Pengalaman kena tipu

PENGALAMAN SENDIRI KENA TIPU

Suatu masa, pada tahun 2008, aku pernah terbaca mengenai skim Contract Farming. Kerajaan pada waktu itu sedang dalam usaha menaikkan sektor pertanian. Maka wujudlah slogan, “Pertanian adalah Perniagaan.”
Jadi, aku pun turut sama melibatkan diri dalam sektor agro dengan cara menternak kambing. Pada masa yang sama, aku join satu Contract Farming Serai Peha Ayam.

Waktu tu, Serai Peha Ayam ni menjadi sangat popular. Orang yang mula-mula buat serai ni untung besar sebab dia boleh jual benih serai. So, orang akan beli benih, tanam serai dan kemudian jual benih serai. Lama kelamaan, serai jadi semakin banyak. Tak tau nak jual kat mana. Yang tahu, jual benih serai. Tapi, produk serai tak ada. Aku pun tak jadi buat pertanian serai.

Tapi, aku terjumpa sebuah syarikat, Rimbun Agro Venture (AS0306039-H) yang offer pertanian kontrak serai dan mereka kata, “Kami ada kilang untuk proses serai.”

Aku pun pergi jumpa mereka di ofis. Sembang-sembang dengan boss dia. Haji apa ntah. Lebai atas kepala. Cara dia sembang memang kemas la.

“Encik invest RM 5000, kami akan bagi encik satu lot serai. Lepas enam bulan tanam, serai-serai tu boleh jual. Kami akan uruskan semuanya. Kami ada kilang proses serai. Jangan risau. Kami bukan macam kompeni lain yang juai benih. Kami jual produk.

Dia pun tunjuklah dia punya peta ladang dia. Gambar-gambar jentera, buruh buat kerja dan semua yang berkaitan untuk meyakinkan aku.

“Kalau encik nak tengok ladang kami kat Kuala Nerang, jom kita pi.”

Invest RM 5000, dapat hasil berganda-ganda. Siapa tak mau? Aku yang waktu tu tengah pegang duit banyak, memang tak fikir panjang la. Err… sebenarnya, sebenarnya aku buat pinjaman daripada dua orang rakan untuk buat bisnes kambing. Kiranya yang lebih tu lah aku nak guna untuk invest projek serai ni.

“Okey Tuan Haji. Saya setuju. Bila boleh sign agreement?”

“Kalau nak sekarang pun boleh.”

Agreement pun ditandatangani. Siap ada setem hasil. Aku pun invest la RM 5000. Balik rumah goyang kaki. Harap-harap 6 bulan lagi, apabila serai dapat dijual, at least aku dapat RM 10,000. Wow!

Enam bulan berlalu. Aku pun talipon Tuan Haji.

“Bila boleh dapat dividen saya?”

“Sabaq la encik. Nanti kamu jual serai encik tu, kami bagi. Sabaq na.

“Berapa lama?”

“Dalam dua bulan lagi.”

Selepas beberapa bulan, aku talipon balik. Jawapannya sama. Sabar, sabar dan sabar.

Selang beberapa lama, aku cuba talipon lagi. Kali ni memang tak berangkat. Malahan nombor talipon tu pun dah tak digunakan. Aku mula rasa seram sejuk. Terus aku pacu Honda EX5 aku ke pejabatnya di Jitra.

Tutup.

Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Aku rasa dia dah kencing aku.

Aku layari website dan blog syarikat tersebut. Dapatkan beberapa nombor telefon yang boleh aku hubungi. Dapatlah aku call dia punya share partner.

“Salam. Saya nak tau, Tuan Haji XXX gi mana eh? Aritu saya ada projek dengan dia.”

Share partner dia pun menjelaskan bahawa Tuan Haji telah “lari”. Sebelum dia lari, share partner dia ni pun terkena macam aku kena. Tapi, dia sempat dapat balik bahagian dia. Walaupun tak dapat duit, tapi dia dapat sebuah van lama. Itupun setelah dia gertak Tuan Haji. Van tu Tuan Haji tu punya.

“Habis tu, saya camana?”

“Tak taulah. Dia pun dah lari pi mana taktau.”

“Dalam website tu macam aktif..”

“Website tu dah lama mampuih! Dia dah lari dah.”

Sampai hari ni aku belum jumpa Tuan Haji tu. Dan, apa yang aku lalui menjadi pengajaran. Mulai saat itu, aku tak mudah percaya pada orang. Tambah-tambah berkaitan duit.

Jadi, nasihat aku kepada hangpa semua yang nak cepat kaya tapi malas berusaha, janganlah terpedaya dengan skim-skim macam ni. Lagi satu, jaga imej agama dan bangsa. Jangan disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga.

***

Aku cek blog dia tu masih belum dipadam. Last update entri tahun 2008.

Try la tengok sendiri:

(rimbunagro.blogspot.com)

Tulisan : Tuan Khairy Tajudin Novelis

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(1664)

5,788 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

One Komen on “Pengalaman kena tipu

  1. Semasa membaca kisah tuan tu.... aku terbayanglah wajah tuan berjumpa denganAhmad Nisfu. Laaaaa...biasalah tu. Kalau ada orang yang nak jual projek dalam bentuk lot, jangan layan....semua tipu le tu...... Macam cerita Mat Jenin aku tengok!

      (Quote)

    BAGUS(0)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam