Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

PakarHowTo - Mencari Orang Hilang

November 25, 2009 By: PakarHowTo Category: Pengumuman

Assalamualaikum semua para pembaca sekalian? Anda apa khabar? Saya sentiasa doakan anda sentiasa sihat, bahagia, ceria dan dirahmati Allah sokmo2 hendaknya.

Baru sebentar tadi saya ada menerima email dari salah seorang pembaca blog pakar iaitu Hj Zubair Shafie, meminta saya war-war kan berita mengenai kehilangan saudara beliau.

Menurut Haji Zubair, saudara beliau itu hilang di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Dah hilang lebih 3 minggu. Saudaranya itu adalah ‘orang kurang upaya’ (lemah akal).

Haji Zubair sangat2 berharap kepada sesiapa saja yang terjumpa atau mempunyai maklumat mengenai saudara beliau yang hilang itu, agar menghubungi beliau di ;

Alamat : No 45 Jalan 3/20 Bandar Baru Bangi.
Telefon rumah : 03-8926 4462
Hp : 019-3306328

Di bawah ini adalah gambar dan maklumat mengenai saudara beliau yang hilang tersebut ;

orang hilang

Saudara Ilhamy

NAMA : MOHD ILHAMY BIN MOHD DARUS
ALAMAT ; KAMPUNG KAYU ARA, DAMANSARA
UMUR ; 30 TAHUN
KETINGGIAN ; 1.65 METER

Jika anda terjumpa atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai orang di atas, sila hubungi ;

  • Puan Hasnah : 019-3351186 / 019-2588476
  • Pihak Polis : 019-2586412

Kami di PakarHowTo sangat-sangat berharap agar anda semua dapat ‘copy & paste’ post kali ini, dan sebarkan kepada kawan-kawan anda yang lain. Terima kasih.


Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

8 Comments to “PakarHowTo - Mencari Orang Hilang”


  1. as-salam semua..
    harap2 keluarga tersebut..insan yang diluar sana tu akan ketemulah insan yang bernama Mohd Ilhamy Bin Mohd Darus ni..

    kasihan dia manalah dia menghilangkan diri agaknya ya..tambah lagi sedih sb tak lama lagi orang dah nak sambut hari raya qurban/haji..
    simpati juga suri dibuatnya..

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Ya Allah permudahkanlah urusan mereka berilah mereka kesabaran. amin

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Assalamualaikum. Syukri terima kasih banyak info ni. Kita sama-sama bantu insya Allah

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    As-salam,
    sama-sama Motivasi Kerja..mana yang susah-susah tu kami akan bantulah sedaya mana kami mampu lakukan..

    semoga keluarga tersebut akan berjaya menemui ahli keluarganya kembali. Amin.

    [Balas Di Sini]

    3
  4. mm..InsyaALLAH…same2 kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan mencarinya….
    kalu da jupe orgnye…
    rojer2 la page ni…

    [Balas Di Sini]

    4
  5. assalamualaikum,
    salam perkenalan. terima kasih di atas doa dan pertolongan mewar-warkan berita kehilangan muhd ilhamy. alhamdulillah segala pujian buat Allah Yang Maha Penyayang, untuk pengetahuan semua beliau telah dijumpai oleh hj zubair dan isterinya di masjid jamek kl pada awal muharram jumaat lalu. sekarang beliau berada di hospital kl sementara waktu untuk dihantar ke pusat rawatan.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hud hud,
    As-salam..hud hud
    Sama-sama..Syukur.. keatasNya kerana telah menemukan muhd ilhamy kepangkuan keluarganya kembali.
    Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Mengetahui..lagi bijaksana..

    Alhamdulullah.. tuan hj zubair dan isterinya telah menjumpainya..

    [Balas Di Sini]

    6


Leave a Reply