Petua Merancang Anak Lelaki

Share

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

  • 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).
  • 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
  • 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  • 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
  • 5. Jangan adakan seks 3~4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

(998)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “Petua Merancang Anak Lelaki

  1. dah puas saya cari alat untuk douching tapi tak jumpa..
    banyak farmasi tak tahu alat tersebut..
    boleh terangkan bagaimana alat tersebut dan mungkin namanya dgn lebih jelas lagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam