Balas Di Sini]
13betul gak cara ni..klu pk benda yg menyeronokkn,kt mula cr idea utk trus bgn..hmm..bleh jdkan panduan..tp nk cr bnd yg menyeronokkan tu yg payah pd hr tu…mcm ne tu ek?
[Balas Di Sini]
nana93. Reply:
August 4th, 2009 at 10:36 am
snang jerk.ble bgn tido,bayangkan someone yg kte syangi tgah tunggu kte kt luar.kalo lmbt die akan tinggalkan kte.
[Balas Di Sini]
kalau saye lak.. kalau hari tu ada baju baru nak melaram rase semangat nak gi keje. Tapi cadangan saudara untuk fikir aktiviti yang seronok2 tu memang betul cuma masalahnya bukan tiap-tiap hari bakal jadi hari yang seronok
[Balas Di Sini]
15askum SMUA..
Malas ek?
Slu org akan ckp hari isnin tak seronok sikit bli nk mula berKja, coz hari sbtu/ahad daH syok bercuti pjglah katakan..
-Saya akan setkan dlm fikiran saya hari ni akn lbih baik dr smlam..
-Bila bgun dari tdo msti saya mengeliat mcm kucing dulu.hik.hik..hiah! arh..baru rasa urat kat badan, tegang sikit.kmdian saya trus kebilik air madi sambil nyayi2 mcm2 lagu tp jgnlah mdi terlalu lama yer..
-Setiap hari sbtu saya akan menggosok stok baju saya & suami utk 1 mgu.tp pastikan baju tersebut cantik, bergaya,baru ada smgat nk kerja.
-Time nak berdandan tu plk saya slu make simple tapi sedap mata memandang, ikat tudung tudung dgn plbagai fesyen.. suami plk bergaya dgn tali lehir @ bjunya..
-Sampai pjbt saya msti bukak RADIO HOT FM..sambil buat kerja menyanyi..baru rasa tak sunyi coz kt pjbt saya nie saya 1 org je staf kat sini..bos plak tekadang ada tekadang tdk..alah mcm biskut cips MORE tu..hik..hik…(mcm office ana yg punyalah..)
[Balas Di Sini]
16nasib baiklah akak dah berhenti kerja..tapi mana boleh malas bangun pagi..kang cik abang dan anak tak gi sekolahlah pulak..
akak amalkan makan makjun tradisional tau..barulah kuat badan ni..ahaksss
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 21st, 2009 at 9:16 am
@kak ina kl,
Askum..
Alahai.. seronoknya bila kak ina dah berhenti kerja. suami pulak keluar mencari rezeki ya.sekurang-kurangnya akak ina bolehlah jaga makan, pakaian mereka,mandikan anak-anak, tengok anak membesar depan mata..hu..bestnya..
Kalu saya pun nak juga tapi saya bercadang nak buat businees dirumah sambil anak-anak dibawah jagaan saya.so jimatlah duit saya bulan-bulan untuk membayar pengasuh sicomel ni dan dapat juga suami saya berjimat untuk minyak petrol keretanya yang selalu menghantar saya kepejabat.hu..hu..
Kalau makun ubat-ubat tradisional ni baguh juga..
sebab ia boleh membuatkan wanita kekal cantik dan cergas sepanjang waktu dalam menguruskan hal-hal rumahtangga..he..he..
[Balas Di Sini]
kak ina kl Reply:
August 21st, 2009 at 7:57 pm
salam perkenalan surihati….tapi akak skrg ni boring duduk rumah..anak-anak ada yg gi kolej.yg kecil dah gi sekolah sampai petang….
lepak depan pc…jimba dgn member cyber..member blog..datanglah ke blog akak ye..
[Balas Di Sini]
oo…cmtu ker…
mm…setiap pagi mmg kena bngun awal walaupun rasa mls sngt2…
sbb kelas 7.30 pagi da start…huhu…
mekasih tuk tips ni….
[Balas Di Sini]
18hurm..ni mmg btul..
tapi cmne kalau tiap hari tu takde la sangat bende menariknya yg nak buat kita senang utk bgn. lebih2 lagi kalau hari tu mmg ada job yg tak best. hohoh.
[Balas Di Sini]
19salam. saya jenis yang ada penyakit insomnia.Jadi,tidur lewat dan bangun lewat adalah perkara yang terjadi sekiranya saya tiada apa aktiviti keesokkan harinya.Lebih-lebih lagi time cuti panjanggg~
saya baru saja jalan2 ,dan sy terjumpa artikle mengenai bagaimana nak bangun awal. teorinya menarik perhatian. have a read ^_^
http://padihutan.blogspot.com/2009/06/bagaimana-cara-untuk-bangun-awal-pagi.html
[Balas Di Sini]
20Sekarang rasa malas dan tidak bersemangat meluap-luap. Dulu saya tidak macam ni. Kerja-kerja rumah, tugasan tempat kerja dan tugasan belajar terbengkalai. Bila nak menghadap komputer untuk membuat kerja dan tugasan belajar rasa amat tension. Tolonglah saya untuk mengatasi masalah ini.
[Balas Di Sini]
21