Panduan Mengambil Hati Mertua

Share

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Harini tergerak hati nak kongsikan beberapa panduan bagaimana cara kita untuk mengambil hati mak mertua. Jeng..jeng..jeng.. tidak kisahlah sama ada sahabat sedang mengikat tali pertunangan, yang telah berkahwin dan yang seangkatan tentera laut dengannya yang pasti bila sudah berkahwin tu semestinya ada mak dan ayah mertua. Dan sebaliknya sekiranya seseorang itu anak yatim biasanya kita juga akan tetap menghormati mereka sebagai gelaran mak jua ;).

Bercerita mengenai kehidupan mak mertua ini kebanyakan kes ada sesetengah dari kita kurang senang dengan mak mertua. Ini kemungkinan atas alasan mak mertua selalu memenangkan menantu yang lain ataupun mak mertua yang cuba mengawal tiap gerak laku suami anda. Walaubagaimanapun tidak semua perkara di atas berlaku sebab sekarang ini pun masih terdapat juga mak mertua dengan menantu ibarat isi dengan kuku. :)

Ah, cakap memanglah senang dik Suri oit.. kau belum merasa lagi bahananya.. jika dapat mak mertua blah…blah..blah…blah..

mertua

Erk..memang benar kata orang jika ibu kita melayan menantunya dengan sebaiknya seperti anak sendri maka ia akan di timpa balik pada kita kelak. Di mana jika kita berkahwin kelak pasti kita pula akan mendapat mak mertua yang sebaik seperti ibu kita. Anda percaya? Pada pandagan Suri ya, sebab Suri melaluinya dan kebenaran itu ternyata benar-benar berlaku dalam kehidupan kita. Namun tidak kurangnya juga sebaliknya. Apapun itu semua perjalanan dan dugaan masing-masing dalam mengenal keluaraga mentua belah suami atau isteri.

Holaaaa.. tanpa membuang masa ayuk kita kayuh sampan sehingga mundik ke seberang sana ;)

  • Setiap kali sahabat balik ke rumah mak mertua/ayah mentua bawalah buah tangan sahabat dari sana. Buah tangan tidak semestinya buah-buahan tapi memadailah seperti lauk-pauk yang sahabat masak dari rumah. Paling best lauk – pauk berasal dari negeri sendiri. Macam Suri selalu bawak masak asam pedas ikan pari :). Bukan apa bagi Suri jika kita masak dari rumah bermakna kita cuba meringankan bebanan mereka untuk masak lauk lebih untuk kita.
  • Selalunyalahkan apabila mak mertua tahu yang kita akan pulang ke rumahnya biasanya mereka akan masak lebih untuk anaknya, cucunya sekali. Jadi dengan rezeki yang sahabat bawa dari rumah sedikit sebanyak akan menyenagkan hatinya dengan ,masakan yang anda masak tu. Erm.. kata mak Suri orang yang jarang balik kampung ni selalunya lauk-pauknya sedap berbanding dengan orang yang selalu kita jumpa dan selalu merasa masakan mereka :)
  • Bagaimana pula sekiranya mak mertua telah tiada tapi ayah mertua ada atau sebaliknya? Haa.. salah satu cara adalah dengan menghiburkan hati mereka. Apa kata waktu hujung minggu atau cuti panjang kita membawa mereka berkelah, bercuti di tempat-tempat yang menarik dan sebagainya.
  • Pasti hati yang kosong akan terasa benar-benar terisi oleh mereka. Bagi yang sudah mempunyai keluarga besar tu sudah tentulah setiap hilaian tawa anak akan meggamitkan keadaan sekeliling. Jangan lupa rakamkan setiap memori manis itu dalam telefon bimbit dan upload picture tersebut dalam blog peribadi :) sebagai dairi diri anda dan sekeluarga :).

chibi-1

  • Turun padang untuk masak bersama-sama mak mertua. Disinilah kita akan tahu bagaimana cara masakan mak mertua kita memasak dalam menu kegemaran anaknya (suami). Ingat setiap trik yang digunkan dan kemudian sekiranya sahabat berpeluang balik ke kampung lagi jangan malu untuk membawakan hidangan tersebut kepadanya. Pasti dia akan tersenyum bahawa anda benar-benar seorang yang peka pada selera anaknya.
  • Sebaliknya sekiranya sahabat tidak berpelung untuk pulang ke sana lagi maka gunakan masa mak mertua hendak berkunjug ke rumah sahabat, dan masaklah menu makanan tersebut pasti di lekuk bibirnya akan terukir seulas senyuman. Siapa yang tidak sayangkan menantu dik oi andai anda seorang yang bijak menggunakan pelung kekemasan yang sedia ada ;)
  • Andai kita mempunyai rezeki lebih tidak salah sekiranya suami dan isteri sama-sama menghulurkan sejumlah wang saku kepada mereka. Ya, memang diakui mereka ada simpanan sendiri melalui persaraan tapi tahukah sahabat nilai duit yang di beri oleh sahabat tidak sama nilainya dengan wang yang selalu di terimanya oleh kerajaan tiap-tiap bulan.
  • Sebab bagi mereka duit anak tulah berkat mereka dalam menyekolahkan anda sewaktu kecil dahulu. Dan dari duit itulah pada kebiasaanya mereka akan gunakan untuk sedekahkan pada masjid, menyimpannya ke dalam tabung haji dan sebagainya. Bukan itu sahaja jika anda perasan kebanyakan ibu bapa akan menolaknya walaupun ia tidak diminta namun dalam hati mereka amat bersyukr kerana sahabat adalah sebuah keluarga yang pandai dalam mengenang jasa -jasa meraka.Yang pasti akan terluncur doa darinya buat sahabat kelak.
  • Usia akan membataskan seseorang itu dalam melakukan sesuatu hal harian. Biasanya tika usia sudah meningkat akan datang pelbagai penyakit seperti angin dalam badan (sendawa), lenguh sana-sini, lemah sendi lutut dan sebagainya. Apa kata jika sebelum ini sahabat sudah terbiasa melihat brand minyak angin atau minyak urut mak mertua/bapa mertua gunakan pelung tersebut untuk mencarinya di tempat tinggal sahabat.
  • Pasti ia ada dijual di ceruk kampung atau bandar.Kemudian jadikan ia sebagai pemberian kepada mereka secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pasti setiap kali rasa sakit mula menjamah tubuh mereka akan segera menggunakan ubat yang telah sahabat belikan untuknya. Bukankah itu salah satu cara kita mengambil hati mereka. Jika rajin sahabat digalakkan mengurut mereka tanpa perlu di pita. Pasti hatinya akan lebih bahagia :)

Amacam ada apa-apa lagi yang nak di tambah atau komen? Yuk kongsikannya disini :)


Kredit kepada –> cahayacinta.com :)

(2161)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

36 thoughts on “Panduan Mengambil Hati Mertua

  1. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

    Anne Bee Reply:

    @Cipan, Tempah kek/biskut raya,pas tu mintak ipar u tu bayarkn.He he he….ok tak?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Anne Bee, kekadang cara didikan dari ibu bapa itu sendiri mmbuatkan anak2 itu bersikap dingin kepada orang lain/luar sungguhpun perkara itu telah di ajar di sekolah namun tidak semua orang memahaminya betul-betul.

    Jika salsiah kurang baik maka apatah lagi jika kita bicara ttg perlakunya pastinya amt menjengkelkan mata.

    adalah baik sekiranya sahabat karib, suami, sanak -saudaranya,orang yang lebih tua darinya menegur akan perangai/perbuatannya itu jika tidak bila anaknya berkahwin kelak di takuti perkara yg sama akan di timpa balik olh anaknya pula.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @surihati_ku, sy setuju sgt buah pikiran surihatiku…semmgnya pendidikan dlm kga amat ptg mbentuk sahsiah seseorg.

    actually, dh pnh cakap kt mak sedara die…i rs die pn dh smpaikn pesanan yg amat berguna 2 kt ipar sy ni..tp xde perkembangan..kang ckp lbh2 nnt sy plak yg brselisih fhm ngn mak sedara die..actually, mak sedara die ni 1 skolah ngn sy dulu..kira member sekamceng…

    myb skg die x sedar…nnt bile die dh ade menantu..bru die tersedar..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @Anne Bee, haha..ok sgt 2 anne…then klo die pura2 wt x tahu..penghujungnyer purse sy jgk yg kena bukak..hihi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Cipan, hurm mmg di akui tak semua org blh bersikap baik thdp mertua ada tu dah beranak-pinak ..bermenantu pun msh memiliki peragai yg sama gak..

    jika kita mmg terlalu mengikutkan hati yang terlalu muda alamatnya mmg kita seorang yang keras hati..

    apalah sgt untuk kita bertolak ansur dgn sikap mrka tu. ingatlah skit jika kita dah berkahwin dgn anaknya bermakna kita berkahwin dg seluruh ahli keluarganya jua..

    dan fikirkanlah sekiranyan kita mmpunyai bilangan anak ramai pastu suami kita meninggal secara tiba-tiba, terus pada tahun yang sama juga Tuhan duga kita dgn ketiadaan ibu bapa ..dan berikutan itu pula adik- beradik kita yang lain telah menjalani kehidupan rumahtangga masing-masing terus siapa lagi yang harus kita mengadu nasib kita jika tidak pada kluga mentua kita sndri.

    kehidupan bukan untuk d nikmati sendiri2 tapi utk d kongsi. Harini mungkin kita bangga dan senang dgn segala apa yg kita ada mana tahu sok luasa Tuhan menarik kembali kebahagian yang kita ada..

    jadi fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya..

    p/s:sekadar pandagan dri Suri shaj..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @surihati_ku, btul 2 suri. pesanan yg amat touching…huhuhu….. hargai apa yg kita ada. bersyukur pd apa yg ada di sekeliling kita. mak mertua ibu ke2 kita…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Noni Reply:

    Kes saya terbalik pulak. Saya beri kuih dan dll tp ternyata tak dihargai. jadi why bother giving?Baik bagi kat fakir miskin. Maybe cara mereka mcm tu tp saya pun berasal dari kampung, tetapi broadminded kot. So I cakap kat my husband kalau dia nak beli, go ahead because i tak akan beli ever again. tak boleh tahan asyik nak jaga hati org je, hati kita tak ada org peduli. I’m only human and full of imperfections, but if you step on my tail, you’ll be forever doomed!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @Noni, Salam Pn. Noni….apabila kita memberikn sesuatu kpd org lain dgn seikhlas hati itu adalah “sedekah”…Niat utk pemberian itu adalah krn Allah S.W.T…

    Semoga setiap amalan kebaikan kita diterima Allah S.W.T…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. cipan cuma nmpak keburukan kakak dan adik ipar cipan,tapi cipan ada tgk x samada abg atau adik cipan bawak atau x apape buah tgn utk keluarga mertua mereka pula?
    saya ada kenalan rapat yg penah meminta pandangan saya.katanya,pada awal perkahwinan mereka,dia (seorg perempuan) seringkali membelikan buahtgn utk keluarga mertua setiap kali dtg bertandang ke rumah mereka tapi suaminya cukup berkira malah sengaja tidak mahu membelikan apa2 hatta kuih seringgit atau dua ringgit sekalipun.
    sy pasti ramai (terutamanya lelaki) akan kata ” yelah,suami kan xde duit sgt sbb tanggung keluarga”.tapi apa yg sy perhatikan dan diakui oleh kwn rapat sy tu bhw perbelanjaan keluarga turut dia tanggung bersama suami.
    Jadi,pd nasihat sy,xkira lelaki atau perempuan,pandai2 la nk jaga bapa dan ibu mertua masing2.
    Saya sarankan suri tulis la pulak cara2 suami nk ambil hati keluarga sebelah isteri pulak yeeee..jgn asik bg statement/artikal berat sebelah je.wasalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    zurman Reply:

    Salam.. Saya sangat2 sokong cadangan aiwa tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mila Reply:

    sokom2…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @Aiwa, nasihat aiwa 2 sgt bernas! sepatutnya semua menantu pikir cm2..xde la sy plu story n minta pndgn pengkomen yg bijak pandai.

    everytime adik cipan nk g ke umah mentua die, die bw kn laok paok dr umah yg mak cipan msk. ni, adik cipan sndri yg siapkn ole2 dri umah. coz adik ipar cipan stay ngn mak die. bkn nk berkira. pabila container di blkkn semula..kosong jer.. cm xde inisiatif lgsg nk ambik hati mertua.. abg cipan lak, mmg sntiasa blikn mknn basah e.g ikan, ayam, syur.. tok mertua die klo diorg g psr. cuma, terkilan jgk..dh 7 thn kawen… kek/ biskut lgsg x pernah kesampaian ke tgn ibunda tercinta.. even xde ongkos nk bli kek, at least kasi la kek separuh yg die bt d umah die.

    actually dik aiwa..info yg suri sediakn ni blh dipraktikkan oleh kaum isteri or suami… ni sbg panduan jer…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Assalamualaikum…
    sy pula, mertua yg cari masalah dgn saya.Kdg2 tiba2 je dia bmasam muka, x tegur, mengelak diri dr sy..tp sy buat mcm biasa je.Satu mslh pula suami sy x rapat dgn keluarga sy. Bayangkan klu balik kg sy, die cuma memerap je dlm bilik.

    Satu hari tu kami suami isteri slow talk, rupa2nya suami terasa hati dgn mak sy masa merisik dulu, mak sy ckp “kalau sembahyang tak usaha xde gunanya”.Salah sgt ke kenyataan mak sy, smpaikan hampir setahun lebih suami bdendam dgn keluarga sy!!! Selama 1 thn 8 bln bkawin, bole dkira bape kali je die ikut sy balik kg. Mertua sy pun satu, xdenya die nak suruh anak die tu balik mziarahi mertua.Apapun sy hrp skrg suami tidak lg dendam kesumat dgn mak sy.

    Spt yg suri katakan, klu bole taknak perkara ni bertimpa balik pada kami ble dh ada menantu nnti.Sy cuba nk nasihatkan suami, tp xde kekuatan, takut die x terima, xnak dgr. Maklumla ego tinggi.

    Disebabkn dgn sikap suami yg begitu kpd keluarga sy, sy pn spt xde hati nk mesra dgn mertua.Kami ni nama je tinggal serumah, tp jrg duk berbual.Sy lbh suka memerap dlm bilik. Apapun skrg ni mmg sy sdg berusaha utk memupuk kemesraan dgn mertua.Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku ini dan permudahknlah niat baikku ini…

    Sy setuju sgt2 dgn aiwa,klu diberi tips pula cara2 suami nk ambil hati mertua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nabihah Reply:

    alhamdulillah.. mertua ok. kami bnyak share. mertua anggap saya mcm anak sendri.. sampaikan adik2 perempuan suami saya mengaku saya ni kakak mereka. sume ni saya pelajari dari mak kandung dan selebihnya saya banyak belajar dari mertua.
    saya banyak btanya. kadang2 saya akan menemani mertua kuar.. melayani karenah dia..
    syukur.. dia menerima saya seadanya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    salma Reply:

    @libra girl,

    sy setuju dengan pendapat libra dan aiwa. patutnya ada tips utk menantu laki ni ambil hati mentua. jgn nk harap isteri je ambik ati mentua tp sang suami ikut suka dengan cara masing-masing. patut ada timbang rasa dan berlaku sama adil sesama ibu sendiri dan ibu mertua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. wah..seronok baca..thanks kak suri..ade org kate pempuan nih tak boleh kongsi dapur..nak2 dengan mak mentua..betol ke..? saya taktau sbb lum ada pgalaman hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. hi,

    sy baru jer kawen sebulan..tp ada masalah ngan mertua…masalah sy ialah mertua sy suka sgt kol husband sy ari2..pastu tanya husband sy mcm2..contohnyer..sy masak ape..dh makan ker..dan lain2 lg..sy sgt2 x suka mertua sy kol husband ari2..itu membuatkan husband sy makin manja dan x dapat berdikari..ape2 nk wat, mesti nak kena tanya parents dia dulu…eiii…tolong lahh..dia tu lelaki..seharusnnya mertua sy biarkan dia uruskan rumah tangga sndiri..bukannyer manjakan dia lg..tambahan pulak dia anak sulong..keadaan tu membuatkan sy x suka balik rumah mertua…ader sape2 leh bg idea camne sy nak hilangkan perasaan meluat tu…

    thanks.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    salma Reply:

    @dina_nor,

    itu jgk yg belaku pd sy.. geram pun ada.. kami ni tgl berasingan dengan rumah metua.. tp jarak rumah kami x jauh.. suami boleh kata tiap2 hari balik rumah mak dia.. tolong la bg privacy pd kami wlu sehari.. hati kecil pun sure akan berkata2 yg tidak elok pd metua.. tp bila pikir balik, kita kena terima tu la suami kita.. terima kenyataan yang kita dh berkahwin dengan lelaki yang ‘anak mak’.. fameli suami sy pun sbnarnya amat baik tp kekadang prasaan tu akan timbul jgk.. buat dina, sentiasa la bersabar.. tu yang buleh sy katakan.. minta doa supaya Allah kuatkan hati kita.. bg lelaki wlu dh berkahwin, syurga masih terletak dibwh kaki ibu mereka..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    along Reply:

    situasi sy lbih kurang sama dina_nor & salma.Suami sy anak sulung, 2 adik beradik je, memang dimanjakn mak ayahnye. Sy duk seumah dgn mertua dh setahun lebih kawin.Kdg2 mertua sibuk nk menguruskan suami, nk ironkan bajunye, hidangkan makan, pegi mana2 majlis suruh suami pakai bju itu ini..semua die nak tentukan. Sy ni isteri anak die tu, ape fungsinye???, mmg terasa betul hati ni…

    Ni bila dh ada anak pn lbih kurang jgk. Sy terasa sprt hilang hak seorg ibu kpd anaknya.Xde kebebasan ke atas anak sdri.Apa2 ttg anak sy, mertua yg tentukan itu ini.Sampaikan kdg2 sy x dibenarkan bwa balik anak jumpa family sy.Kdg2 pula siap tetapkan syarat2 klu nk bwa balik. Ape semua ni???

    Alhamdulillah…Nasib baik sy ni seorg yg pendiam n sabar..segala x puas ati dll, sy senyap je, diam n mbisu…x prnah nk mprotes.Apa pn sy serapkn kesabaran dlm dri ni dan cuba bina kekuatan hadapi pelbagai karenah n ragam manusia2 ni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. asalamualaikum..saya dgn tk sengaja buka blog ni ..saya cari apa khasiat bawang merah..trjumpa blog how to..ingat blog doc tcm x sangka lak ada blog camni ..seronok ada blog camni tnx suri..smoga ada bnyk lagi crita rumah tanga dan bagaimana nak nak atasi dalam dunia ni…tnx

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. sy ni lain pulak…dh 20thn brumahtangga….smuanya ok…walaupn ibu mertua x brapa suka…tp ok lah…sbb sy x kesah dgn ckpan org nk kata sy…sy x peduli. tp 2 thn lps hubungan sy dgn mertua brgitu retak skali…ank sy telah menulis ttg kluarga mertua sy di blog dia…maklom lah dh dikatakn bdk2…kata2 dia telah menyinggung hati mertua sy dn dia menyuruh adik ipar sy utk bertindak…tp adik ipar sy sms sy dan memarahi sy dn mengaitkn keluarga sy…sy mrh dgn dia dan explain dgn ibu mertua sy….tp dia x trima kerana sy ckp adik ipar sy tu kurang ajar dn biadap…psl nyamok ,kelambu di bakar. nk mrh ank sy…sy x kesah…tp knapa sy n kluarga sy trbabit…. setelah itu kluarga mertua sy smuanya pulau kn sy….hanya sy…. mertua sy x brbual dgn sy bila sy ke rumah dia….lama2 sy malas nk gi sana…cuma suami dn ank2 je yg ke sana…sebln sekali ada gak sy ke sana tp sy akn ddk ditepi dn berdiam sj…dh x tau apa lg yg harus sy lakukan….ada cadangan x????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ladys Reply:

    @sitiman, Pn. Siti, rs nyer ibu mertua puan ni kecik ati coz bila puan mengatakan perkataan ‘biadap n kurang ajar’terhdp anaknya…ia mbabitkan asuhan drpd ibubp. Sbb 2 ibu mertua puan bersikap sebgitu dgn puan. Tambahan pula ada org lain yg menyemarakkn lg situasi tegang.

    Sy cadangkn…terlbh dhlu puan kena ceritakn sepnuhnya kpd suami puan sndri ttp apa sebenarnya yg terjd. ini utk mgelakkn pihak dri sblh mertua akan mpengaruhi suami. jd bila suami fhm sitasi yg berlaku, secara x lgsg suami akan mnjd org tgh n meredakn keadaan. spt yg puan katakn td puan tlh menerangkan perkara sbnr kpd ibu mertua ttp msh blm memulihkn keadaan. Sbg seorg insan, kita mesti melakukn perkara2 baik wlpn kita salah di mata org. Jadi, sms hendak mgunjungi umah mertua, sentiasa la mbawa buah tgn… lama-kelamaan nnt sejuk la hati keluarga belah mertua..

    Sy doakn yg terbaik utk Puan Siti!

    DOA UNTUK MENDAPAT RAHMAT & PETUNJUK

    “Wahai tuhan kami! Berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    sitiman Reply:

    @Ladys,
    terima kasih atas doanya …pertama skali …suami sy tahu smua prkara ini krana bila sy brsemuka dgn mk mentua sy…dia ada disitu dn dia pn setuju yg adiknya dh melampau…mrh x brtempt….tp suami sy org nya x kesah dan x tahu nk trasa atau marah…sy tahu mk mentua sy tu kecil hati….tp sy lg kecil hati dgn sikap adik ipar sy….20 thn sy x pernah brsuara dn mengambil hati apa yg mereka ckp walaupn mengata sy dpn org…so dorg smua dh lupa yg sy ni kakak dan x tahu nk minta maaf walaupn mereka tahu yg mereka salah…
    buat masa ni…sy blm nk ke umah mentua sy slalu…tp insyaallah sebulan sekali bila sy keumah mentua …sy akn bwk buah tangan sepaerti yg di cadangkn…terima kasih sekali lagi…semoga hati mentua sy dilembutkn….amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. mak mertua saya dulu tak berapa sukakan saya.. selalu cari salah saya, dan pernah jugak sebar fitnah tentang saya.. tapi saya buat biasa saja, layan dia macam biasa seolah tiada apa yang berlaku.. lama2 dia malu sendiri dengan kelakuan dia.. sekarang dia baik dengan saya, malah akan defend saya jika suami datang mengadu tentang saya pada dia.. mak mertua pun perempuan macam kita.. apa yang kita suka tentu dia pun suka.. jika kita layan dia bercakap, tak dapat tolong, tolong dengar dan bagi nasihat pun ok le.. bila dia dah bercerita, simpan la rahsia tu, jangan cite kat orang hatta adik2 suami kita sekalipun.. kalau dia sendiri yang cite kat adik2 tu lain le.. yang penting, benda tu jangan keluar dari mulut kita.. bukannya apa, nanti adik2 ipar plak fikir mak dia lebihkan menantu plak..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Assalamualaikum….

    Saya tidak berpeluang nak bermesra dengan ibu mertua sbb saya isteri kedua dan tidak disukai oleh semua ahli keluarga kerana berkahwin dengan suami…tetapi saya cuba mengambil hati ibu mertua, madu dan ahli keluarganya walaupun selalu disalah ertikan dan dibenci…Alhamdulillah sekarang berkat kesabaran yang sudah sekian lama… ibu mertua makin lembut dan hubungan kami semakin ok walaupun jarang2 bertemu….moga Allah membukakan pintu hati ibu mertuaku tercinta dan berharap agar sikap maduku berubah…Betul lah kata Dr. Fadzilah Kamsah…masa boleh merawat sesuatu perhubugan….MOga Allah memberikan kebahagaian kepada kami…tiada yang lain diharapkan moga keluarga kami bersatu….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Kisah i lebih kurang cam libra girl. I dok skali ngan mertua dah sethn lebih. Bkn setakat dengan mertua, dengan kakak ipar yg ada 5org ank & adik ipar perempuan. Bygkan sebelum ni i tggal & keja kat kota metropolitan tp pas kwin, i kena ikut laki dok kg. Uhuks, i redha asalkan i hidup brsama org yg i syg & cinta. Husband ckp smtara saja, tp dah smpi setahun lebih x pindah2 pun.
    Hubungan i dgn mertua ok. Dorg x pernah suruh i wat keja umah. Tp dah keja pompuan, i wat jugalah. Masak pun sama. Sememangnya i ni x pandai masak, jadi kat dapur i tolong potong2 je la. Cuma i x gemar cara dorg yang kasar. Memang life dorg camtu. Kalau ckp mesti nak tinggi suara. I rasa x selesa. Kadang2 i kesian tgk ank sedara i kena marah ngan mak mertua i. Sebabnya kecik ja, tp suara rasanya satu kg leh dengar. Pernah juga i lepak ngan jiran-jiran sebelah. Mereka tnya i mcm mana boleh tahan telinga duduk ngan mak mertua i. I senyum jer,ckp lebih2 kang ada org menyampai plak. Maklumlah,rambut sama itam, hati lain2.
    Hubungan i dgn hubby kurang baik tika ni. Sampai hati hubby tinggi suara dkat i dpan mak & bapa mertua i. Sbbnya, i ajak hubby pindah asing. Sebelum ni, bila i ajak hubby pindah, mesti hubby suruh i kemas kain baju i, dia nak hantar blik umah mak i. Masa hubby tinggi suara bapa mertua baking i. Dia suruh hubby mengucap & bwk bersabar. Tp hubby terus tengking i & ckp dia dh lama brsabar sbb i menghina mak bapa dia. Bila masa i hina mak bapa dia, x tau lah. Sampai bapa mertua kena skit jgtung,nsib baik pas mkn ubat & urut2 dada dah ok.
    Uhuks. Skang i dah tawar hati kat hubby. Sebab i dah korbankan kerjaya, kwn2 & family i di kota metropiltan semata-mata syg kat hubby.
    I sanggup tggalkan semua tu demi kasih syg i pada hubby. Bagi i hubby lah teman,sahabat & kekasih. Tapi i x dapat rasa kasih syg hubby. Sebab, kalau dia syg i, mesti dia bahagiakan i. I x kisah duduk susah, tapi.. biarlah kita berdikari sendiri.
    I pun x halang jika hubby nak selalu jenguk parents dia. Tp, asalkan kami pindah asing & menjalani kehidupan suami isteri spt orang lain. Walaupun mertua baik, tp belakang i kita x tau apa dorg cakap, kan? I bkn nk syak wasangka.. tp itu lumrah manusia.
    Huhuhu.. tragik tak…?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mai Reply:

    keadaan sy lbih kurang dgn sakura, family suami jnis kasar n mulut celupar.Klau bckp mesti nk tinggi suara.Kalau dh duk kumpul ramai2 tgk tv, ade je kata2 keji keluar, maki hamun hina org.Sbb tu sy lebih suka duk memerap dan menyendiri dlm bilik drpd bcampur dgn diaorg.Sakit dan berdosa rsa telinga ni dgr kata2 yg keji, umpat hina maki org…Astaghfirullah…

    sy ni duk seumah dgn mertua tp mmg jrg berbual2, sbbnye tulah sy x suka dgn cra kasarnya.Suami pn mmglah jg seorang yg kasar, tp dh ditakdirkan jodoh tuk sy, sy terima seadanya.Mmg kami ni opposite(sy ni lemah lembut, ckp slow, suami kasar, tinggi suara).Mereka nilah ujian yg ALLAH berikan utk sy, utk bsabar dgn sikap2 mereka.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. mmg kalau menantu pompuan adakalanya pasti bmasalah skit dgn mak mtuanya..sy pon kdg x fhm why? nenek sy pon cam dia x suka semua menantu2 dia, selalu kutuk2 tmasuk kutuk mak sy (menantu dia) sy x fhm la mgkin mmg cam tu lh kot kerenah org tua2. cuma dia sgt syg menantu bongsunya..maksu sy dia mmg suka melawa, pakai comel2 tp potong bawang pon x penah, semua makanan mak sy sediakan..agaknya mak mertua ni suka mnantu yg lawa2 kot n suka bgaya n suka sedekahkan wang ringgit n pakaian utk amik hati dia. n skg sy dah pon brumahtangga, sy cucu yg paling sulung menantu pompuan sulung jgak, sy akui sy mmg x tahu masak ( sbb mak x pnh suh sy masak..dia cuma suh sy study2 je) adakalnya sy balik umh mtua sy cuma potong2 apa yg patut n tolong kt dapur. sy x tahu lah mak mtua sy tu suka atau x kat sy sbb sy ni jenis x pandai masak tp yg penting sy jaga perut suami sy, apbila kt umah sy masak jugak apa yg sy reti lah sbb suami x cerewet dia mkn je. sy sedar akan kkurangan sy tu sy brusaha ambil hati dia kdg belikan dia buah tangan, pakaian ..biasa la..siapa yg x suka hadiah kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. pendapat saya pula..x susah sgt nk ambik hati mertua ni..apa yang penting tanggapan dan penerimaan kita pada keluarga mertua kita. bak kata pakar motivasi kita hantar deria positif..kita terima positif..fikir yg baik..baik lh jadinya..fikir yg buruk..buruk lh jadinya. kita kena anggap mertua kita seperti mak ayah kandung kita sendiri.. macam mana kita syg.. macam mana kita layan.. macam mana kita bergaul,bercakap dan sebagainya dgn mak ayah kita.. camtu lah kita dgn mertua kita.. jgn beza2 kan mereka.. kerana mertua kita adalah mak ayah kita jua. sebagai contoh kenapa bila kita dimarahi/di tegur mak ayah kandung kita.. kita x terasa apa2 dan bleh terima dgn terbuka,tp kenapa bila di marahi/ di tegur mertua terus kita terasa.. atau kecil hati.. KENAPA?? sbb kita sendiri yg membezakan teguran itu. so..dlm kita melayari hidup bermertua ni,senang kata jadilah diri sendiri. x perlu lah berlakon,x payah lh sibuk2 nk ambik hati mertua sedang kn hati mak ayah sendiri x jaga.. kesimpulannya kita sendiri harus berubah jadi lh yg lebih baik barulah kita terima yg baik. namun sekiranya seteleh kita laku kn yg terbaik tetapi masih x dpt yg baik bersabar lh atas duga ALLAH. org2 yg diuji adalah org2 yg dikasihi ALLAH. klu kita berjaya set minda kita dan menerima mertua seperti ini saya percaya 80% masalah dgn mertua akan selesai..insyallah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Cipan Reply:

    @GLaM, sokong GLAM!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Saya setuju dengan artikel diatas , dulu saya juga turut kurang sependapat dengan mertua …tapi alhamdulilah setelah berpindah dan tidak tinggal bersama kami lebih rapat…banyak juga saya berlajar nak memahami cara mak mertua saya…bagi saya sebagai menantu , saya cuba buang perasaan ambil hati atau memikirkan segala perkataan -perkataan yang menyakitkan hati dalam diri saya…bagi saya perkara itu saya akan ambil remeh…masuk teliga kanan kuar telinga kiri…sekarang ni…hati saya tenang je … malahan saya teramat menyayangi mak mertua saya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @nina,
    Sikap beginilah yang sepatutnya menantu ada.
    Tapi tak ramai yang boleh buat sebenarnya.
    Alhamdulillah Nina berjaya melakukannya.
    Dan dapat merasai kebahagiaan.
    Kekalkanya.

    Yang lain2, tiru lah seperti Nina,
    sentiasa positif dan sangka baik dengan mertua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam