Petua cabut gigi

Share

Seperti yang aku ceritakan dalam tulisan yang lepas. Semalam (4/Jan/2011), aku telah cabut sebatang gigi geraham (bawah sebelah kiri) kerana gigi tersebut dah berlubang dan rosak.

Pagi ni, bila aku masuk kerja, ramai kawan aku tanya ;

“Eh, sakit tak cabut gigi?”

“Mahu nya tak sakit. Meleleh air mata aku menahan sakit tau.” , jawab aku spontan.

Memang betul pun. Doktor pun ada cakap. Paling sakit, cabut gigi geraham lah. Sebab tunjangnya panjang.

Dalam entri hari ni, aku nak kongsi beberapa petua @ tips untuk cabut gigi.

  1. Kalau nak cabut gigi, jangan cabut waktu tengahari sebab nanti darah banyak keluar dan lambat kering. Cabut gigi seelok-eloknya pagi sebelum pukul 11 atau sebelah petang selepas pukul 5 petang.
  2. Sebelum cabut gigi, disarankan untuk makan kenyang-kenyang. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut masih rasa kebas, darah masih keluar dan susah nak makan.
  3. Selepas cabut gigi, eloklah untuk minum air sejuk (ais), tak kisah lah air sirap ker, air cincau ker atau teh o ais limau. Yang penting air tu mesti sejuk (ada ais) agar luka kesan cabutan gigi cepat mengecut@sembuh.
  4. Kalau boleh, cari dentist (doktor gigi) yang paling anda suka dan service nya professional. Jangan main redah jer kat mana-mana. Bukan apa, setidak-tidaknya kalau doktor tu bagus, boleh juga dia tolong ‘cool down’ @ tenangkan kita (especially orang yang phobia dengan dentist macam saya ni…huhu)

Sekian catatan untuk kali ini. Anda bagaimana? Pernah cabut gigi? Ada kenal mana-mana doktor gigi yang bagus? (1246)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

17 thoughts on “Petua cabut gigi

  1. ade2….n sy paling ske cabot gg…
    dah 2 kali sy cabot gg graham atas…
    tggu yg bawah ni jer…
    klinik yg sye pegi mmg nmpak usang, tp servis bgos…
    lgsg xwat rase tkot…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @overdose, kat mana tu hee?..nnti mau kesana jugalah hee

    sebatang gigi garham dicabut berapa kos rm dia?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Actually sy pling slalu cabut gigi, dr skolah rendah g..tp perasaan trauma tu msih tmbul jika sy jumpa dktor gigi..skg ni mo p jumpa dktr gigi coz masalah gigi rosak n berlubang..emm..cam mana nak atasi rasa takut nie..?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Muna wara, anggap je rdr tu cam kawan kita dan yang pasti klu kita ingat ia sbg kawan kita mesti dia akan cabut ggi kita dgn sebaiknya.. heee

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Muna wara Reply:

    @surihati_ku, tq surihati..arap2 sy dpt la mnganggap dr. tu as fren..tp fren tuk mo cabut gigi jak..hehheh;-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. saya suka DR TAZILI di KLINIK GIGI TAZILI kat Pasir Puteh,Klenatan.tak sakit dan murah.yang paling best,DR tu warak dan cool.pandai tenangkan pesakit.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    IZIS Reply:

    @aku_zoul, oh yes,you are right man.betul tu dia memang pandai tenangkan pesakit.saya hanya periksa aje kat klinik 2,sebab tak ada masalah apa apa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    rosie_luv Reply:

    @aku_zoul, oh, I know him. saya setuju dgn pendapat pandai tenangkan pesakit tapi saya tak setuju dengan pendapat murah tu,bagi pendapat saya sebab dia nak suruh klinik dia laris tapi tak baik juga cakap macam tu, tapi saya tekankan disini bahawa kos sekarang mahal,cuba campur kos overhed,sewa premis,gaji pekerja,ubat dan sebagainya. pada pendapat saya kalau nak pergi kat swasta sedia duit sekurang kurangnya seratus . di sini saya telah mendapat senarai harga rawatan di klinik dia… filling RM45, scaling(pembersihan ialah RM60,extraction gigi depan belakang RM40,walaubagaimanapun rawatan dan bergantung kpd thp mslh yg dihadapi………kos yand ditetapkan ini memang lebig murah seperti yang ditetapkan oleh mda dan kementerian… satu aje yang boleh saya puji kos cabutan gigi depan dan belakangialah sama. nak tahu lanjut telefon dialah sebab saya kurang pasti akan ketepatan maklumat, nombornya ialah 097869667………….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    za Reply:

    @rosie_luv, oh awak pencari maklumat yang bagus… Baguslah tanya dulu tentang kos tu,saya harap anda semua begitu…. dan saya nasihatkan supaya jumpa dentist wlpn x ada masalah,sebab kalau tak teruk kos dia murah sikit terutama amalgam filling.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. mana dpt info boleh minum air sejuk selepas cabutan?
    sebab kami diajar utk menasihat pesakit supaya jgn minum air terlalu sejuk dan terlalu panas.

    penting juga utk mengigit kapas yg dibekalkan untuk membantu darah membeku.

    pada pandangan saya,
    doktor gigi yg baik akan menganggap patient sebagai sebahagian ahli keluarga dia. jadi nak tak nak kene beri khidmat terbaik. mcm menjaga perasaan ibu sendiri. baru patient suka

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam, baru balik dari cabut gg garham bongsu…tapi tak ambik pun sarapan pagi td…ni dah tghari, perut dah bunyi2 lapo…darah tak kering lagi..huaaa

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  6. Salam,

    Saya nak tanya saya baru lepas cabut gigi geraham hari Jumaat lepas, lepas tu perasan smlm tapak bhgn akar yg dah cabut tu ada warna putih. Adakah ini normal? Sebab tak pasti samaada nanah atau apa? Tolong yer..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. cabut gigi n injection tu tak sakit mana kalo nk compare dgn sakit gigi malam2 takleh tido tu.. ya ampun.. tobat2! sampai ke otak sakitnyer bedenyut.. baiklah cabut je. pecayalah tak sakit kalo nk compare.

    kalau sakit masa doktor pulas gigi tu.. angkat tangan, bitau dia sakit doc.. tambah bius lagi.. insyaAllah tak sakit kalau bius mencukupi. dan bertenang + selawat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. cabut je..cabut gigi n injection tu tak sakit mana kalo nk compare dgn sakit gigi malam2 takleh tido tu.. ya ampun.. tobat2! sampai ke otak sakitnyer bedenyut.. baiklah cabut je. pecayalah tak sakit kalo nk compare.

    kalau sakit masa doktor pulas gigi tu.. angkat tangan, bitau dia sakit doc.. tambah bius lagi.. insyaAllah tak sakit kalau bius mencukupi. dan bertenang + selawat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. kalau cabut gigi geraham dah tua ni biasanya sakitnya smpi seminggu ke….? sbb tahun lepas cabut gigi geraham atas sakitnya smpi smggu….Allah jelah yg tahu betapa seksanya…jadi traumalah pulak….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam