Petua Khusyuk Solat

Share

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. ” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah..

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Haram hukumnya.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Artikel diterima melalui email daripada nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com) (1211)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “Petua Khusyuk Solat

  1. Alhamdulillah. My opinion: Arabic language is No.1. The problem is people do not make an effort to understand arabic, and that’s why there’s no khusyuk. If someone is not paying attention to the meaning of the recitation, then memang tak akan khusyuk punya, gerenti. Kalau khusyuk pun, mesti khusyuk fikir tentant benda lain. So Arabic is No 1 without a doubt. Others all secondary.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mas Reply:

    @Farihin Fong, I could say that I am quite disagree with this statement. I can guarantee that you could stop our mind from thinking of something when offering the prayer. I don’t think that kusyuk means we have to know the meaning of what we are reciting. We should feel the present of Allah and know that Allah is evaluating us…that’s the most important thing.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. ringkasnya, nak solat : masuk serta ilmu, berdiri serta takzim, ,mengerjakan serta malu, keluar serta takut…insyaALLAH, amal betul2, hadirla kusyuk tu..WALLAHUALAM

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Bismillah hir rahman nir rahim

    untuk tambahan ilmu(dan nasihat untuk diri saya)..

    untuk khusyukkan hati
    sila cuba membaca bacaan sembahyang dalam hati. latihkan diri untuk menghabiskan bacaan dengan sempurna.

    untuk usaha memperbaiki sembahyang
    cuba cari doa-doa yang boleh menguatkan lagi kekhusyukan diri. kaji sejarah sembahyang dan bacaan-bacaannya. berpegang lah pada ALQuran dan Hadis.

    kita disuruh untuk berusaha menghindari dari syaitan dalam apa jua kita lakukan.salah satu doa yang boleh kita gunakan untuk meminta perlindungan pada ALLAH.

    Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan”
    “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.(surah al mu’minun 97-98)

    sekiranya masih lagi berterusan(tidak dapat khusyuk ) selepas usaha-usaha yang anda buat cuba lah doa ini

    “Ya ALLAH,izinkan lah aku khusyuk dalam sembahyang ku, berikanlah aku kemenangan dalam ibadahku, dan teguhkan lah aku dalam keimanan ku, sesungguhnya aku serahkan diriku pada mu ya ALLAH, tiada daya dan kekuatan kecuali ALLAH”

    pahala sembahyang sesorang akan(atau mungkin) berlainan dengan yang lain kerana yang lainnya mempunyai isi dalam sembahyang(ilmu/ketakwaan/cinta pd ALLAH/Keazaman yang kuat untuk bertaubat/keikhlasan dll).sekiranya anda tahu akan ada kekosongan dalam sembahyang, itulah petunjuk dari ALLAH untuk menuju kesempurnaan.

    segala yang kita amalkan pasti ada ujiannya. oleh itu bersabar lah kerana kemenangan pasti akan diperolehi bagi yang sabar.(Nasihat untuk diri saya juga)

    kekuatan sabar dalam surah al anfaal
    [66] Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

    “yang senang itu dosa, yang susah itu pahala”

    semoga anda berjaya.

    AMIN

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam