Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga

September 07, 2008 By: PakarHowTo Category: Petua

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

## Mesti sahur ##

  • Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
  • Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
  • Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
  • Baca lagi, makan lagi.
  • (Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)

  • Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
  • Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
  • Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
  • Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.
  • (Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)

    Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

    Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

    Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

    Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

    Share
    Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

    9 Comments to “Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga”


    1. hmm bagus tips ni. selalunya buruh tak berpuasa kan? sebab perlukan tenaga untuk angkat benda dan bekerja…. :)

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      1
    2. Wah.. betul kata Faisal. Memang bagus tip ni. Untuk kepalkan nasi tu, sama seperti petua arwah atok saya yang kerjanya mengangkat pisang yang berat-berat. Tak pernah pula diturunkan petua itu pada cucu kesayangannya ini. (cewah..). Akhirnya sekarang baru tahu. huhu..

      Anyway, minta izin saya masukkan dalam “Entri Terbaik Minggu Ini” di blog saya ya.

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      2
    3. Saya tak pernah miss tips yang di beri.Mana yang saya berminat akan di post sama d blog atau di forum yang saya aktif. Perhargaan kepada web ni juga saya paparkan.

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      3
    4. Sang Pelangi…

      orang2 kampung memang dah lama mengamalkan petua (makan nasi kepal) ini.
      malah menurut ceritanya, Pahlawan Mat Kilau juga mengamalkan memakan nasi kepal ni.

      tentang nak ‘publish’ dalam blog sendiri tu…
      dipersilakan….jangan malu2….anda bebas untuk ‘copy&paste’ maklumat di blog ini utk diletakkan di blog anda.
      tapi saya harap anda dapat bagi kredit la skit pada blog ini dengan memaparkan address blog ini.
      cth : Sumber dari –> PakarHowTo.Com

      Kepada Joli…
      terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog PakarHowTo.Com.
      Dan terima kasih kerana sudi mewar-warkan maklumat berguna di blog ni kepada orang lain.

      Sememangnya tujuan blog ini adalah untuk mengumpulkan segala macam jenis petua, tips, panduan, rahsia dan ‘how to’ untuk dijadikan panduan dan manfaat kita bersama.

      Kalau anda ada sebarang info/maklumat yang ingin dikongsikan di sini…sila kontek saya.
      insyaAllah…saya akan paparkan sebarang artikel daripada anda.

      terima kasih….dan selalu2 lah singgah dan bagi komen di blog ini yer…. ;)

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      4
    5. assalamualaikum,

      byk2 petua yg korang bagi ni kn…cthnya mcm mcm mana nk kira waktu kesuburan, ada praktikkan ke? i mean, you all planning ke nk get pregnant or mmg dh pregnant? (i mean raihan la…)… bkn u all ke yg baru kawin thn lps? i read kt ur blog. semua org wish congrats, just xde yg congrats for baby…planning ke? sori kalu soalan ni nmpk private…sj tny..hehehe

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      5
    6. beznyerr dpt blaja ptua org dulu2….

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      6
    7. selain manage this blog, you all keje tak ek? or mmg fully concentrate on developing this blog? i rs mcm knal ur wife, i mean raihan…tp x igt ktne… rs mcm pnh nmpk….hmmm…u look so familiar.

      keje mana ek skrg? dulu duk wangsa maju ek?

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      7
    8. kepada whengy…

      pertamanya terima kasih kerana sudi singgah dan beri komen di blog kami.
      utk makluman, yaaa kami (syukri+raihan) memang dah kawen.
      namun masih belum dikurniakan anak.
      kami tak merancang pun…

      seperti yg saya catatkan dibahagian ‘mengapa & bagaimana’ tu…
      tujuan utama blog ini adalah untuk kongsi segala macam jenis petua/tips/teknik/rahsia untuk panduan kita bersama.

      justeru, segala macam jenis petua/tips/panduan yang kami belajar samaada melalui pembacaan/pertanyaan kepada
      orang yang lebih arif, maka kami akan kongsikan di blog ini.

      moga2 ianya menjadi satu panduan dan dapat kita amalkan bersama. itu matlamat blog ini secara asasnya.

      adapun…berkenaan dengan diri kami…
      kalau whengy nak tahu lebih lanjut,
      maka ada baiknya kalau whengy baca di halaman ‘siapa kami?’…
      cuba tengok ‘frenster’ saya…

      p/s- dulu masa bujang…memang raihan duduk di wangsa maju…

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      8
    9. kepada leen…

      diucapkan ‘ahlan wa sahlan’ ke blog kami yang tak seberapa ini.
      selalu2 la singgah dan tinggalkan komen yer.

      tenkiu

      Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

      [Balas Di Sini]

      9


    Leave a Reply

    *
    CommentLuv badge
    Protected by WP Anti Spam


    This page is copy protected
    SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

    Switch to our mobile site

    Page 1 of 11