Panduan memilih pasangan hidup (calon isteri)

Share

Dalam post yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda satu masalah yang dibangkitkan oleh salah seorang pembaca blog ini berkenaan dengan panduan untuk memilih calon suami. Alhamdulillah saya dapati ramai pembaca blog ini yang telah memberikan respon dan komen yang sangat baik,

Pada kali ini pula, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 4 perkara yang perlu anda ambil kira sebelum memilih pasangan hidup atau calon isteri anda.

Cuba baca artikel di bawah ini dan fahami betul-betul tentang kepentingan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan agama.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nur ayat 26 yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”.

Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan kita selepas berkahwin. Apabila seseorang itu sudah memilih pasangannya, maka ia akan menjadi sebahagian hidupnya. Apabila seorang lelaki memilih isteri yang baik, insya-Allah anak akan terdidik dengan baik dan lahirlah ketenangan dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sebaliknya jika memilih isteri yang bermasalah, dibimbangi anak akan bermasalah dan lahirlah keluarga bermasalah. Begitu juga dalam memilih suami, kerana suami adalah ketua rumah tangga. Jika perempuan itu bersetuju berkahwin dengan lelaki yang baik, nescaya ia akan membawa si isteri kepada kebahagiaan.

Sebaliknya jika ia bersetuju dengan ketua keluarga yang keji, nescaya akibat buruknya adalah kembali kepada dirinya. Kerana itu, apabila berlaku permasalahan dalam rumah tangga, sebenarnya ia hasil daripada pemilihan kita ketika hendak mencari pasangan hidup. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Justeru, Islam menitikberatkan soal pemilihan pasangan seperti pesanan Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Antara ciri-ciri yang sepatutnya diambil keutamaan oleh seorang lelaki ketika memilih pasangan iaitu :

  • Pertama : beragama dan berakhlak.

Beragama bukan bermaksud memperoleh pendidikan agama semata-mata tetapi perempuan yang mengamalkan agama dalam hidupnya. Perempuan yang beragama mengetahui tanggungjawabnya apabila mendirikan rumah tangga. Perempuan yang ada pendidikan agama dan mengamalkan agamanya akan berusaha menjadi isteri yang salih. Sedangkan isteri yang salih adalah sebaik-baik perhiasan dunia bagi suami. Begitu juga akhlak, kerana akhlak ini akan menghasilkan ketenangan dan keharmonian dalam rumah tangga.

Dalam surah al-Baqarah ayat 221, Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita yang Mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .”

Begitu juga dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

“Maka wanita-wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah SWT lagi memelihara dirinya, oleh kerana itu Allah memelihara mereka.”

  • Kedua : pilihlah wanita yang penyayang (wadud) dan banyak anak (walud)

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad, daripada Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “kahwinilah perempuan penyayang dan banyak anak …Antara ciri perempuan yang walud, lihatlah pada ibunya atau saudara perempuannya yang sudah berkahwin.

  • Ketiga : pilihlah gadis.

Ini kerana gadis akan mencurahkan kelembutan dan kehalusannya kepada lelaki pertama yang melindunginya. Sebaliknya jika memilih janda, akan timbul sikap membanding-bandingkan suami pertama dan kedua.

Dalam hadis daripada Jabir, beliau berkata, saya sudah menikah maka kemudian saya mendatangi Nabi SAW dan Baginda bersabda : “Apakah kamu sudah menikah ?” Jabir berkata, ya sudah. Bersabda Rasulullah : “Gadis atau janda?” Maka saya menjawab, janda. Rasulullah bersabda : “Maka mengapa kamu tidak menikahi gadis, kamu boleh bermain dengannya dan dia boleh bermain denganmu.”

  • Keempat, tidak memilih orang yang dekat (kerabat atau saudara mara).

Ini adalah supaya lebih memperluaskan lagi ikatan keluarga dan hubungan sosial. Begitu juga, untuk menghindari sekiranya ada penyakit keturunan dari nenek moyangnya, sekiranya dia berkahwin dengan kerabat sendiri.

Sekian, wallahua’lam.

Tulisan : Ustaz Zahazan Mohamed (899)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “Panduan memilih pasangan hidup (calon isteri)

  1. memilih yang ada asas agama adalah yang terbaik.. kerana dia memahami tanggungjawab dan kewajipannya sebagai suami dan isteri.. tak payah kita nak kena cite dan ajar dia berkali kali.. Alhamdulillah suami saya ada asas agama yang kukuh dan saya memnerima nya dulu atas sebab agamanya.. bukan kerana rupa atau kerjanya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. saya senang nieh bisa baca artikel ini, sangat menarik dan menambah wawasan untuk saya…….bagaimana mencari pasangan hidup untuk selamanya, tidak hanya dilihat dari bentuk fisik saja tetapi dari latar belakang sifat, kasih sayang terutama keagamaannya.

    dan bagaimana seorang perempuan menghormati pasangannya, mencintai pasangannya, dan bersikap baik didepan pasangannya……salam kenal

    Bali Villa Bali Villas Bali Property

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. saya senang nieh bisa baca artikel ini, sangat menarik dan menambah wawasan untuk saya…….bagaimana mencari pasangan hidup untuk selamanya, tidak hanya dilihat dari bentuk fisik saja tetapi dari latar belakang sifat, kasih sayang terutama keagamaannya.

    dan bagaimana seorang perempuan menghormati pasangannya, mencintai pasangannya, dan bersikap baik didepan pasangannya……salam kenal

    Bali Villas, Bali Villa, Bali Property

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. tul tu..laki2 yang baik tuk pmpuan2 yang baik…laki2 yang keji adalh tuk pmpuan2 yg keji…soaln sy,cmne plk jodoh dan ketetapan bagi pmpuan yg aslnya keji dan kemudian insaf dan berusaha tuk menjadi lebih baik..adkh jdh dia tuk laki2 yg keji gk or sebaliknya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mat chup Reply:

    @najihah, panduan nak kahwin,baca le buku baru bertajuk “susah ke kahwin campur” best gak,ada pengajaran blh dibuat ada cite boleh buat pengajaran..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    insyallah nti try try cr buku tue n baca…tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam