Panduan idea cara sambut hari ulangtahun perkahwinan

Share

Semalam, 26 Mei 2009 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun ini, pelbagai pengalaman pahit manis yang kami lalui bersama. Saya bersyukur pada Allah atas segala apa yang saya alami. Dan saya sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan kepada saya dalam dunia yang sementara ini.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami semalam, saya ada buat beberapa kejutan kepada isteri saya. Saya percaya, hampir semua wanita di dunia ini, betapa mereka sangat suka dan mengharapkan kejutan-kejutan istimewa dari suami atau kekasih mereka. Betul tak wahai kaum hawa?

Sehidup Semati

Sehidup Semati

Saya tak tahu samaada `perempuan sukakan kejutan istimewa` ini adalah fakta yang benar atau hanya sekadar mitos semata-mata. Tapi apa yang saya faham dari hasil pembacaan pelbagai jenis artikel dan info berkenaan perhubungan antara lelaki dan perempuan, banyak yang mengatakan memang orang perempuan sukakan kejutan. Jadi, saya telah mengambil kesempatan hari ulangtahun perkahwinan kami semalam, dengan membuat beberapa kejutan. Nak tau apa saya buat?

Baiklah, saya kongsikanlah sikit kisah dan pengalaman saya ni yer.

Berikut ini adalah perkara yang saya lakukan bagi membuat kejutan istimewa untuk isteri saya.

1. Ambil cuti dan tawarkan diri untuk jadi driver dia
Saya ambil cuti pada hari ulangtahun semalam.(isteri saya tak tahu saya ambil cuti). So, pagi tu, saya dengan sukarelanya menawarkan kepada isteri saya untuk menghantarnya pergi kerja. Aik, apesal tak semena-mena nak hantar pulak ni?, soal isteri saya. Yer lah kan, biasanya setiap hari isteri saya akan drive sendiri untuk pergi ker. Tup-tup hari semalam, saya sukarela nak hantar dia pula. Tu yang dia agak terkejut tu. Dia tanya saya, Sayang tak kerja ker ari ni? Saya jawab ringkas saja, Tak, saya ambil cuti, ada hal sikit. So, pagi hari semalam, saya telah hantar dia pergi kerja dan kami makan pagi bersama-sama. (Nota : Walaupun isteri kita mungkin tak perasan bahawa kita ambil cuti dan hantar dia pergi kerja tu adalah semata-mata salah satu cara kita untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita, dia tak perasan pada mulanya tidak mengapa. Teruskan saja rancangan anda. Nanti dia akan fikir dan sedar sendiri bahawa kita buat tu semua adalah hanya semata-mata untuk buat dia suka, gembira dan rasa dihargai)


2. Beli sejambak bunga dan hantarkan ke pejabatnya.

Kira-kira pukul 11 pagi, saya pergi beli sejambak bunga (12 kuntum bunga ros merah) di kedai bunga berhampiran tempat saya bekerja. Saya kemudiannya hantar sendiri bunga tersebut ke pejabatnya. Apabila sampai ke pejabatnya, saya call dia cakap nak ambil kunci rumah (tipu sunat kata saya terlupa bawa kunci rumah tadi. Padahal saya nak bagi jambangan bunga tu..huhu). Apabila isteri saya sampai di bawah bangunan tempat dia bekerja tu, saya dah ready dengan sejambak bunga ros khusus untuknya. Nak tahu apa reaksinya? Hmmm…tak payahlah saya tuliskan panjang lebar di sini. Yang pasti, dia sangat suka, gembira dan ceria sekali apabila melihat saya. Berkali-kali dia ucap terima kasih pada saya. Alhamdulillah saya hanya nak buat isteri saya rasa bahagia. Nampaknya rancangan saya berjaya setakat ini.

Inilah sejambak bunga tanda sayangku pada isteriku

Inilah sejambak bunga tanda sayangku pada isteriku

3. Ajak makan malam di tempat istimewa yang belum pernah dia pergi
Selepas waktu kerja tamat, saya pergi jemput isteri saya di pejabatnya. Saya cakap pada dia, kami akan pergi makan. Tapi saya tak cakap kat mana. Isteri saya ikut saja saya. Apabila dia sedar kereta kami menghala ke Kuala Lumpur dan bukannya ke arah kawasan perumahan tempat kami tinggal, isteri saya mula bertanya, Eh nak pegi makan kat maner ni?. Alah, ikut jer lah. Jawab saya ringkas. Apabila saya membelok masuk jalan menuju ke KL tower, isteri saya mula tersenyum riang. Eh Sayang nak bawa saya makan kat KL tower ker? Hehe…Soalnya sambil tersenyum. Ikut sajalah. Bukan selalu pun. Jawab saya lagi. Dipendekkan cerita, akhirnya malam itu, kami telah menikmati makan malam secara buffet di restoran berputar Seri Angkasa di KL Tower. Saya lihat isteri saya senyum dan ceria saja malam tu. Alhamdulillah saya rasa misi saya berjaya.

Dalam restoran Seri Angkasa

Dalam restoran Seri Angkasa

4. Beri hadiah misteri
Lagi satu kejutan yang saya buat ialah hadiah misteri. Menurut salah satu artikel yang saya baca sebelum ini, mencadangkan supaya meletakkan sampul surat berisi voucher hadiah ke dalam handbag isteri. Daripada anda beri hadiah secara terus, adalah lebih baik untuk beri hadiah secara tak disangka-sangka. Iaitu letakkan kupon, surat tawaran atau voucher dalam handbag isteri anda. Jangan beritahu dia tentang hal itu. Biar dia sedar dan jumpa sendiri voucher atau surat tawaran anda tersebut. Barulah surprise gitu. Dalam kes kejutan untuk isteri saya ni, saya telah praktikkan teknik hadiah misteri seperti yang dicadangkan ini. Saya tak pasti apa reaksinya nanti. Tapi saya yakin, InsyaAllah isteri saya pasti terharu. Bukan kerana nilai tawaran hadiah tersebut, tetapi dia akan terharu kerana tindakan saya itu. Saya rasalah…tak tau la apa yang akan terjadi nanti. Saya harap, semuanya akan berjalan seperti apa yang saya rancangkan.

Sekian, begitulah 4 kejutan istimewa untuk isteri saya sempena hari ulangtahun perkahwinan kami kali yang ke-2. Saya harap ianya sikit sebanyak dapat memberikan idea dan panduan kepada para suami yang ingin membuatkan isteri anda gembira.

So, kalau korang ada pengalaman lain yang boleh dikongsikan bagi membuat kejutan-kejutan istimewa kepada pasangan anda, kongsikanlah pengalaman atau idea korang itu di bahagian komen yer.

Sekian.

(3821)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

38 thoughts on “Panduan idea cara sambut hari ulangtahun perkahwinan

  1. salam.ahaaha,patutla smlm tak dtg keje…ops!! Anyway,dh pandai en.pakar howto sekarang. Congrats!!! Kirim salam dkt raihan ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 2

    [Balas Di Sini]

  2. firstly,slamat hari ulangtahun smlm..
    mga segala yang dihajatkan tercapai n idup bahgia slamanya..
    menarik juga segala kejutan yang pakar wat 2.. blhla saya praktikkan juga..
    congratulation.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. fistly tahniah untuk hari ulangtahun semalam..
    smaga segala yang diimpikan tercapai n idup bahgia slamanya..
    manarik juga apa yang pakar wat 2..lah la saya praktikkan juga..
    congratulation.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  4. wow, romantiknya
    30/5 ni anni saya gak
    harap2 suami saya pun buat perkara yg sama
    tp rasanya x la kot
    tahniah pakar n isteri
    ni pun satu perkara pengikat kasih syg suami isteri

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Alhamdulillah, sebagai input & teladan bagi kita semua, semoga dimudahkan, dan bagi pakarhowto & kel semoga senantiasa dlm ridho Allah SWT. Amin
    Wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. wahh tahniah satu perkara yg di rancang dengan teliti… minggu depan hari ulang tahun perkhawinan saya.. erm agak menarik gak idea en. syukri ni… harap2 kejutan minggu depan jadiiii la

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. wah romantiknye pakar kite ni…semoga rumahtangga kalian akn terus meniti kebahagiaan…kekal sepajang hayat…amin…
    tak sabar nak tahu reaksi wife pakar mcm mane…jgn lupa ye masukkn dlm blog…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. wahhh PakarHowTo…ok gak surprise tuh….klu lah nani dpt camni tentu suka gak…org perempuan ni bkn nye pe…..mereka tak mengharapkan adiah yg mahal2..yg pasti ingatan,perhatian dan kasih sayang dari pihak lelaki/suami…Hepi Anniversary…Semoga rmhtangga kekal dan bahagia hingga akhir hayat…insya-Allah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Salam,
    Saya suka sgt. dgn surprize, apatah lagi yang romantique de amor cam ni. Lama tak dipraktikkan mungkin kalau ada masa tak payah nak tunggu anniversary pun boleh dilakukan utk menceriakan kembali alam rumahtangga kita semua. Happy anniversary and semuga kekal bahagia hingga ke akhirat. Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. salam utk pakar & isteri,

    Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat…. Amin Ya Rabbal Alamin…… Anniversary saya nx month 25/6… yg ke17.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. First time comment.
    If saya tk baca entry..i really dunno his planning last nite
    ya..honestly happy sangat
    really22 suprised..n tk sangka.nie hubby aku ke?

    betul…bagi saya, saya tk perlukan hadiah mahal22
    yg penting dia ingat tu je

    But..last nite, memang hepi gilerrr
    spend time with my hubby
    what he write in this blog,its a true story
    Thanks u so muchhhh

    So suami22 di luar sana..blh buat cth ye :P

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. well, selalunye perempuan je yang ingat date2 yang penting.. tp tak sangka ade juga kaum adam yang masih concern dalm bab mengingat date istimewa ni..
    saya merupakan seorang wanita (isteri) yang sukakan kejutan tetapi suami bukan jenis yang suka berikan kejutan..even usia perkahwinan kami belum pon sebulan tapi sepanjang menjadi pasangan kekasih, hanya saya yang selalu beri kejutan pada die..
    ade juga suarakan rasa tak puas hati, tp mungkin die(suami) belum pandai dalam bab memberi kejutan..
    sedey lo..! camne nak buat die(suami) terfikir atau dapat idea nak bagi kejutan pada saya..?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @erin, saya dulu pun jenis yang macam suami awak juge…tak pandai langsung ambil hati pompuan…tak reti langsung nak romantik2 ni….tapi alhamdulillah, saya dah berubah dah laa ni….

    pada saya yang penting, suami tu kena prihatin dan peka pada kehendak isteri….kena open minded dan kena banyak membaca gak….barulah kesedaran itu timbul….

    kita hidup berumahtangga ni, antara tujuannya ialah untuk rasa bahagia…nak rasa disayangi dan menyayangi….nak rasa kasih dikasihi…nak rasa diambil berati….nak rasa dihargai…dan sebagainya lah lagi….

    suami perlu sedar bahawa….semua itu tak akan dapat dicapai melainkan dengan usaha dan tindakan….bukan hanya suami yang kena ambil inisiatif dan bertindak sebenarnya…isteri juga kena main peranan…masing-masing kena berusaha untuk menyukakan dan menggembirakan antara satu sama lain…

    pendek cerita….masing2 kena saling faham memahami…saling hormat menghormati…saling sayang menyanyangi…saling kasih mengasihi…saling bantu membantu….dan segala macam saling lagi lah…

    semua itu boleh dicapai hanya dengan usaha dan pengorbanan…dua2 kena saling usaha…dua2 kena salign buat pengorbanan….semata2 untuk kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.

    hepi sokmo :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. salam– wah romantiknya pakar n wife s
    Semoga pakar bahagia selalu ke akhir hayat
    Idea tu bleh le saya praktik anniversary kami next month…
    terima kasih…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kashikoi Reply:

    @athi, alhamdulillah…kami memang sentiasa sama2 berusaha untuk menghangatkan rumahtangga kami…

    semoga Athi pun dapat berusaha dan merasai nikmat hubungan mesra suami isteri…amin.

    all the best!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. salam…Wowwww…..i like it…..utung isteri u yea…anyway…tahniah…moga ia berterusan sehingga akhir hayat,,,,,,,,,happy anniversary……tn pakar….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @anna,
    salam…
    insyaAllah,
    moga saya dapat beri kejutan demi kejutan buat isteri tercinta.

    semoga hidup kita semua aman sentosa bahagia selamanya…amin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. salam…

    tarikh perkahwinan anda sama dgn saya..cuma beza tahunnya jer..26 mei 1990.xpernah sambut pun.kadang2 suami x ingat langsung.
    tarikh hari lahirnya jg dia terlupa klau bukan sy n ank2 ingatkn.and then we wish..happy birthdy to u sharp 12 tgh mlm,sebaik dia smpai rumah.nak tau apa katanya..”bising je,pi tido lg baik”… ni berlaku 3 tahun lalu,sejak itu ank2 xbrani nk wish lg.bgitu jg dgn hari bapa..ank bg kad sbg tanda kasih syng n ingatan pnghargaan..ambil baca pn x…nasib ler…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ema,
    laaaa sama ker?…huhuhu…kebetulan yer…

    laaa ada gak suami yang camtu ek…
    macam2….
    hmmm…lain orang, lain ragamnya…
    ikutkan sajalah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. hari ulang tahun perkahwinan kami adalah hari ini iaitu 15 mac …birthday suami ialah pada 13 mac..2 hari lalu…saya membuat surprise dgn belanje hubby makan kat luar n surprise cake utk hubby,,,saya juga hadiakan hubby dompet, telefon bimbit dan sekeping kad ucapan harijadi dan love card sebagai tanda betapa sygnya saya pada dia….TP saya kecewa yang amat sgt,,,,hari ini ulang tahun ke 2 kami, sy call dia x angkat,,bile answer my phone,,dia cume ckp kenape??? utk ceriakan suasana sy ucapkan selamat hari ulangtahun walaupun saya tau dia x ingat pon…dana paling sadis sekali…xde hadiah bagai….kad comel sebagai ingatan pon xde,,,bunge ros sekuntum yg rege rm4 pon xde,,,apatah lg coklet ferro roce 3 biji rege rm 5 pon xde,,,,frust btol….bukan saye minta gelang emas bagai….rase macam x berbaloi saya concern sgt psal dia…dia x hargai langsung pon diri saya….penat lah memberi…..KECEWA

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. patut ke somi wat cengginih…sy cume request kad comel, munge ros sekuntum,,,dia leh ckp sy nk cari gaduh…..nk menangislah…kite nk merajuk jer….arghh malas nk layan dia….buang karen je sy layan dia baik2…..hadiah pon xde……hampagas…………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. DR,, boleh kasi tips camne nk tangani husband camnih…sy makan hati berulam jantung,,,,sebelum ni dia romantis,,,i mean sebelum kawen…dia bg kad,,,,hadiah kecik2….tp lepas kawen xde dar…..hrp saye je yg ingat,,,kadang2 sy terfikir xmo layan dia lagi tawar hati,,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    GLaM Reply:

    @EMMA, saba lh emma.. jgn di kenang perkara2 yang menyakit kan kerana akan menambah duka.. teruskan memberi dan memberi, lakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharap kan balasan. Hanya keikhlasan yang dapat membuat kan kita redha, tenang dan bersabar. emma sendiri kata dulu sblm kawen dia selalu memberi kn..hasilnya dia dpt emma..seorg isteri yg baik, so mungkin kini masa untuk emma pula memberi.. hasilnya pasti sesuatu yg baik juga kerana buat baik dibalas baik..yg penting ikhlas..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. bro,saya tetarik la cara bro buat..
    ingat nak cuba gak ler..
    restoran seri angkasa kena tempah dulu ker?
    atau bro terus bawa?
    tak pernah pergi..
    kalau boleh bgtau step untuk tembahan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Tanpa nama,
    perlu buat tempahan dulu sebelum pergi,
    sebab kalau tak buat tempahan,
    takut2 nanti bile sampai sana, tempat dah penuh.
    tak ker kes naya tu…huhuhu

    so, better buat tempahan dulu.
    untuk buat tempahan, boleh call nombor ni;
    Reservations: 03-2020 5055

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. Bro! bajet brape ye?hehe reserve tu skali dgn menu atau pegi sana baru bole pilih.. ape menu yg best n bole rekomen kt sini? I plan nk bwk wife jgk..thanks for ur idea.. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. pandai sungguh pht ni tackle hati isteri! Kdg2 isteri beria2 wat surprise, kasi itu kasi ini, tp suami wat tak tahu je..sakit hati ni.Kasi kad ucapan tulis punyelah pnjg lebar, bukan die baca pun!tersinggung sgt hati ni..wat mcm x layan je.
    Apa salahnya hargai isteri dgn gembirakan die pd hari2 pnting.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. Salam En. PakarHowTo dan sumer blog readers..

    Alhamdulillah, En. PakarHowTo membuktikan ramai juga suami yg masih romantik slps kahwin, masih spt boyfriend slps kahwin dan juga suami yg blh berjaya utk berubah slps kahwin.. ; )
    Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga akhir hayat..
    Saya jg bersyukur ada hubby seorang dr yg x romantik jadi romantik, dr mulut xmanis menjadi manis, dr yg pemarah jd lelaki yg penuh sabar terhadap karenah2 gila sy(tidak sekalipun pernah marah sy dlm masa 3thn berkahwin dgn 2 anak dlm keadaan yg selalu exhausted n stress).. Malah hubby yg ingat dan hargai tarikh2 penting..

    Hubby pernah hantar a flower bouquet kat ofis and fruits basket ke opis beberapa kali. Bg hadiah padahal keadaan meruncing like iphone and GPS system. Hubby yg plan for makan tepi tasik(picnic) dengan candles, cupcakes bentang saprah je.. juga ke tower KL.. Die plan n bwk jln ke Penang utk birthday and satisfy sy punya permintaan. Pernah wat birthday card sendiri (creative jg die, cume tulisan die yg x blh tahan)..

    Agree jgk dgn statement En. PakarHowTo tu, perempuan mmg sukakan kejutan.. So to all Mr. Hubby out there, wat benda2 yg simple dan kurang kos pn xpe.. sbb pengorbanan dan penghargaan Mr. hubby yg paling isteri suka, kenang dan hargai..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam