Panduan Menangani Panas Ketika Hamil
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Salam semua..
Harini Suri ingin sampaikan satu topik khas untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung. Seperti yang sedia maklum kebanyakan keluhan yang sering didengar oleh ibu-ibu yang hamil adalah kepanasan dalam tubuh badan mereka. Tahukah kawan-kawan keadaan sebegini akan menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur, tidak seronok melakukan aktiviti santai dan sebagainya. Malah bukan itu sahaja ia juga turut mempengaruhi emosi si ibu tersebut huhu…
Berikut Suri berikan beberapa panduan untuk menangani panas ketika kehamilan.
1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan membuang air kecil saat-saat kehamilan mula berlaku.
2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur, just buah-buahan yogurt dan sebagainya.
3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh di tubuh anda.

Sumber Gambar: http://www.totalbirthing.com.au/
4) Disarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik disamping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak.
5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.
6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu belah petang atau malam pula Suri sarankan agar anda mandi dengan air panas suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak.
Moga sedikit pengalaman Suri ini berupaya membantu menyelesaikan masalah anda semua
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








thanks suri!!good tip for my wife!kena gi cari baju cotton byk2 sket..sian kat wife panas..hehe
.-= zery6098´s last blog ..Pilot Projek Diserang Penyakit =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
1info di atas ada benarnya sebab saya juga ada buat macam tu.. Alhamdulillah badan tak la panas atau tak selesa… Yang tak selesa pun apabila perut semakin membesar, kita kadang kala termengah2 juga.. Tambahan dengan kerjaya kita yang banyak kena gerak dgn pantas..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
2