Panduan Mengenalpasti Tayar Baru & Tayar Lama

Share

Hari Ahad (18-Mei-2008) lepas, saya dan isteri telah ke sebuah kedai di Jalan Kelang Lama untuk menukar tayar kereta (kereta kenari) yang sudah 3 tahun tidak bertukar.

Sebelum itu kami sempat singgah di beberapa kedai tayar di area Subang Perdana untuk bertanyakan ‘range’ harga yang ditawarkan di kedai mereka. Berikut ini saya senaraikan hasil soal-siasat saya.

Kedai 1
Tayar DUNLOP : RM180/sebiji
Tayar Bridgestone : RM175/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/Sebiji

Kedai 2
Tayar Continental : RM165/sebiji
Tayar Simex : RM125/sebiji
Tayar Sylverstone : RM135/sebiji

Kedai 3
Tayar Michelin : RM175/sebiji
Tayar Bridgestone : RM180/sebiji

Kedai 4
Tayar GoodYear : RM175/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/sebiji

Terus terang, saya dan isteri memang agak ‘jahil’ tentang harga dan kualiti tayar2 ni. Tapi mengikut kata tokey2 kedai kat Subang tu, mereka kata tayar yang bagus ialah DUNLOP dan Bridgestone. Lagi mahal tayar, lagi bagus kata mereka.

Tapi disebabkan budget kami agak kurang, maka kami telah membuat keputusan untuk membuat survey harga di kedai2 area Taman Datuk Harun, Jalan Kelang Lama. Maka kami pun pergi lah ke sana. Kami dapati bahawa harga yang ditawarkan agak sedikit murah berbanding harga di kawasan Subang.

Kedai 1
Tayar Falcon : RM165/sebiji
Tayar Sylverstone : RM130/sebiji
Tayar Dunlop : RM170/sebiji

Kedai 2
Tayar GoodYear : RM145/sebiji
Tayar Yokohama : RM145/sebiji
Tayar Sylverstone : RM125/sebiji

Setelah berbincang dengan isteri saya, maka kami membuat keputusan untuk menukar tayar di Kedai No2 di Jalan Kelang Lama. Kami mencapai kata sepakat untuk menukar tayar di sana kerana 3 sebab :
1. Harga yang ditawarkan murah berbanding kedai2 lain yang kami pergi
2. Tokey nya yang ‘mesra pelanggan’
3. Pekerjanya nampak professional dan berkemahiran tinggi ( tengok gaya kerja diorang )

Berkenaan dengan jenis tayar pula, kami telah memilih tayar jenis YOKOHAMA. Keputusan untuk memilih tayar jenis YOKOHAMA ini dicapai setelah mendapat nasihat daripada ‘consultant tak rasmi’ kereta kami iaitu Encik Azri Rusly dan Kapten Anuar Ehwal.

Kapten Anuar Ehwal juga telah memberitahu kepada kami satu rahsia bagaimana nak membezakan sebuah tayar itu tayar baru atau tayar lama. Saya kongsikan rahsia tersebut dengan anda.

Kalau anda perhatikan betul2, di setiap permukaan sisi tayar kereta, anda akan dapati 4 digit nombor. Haa di sinilah rahsianya. Kalau anda nak tukar tayar, sila periksa dulu 4 digit nombor ini.
2 digit yang permulaan menyatakan MINGGU KE BERAPA tayar tersebut dihasilkan. Manakala 2 digit terkahir menunjukkan TAHUN BILA tayar itu dikeluarkan.

Contohnya kalau anda dapati 4 digit nombor di tayar kereta anda ialah 2006. Maka ini membawa maksud, tayar kereta anda itu telah dihasilkan pada minggu yang ke-20 pada tahun 2006.

Setelah diperiksa tayar YOKOHAMA yang baru kami tukar Ahad lepas, kami dapati nombornya ialah 1408. Daripada nombor ini, kami faham bahawa tayar YOKOHAMA kami itu telah dihasilkan dan dikeluarkan pada minggu ke-14 dalam tahun 2008 iaitu sekitar hujung bulan Mac atau awal bulan April tahun 2008 ini. Waaa sungguh baru kan tayar kami?

( ** Kalau tayar itu dikeluarkan pada tahun sebelum 2000 contohya tahun 1999, maka nombor itu hanya ada 3 digit, contohnya kalau nombor 209 maka maknanya tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-20 tahun 1999 )

Tayar yang bagus semestinya tayar yang paling baru dikeluarkan. Maklumlah, barang baru la katakan. Dak gitu? Sekian! (1849)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

26 thoughts on “Panduan Mengenalpasti Tayar Baru & Tayar Lama

  1. saye pun tgh nak tukar tayar baru utk kenari saye tu. boleh bg alamat kedai tayar tu tak? yokohama ape ye tayar yg awak beli tu? tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Oktant…

    terima kasih kerana sudi singgah dan beri komen di blog saya.
    saya pun dah jenguk2 blog saudari…memang banyak sekali tips dan petua yang dikongsikan.
    banyak info berguna yang saya dapat.
    tahniah dan teruskanlah perjuangan mu…hehe :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. alamak Yatnan…
    saya dah tak ingat la nama kedai tu…
    tapi kalau tak silap,
    kedai tu adalah kedai HONDA SERVICE SPECIALIST…
    kalau service keter kat kedai tu, diorang akan guna minyak jenis CASTROL…
    kedai dia dekat dengan SHELL….

    hmmm….tu jer yang saya ingat….
    maaf kalau ianya tak membantu…. :(

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Im looking for a guy named Kapten Anuar Ehwal. Since I came across his name in this website, may I know when and where did you meet him? FYI, he’s my super senior and I really want to know where is he now. Any info would do.

    Thanks…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    fadzlina…

    Kapten Nuar tu saya punye abang ipar.
    Dia skang duduk di Teluk Kemang N9.
    Dah ada 3 anak.
    Nanti saya emailkan nombor telefon dia yer.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    fadzlina Reply:

    Salam,

    Im still waiting for your e mail of Anuar Ehwal’s phone number. Please reply asap since i really want him to come to the wedding ceremony which is scheduled on this coming school holiday. Please use the e mail add above. thanks a zillion…

    Regards.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    Fadzlina

    Saya minta maaf. Tuan empunya diri tidak membenarkan saya berbuat demikian. Saya tidak tahu mengapa dia tak bagi beritahu no phone nye.

    harap maklum.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. hmmm…sy br bercadang nk tukar tayar kete sy..nasib baik ade artikel ni..blhlah dijadikan rujukan. X ramai pompuan yg tahu bab tayar ni..thanks pakar

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    khairul Reply:

    @Leyna,
    haiiiii cik leyna awk tukar tayar jenis apa.sy pun nak tukar juga .nak tanye awk la ada tanya yg baru harga berpatutan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam