Pengumuman - Bercuti 3 hari
Assalamualaikum & salam blogging kepada semua pembaca blog PakarHowTo.Com.
Pertamanya kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah di blog kami ini. Sesungguhnya tanpa kehadiran tuan2/puan2, maka amat hambarlah blog ini.
Adapun intipati post hari ini hanyalah sekadar untuk memberitahu kepada tuan2/puan2 bahawa blog ini akan bercuti selama 3 hari bermula hari esok(17/May/208) hingga Isnin(19/May/2008) ini. Jadi, tidak ada sebarang post yang akan dibuat sepanjang 3 hari ini. Begitu juga dengan mesej yang dihantar kepada kami sepanjang waktu ini juga tidak akan terjawab sehingga hari Selasa(20/May/2008) nanti. Harap maklum.
Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada ramai pembaca yang memberikan komen dan pelbagai cadangan dalam mencantikkan lagi blog ini. Kami dapati, rata-rata pembaca mengatakan bahawa gaya tulisan di dalam blog ini PERLU ditukar agar ianya tidak terlalu serius dan ‘berat’. Tulisan yang serius dan ‘berat’ hanya akan membuatkan pembaca cepat letih dan bosan.
Yaaa…terima kasih. Kami terima semua kritikan daripada tuan2/puan2 semua dengan hati yang terbuka. Memang ada benarnya komen/pandangan tersebut.
Justeru, dalam masa cuti 3 hari ini , kami akan cuba untuk memikirkan cara bagaimana kami dapat menceriakan dan memenarikkan lagi blog ini. InsyaAllah, kami akan mengambil beberapa countermeasure bagi memperbaiki mutu blog ini.
Kami harap anda akan terus memberikan sokongan kepada kami dengan sentiasa melayari dan menjadi pembaca setia blog PakarHowTo.Com ini. Jika ada sebarang komen, kritikan, pandangan, idea dan buah fikiran untuk memperbaiki lagi blog ini, sila kemukakan kepada kami di sini.
Akhir kata, Salam Hormat, Salam Ceria dan Salam Sayang daripada kami.
Ikhlas,
GH Syukri
Nur Raihan
GH Masri




Tinggal Komen Anda Di Sini