Petua Rumahtangga Bahagia

Share

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.” (579)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “Petua Rumahtangga Bahagia

  1. Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
    Mari kita t tips nie…..
    1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah S.W.T dalam setiap diri manusia yang normal.

    2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang di kasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah.tanpa restu dan izin yang maha kuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimanapun usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya.Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak ditangannya,dan Allah berhak mengambilnya bila-bila masa yang dikehendakinya.Sebagai seorang beriman dengan qodak dan qodar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

    3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri.Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kawin,memberi nafkah batin,mendidik isteri dan anak-anak serta berlaku baik terhadap mereka.Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan engan syara memelihara diri dari perkara yang mungkar,menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

    4) Senagai seorang mukmin,sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi dari segala-galanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @putrisalju,
    benar dan amat benar sekali…
    semoga kita dapat amal dan praktikkan tips2 tu semua.
    insyaAllah…semoga rumahtangga kita bahagia sentiasa…
    amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam Pakar How To :

    Tips yg tuan bagi rasa saya dah cukup lengkap. Kedua2 pihak kena faham tanggungjawab masing2, SABAR paling penting dalam melayari bahtera alam rumahtangga. Kedua2 dari keluarga yang berbeza latar belakang dan sudah pasti perlu menyesuaikan diri utk hidup yg lebih bahagia.

    Paling penting patuh kepada ajaran Allah dan sunnah Rasullulah s.a.w. untuk memperolehi kehidupan keluarga yang bahagia dan tenang serta diberkati oleh-Nya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @saffiah,

    Yaa…benar sekali apa yang akak cakap.
    SABAR tu paling penting.

    Tapi, tulah…
    nampak cam senang jer nak amal.
    Tapi hanya ALLAH saja tau betapa sukarnya
    kita untuk menjadi orang yang benar2 dapat berSABAR.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam semua, kajian telah dibuat, lebih 70% isteri tidak rasa bahagia dan kecewa kerana tak mendapat kepuasan hubungan kelamin dengan suami!! Daripada jumlah itu, 75% peratus adalah disebabkan si suami mengalami pancutan pramatang atau pre ejakulasi.
    Kebanyakan para suami berasa malu untuk membincangkan hal ini. Ada juga yang tinggi ego, tidak mengaku kekurangan diri dan bertindak seolah-olah tiada masalah berlaku.
    Saya adalah salah seorang wanita dalam golongan tersebut. Sehinggalah satu hari saya terjumpa produk ini. Mulanya segan juga nak mendapatkan produk ni, tapi disebabkan tekad untuk atasi kebelengguan yang saya deritai hampir 3 tahun, saya cuba juga.
    Saya hadiahkannya untuk suami dan meminta dia cuba memakainya. Dia berasa berat nak guna kerana tak biasa dengan benda-benda macam ni. Tapi saya minta juga demi cinta & kasih sayang saya padanya.
    Sekarang, masalah kami dah berjaya diatasi. Dah 2 tahun suami saya gunakannya, malah kami dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah. Saya amat puas hati & tak sangka begitu mudah mengatasi masalah tersebut.
    Jadi, saya berniat untuk sama-sama membantu semua pasangan yang ada masalah seperti yang saya hadapi ini. Jangan ada rasa malu atau segan dalam hal ini. Kalau suami tidak bertindak, si isteri kena berkeras… jangan biarkan perasaan anda tak keruan & stress.
    Bertindaklah DEMI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA KITA…
    Klik sini:
    http://www.teratakanda.blogspot.com atau
    http://www.magic-tissue.blogspot.com/

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam