Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Panduan Mengurangkan Tekanan atau ‘Stress’

April 12, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Semua orang, laki ke pompuan, tua ke muda, kaya ke miskin, sikit sebanyak pasti akan merasai tekanan atau stress.

Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.

Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.

Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.

Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?

Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini.

  • 1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.

Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.

Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”

Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.

Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”

Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.

  • 2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk.

Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”

Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

  • 3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.

Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.

Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).

Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

  • 4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.

Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)

Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.

Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

  • 5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.

Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Bagaimana dengan anda? Anda selalu menghadapi stress? Apakah yang biasanya anda akan lakukan untuk mengurangkan stress??

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

20 Comments to “Panduan Mengurangkan Tekanan atau ‘Stress’”


  1. terima kasih atas artikel ni,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Stress adalah akibat tekanan hidup dari berbagai sudut.

    Sebagai satu contoh, seorang kawan saya dibuang kerja dan dia gagal menangani tekanan ke atas dirinya dan akibatnya dia meninggal dunia.

    Saya pula yang sememangnya sudah ‘season’ dgn tekanan sepanjang perjalanan hidup, syukur Alhamdulillah mampu menghadapi semua itu dan still enjoy life.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. ya, saya pasti, jika ikut semua di atas nie…iallah kite akn k.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Assalamuailaiku…terima kasih kerana menghantar artikel ini untuk di kongsi bersama pembaca setia…di harapkan dengan adanya artikel ini dapatlah kita sama – sama menangani stress dalam kehidupan kita seharian…InsyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. syukran jazilan,

    satu panduan yang amat bermanfaat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. satu wadah yang menenangkan kerana stress menyebabkan anggota dalaman kita menjadi lemah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. ketenangan jiwa hanya lah satu ingatlah kpd allah.
    panduan yang sangat menarik.
    terima kasih untuk artikal ini kpd peminat setia.
    assalamulaikum…hai!!!mari ramai2 kito layari blog ini.
    guano kato???beres…slmt menjamah artikal ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. INSYAALLAH dgn mengamalkan panduan tsb masalah stress dapt diatasi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. berserah says:

    Terima kasih sbb berkongsi artikel ni. Bila sedih air mata bukan segalanya. Hanya hamba Allah yg selalu berserah. Ya Allah bersihkanlah hati2 kami. Peliharalah hati kami & hapuskanlah belenggu yg menutupi hati kami selama ini. Engkau yg Maha Mendengar Yg Maha Mengasihani, tenangkanlah jiwa kami & jadikanlah kami sabar menghadapi ujianMu.Ameen

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. panduan diatas bisa aku tahu hanya mendekatkan diri dengan Allah S.W.T hati dan jiwa kan jadi tenang…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. kita perlu pandang setiap yang berlaku samada baik atau buruk ada hikmatnya.kita perlu reda dengan ketetapan yang diberi. dengan mengingati ALLAH jiwa kita akan tenang. lebih tenang daripada air yang mengalir. yang penting keikhlasan hati bukan dorongan pemikiran yang bercelaru.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Artikel di atas merupakan kata2 yg tajam menusuk kalbu yg juga membawa maksud “JANGAN BERPUTUS ASA”. Kerana jika kita berputus asa, kita akan memikirkan tentang masa depan dan semangat untuk hidup.. So, he3.. saya harapkata2 sy betul…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Salam Subur.

    Yaaa Alhamdulillaah. Sungguh bermanfaat entri ini.

    Berkenaan dengan Pengajian Al-Quranul Karim, amatlah besar fadhilat & ganjarannya. Dan barangsiapa yg tinggal & mencari sumber rezeki di ibu kota ini / Lembah Klang, maka ketahuilah, terdapat satu Pusat Pengajian Al-Quran secara PERCUMA yg terletak di lokasi strateegik di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kalian boleh memeperoleh ketahuan berkenaannya di blog hamba.

    Mengenai No. 4, Yaaa, mengenai ayat terakhir dlm Hadis Riwayat Tabrani, yakni “BELAJAR BERENANG”, maka barangsiapa yg berteritory di Lembah Klang ini, ketahuilah, bahawa kewujudan satu Pusat latihan Renang secara Profesional yg berlokasi di Lembah Klang ini. Maklumat tentangnya Kalian bisa ketahuan dgn singgah ke Blog hamba, Insya’ALLAH. Yang mana merupakan antara Pusat Latihan Renang yg berlandaskan kepada SYARIAT ISLAM. Hak Privacy kita dipelihara & dititik-beratkan.

    Sekian sahaja, sekadar pemberitahuan.

    Salam Makmur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. nur jannah says:

    salam,
    hakikat menjana bahagia, terletak di hati yg tenang dan redha. fitra kita datangnya dari al-halik dan kembali dgn hati yg tenang. itu lah yg sebaik-baiknya. waallahualam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. salam, bersabar bertawakal dan sentiasa mengingati yang maha kuasa…. setiap yang berlaku semuanya sudah ditentukan. Allah mahu menguji umatnya..amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. menyampahVSmeluat says:

    nangis puas2 pas2 tido…bangun pagi esok komferm bahagia….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. Aduh! bab nangis ni yg tak syok dgr ni. Bukan ape nangsi mmg leh nangis puas2 tapi pas2 mata bengkak giler….Smpai nk kuar umh pun malu hehehehe..Apapun mmg berguna artikel sebegini. Ialah setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya yang kita tak ketahui.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @za,
    saya kadang2 nangis gak…
    tengok masa dan keadaan…

    tapi yang paling saya takleh nak terima,
    orang lelaki yang menangis tengok AF…
    aduh….ape class beb? huhuhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @PakarHowTo, hik..hik..betol tu suri setuju..memang lawaklah jika mereka berkeadaan sebegitu..

    wewe…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. sy pun ada pengalaman pasal stress ni..sy dah berkhwin dan bru abis kontrak keja ngan gov.dan skrg ni sy slalu stress kt umah sorang2..sy belum dikurniakan anak..sy dh biasa kerja..jd bila xkeja duk umah je..rasa macam boring sgt2..sy slalu nangis sorang sebab tertalu tertekan kerana masih xdapat cri keja..tp alhamdulillah,selepas baca pasal cara menanggani stress kt blog ni..sy smkin tabah menghadapi segala dugaannya…trima kasih blog pakar how…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11