Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Petua Atasi Penat & Elak Kesusahan

November 06, 2008 By: PakarHowTo Category: Petua

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pun pergilah bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini. Kata Saidini Ali ; “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Maka sayugianya dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian, supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.

Maka akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman, insyaAllah.

Sumber : http://blogsagasama.blogspot.com/

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

4 Comments to “Petua Atasi Penat & Elak Kesusahan”


  1. Subhanallah..betapa disebalik kalimah2 suci ini tersembunyi penawar..mudahnya utk mengamalkan amalan yang satu ini..insyaallah..sy akan cube mengamalkannya secara istiqamah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Now you have got an opportunity to look for a professional article submit service to do your story just about this topic accessible for list of free article submission.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Lots of essay writers offer intereating interesting about this good topic, so buy custom essay papers or buy a term paper to see more facts just about this good topic.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. The thesis research performing process seems to be riveting but complicated. Therefore, when some students want to chill out and finish the perfect story just about this good post, they should to seek the experienced dissertation service, which will assist them all the time.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11